Suami terbawak balik seluar dalam sy ke rmh madu, trus isterinya mgamuk dan ambil seluar sy

Foto sekadar hiasan.Asalammualaikum .. Terima kasih sebab sudi siarkan kisah saya. tapi terpulang lah pada netizen nak mema ki kutuk menghina saya ke apa. saya isteri kedua. saya cuma nk bercerita. sebelum kami nikah. isteri pertama selalu menyuruh suami kawin lagi (suami ade bukti menunjuk melalui wasap antara dia dengan madu saya) tidak tahu lah kalau wasap madu saya tu cuma menguji ke apa.

madu saya ni jenis kasar bahasa. kalau bergduh dengan suami mema ki hamun bahasa kan aku hang dengan suami. jugak suka mencarut.

Dia juga pernah kata “abang kawin la lagi bole jaga abang kat sana. ayang ni sibuk dengan anak2. ”

dia jugak berkata yang dia tak kisah kalau tak dapat(hubungan kela min) selama sebulan. sebab dia sibuk dan letih dengan anak2.

demi allah saya tidak berbohong.saya lihat wasap tu bila suami tunjuk kepada saya. pernah suatu kali (masa ni kami sudah bernikah)

suami terbawa balik seluar dalam saya ke rumah madu terus madu saya snap gambar seluar dalam saya dan bertnya pada suami ini seluar dalam siapa?

Masa itu madu tidak tahu yang kami sudah bernikah. suami kata tidak tahu. dan madu membalas “seluar dalam bini muda abang kot nohh”

dan dia simpan seluar dalam saya lipat dengan elok sampai la suami saya ambil seluar dalam saya bawak balik bagi kat saya. dalam wsp tu juga madu mengatakn

“kalau abang ade isteri jaga la dia baik2 macam mana abagi jaga ayang” cari lah isteri yang lemah lembut yang bole jage abang kat sana. ayang ni kasaq. asal kan abang berlaku adil ayang bole terima”

Demi allah .. Saya tidak berbohong. wasap tu suami tunjuk dekat saya. suami jugak pernah bagi hint dekat madu yang bercerita pasal poligami dengan pak saudara.

madu buat tak kisah saja. tetapi bila madu dapat tau yang dia betoi2 dapat madu. dia dok ma ki hamun saya kata betiina jalaang.

betina sunndal. bab bi sondol apa semua. post kat fb kata2 macam2 dekat saya satu keturunan.

Saya tak pernah nak suruh suami cer4ikn dia atau mintak nafkah yang bukan2. madu dok post kat fb kata yang saya ni perampas pemusnah rumah tangga orang.

padahal suami berlaku adil setiap dua hari bergilir2. madu pun la Ni pindah rumah yang lebih besar semi dan yang lengkap semua ada.

saya hanya duduk rumah flat yang bilik cuma ada dua. alhamdulillah saya bersyukur.

Madu jugak dapat nafkah setiap kali balik sana suami akan bagi rm2-3 ratus. saya cuma rm100 utk sebulan sja . alhamdulillah ..

Saya terima dan bersyukur. dan saya tak pernah cemburu atau dengki. saya tau taraf saya.saya sebelum nikah dengan suami, saya adalah janda.

bekas suami yang lama kaki pu kul. dan kami berce rai sebab saya minta fasakh.

Antara komen netizen yg win.

Nurul. Xsemua isteri kedua tu jhat.. Tngok blik la pada dri masing2 dh puas dh kn ke hati suami.. Kadang isteri no1 pon peragai xbapa elok maki hamun laki sndri berkasar buat suami mcm kawan2 dia ja bila suami tegur xmau dengar xhormat suami pastu dok ugut suami lama2 suami tercabar…

suami nya baik penyabar xpernah buat peragai nafkah cukup dia bg tpi dia akn rasa sunyi walaupun ada isteri mungkin isteri xmau dngar masalah suami penat lelah suami masalah kat tmpat kerja ke

asyik nk cari pasal ja suami akn bosan mula la dia cari org lain erti kata lain isteri kedua mungkin isteri kedua boleh fhm suami boleh dngar masalah suami boleh sedia mkn minum suami maksud nya suami rasa tenang dngan dia apa2 masalah dia akn dia cerita xdak bnda terbuku dihati tu..

So tngok blik dri tu kalau isteri dh buat sehabis baik mkn minum semua terjaga atau nafkah suami bg xckup suami tetap cari lain tu laki dia yg masalah atau memang gatai..

Tngok jugak situasi tu.. Mungkin dngan kehadiran isteri kedua isteri no1 tu boleh muhasabah diri boleh perbaiki diri sama2 boleh berubah so jgn la salah kn sebelah pihak je tngok jgk situasi tu..

KISAH KE 2. ” Selepas bermadu sy kurang dpt perhatian dr suami dan dia sudah tak berselera utk bersama dgn sy akhirnya sy tewas dan terlanjur dengan seorang lelaki “

Assalammualaikum. Mohon pandangan dari rakan KRT. Saya dan suami pernah 2 kali bercer4i. Pernikahan kali kedua kami di seberang dan sekarang Alhamdulillah kami dah daftar semula pernikahan kami di Malaysia.

Knp kami bernikah di seberang? Adalah sebab sebab tidak mahu trlanjur dan cuba untuk merahsiakan perkahwinan ini dari family.

Rupanya tidak indah perkahwinan kami, suami dalam senyap berkhwin dengan wanita lain dan kami hidup bermadu. Selama 8bulan kami bermadu, hanya yang buruk dari saya.

Madu saya dapat tahu hubungan kami terjalin semula selepas saya hadir di malam pertama suami saya.

Semua habis terbongkar. Selepas dari itu, saya simpan dend4m untuk jadi yang terbaik untuk suami sedangkan saya dilayan seperti kuli menjaga rumah dan anak2.

Mujur saya kerjaya seya sendiri. Dalam kepayahan hidup bermadu, saya bangun melangkah kaki kehadapan.. saya tak nk tengok kebelakang lagi.

Saya redho dan pasrah hidup bermadu. Dalam diam, madu saya mohon pencer4ian dengan suami. Dan mereka berpisah, family suami saya menyalahkan saya atas pencer4ian tersebut.

Saya buat tak tahu dan teruskan kehidupan. Saya masih tinggal berasingan dengan suami saya walupun jarak rmh hya dipisahkan oleh lift.

Puas saya pujuk suami untuk tggl kambali dengan kami. Tapi suami dengan ego tinggi menyatakan die selesa dengan keadaan sekarang. Duduk bersendirian.

Hampir 2 tahun kami berasingan, saya mula bosan dengan keadaan sekarang. Mana nak fikir anak2, bil bil rmh dan semua kos atas tanggung jawab saya .

Akhirnya saya tewas dengan godaan dunia, saya berkawan dengan lelaki lain atas tiket kerja. Saya akui, saya takut dalam keadaan sekarang.

Saya takut jatuh cinta dengan lelaki lain sedangkan saya masih bersuami. Dalam masa yang sama, suami semakin jauh dengan kami.

Suami buat hal sendiri dan saya dengan anak2. Akhirnya saya buat pengakuan pada suami bahawa saya menyukai lelaki lain dan mohon perpisahan kali ketiga dan sejak dari itu,

suami mula berubah dan memujuk saya agar tidak bersikap dingin dengan suami. Ternyata, hati saya dah terlalu skit sampai hajat suami ununtuk bersama tidak trtunai.

Berkali kali suami saya ajak untuk bersama. Tapi saya tetap tak layan dan saya maklum kepadanya. saya tidak layak untuk dia.

Saya dah pun trlanjur dengan kawan lelaki saya Saya terlalu lemah dalam kasih sayang.

Saya kurang mendapat perhatian dari suami dan akhirnya saya terlanjur dengan lelaki yang bukan suami saya dan niat saya kali ni untuk bercer4i atas sebab saya sendiri kerana saya bukan yang terbaik untuk suami saya.

Kalao suami saya terbaca moment ni dalam KRT. Saya mohon maaf dan keampunan dari awak. Lepaskan saya untuk awak tidak menanggung dosa saya lagi.