Aku skrg gilaa talak, myesal ceraaikn isteri aku sb gf aku yg mata duitan.

Foto sekadar hiasan.Lima tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk cer4ikn isteri saya dan tinggalkn ank-anak kerana perempuan lain. Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi lembut dan baik..family saay pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik..lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru diskolah mnengah dan Hana ikutkn permintaan saya..

Hana jadi surirumah spenuh masa & jg sy dan ank dgn baik..kami hidup bahagia, tambah2 lagi Hana waktu tu sedang mengandungkn ank kedua kami..

Rezeki anak-anak, kedudukan kewangn kami makin stabil..daripada makan cukup-cukup, dah boleh bawa family jalan-jalan,bercuti..

Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat..saya perlu berurusan dgn ramai orang..saah satunya Mr Goh, dan yg sy perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akn bawa secretary dia bersama, Asmat.

Mula-mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa..tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang-kadng saya tumpangkan Asmat utk pulang dgn kereta saya..

tak nak cite banyak part ni..Asmat memang pndai amik kesempatan..dia tau saya dah makin tergila-gilakan dia, jadi dia aka ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia..

Hana mula perasan perubahan saay..tapi dia tak terus melenting..dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).

Lama-lama saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saay ada perempuan lain.

Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kej4mnya saya..saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasa fashionable..

Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana supaya dia boleh minta Hana izinkn saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je…bodohnya saya waktu tu.

Hana baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat.

tapi dia langsung tak mengmuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk berckp. Asmat dengan sombongnya arahkan Hana utk bagi saya izin berkahwin lagi.

Tapi Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik-baik, dia akan izinkan..tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.

Asmat marah dan merajuk..dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. DIA ATAU HANA.

Saya masuk balik ke rumah, saya marah pada Hana dan waktu tu lah saya lafazkan cer4i pada Hana.Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.

Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut “Allahuakbar” sambil berlalu ke atas.

Saya dengar suara tangisan anak sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun kebawah dengan anak-anak dan terus keluar.

Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya. Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saay atas niat nak mengikis..

dia nampak kesenangan saya waktu tu..padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak-anak..

Merata-rata saya cari Hana balik. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia tak ada salah apepun.

Mak ayah saya terlalu marahkan saya smpai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama-lama lembut juga hati..kesian bila tengok saya macma orang gila talak.

Akhirnya dioanrg bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap disitu bersama anak-anak, mereka tak beritahu saya di negara mana..

Allah, saya rindukn Hana dan anak-anak..

Buat Hana, ini jalan terakhir abang untuk Hari Hana. Abg tak tukar pun nama-nama supaya Hana tahu, ini kisah kita.

Abang minta maaf banyak-banyak sayang..Abang silap, abang silap, abang silap. Abang berdosa dengan Hana, dengan anak2..

ya Allah, macam mana la Hana jaga anak-anak kita yang masih kecik dengan belajar lagi..

Hana Safiyyah, tolonglah..kalau Hana ada di page ni, tolonglah abang..
Lagu kat bawah ni khas utk Hana..abg terdengar lagu ni smlm..padan muka abg,kan..

Slam – Kembali Terjalin

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika

Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua

Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari

Kaca yang bersadur keemasan terus kucari Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu

Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu

Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian

Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang

Bolehkah kiranya kumenumpang

Andai ada sisa kemaafan

Maafkan diri ini yang dulu meluk4kan

Berilah aku kesempatan

Kubuktikan erti keikhlasan

Andainya terpaksa aku rela

Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati

Menjalin kembali perhubungan suci

KISAH KE2. Berdosa ke saya inginkan pencer4ian bila suami masih bertanggungjawab walaupun dia sudah berkahwin lain dalam diam..

Hati saya skit.. Hidup saya tak tenang.. Suami selalu menipu.. Berikan perempuan tu kereta walaupun baru beberapa bulan kahwin sedangkan saya isteri dia,

yang bersama dengan dia hampir 6 tahun, lahirkan zuriat2 dia.. masih tak ada kereta Sendiri..

Hidup saya sekarang memang kena bersyukur je ke. Kena redha walaupun orang selalu skitkan hati saya.. Saya memang tak layak bahagia ke.

Suami kata kalau saya nak bercer4i anak2 dia akan ambil sebab saya tak bekerja..Dia kata dia tak percaya saya boleh jaga anak2 sendiri..

Dia akan gunakan surat refer saya ke psikiatri untuk buatkan saya hlang hak saya..Saya depression pun sebab dia.. Adil ke hidup saya jadi macam ni.

Dia dah ambil kehidupan saya.. Hncurkan kehidupan saya.. Kenapa masih nak berebut anak2 dari saya

Kenapa saya rasa hidup ni macam kej4m sangat.

KISAH KE 3. assalamualaikum min. mohon hide profile aku min. cuma nak share cerita & minta pendapat. 8nov aritu aku gado lakibini.

entah macam mana laki aku telepas cakap “aku cer4ikan kau” pastu dia terdiam istighfar. pastu aku cakapla dah jatuh talak satu dah pun.

pastu dia cakap terlepas cakap tak jatuh pun, aku cakap dah jatuh. dia jadi lagi marah sebab dia cakap aku yakin sangat, terus dia cakap “aku cer4ikan kau talak satu”. tu satu hal.

esoknya aku wassap dia tanye sebenarnya kita ni da berapa talak. pastu dia marah2. dia buat ayat camni, “ko anggap je 3 and dah jato pun talak 3”.

pastu sekarang ni kami tgh pening pasal berapa talak yg dah jatuh sebenarnya. dia dah pergi refer ustaz pun belum ade jawapan.

ni dalam proses nak buat pengesahan di mahkamah. kami dah bincang dari hati ke hati. masing2 dah sedar silap salah masing2.

cuma nak tau setiap ayat dia tu. kira jatuh talak tak? aku tak tenang lah min. nak tunggu ke mahkamah tu mmg tak senang hati aku ni pikir.

KISAH KE 4.Salam min Tolong hide profile saya…terima kasihLepas ja saya bersalin anak sulung saya,saya bermimpi yg suami saya ada perempuan lain.

Mimpi tu bukan sekali min.Saya mimpi suami pakai baju pengantin.Hati saya skit sangat min walaupon hanya sekadar mimpi aja. Lepas dari tu hati saya selalu tak tenang.

Mimpi seterusnya,saya bermimpi yg ex suami datang kembali. Saya tak tahu la mcm mana ex dia boleh masuk dlm keluarga kami dan tinggal sekali dgn kami.

Dlm mimpi tu saya beritahu ex suami utk pergi dari rumah kami,tp dia mcm tak nak ja pergi.Lps itu suami terus terang yg dia…

sambung sendiri la yer,tak sampai hati pula nk menaipsaya terkejut dan terus bergduh.

Saya amik kunci kereta dia dan dia marah and terus cer4ikan saya.Saya terus terdiam sampai dah tak boleh berkata sebab terkejut sangat. Walaupon itu hanya mimpi,tapi dah mcm betul².

Lepas dari tu,hti saya tak tenang,saya takot apa yg saya mimpi tu betul² terjadi. Saya syg suami saya,saya syg anak saya,saya syg rumah tangga saya.

Saya tak nak semua tu terjadi.Apa yg perlu saya buat,mimpi tu asyik menghantui saya smpai ke hari ini.

Kadang² saya rasa benci suami saya,saya takot dia cur4ng belakang saya.
Mcm² saya rasa. Saya rasa kurang percaya dekat dia.

Apa perlu saya buat walaupon hanya mimpi shj Saya geram sangat dgn mimpi tu.

Tolong jgn kecam saya,please komen yg positif shj,sbb saya perlu kan kata² semangat dari semua.

Saya tk tahu nk luahkan dekat sapa².Terima kasih Luahan hati seorang isteri