Aku xlalu nk makan masakan emak sbb dapur k0tor berkerak, bau njis kucing. Aku malu dgn jiran

Foto sekadar hiasan. Assalam semua. Aku disini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat. Andai ada cara penyelesaian dari pembaca juga aku terima. Aku seorang isteri jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku. Aku mula kan cerita daripada aku mula menikah saja yaa. Selepas aku dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak ku dimana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.

Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia untuk kami keluar hidup sendiri berdikari. Dalam kami masing masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu.

Lalu kakak sulungku yang tinggal tidak jauh dari rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari, Untuk memberi laluan kepada kakakku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian dibilik sewa kerana dia suka kan privasi sebegitu.

Aku dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami. Aku fikir mungkin ada betulnya, malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak.

Lalu kakak ku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak. Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day, tapi saban hari saban tahun rumah mak makin berubah. Makin ktor, makin semak, makin bus0k dengan njis kucing.

Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika aku tinggal disitu, lantai rumah berpasir. Dapur yang k0tor dengan lantai berkeraak.

Sampaikan aku tak lalu nak makan masakan emak, sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling aku suka hatta ikan kembong goreng pun bagi aku rasa sedap sangat.

Aku tak mahu menyalahkan mak yang bagi aku sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas,

Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan disitu saja .

Bila aku tertengok gambar gambar rumah k0tor yang viral di media sosial terus aku terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya k0tornya lebih kurang.

Lepas kami berpindah kakakku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal disitu.

Bagi aku yaa perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya.

Tapi kakak ku sangat lah pemalas ya Allah, dia tak berminat untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak makin ter0k ktor kerana mak aku perlu dibantu.

Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi, kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah.

Sebelum pandemiik aku pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi aku juga sibuk dengan rumah tangga aku dan kerja kerja lain yang perlu aku uruskan.

Dan kemudian aku melahirkan anak lagi, ketika pkpp kami pulang melawat mak seperti biasa tapi yang aku nampak rumah bukan nya semakin bersih kerana kakak ku cuma berada dirumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah semakin k0tor.

Yang terbaru aku tengok sawang rumah mak penuh di syiling rumah sampai dah kehitaaman dan sudah bertali hampir kena kepala, bayang kan punya terok sawang tu sampai hitaam dah melebihi sawang pintu gua.

Setiap kali aku melawat mak aku tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana aku punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan,

Jadi memang aku kena fokus untuk anak aku didalam keadaan rumah yang k0tor banyak benda berb4haya untuk anak aku .

Mak selalu mengadu hal kakak ku yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik. Kalau gelas air yang di minum ditinggalkan saja penuh meja diruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain.

Aku cuma diam, aku tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja. Maksudku perluk4h aku orang yang tidak tinggal disitu ikut campur urus rumah yang kakakku dan suaminya perlu urus?

Kenapa ketika aku dan suami tinggal disitu rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama?

Kakakku belum punya anak kecil macam aku dan aku rasa dia lebih dari mampu untuk urus rumah itu berbanding aku.

Aku dan suami takkan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yang dikatakan kakak sulung ku terhadap kami dulu.

Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu. Ya lah, dirumah aku mak tak boleh beraktiviti seperti dirumah sendiri. Dia tiada kawan kawan dan sebagainya.

Aku cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini, aku tak mahu orang yang kenal keluargaku tahu tentang ini.

Aku rasa sangat terok bila tengok rumah mak begitu, juga aku malu dengan jiran jiran. Dengan keadaan k0tor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua.

Mungkin ambil masa berhari hari, dan jika aku mula mengemas aku akan buat bersungguh sungguh hingga bucu lantai pun aku tak mahu tengok berkerak,

Jadi memang ambil masa yang lama untuk aku mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu. Dengan keadaan aku punya anak kecil memang aku tak mampu membantu. Ampunkan aku ya Allah.

Ramai yang turut sedih dengan perkongsian ini, ini antara reaksi netizen.

Sarimah. Hired maid. Paling kurang panggil maid sekali sekala. Hal2 mcmni mmg memenatkan badan n otak. Maid buat sekejap jer….kita adik beradik pon tak penat n tak bermasam muka.

Miera.1. Minta kakak sulung sampaikan pesanan kepada kakak yg tinggal dgn mak. Kakak sulung yg pernah ‘sound’ confessor supaya keluar dari rumah mak supaya kakak yg ni boleh tinggal dgn Mak kan? Maka, kakak sulung jugalah yg perlu bersuara hal ni sebab dia yg menyebabkan kakak yg ni tinggal dgn Mak.

2. Bincang dgn semua adik beradik utk upah orang membersihkan rumah Mak. Pakat kongsi bayaran upah sebab itu rumah Mak, Mak tu atas tanggungjawab semua anak.

Memandangkan confessor kata kek0toran rumah Mak dah sangat ‘tebal’, maka memang perlu upah orang utk bersihkan. Takkan mampu nak buat sendiri kalau sawang dah sama macam pintu gua.

3. Nasihat elok2 kat kakak yg tinggal dgn Mak supaya jaga kebersihan. Bukan semata utk dia, adik beradik lain dan confessor yg kadang2 singgah rumah Mak, tapi lebih kepada kesihatan fizikal dan ment4l Mak.

Ahmah.Hakak aku ni sorg mmg pengotor ya amat. Keje dia lepas habis sekolah tido bangun tgok cite korea pastu kuar dating rembat baju bersih org (baju dia k0tor dia sumbat bawah katil, euwwww), dua tiga kali aku halau dia dr bilik sbb perangai pengotor dia.

Last2 dia kahwin dpt jodoh dgn org lebih kurang mcm dia. Lg teruk mak mertua dia hoarder brgn rosak, rumah dorg tinggal dah dua kali kene harung banjir, brg byk rosak tp x boleh buang.

Rumah tu baru renovate x smpai 10 tahun dah buruk. Mmg buku bertemu ruas laa…

Tp sekarang ni dia rajin mengemas sbb tabiat pengotor dia tu buatkan dia dpt penykit kulit + resdung + bad health, so nak tak nak dia kene aktif sikit sbb anak dah empat, yg no tiga ada asthma.

In the end fitrah manusia mmg kene hidup dlm suasana bersih utk sihat dan bahagia.

Cer cek kesihatan mak tu, mesti dah ada tanda2 x sihat dkt badan dia. Tengok la ada tak ruam gatal x hilang2, kudis ke… Biasa kalau rumah k0tor yg ada haiwan peliharaan mesti ada kene gatal dkt kaki.

X pun dkt tangan, kalau melecet sikit mesti susah nak baik. Pastu mesti start asyik batuk2 dan selsema, kadang2 sampai skit2 badan sbb batuk berpanjangan.

Kalau ada tanda2 tu bawak pi berubat pastu adukan dkt akak yg pertama tu pasal kesihatan mak kau. Usually kalau skit ni ubatnya paling berkesan rutin sihat dgn kebersihan kene jaga.

Mintak dia sounds sikit dkt pengantin baru tu. Duduk dah free, ubah sikit perangai pengotor tu. Takut dah ada anak kang habis penuh datu rumah dgn pampers busuk.

Puteri. Suruh kak long je setelkan…..Tapi kalau betul2 sayangkan mak…bantulah mak kemas umah…bila datang umah mak, datang sorang2….anak2 yg kecik tu, tinggal kat umah suruh somi jaga…

Pastikan ambik gambar umah bersepah tu, post kat grp wsp famili….biar semua tahu…sambil mengemas bebel2 je….buat partition siap2 tuk dapur mak …

Bahagi kawasan ni nampak kej4m kat mata lalat…tapi nilah salah 1 cara nak ajar org pemalas dan pengotor….nnt akan ada macam2 kata nista bila dibuat pembahagian kawasan esp dapur.

tapi berbaloi….sebab kalau tt datang umah mak, tt kemas bahagian mak sahaja….kita pun penat urus masalah kita, yg mak ni kalau xboleh pakat, kita buatlah semampu kita.

yg penting, cakap terus terang kat adik beradik lain, jangan marah mak…sebab yg buat ni tt….tt mgkn akan difitnah seantero kg…tapi yakin lah tt buat ni kerana Allah…yg lain2 tu serah je kat Allah..