Ayah dgn org dia suka sedekah, tp dgn mak dia berkira. Mak minta duit nk mkn pn xbg

Foto sekadar hiasan. Mak aku dah berusia 60an dan memang surirumah sejak mula kahwin dengan ayah aku. Ayah aku seorang bekas pekerja swasta dalam bidang perbankan, jadi hanya ada simpanan KWSP, tak ada pencen bulanan.

Apa yang aku cerita ni adalah berdasarkan apa yang mak aku cerita dan berdasarkan pemerhatian aku sendiri sebagai seorang anak bongsu yang lama duduk dengan parents.

Semoga apa yang aku kongsi ni dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada pembaca yg mengalami situasi yang sama.

1. Urusan kewangan.

a) First of all, mak aku ni seorang yang bijak walaupun tak pernah bekerja. Ni ayah aku memang akui sebab mak aku ni ada ingatan yang kuat dan bijak urus kewangan keluarga.

Ayah aku kerja seorang untuk tanggung kami 6 beranak jadi memang urusan rumahtangga ayah aku serah kat mak aku untuk urus termasuklah urus pembayaran bil-bil rumah.

Mak aku mengadu kat aku bab kewangan ni masa aku dah kerja ni yang buat aku sedih.

Mak aku cakap masa kami kecik kami susah tapi aku tak ingat aku susah. Bila ayah bagi duit belanja dapur, mak aku yang atur apa nk beli.

Rupanya mak aku banyak berk0rban demi anak-anak. Mak aku cerita dulu mak aku hanya makan kepala ikan, isi dia bagi aku makan sebelum ke sekolah.

Mak aku suap aku makan sebelum pergi sekolah sampai darjah 3.

Patutlah sampai sekarang kalau mak aku makan dia hanya ambik kepala ikan dengan isi sikit masa makan walaupun sekarang anak-anak dah besar mampu je makan yang sedap-sedap.

b) Sekarang ni, bila anak-anak dah besar lain pula ujian mak. Ayah aku lepas bersara banyak habiskan duit untuk parti p0litik dan aktiviti m4sjid.

Kalau mak aku mintak duit, ayah aku suruh mintak kat anak-anak. Ayah aku dengan orang dia suka sedekah, tapi dengan mak aku dia jadi berkira. Mak aku memang mengadu pasal ni kat aku anak perempuan dia.

Aku bagi je duit belanja kat mak aku tapi mak aku sedih sebab dia nak duit belanja dari suami dia, ayah aku tapi ayah aku banyak sedekah kat orang luar dari bini sendiri.

Padahal ayah aku mampu je nak bagi apa mak aku makan sebab anak-anak semua dah kerja tapi ayah aku lebihkan sedekah kepada orang luar dan m4sjid.

Bagi aku tak patut la sebab sampai ayah meninggaal, mak aku masih tanggungjawab dia sebagai suami.

Kalau mak aku suruh belikan ubat pun, ayah aku mintak duit kat mak aku.

Mak aku cakap dia tak kerja mana ada duit, yang ada pun duit anak-anak bagi untuk belanja dapur jugak. Bila mak aku mengadu, aku jadi serba salah.

Memang aku tinggal dengan parents aku, tiap-tiap bulan aku belanjakan lebih kurang RM1000 untuk belanja rumah tapi masih tak cukup.

Aku pun ada komitmen sendiri walaupun aku bujang, aku sampai tak ada simpanan sekarang lebih-lebih lagi pasca covid ni pendapatan aku dah berkurangan 30%.

2) Urusan kerja rumah

a) Ayah aku memang suruh mak aku jadi surirumah je sebab ayah nak mak aku urus dia dan anak-anak.

Mak aku cakap dia terasa beban sebab semua urusan rumah dia buat dari memasak, mengemas satu rumah termasuk pergi pejabat post untuk bayar bil-bil.

Bab bayar bil-bil ni mak aku mengadu sebab kami kecik dulu mana ada online banking,

Ayah aku suruh mak aku pergi jalan pergi pejabat pos yang jarakny lebih kurang 1km dari rumah dengan masa tu abang-abang aku masih kecik tak boleh tinggal sendiri kat rumah.

Kenalah mak aku pimpin anak-anak pergi bayar bil. Alasan ayah aku sebab dia kerja tak ada masa nak pergi beratur bayar. Ayah aku ingat mak aku duduk rumah banyak dan tak penat.

Sekarang bila masing-masing dah usia warga emas pun, ayah aku masih layan mak aku macam mak aku masih muda untuk buat kerja rumah.

Ayah aku suka mengarah sebab dia cakap dia saakit lutut dan ada saakit asthma tak boleh buat kerja banyak.

Tapi pergi m4sjid 5 kali sehari dan urus hal-hal m4sjid boleh pulak.

Contoh; kalau ada paip bocor kat m4sjid cepat je ayah aku uruskan, tapi bila bila kat rumah pili bocor ayah aku cakap dia tak larat nak buat. Aku pun perempuan mana la aku reti nak buat dengan aku pun kerja jugak.

Ayah aku hanya buat apa yang dia rasa nak buat, selebihnya dia akan bergantung kat mak aku. Kononnya sebab mak aku tak ada saakit macam dia.

Banyak lagi kisah duka seorang surirumah sepenuh masa lebih-lebih lagi meniti usia senja ni.

Aku bujang lagi tapi bila aku tengok rumahtangga mak ayah aku, aku rasa tak mampu nak berumahtangga kalau inilah rumahtangga yang dianggap biasa.

Sekian dari aku, anak seorang surirumah tangga sepenuh masa.

Reaksi netizen.

Wati. Sebenarnya yang jadi sisi gelap seorang surirumah ni bila dapat pasangan tak membantu, tak memahami..

tak tengok jauh pun, tengok ayah sendiri je..keje petik sawit, amik upah petik sawit kebun orang, jadi attendance petrol pump, potong rumput tepi jalan dll keje dia buat untuk cukupkan nafkah keperluan anak².

tapi bila kat rumah tetap rajin basuh baju, sidai baju, lipat baju, basuh pinggan, sapu sampah, iron baju anak²..pendek kata kerja rumah tu tak kekok pun bila dia buat..

mak surirumah sepenuh masa..kadang² ikut gak ayah pegi kebun sawit bila musim buah banyak..elok je sebab dua² saling bantu membantu..so tt tak perlu takut nak kawen..

ada lagi lelaki yang baik zaman ni..doa minta jodoh yang baik..amik masa pilih betul²..jangan tangkap muat je..

Nuraz. Dari awal2 perkahwinan kena protes apa yg patut..jngn dibiarkn kesilapan jd kebiasaan..lama² kesilapan tu dh jadi mcm perkara biasa ,yg bukan silap lg..

Suami org lain pun kerja juga, knp bolh pergi bayar bil? Begitu juga hal2 lain..kena bertegas..Klu nk ikut, suami tak beri nafkah dlm temph tertentu dh bolh minta fasakh, klu isteri menuntut..

Akad ni bukn hal mudah..la adalh angkat sumpah utk memikul tggjwb sebagai suami, sepnjang hayat  sehingga jtuh talak..

Rafi. Sudut pandang saya, saya jugak anak kepada ibu yg surirumah sepenuh masa, I’m very proud of my parents..kteorg ada 12 org adik beradik.. guess what, bapak jugak yg byk menolong mak buat kerja rmh..

if bapak balik keje, die akn terus ke dapor tolong mak angkatkn baju di ampaian, sorting baju2 kteorg, then bapak sendiri yg seterika baju kerja die sendri,

die yg arahkan/agih anak2 utk buat kerja rmh tolong ringankn mak, pastikan ank2 dah bersiap mandi sebelom maghrib & ngaji, pastu bila bapak dh pencen,

urusan rmh hampir 80% bapak yg buat & mak hanya memasak & cuci baju..bila pencen kn ada byk ms di rmh, tp bapak tak kasi mak kerap memasak lagi,

dieorg pepagi dh duk ngeteh di kedai dan kdg2 tapau utk tghari/ptg, bapak lah yg menyapu rumah, basuh pinggan mgkuk, sidai baju, ngemas rmh, merumput etc..

Sisi pandang dan perspective kita melihat itu berbeza kerana pengalaman kita tak sama, tapi..

jgn pkul sama rata.surirumah adalah kerjaya mulia seorg ibu yg berk0rban utk keluarga.. yg mencoraknya adalah pasangan itu sendiri..