Aku xberhak dpt harta arwaah ayah sbb anak prm, tp smua hutang ayah aku sorg yg kene selesaikn

Foto sekadar hiasan.

Salam warga IIUM Confession. Ini confession pertama yang aku pernah tulis disini.

Aku Amina berumur lingkungan 30an dan sudah berkahwin. Alhamdulillah bahagia dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan baik. Namun bukan suami aku punca aku menulis hari ini.

Ibu bapaku berceraai sejurus melahirkan aku. Hidup aku 30 tahun selepas itu hanyalah dengan mak dan keluarga sebelah mak sahaja.

Daripada tadika, sekolah, universiti, bekerja, sehinggalah sekarang di rumah menjaga anak ku yang masih kecil. Hanya mak dan keluarga sebelah mak yang ambil tahu.

Jarang aku berjumpa ayahku kerana hubungan ayah dan emak yang sangat ‘panas’. Sehinggalah ayahku menghembuskan nafas terakhir ketika aku masih bersekolah. Memori aku tentang ayah hanyalah secebis.

Namun aku akur sahaja dengan takdir. Mungkin amalan dan doaku boleh disedekahkan, sebagai tanda berbakti kepadanya sebagai orang tuaku.

Teringat aku kepada memori ketika berita arwaah ayah meninggaal disampaikan kepadaku dan emak, emak langsung tiada reaksi. Namun aku ingat dengan jelas, keluarga ayahku mula berbicara soal harta peninggalan, duit, kwsp dan sebagainya.

Semasa malam tahlil, aku hanya mendengar dan memerhati. Aku duduk disudut dengan emak. Aku dapat rasa emak dan bekas mentuanya tidak mempunyai sejarah yang baik.

Bekas mentuanya (nenek aku) juga melihat aku dengan pandangan penuh benci. Tidak seperti sepupu sepupuku yang lain asyik didukung dan diagah.

Adik beradik ayah ramai, 12 orang ksemuanya. 7 teratas dan dua terakhir adalah lelaki. Masing masing galak berbincang soal pembahagian harta.

Ada salah seorang adik beradik perempuan ayah terus cakap pada ibu “kau dah berceraai kan ha takyah nak meminta eh”

Mak jawab “kita tengokla faraid macamana kak. Yang penting pergi amanah raya dulu. Apa pun Amina anak dia juga, ada hak juga sedikit sebanyak”

Perempuan tu (aku tanak panggil dia makcik) berang dengan mak aku. Dia cakap “alah anak kau perempuan bukan laki. Dalam islam anak laki saja ada hak besar peninggalan arwaah. Kalau perempuan dapat sikit saja. Bawak bawak la pegi belajar agama.”

Masa tu aku kecik lagi, tapi aku faham mak sedang dihina. Dari aku kecik mak aku takpernah nak jejak kaki balik sini, tapi dia bawak jugak aku balik sekali ni untuk tahlil ayah. Mungkin penghormatan terakhir. Itu pun untuk semalam saja.

Aku tengok adik beradik ayah semua tengok tengok mak. Ada yang tengok sambil siniskan muka. Tapi mak hanya keraskan air muka. Mak memang muka ketat, lebih kepada unapproachable punya airmuka.

Tapi bagi aku mak wanita hebat, anak yang baik kepada nenek dan atuk aku, dan ibu yang penyayang kepada aku. Aku cukup semua dengan hanya ada mak.

Malam tu kami tak makan pun, habis tahlil mak terus drive balik rumah tumpangan. Kami bungkus nasi di tepi jalan.

Aku lupa tahun bila, tapi mungkin hanya beberapa tahun lepas ayah meninggaal. Duit bahagian faraid aku dapat.

Selepas ditolak semua family belah ayah yang hampir 10 orang lelaki dan 4 orang perempuan, jumlah bahagian aku lebih kurang 3ribu. Aku ingatkan jumlah tu banyak, tapi mak cakap harta arwaah lagi banyak.

Mak bawak aku balik jumpa mereka. Perbincangan jadi tegang juga sampaila perempuan tu (aku taknak sebut dia makcik aku) marah marah mak aku. Dia cakap mak aku tak sedar diri.

“Anak kau tu kau dah bawak lari awal awal lagi lepas ceraai. Kenapa nak ada hak atas arwaah pulak?”

“Kalau ikut aku kan, kau anak beranak memang takde kena mengena pun dengan arwaah dah”

“Kira ok la dapat jugak sikit”

“Kami ni lagi lama duduk dengan arwaah tau”

“Kami lagi berhak”

Gerun. Aku gerun dengan hari tu. Bila difikirkan balik aku taktahu mana mak dapat keberanian tu. Mak tak takut langsung. Tapi sebelum kami balik mak ada sound semua orang.

Mak cakap, “tapi apa pun harap semua yang dapat pembahagian harta ni kena sedar la, banyak nya harta yang dapat banyak la tanggungjawab dan kebajikan Amina yang kamu kena jaga.

Sebab sepanjang hayat Amina tak pernah dibayar nafkah. Tapi kalau nak abaikan tanggungjawab ni silakan. Tunggu balasan Allah”

“Eh takpayah nak main nama Allah la”

“Kau tu yang tak tahu hukum hakam”

“Anak perempuan ikut islam mmg terima sikit”

“Kut mana mana kami lebih berhak ke atas segala harta arwaah berbanding Amina”

“Dia hanya anak perempuan”

“Kami ni adik beradik”

…………………….

So, that is the flashback im getting these days. Sedih sangat bila difikirkan. Al-Fatihah juga untuk mak. Sentiasa berusaha keras untuk aku belajar tinggi tinggi.

Baru baru ni pihak sana ada hubungi aku. Katanya aku perlu membayar sejumlah wang pada pihak bank. Arwaah ayah masih ada buat pinjaman dengan satu bank.

Namun ksemua mereka berpakat mahu aku yang langsaikan. Padahal berapa lama sudah kami tidak bersua muka.

Aku bukan macam mak. Mak berani. Tapi aku cuba juga untuk mempertikaikan.

“Kenapa saya pula kena bayar?” Aku tanya baik baik

“Dah kau kan anak. Kau la waris. Buat buat taktahu pulak”

“Ni bukan tanggungjawab kami”

“Kami adik beradik arwaah bapak kau saja”

“Kau tu yang anak dia”

Aku betul betul terkedu. Kenapa ada orang macamni wujud dalam dunia ni? Satu keluarga pula tu. Sumpah dengan nama Allah, selepas arwaah meninggaal, tiada satu pun yang bertanya khabar apatah menjaga kebajikan aku.

Suami aku banyak memujuk. Dia cakap tak apa dia boleh usahakan. Apalah sangat nak dibandingkan dengan nilai ketenangan arwaah ayah di alam sana.

Suami aku lahir dalam dulang emas, di dalam family yang sangat support antara satu sama lain. Pendek kata, tidak berkira dan tamak bab duit.

Aku sangat tersepit, aku sangat benci mereka dan ingin mereka terima pembalasan. Namun aku juga cair mendengar nasihat suamiku untuk menjadi anak yang mengambil tanggungjawab walaupun bukan tempatnya kali ini.

Ini antara reaksi netizen.

Ameera.Beratnya…. Sesungguhnya nafkah yg tertunggak juga hutang yg perlu diselesaikan dari pusaka arwaah.. sebelum pembahagian pusaka seharusnya dah diselidik jika arwaah ada memiliki hutang2 lain..

sesungguhnya juga waris2 lelaki dari keluarga arwaah bapa perlu bertanggungjawab ttg kebajikan anak arwaah yg masih di bawah umur..

Menjawab la dkt sana nanti..
Yg lain ni masih hidup, cuba cakna sikit ambil tahu, belajar ttg ilmu faraid dan pusaka..

Sarah. Uuuii.. sungguh gerun jika mengambil hak orang tanpa hak. Sampai keturunan turun turun akan tanggung dosa dan apa sahaja bahana dek ambil hak orang tanpa direla.

Azab dalam macam bentuk, saakit, keluarga porak peranda, rumahtangga panas dan mcm mcm selagi tak dipulangkan kepada yang berhak. Setiap anak ada bahagiannya.

Adik beradik tak ada hak. Hanya peringkat ayah dan ibu dan anak anak bagi ke s ini.

Melainkan wujudnya hibah dari arwaah secara bertulis dan ada surat mengesahkannya. Pulangkan pada dia supaya korang anak cucu tak dihantui hak Amina sampai beralih alih keturunan.

Yanie.Semoga Allah memberkati dan memberi ganjaran berlipat ganda buat tt sekeluarga.

Tidak terlepas azab/balasan buat mereka yang memakan harta anak yatim. Janji Allah itu pasti.