Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Seperti biasa, ayat normal. Hide profile. Walaupun ini akaun palsu. Tapi hide gak lah ye. Dan yang sebenarnya aku ni adalah lelaki. Nama akaun ni je pakai nama perempuan. Nama dah akaun palsu kan. Aku perkenalkan diri aku. Aku seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak. Usia aku baru 29 tahun. Yang aku nak ceritakan ni bukan berkenaan isteri or anak aku. Ni tentang diri aku sendiri.
Masalah yang aku sedang nak cipta. Aku mempunyai isteri yang cukup sempurna di mata aku. cantik, pandai jaga rumahtangga walaupun dia isteri yang bekerja.
Makan minum dan pakaian aku cukup terjaga. Cuma masalah sekarang ni diri aku. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Semuanya terjadi sejak November 2016 yang lepas.
Aku berjumpa balik dengan kawan-kawan lama aku. Kawan-kawan aku yang hampir 7 tahun aku lost contact dengan diaorang.
Itupun terserempak dengan cara tidak sengaja.Ada 5 orang semuanya. 3 orang masih bujang dan lagi 2 dah bernikah macam aku.
Kisah ni bermula apabila salah seorang kawan aku yang bernikah, aku gelarkan dia Haikal jelah ye, perkenalkan isteri dia kepada kitaorang.
Kitaorang terkejut Sebab Haikal kenal isteri dia melalui cara yang sama dia kenal aku. Lupa aku nak bagitahu, kami semua kenal melalui MIRC.
Mesti ada yang familiar kan dengan nama tu kan. Mula-mula tak ada apa yang jadi pun masa first time kitaorg lepak. Namun lama kelamaan, aku rasa sesuatu yang pelik jadi pada aku.
Aku jadi resah gelisah bila tak jumpa dengan isteri Haikal. Yelah. Korang bayangkan, hampir setiap hari kitaorang jumpa dan lepak sama-sama.
Aku pernah tanya Haikal, kenapa dia perlu bawak isteri dia setiap kali kitaorang lepak. Haikal jawab, dia ksian isteri dia sorang diri dekat rumah.
Mesti bosan. Jadi, korang bayangkan, setiap kali kitaorang lepak, isteri Haikal ada. Kalau seminggu lepak hampir setiap malam, setiap malam jugak lah aku bertemu isteri Haikal.
Aku ceritakan sedikit ciri-ciri isteri Haikal. Orangnya rendah dan kecik sangat. Comellah kiranya. Aku rasa kira tinggi dia kurang 150cm kot. Badan dia pun kecik je.
Orangnya talkative dan peramah. Dia boleh masuk kepala gila-gila kitaorang. Cuma tak ada lah kitaorang bergurau lebih-lebih sebab dia tetap isteri Haikal. Mata isteri Haikal ni redup je.
Memang sekali pandang, rasa tenang je tengok muka dia. Muka dia aku kategorikan sebagai natural beauty sebab dia memang tak pernah bersolek sepanjang kitaorang lepak.
Even bedak pun tak pernah pakai. Aku tahu sebab aku nampak dia kerap cuci muka..Aku sedar perasaan aku lain masa kitaorang pergi pusat karaoke. Dia nyanyikan lagu kegemaran aku. lagu Siti Nurhaliza (Kau Kek4sihku).
Masa dia nyanyi tu memang dia pandang je muka Haikal. Aku tahu diaorang memang pas4ngan yang romantic. Tapi aku tak tahu, kenapa aku tiba-tiba rasa skit hati bila tengok diaorang.
Aku cemburu. Untuk pengetahuan, aku ada ambil gambal isteri Haikal secara curi-curi. Aku simpan jadikan wallpaper untuk hp aku yang satu lagi. Handphone yang aku letak dalam pejabat saja.
Aku sampai suruh Haikal invite bini dia masuk group whatsapp kitaorang. Yelah, sebab dia pun chatters. Kawan-kawan yang lain pun tak kisah.
Kitaorang makin kerap lepak. Kadang tu, sampai Subuh. Pernah satu ketika, Haikal buat plan nak buat majlis anniversary dia dekat Pulau Perhentian. Aku boleh kata, jom.
Aku boleh bawak anak isteri aku pergi sana. Diaorang tak pernah pergi situ. Haikal pun jawab, okay gak kan. Leh aku buat party terus.
Masa tu, aku happy sangat-sangat. Sebabnya aku akan jumpa dia lagi. Hubungan aku dengan isteri aku tetap macam biasa.
Tetap happy family. Tapi hati aku ni, macam jatuh cinta semula pulak. Boleh dikatakan aku rindu dengan bini Haikal. Rindu nak dengar suara dia, tawa dia, rindu nak tatap mata redup dia.
Semua apa yang ada pada diri dia aku rindu. Untuk makluman semua, aku nikah dengan isteri aku bukan kerana sebab cinta. Tapi kitaorang ditangkap khalwat. Diperangkap oleh abang aku (bekas pakwe isteri aku).
Untuk pengetahuan, ini kali pertama aku jatuh cinta. Ye Kali pertama aku rasa apa itu cinta dan rindu. Aku cuba nak tarik perhatian isteri Haikal. Dia tak layan pun.
Dia buat biasa. Malah aku pernah konon-konon tersepak kaki dia. Dia tetap buat bodoh. Dia seperti biasa, tunjukkan kemesraan diaorang suami isteri. Aku jadi cemburu. Rasa nak tumbuk je muka Haikal masa tu.
Bini Haikal selalu suruh aku bawaklah anak bini sekali bila lepak. Boleh berkenalan dengan bini aku. Aku bagi 1001 alasan.
Aku kata bini aku penatlah. Kadang lepak hari minggu pun aku tak bawak anak bini aku. bila bini Haikal tanya, aku jawab anak bini aku pergi rumah mak bapak dia.
aku takut isteri aku perasan, aku curi2 pandang pada bini Haikal. Dan masa aku tulis luahan ni, aku dah sebulan tak jumpa bini Haikal.
Raya baru habiskan. Haikal pun jarang lepak sekarang sebab dia pun sibuk. Aku memang rindu gila-gila dengan bini Haikal. Aku pernah call dia. Saja nak dengar suara dia.
Mujur masa tu handphone Haikal problem. Jadi adalah alasan aku untuk call nombor bini dia. Malam minggu ni, Haikal dan isteri dia ajak datang rumah.
Diaorang ada buat makan-makan. Diaorang suruh bawak anak bini. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi. Aku tak nak bawak anak bini aku
Aku nak lepaskan rindu aku pada bini Haikal. Salah ke aku mencintai isteri orang. Ini kali pertama aku rasa apa semua ni. Indah sangat. Tapi rasa skit sebab dia tidakkan menjadi milik kita.
Semalam aku dapat whatsapp dari Adi (salah seorang dari kawan kitaorang). Dia kata dia perasan yang selama ni aku dok pandang bini Haikal.
Dia ada bagi nasihat dengan aku untuk elakkan apa-apa perasaan. Adi kata aku salah kalau ada perasaan dengan isteri orang. Lagi-lagi aku ni suami orang.
Aku pernah tanya pasal benda ni dalam group kitaorang, “Apa pendapat korang kalau seorang suami jatuh cinta dengan isteri orang lain”.
Korang tahu apa yang bini Haikal jawab? Dia membebel. Dia marah. Dia kata tak baik buat macam tu. Dia kata tak baik ada perasaan macam tu dekat isteri orang.
Dia boleh cakap, kalaulah jadi kat dia, dia takkan jumpa dah orang tu. Dia akan elakkan diri dia berjumpa dengan orang tu. Sebabnya, dia ada suami dia saja.
Dan mustahil ada orang lain lagi dalam hidup dan hati dia. Lepas je baca ayat dia, air mata aku mengalir. Aku menangis. Rasa skit sangat bila baca ayat dia. Apa patut aku buat. Aku tak mampu nak lupakan dia. Sekian.
KISAH KE 2. Terlalu byk gmbr di dalam album tersebut dan sekali lagi sy terjumpa screenshot seterusnya.. Perempuan itu mengajak suami lunch bersama dan menggunakan panggilan “syg”.. Allahu, Allah maha besar.. Ampunkan dosa suami ku jika benar dia mempunyai hubungan dgn perempuan itu secara diam2..
Salam. Sy nak share ttg kisah sy dgn org di luar sana sekurang-kurangnya mgkn dpt meredakan sedikit kekusutan di hati sy dan menjadi pengajaran pd para isteri di luar sana..harap admin dapat menyembunyikan identiti sy kerana sy tidak mahu sesiapa tahu tentang sy..
Utk memudahkan pemahaman pembaca sekalian.. Sy cerita serba sedikit ttg diri sy dan suami.. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka..
Dia beza 6 tahun lebih tua dari sy.. Suami bekerja sbgai jurutera..Dan sy hanyalah seorang guru biasa di sebuah sekolah. K3s terjadi semasa sy baru mempunyai seorang anak iaitu pd tahun 2016..
Kisah bermula pd tahun lepas (2016) dimana suami tersilap menghantar satu msg ke whatsapp sy.. Cara msg dihntr mg bukan untuk sy kerana cara pertanyaan dan gaya bhs yg digunakan tidak pernah dilakukan oleh suami utk sy..
Jadi sy rasa sememangnya msg itu bkn dihantar utk sy.. Sy bertanya kepada suami, adakah dia tersilap hntr.. Suami memohon maaf dan mengatakan dia ingin menghantar msg kpd shbt lama (ex-officemate) yang merupakan seorg perempuan..
Dan ex-officemate dia itu sy kenal.. Slps itu sy tidak bertanya kan apa2 kpd suami walaupun hati sy merasakan dia cuba menipu sy..
Sy seorang isteri yg sangat percayakan suami dan tidak pernah mencampuri urusan peribadi mahupun urusan kerja suami..bagi sy jika sy da beri 100% kepercayaan, sy hrp suami menghargai dan tidak akan melakukan perkara yg bkn2..
Namun sangkaan sy meleset.. Disebabkan sikap sy yg tidak mahu mencampuri urusan suami takut dikatakan “penyibuk atau queen control” menyebabkan pintu2 kecur4ngan terbuka sedikit demi sedikit..
Sy sambung kisah td yg suami tersilap hntar msg.. Slps suami mengatakan itu adalah rakan lama dia, sy tidak byk bertanya walaupun sy masih ragu-ragu..
Sy hanya tawakal kpd Allah dimana setiap kali selepas solat sy sentiasa berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran pada sy jika suami cuba menipu sy..
Ternyata Allah itu Maha Besar dan mendengar setiap doa dari hambaNya.. 3 minggu selepas kejadian hari itu, terbuka satu lg kisah..
Ceritanya bermula sewaktu suami dtg mengambil sy dan anak dari rumah mertua.. Semasa perjalanan pulang ke rumah, telefon suami berdering.. Kerana telefon suami disambungkan terus ke kereta melalui “bluetooth”,
jadi nama pemanggil keluar di skrin kereta.. Nama seorang perempuan diikuti nama syarikat suami.. Maksudnya mungkin officemate suami yg telefon..namun suami nampak seperti gelisah dan tidak mahu mengangkat telefon dia pd mulanya..
Namun setelah diminta oleh sy utk menjawab, suami menjawab panggilan tersebut.. Namun suami seperti menjawab dlm keadaan tergesa-gesa dan tidak mahu memanjangkan perbualan dan asyik mengulangi ayat yg dia sedang bersama isteri..
Sy menjadi sedikit hairan kerana suami selalunya akan menjwab panggilan mengenai hal kerja tanpa ada sebarang masalah sekalipun jika sedang meluangkan masa bersama keluarga.. Sy mula merasa curiga tentang panggilan tersebut..
Nama pemanggil itu masih terpahat di ingatan sy..sy masih berkelakuan seperti biasa dan tidak bertanyakan perihal itu lg kepada suami.. Namun terdetik di hati sy untuk mencari gerangan pemanggil tersebut..
Malam itu selepas suami tidur, sy cuba membuka telefon bimbit dia dan ternyata pencaturan Allah itu hebat dimana sy berjaya meneka password telefon suami..
Sy mulakan pencarian di dlm senarai perbualan whatsapp suami.. Tidak ada yg meragukan.. Tidak ada whatsapp bersama perempuan yg menelefon dia siang tadi.. Sy sedikit lega..
Namun sy masih cuba mencari di maklumat di bahagian lain pula.. Sy buka gallery album telefon suami.. Penuh gambar anak shj.. Tidak ada yg meragukan…
Namun Allah sekali lg membantu sy sebagai seorang isteri yg teraniaya.. Sy membuka album “recently deleted”.. Terdapat satu gmbr screenschot whatsapp yg telah dipadam.. Sy buka gambar itu.. Ternyata kebimbangan sy selama ini benar-benar tepat..
Allah menjawab doa-doa sy selama ini.. Screenshot tentang perbualan suami dgn perempuan itu dimana suami memberitahu yg dia tidak dapat bercakap semasa perempuan itu telefon kerana sy berada disebelahnya..
Dan perempuan itu juga meminta suami menukar nama nya di dlm contact list suami agar sy tidak dapat mengesan perempuan itu.. ya Allah luluh hati sy saat terbaca perbualan itu.. Sy masih cuba bersabar..
Tidak smpai hati mengejut suami yg sedang lena diulit mimpi.. Sy teruskan pencarian di mana sy cuba membuka google album.. Terlalu byk gmbr di dalam album tersebut dan sekali lagi sy terjumpa screenshot seterusnya.. Perempuan itu mengajak suami lunch bersama dan menggunakan panggilan “syg”..
Allahu, Allah maha besar.. Ampunkan dosa suami ku jika benar dia mempunyai hubungan dgn perempuan itu secara diam2..
Dan seterusnya sy ada terjumpa 2-3 screenshots lagi perbualan mereka dan sy rasa tidak perlulah sy kongsi lagi tentang isi kandungan perbualan mereka.. Ternyata benar telahan sy mengenai suami.. Dia ada berhubung dgn perempuan lain yg juga rakan sekerja nya..
Pagi itu selepas solat subuh, suami memberitahu utk tidur semula kerana hari itu merupakan hari minggu.. Namun sy bertekad utk bertanyakan tentang hal ini kpd suami..
sy meminta dia utk tidak tidur kerana ada hal yang ingin dibincangkan.. Suami sedikit tersentak.. Dia bertanyakn tentang apa.. Sebagai seorang yg masih rasional, sy tidak melulu memarahi suami atau menangis..
Sy bertanyakan dgn lembut kpd suami.. “Adakah sy seorang isteri yg baik? Pernah tak sy meluk4kan hati suami atau melakukan sesuatu yg tidak disenangi suami?”.. Suami terkejut dgn pertanyaan sy..
Suami menggeleng dan menyatakan tidak ada sebarang masalah selama hmpir 3tahun berumahtangga dgn sy.. Sy teruskan pertanyaan.. “Adakah sy tidak sempurna di mata suami?”..
Suami mengeleng..dia menyatakan sy ok sbg seorang isteri dan dia mendesak sy mengapa sy bertanya soalan-soalan begini kpd dia.. Sy pd mulanya tidak dpt meneruskan bicara..
Sy terdiam sebentar.. Sy menarik nafas dalam-dalam..sukar utk sy meneruskan kata-kata kerana sy seorang yang tidak suka berterus terang tentang apa2..sy suka memendam..
Tetapi kerana sy sayangkan rumahtangga dan anak sy.. Sy teruskan juga.. “Maafkan sy jika sy bkn seorang isteri yg baik..tapi bila sy bertanya, abg memberitahu sy ok dan tidak ada masalah..
Jdi kenapa abg berhubungan dgn perempuan lain?”.. Suami terkejut.. Dia cuba bercakap namun pntas dipotong oleh sy…”jangan cuba utk menafikan..
sbb sy dah jmpa sgalanya..” Suami tertunduk dan mula memegang tgn sy namun ditarik balik kerana emosi sy agak sedih ketika itu (maafkan sy wahai suami jika perlakuan kasar itu menyakitkan hatimu)..
Sy mula menangis.. Sy berterus terang dr mula perkara ini terjadi (k3s suami tersilap msg kpd sy 3minggu lps) sehingga pembongkaran msg2 yg yg jmpa di dlm telefon bimbit beliau malam semalam.. .
Suami terus terdiam dan menangis.. Memegang kaki sy dan berkali-kali memohon maaf.. Dia menyatakan perempuan itu yg mula msg kpdnya bermula atas urusan kerja sehingga melibatkan perkara peribadi..
Dia meminta maaf dan dia mengaku bersalah tetapi dia beritahu yg perempuan itu yg memulakan segalanya.. Apa yg lebih mengejutkan sy adalah perempuan itu juga merupakan seorang isteri dan mempunyai anak..
Tergamak nya dia sebagai seorang wanita menghncurkan hari seorang wanita lain.. Sy berbincang dgn suami mengenai hal ini..suami berjanji tidak akan berhubung dgn perempuan itu jika bukan atas urusan kerja..
Sebagai isteri dan masih sygkan rumahtangga, sy memaafkan suami walaupun di dlm hati masih terksan dgn perbuatan suami..
Sy berharap agar suami mengotakan janjinya pd sy dan tidak lgi berhubung dgn perempuan itu.. .
Kerana sikap sy yg tidak gemar bertanyakan ttg urusan suami, jd slps kejadian itu sy tidak pernah lg menyuarakan apa2 ttg hal ini kpd suami dan menganggap k3s ini selesai.. (Walaupun bermula pd saat itu, kepercayaan sy tidak lg 100% terhadap suami)..
Kehidupan kami berjalan seperti biasa namun pernah sekali sy terlihat nama perempun itu didalam list search di facebook suami.. Namun sy diamkan dan cuba menganggap tidak ada apa2 berlaku antara suami dan perempuan itu..
Baru-baru ini sy telah melahirkan seorang lagi bayi dan menjdikan keluarga kami lebih berseri dgn kehadiran dua org anak..
Namun sekali lg harapan sy musnah apabila sy terlihat sekali lg whatsapp perbualan suami dgn perempuan itu.. Suami pernah berjanji utk tidak lg berhubung dgn perempuan dan akan block no.telefon perempuan itu apabila selesai waktu pejabat..
Namun yg menghampakan sy adalah perbualan whatsapp mereka sekitar jam 9.30 malam.. Bermakna suami sekali lagi telah berbohong pd sy tentang janji-janji nya..
(Sy dpt membuka telefon suami kerana anak sulung sedang bermain youtube di telefon suami kerana selepas k3s 2016 dlu,suami telah menukar password telefon nya dan sy tidak lagi boleh membuka telefon suami)..
Utk pengehuan pembaca sekalian semasa sy mengetahui ttg hal ini, sy masih di dalam pantang anak ke-2.. Sy cuba menahan diri agar tidak tertekan atau bersedih kerana risau terjadinya meroyan..
sy cuba bersabar dan byk beristighfar kerana dlm keadaan nifas sy tidak boleh bersolat..Sy amat terksan dgn perbuatan suami kerana semasa melahirkan anak ke-2 baru-baru ini,
sy mengalami tumpah d4rah dan terpaksa melakukan “bl 00d transfucion” kerana kehilangan begitu banyak d4rah..sy merasakan suami tidak pernah menghargai pengorbanan sy berjuang melahirkan anak-anak dia..
Sy masih mampu untuk bertahan kerana sy mempunyai ibu ayah dan keluarga yg sgt sgt menbantu semasa tempoh berpantang dan rakan baik yg sangat memahami dan sentisa bersama sy saat sy memerluk4n mereka.. (K3s suami ini hanya sy kongsi dgn rakan baik dan keluarga tidak tahu mengenainya kerana sy cuba menjaga aib suami)..
Untuk suami sy, sy memaafkan segala apa yg abg buat pd sy.. Sekiranya benar abg masih berhubung dgn perempuan itu, sy harap abg bertaubat dan ingatlah dosa..
dia merupakan isteri dan ibu.. Abg juga merupakan suami dan ayah pd anak-anak kita.. Jika abg terbaca ttg ini dimana2, sy harap abg tersedar dengan apa yg abg telah lakukan selama ini..