Ayah hina suami sbb xpndai ckp english nk kami bceraai. Aku tekad utk plih suami dr mereka

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Terima kasih pada admin kalau artikel aku ni berjaya disiarkan. Time aku tengah type ni aku dalam keadaan yang sangat marah. Jadi timbul lah tajuk macam tu. Aku tak tahu nak salurkan kat mana lagi dan aku harap ini jadi pengajaran kepada mertua-mertua sekalian yang rasa anak dia segala-galanya dan selayaknya kahwin dengan sang putera/puteri raja hidup mewah dan tak ada masalah.

Aku sebenarnya bukan bercakap tentang mertua aku tetapi mertua suami aku. Iaitu mak ayah aku sendiri. Ya mereka adalah mak ayah aku.

Mak ayah aku yang aku rasa tak berperikemanusiaan. Mungkin jugak sebabkan mak dan ayah adalah orang yang berada.

Ceritanya begini aku berkahwin dengan seorang lelaki yang tahap pendidikan dia lebih rendah dari aku. Dan sebenarnya perkahwinan ini dipersetujui sendiri oleh kedua ibubapa aku.

Bukan aku yang nak sangat kahwin. Aku dikurniakan 2 orang cahaya mata. Berkahwin hampir 4 tahun.

Kalau nak ikutkan perkahwinan ni mestilah diberkati sebabkan parents aku sendiri yang setuju dan kami berdua pun tak pernah berjumpa sebelum kahwin tanpa mahram.

Pergi mana-mana mesti ada ahli keluarga aku sendiri walaupun dah bertunang. Sebab aku pun bukan jenis reti nak keluar sorang-sorang dengan lelaki. Tapi bagi aku perkahwinan ni adalah yang paling banyak masalah.

Jadinya lepas kami diijabkabulkan, kami hidup sebagai suami isteri seperti biasa. Sebelum tu nak cerita sedikit pasal suami aku.

Dia seorang lelaki yang baik, sabar dengan aku, ringan tulang, rajin bekerja, tak pernah culas bab nafkah dan sangat menyayangi aku. Suami aku dah tak ada ayah cuma ada mak sahaja dan adik beradik lain.

Bila kahwin dengan aku dia sangat excited untuk bermesra dengan ayah aku tapi awal-awal lagi ayah aku dah tunjukkan sikap dingin dengan dia. Kadang-kadang cakap dengan dia sambil perli-perli. Aku pun tak faham kenapa.

Aku fikir mungkin jugak sebab ayah aku ni selalu nak cakap english dan suami aku bukan la fluent sangat english dia so ayah aku pandang rendah dekat dia bila dia tak boleh nak balas ‘proper english’.

Tapi itu semua ayah aku tahu waktu sebelum kami berkahwin lagi yang dia ni bukanlah fluent in english. Itu tak sepatutnya jadi masalah.

Bagi aku, walaupun tahap pendidikan aku jauh lebih tinggi dari dia (dia tahap spm pun tak lepas rasanya) tapi aku tak pernah pandang tu semua sebab aku dah fikir hari yang aku setuju untuk terima dia hari itulah yang Allah dah tetapkan dia jodoh aku. Pasti ada hikmahnya.

So back to the point selepas kami berkahwin kami sewa rumah, hampir setahun lepas tu aku beranak anak pertama. Masa aku beranak anak pertama suami aku ada masalah kewangan sebab dia bekerja sendiri.

So faham-fahamlah bila bekerja sendiri macam mana pendapatan bila ada masalah kawasan tak laku dan sebagainya.

Aku pulak terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan. Jadi dia mohon untuk kami tinggal di rumah keluarga aku sementara dia cuba pulihkan ekonomi keluarga kecil kami.

Disini lah bermulanya perang dingin antara parents aku dan suami aku. Parents aku jenis eg0 dan tak boleh bawak bincang.

Mak aku pulak suka cakap yang bukan-bukan pasal suami aku. Semua serba tak kena Sampai kadang aku bergduh dan cakap macam mana pun itu suami aku. Aku masih kena hormat dia sebagai suami.

Kadang dia macam nak beri cadangan kepada aku untuk bercer4i saja. Aku pun tak faham. Tak fikir ke apa nasib anak-anak aku lepas ni.

Ayah aku pulak suka cari kesalahan-kesalahan kecil yang suami buat. Contoh suami terletak barang-barang niaga dia kat luar rumah kadang ayah aku ambil dan terus buang.

Bila suami aku balik cari-cari dekat tong sampah ayah aku buat drama cakap dia tak tahu itu barang suami aku. Dia rasa semak jadi dia buang saja.

Suami aku masih sabar. Dia cakap tak apalah ini bukan rumah dia. Timbul lagi 1 isu yang memang terang tang tang salah aku tapi ayah aku m4ki hamun dia, herdik dan hina dia.

Sampai cakap nak guna pis4u kononnya nak mengajar dia. Aku sangat benci dengan ayah aku sampai sekarang. Tak cukup dengan itu mak aku pulak sambung marah-marah suami aku di whatsapp. Cakap macam-macam tabur fitnah.

Waktu kejadian ni berlaku aku berada di luar rumah. Suami aku call dan cakap dia baru lepas kena marah dan herdik. Suara dia sampai nak nangis.

Keesokan harinya lepas dia pergi kerja dia cakap dekat aku mungkin kita dah tak boleh bersama.

Sebab dia tak nampak apa gunanya kami bersama kalau parents aku tak respect dia. Dan sebenarnya tak terima pun dia seadanya.

Aku nangis dan merayu suruh dia fikirkan anak-anak kami. Malam tu dia tinggalkan aku dia cakap dia perlukn masa. Jadi aku pun biarkan lah dia menyendiri.

Keesokannya dia balik dan aku mintak maaf sangat-sangat kepada dia atas kelakuan parents aku. Terus kami decide untuk pindah dan beberapa minggu selepas itu kami pun pindah.

Kami duduk di rumah keluarga aku hampir 2 tahun setengah. Sepanjang itulah aku rasa aku dan suami disksa ment4l dan emosi. Tapi suami aku lagi banyak kena.

Alhamdulillah sekarang kehidupan aku dan suami dah bertambah baik. Sebenarnya banyak lagi insiden yang ayah dan mak aku buat tapi aku malas nak cerita panjang-panjang kat sini. Membuatkan aku malas dah nak balik rumah parents aku sendiri.

Dan sebab utama kenapa aku cerita pasal kisah ni yang dah lama terpendam adalah kerana aku nak mertua diluar sana yang baca kisah aku ni sila lah belajar untuk menerima kekurangan menantu sebab kita sebagai manusia pun ada banyak kekurangan.

Kena tahu jugak dalam hidup ni ada karma. Hari ini kita buat anak orang, esok lusa anak kita pulak yang akan kena, lepas tu kita tanya pulak kenapa menantu dan anak tak datang jenguk kita dekat kampung.

By the way, kakak-kakak aku pun semua dah kahwin tapi mereka duduk asing dan tak banyak masalah sebab mungkin suami-suami mereka ni semua educated.

Cuma suami aku seorang je yang dipandang hina. Dan sekarang ni aku rasa jalan terbaik adalah untuk aku bina ‘gap’ antara aku dan parents aku.

Aku tak boleh lupakan lagi apa yang mereka lakukan kepada suami aku sedangkan suami aku banyak tolong mereka waktu kami duduk di rumah keluarga aku.

Duit dia hulur, barang dapur pun dia tak berkira nak belikan. Aku harap pembaca semua doakan supaya jodoh aku dan suami berkekalan. Aku sayangkan suami aku dan aku sayangkan perkahwinan ini. Sekian.

Ini antara respon warga net.

Liana. Sis. Bukan nak aibkan mak sendiri. Tapi kita as wife memang kena back up suami. Macam mak aku kadang2 benda kecik pun nak bising.

Tapi Allah tu ada. Sekali ada kenalan buat hal, kaki pkul bini. Aku direct je cakap, mak setakat gitu2 je takde hal lah. Cuba mak tengok suami orang lain, kaki pkul, malas kerja.

Suami saya takde macam tu. Nafkah bagi je walau sikit. Bab barang dapur lain pulak. Takkan nak suh saya cer4i? Since that mak aku dah jarang bunyik.

Kalau bunyik pun, aku cantas balik. Tapiiii tak bermakna husband aku betul 100%. Lepas aku back up, aku sound jugak laki aku slow2. Jangan laa buat benda yang mak cakap banyak kali.

Mak aku stay dengan aku sementara ni. Lagipun aku anak tunggal. Mak pun ibu tunggal. Cuma mak aku jenis yang pembersih teramat dan perfectionist. Haihh beliau retired nurse. Gituler gayanye

Aida.Saya selalu nampak..hari ni menantu itulah yang paling dibenci tapi dihujung hari menantu itulah yang dicari..

Takpa dik…Allah itu selalu memerhati..Dia tengah siapkan ruang di dalam syurga buat adik dan sekeluarga kerana sentiasa sabar.

Buat suami adik, akak bangga kerana ada sifat sabar yang sangat tinggi. Moga dimurahkan rezeki dari semua sudut dan dinaikkan darjat oleh Allah.

Syakirah. Anggaplah tindakan ibu bapa tu utk didik kalian spy berdikari. Tak elok masih bergantung @ tumpang senang ibu bapa stlh berkeluarga.

Mungkin cara ibu bapa tu agak kej4m & menyakitkan, tp sampai bila kalian akan menumpang rumah parent? Selagi Allah SWT bg kudrat dan kesihatan yg baik, usahalah utk kehidupan yg lbh baik. Maafkanlah ibu bapa demi kebaikan hidup kalian.

Bibie. Pengajaran kpd kita semua.. terutama seorang yg bergelar ibu. Mudah sangat mendongak kelangit dgn menggunakan kuasa aku “ibu”.
Jangan puan2.. ibu yang BAIK dia akan layan anak2 dan berkata yg baik2 kpd anak2.

Anak itu amanah, bukan saham didunia bila dia besar kita tuntut mereka balas jasa kita. Puan2.. anak lelaki dan perempuan sama sahaja.

Dalam kubur kita perlukn doa anak2 lelaki dan perempuan, bukan doa anak lelaki sahaja.Ayuhlah puan-puan kita azam jadi ibubapa yang baik.

Rozilawati. Tidak redha Allah,melainkan dengan redha ibubapa.Hadamkan dan fahamkan betul2.Semua wanita sayangkan suami,dan melebihi suami lebih dari ibubapa.

Taat pada suami wajib,tapi ibubapa jgn disingkirkan,dihina dan dicaci.Sebelum bertemu suami yg dianggap membawa syurga,bukankah diasuh,didik oleh ibubapa?

Ibubapa beri apa sahaja,hingga sanggup berkorban harta dan nyawa.Jangan kerana terlalu mempertahankan suami,syurga yg pertama dibiarkan binasa.

Dua tahun setengah menumpang di rumah keluarga bukan sekejap,hargailah mereka.Taat pada suami,ibubapa jangan dilupa.

Akif.For my opinion,, parent sendiri yg suruh kahwin dan merestui, kenapa pula bila dah kawin di bencinya menantu itu?.. Sangat pelik sikap parent mcm ni… Maaf, sy kata mcm ni…

Sepatutnya, dah tahu menantu itu ada kekurangan, bantu lah dia, beri sokongan,, bukan menghina, mengherdik bagai… Menantu juga manusia,, punya hati dan perasaan…

Si anak pula,, jangan berhenti memujuk, ibu bapa anda supaya terima menantu mereka seadanya sbb itu pilihan mereka…

Moga satu hari nanti ibu bapa anda menerima menantu mereka dengan hati yg terbuka.. Be positive,, be strong…

Raiha. aku salute dgn confessor ni. Dia tahu mana baik mana buruk handling rumahtangga sendiri.tak terpengruh dgn batu api dr mak pak sendiri. lau org lain tu dah lama mtk cer4i kot.

pada pandangan saya, elok puan confessor ni bina hidup baru di tempat lain jauh dari rumah parents confessor. sekurang2nya bila duk jauh ni parents tak ada sibuk sgt nak masuk campur rumahtangga anak2.

Harap puan terus sentiasa jadi tulang belakang suami support susah senang. semoga urusan rumahtangga puan dipermudahkan

Emma. You are not alone. Abah aku sgt baik n sgt syg anak menantu dia tapi mak aku… masa business abg ipar aku jatuh, tiap kali kakak aku balik kg dgn family, mak aku mcm mak kau jugak, sindir2 perli2 abg ipar aku sbb kakak aku kena tanggung semua.

Mcm kau jugak, kakak aku belajar tinggi, abg ipar aku spm je. Tu part kakak aku n suami dia. Nasib baik kakak aku sentiasa bersama suami dia walopun x pnah sekali pun dia melawan mak aku.

Tpi part abang aku n bini dia.. kakak ipar aku.. lagi teruk. Kakak ipar aku sebaik2 manusia. Dia jaga mak abah aku mcm ibubapa kandung dia sendiri.

Aku n kakak aku pun x mampu jaga dorg sebaik kakak ipar aku. Tapi setiap langkah n perbuatan kakak ipar aku salah pada pandangan mak aku.

Kadang2 bila aku rapat dgn kakak ipar aku, mak aku mula syak kakak ipar aku ckp bukan2 pasal dia kt aku. Dlm hati dia penuh pra sangka buruk kt kakak ipar aku.

Dan abg aku plak sorg anak yg sgt taat dgn ibu.. terpengruh dgn semua ckp mak aku.. maka kau pikir sendiri la apa yg jadi.

Dan aku.. anak yg last.. buat masa sekarang blom ada issue lgi antara suami n mak aku. Mak aku agak bias skit dgn aku.. so dia suka je dgn suami aku .. mungkin nasib aku baik tpi aku sbg anak, sedih dgn sikap mak aku terhadap abg n kakak ipar aku.