Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Aku Azi berumur 30 tahun. Aku ada adik beradik 4 orang dan semuanya masih single dan menetap bersama mak ayah. Ayah masih bekerja dan mak suri rumah. Kisah yang nak aku ceritakan tentang mak. Kami dah tak tahu macam mana nak tegur perangai mak. Sebab setiap kali ditegur, mak akan tarik muka hingga berbulan lamanya.
Kami tak kesah kalau mak tak layan kami, tapi kami kesiankan ayah. Ayah seorang pendiam, tak cerewet tentang makan tapi orang yang paling kami kagumi.
Kalau tiba angin mak tak menentu tu, soal makan ayah tidak dihiraukan, Mak tahu kami ada untuk sediakan semuanya. Bagi mak, kalau dia sentap dengan ayah, kami akan sebelahkan ayah dan sebaliknya. Mak ingat kami dan ayah ibarat satu kumpulan.
Antara sebab-sebab mak sentap dengan ayah. Pertama, tak bawak dia berjalan. Ayah kerja 6 hari seminggu. Hari ahad adalah hari rehat ayah.
Bila dah bekerja, kami tahu perasan ayah yang mahukan rehat dihujung minggu, Malahan kami tak terasa pun kalau ayah tak bawa kami bersiar-siar sebab kami budak kampung, banyak aktiviti yang boleh diisi hujung minggu.
Yang kami pasti setiap tahun hari raya cina, ayah dapat cuti panjang, dan masa itu ayah akan bawa kami berkelah. Itu sudah cukup untuk kami.
Bila dah besar dan mempunyai kereta, kami pula yang rajin bawa mak ayah berkelah. Tapi tidak mak. Kalau ayah tak ikut apa yang dia kata, terus sentap dan tak layan ayah. Sarapan pagi buat, tapi ditinggalkan atas meja. Minum petang tak dibuat.
Untuk makluman, ayah hanya makan 2 kali sehari iaitu sarapan dan makan malam. Oleh itu minum petang agak penting, sebabkan kasihan ayah penat balik kerja dan mesti lapar. Tapi kalau mood mak baik, siap buatkan macam-macam jenis kuih atau juadah petang.
Paling mengecewakan bila mak sanggup berpaling duduk dari ayah kerana tidak mahu bertentang muka dengan ayah.
Seingat aku, ayah sudah tidak sabar dengan mak, dia pegang tangan mak untuk berbaik semula, tapi ditepis kasar oleh mak. Ayah selalu ingatkan mak tentang solat, tapi mak dengan angkuhnya berkata ‘itu dosa saya’.
Retak hati kami bila ayah ceritakan hal itu. Malahn ayah pernah memintak abang mak untuk menasihati mak, tapi pakcik menjawab ‘kalau dah tahu perangai isteri awak macam tu, kenapa kahwin dengan dia’. Alangkah sedih kami dengar.
Selain itu, kalau ayah cuti skit, mesti mak tak senang duduk. Tanpa sebab mak sentap dengan ayah. Baginya ayah boleh je untuk cuti tapi kenapa tak boleh bawa dia bersiar-siar.
Seingat saya, ayah tak pernah menyekat mak untuk pergi menyertai rombongan komuniti. Ke Utara, Selatan, Timur dan Barat Malaysia semua mak pergi.
Tapi malangnya, mak tak pernah meminta izin ayah untuk kesana. Mak sekadar beritahu ayah tentang itenary perjalanan. Mak tak membezakan beritahu dan meminta izin.
Tetapi ayah tak pernah mengungkit hal itu sebab ayah tahu redha mak terletak di bahu ayah. Ayah tahu itu saja terapi untuk suri rumah untuk keluar bersiar-siar.
Sejak berkahwin, ayah tidak pernah kami lihat melancong ke negeri lain. Ya kami tahu, melancong memerlukn duit apatah lagi untuk yang sudah bekeluarga.
Tapi ayah tetap beri mak duit untuk berbelanja pabila dia menyertai rombongan. Begitulah ayah, sehingga sepupu kami bilang beruntung mak dapat suami macam ayah. Tak pernah merungut, tak panas bran dan cool sentiasa.
Kalau ada rezeki, akan saya tulis tentang ayah.
Berbalik kepada mak, kalau waktu sentap mak, anak buah ayah datang rumah tak dilayan pun. Tunjuk muka masam dan duduk dalam bilik sehingga kami terpaksa mencari alasan mengatakan bahwa mak tak berapa sihat. Betapa malunya air muka ayah waktu itu.
Yang tidak adilnya, anak buah ayah saja mak tarik muka tetapi tidak jika anak buah mak datang ke rumah.
Pernah sekali hari raya, kami hanya beraya dikampung hanya sejam dan pulang ke Selangor pada hari yang sama. Gara-gara mak sentap ayah tidak singgah kerumah abang tirinya.
Padahal kami tidak berapa rapat dengan keluarga abang tiri mak itu dan adik beradik mak yang lain juga tidak pernah kami lihat beraya kerumah abang tiri mak itu.
Pabila ayah ajak beraya ke rumah saudara-mara, mak diamkan diri dalam bilik. Waktu itu semua ahli keluarga belah ayah sudah bersiap mahu beraya dan hanya menunggu mak bersiap,
Akhirnya ayah tidak tahan sabarnya, mengarahkan kami kemas beg baju dan pulang ke rumah. Kakak ayah puas menyabarkan ayah dan kami.
Kata makcik ‘itu perangai mak, nak buat macam mana. Sabarlah banyak-banyak’. Setiap tahun mesti ada sahaja asbab mak sentap dengan ayah pada hari raya.
Kalau bukan hari raya, dalam bulan puasa juga sama. Sehingga kami berbuka di msjid dek kerana mak sentap tak semena-mena. Dan sebab itu mak tahu, satu hari raya nanti boleh bermaafan.
Perangai mak tak pernah berubah. Kami pernah meminta kakak mak untuk menasihati mak, tetapi mak salahkan kami kerana mengadu. Padahal waktu itu kakak mak perasan riak wajah mak dan bertanyakan perihal itu kepada kami.
Kami menceritakan apa yang berlaku dan kakak mak menasihati mak. Akhirnya, kami yang kena dan mak sentap degan kami pula. Dan berlarutan berminggu lamanya.
Baru-baru ini kami terbaca perbualan mak dengan sepupu kami tentang kakak ayah (kakak ipar mak). Adik saya pergi kerumah makcik kerana mahu membantu anak buah kami dalam pelajarannya.
Anak buah kami duduk dengan kakak ayah iaitu neneknya. Dalam hari yang sama, mereka meraikan hari lahir anak buah kami itu dan menyambutnya secara kecil-kecilan.
Tetapi tidak kami sangka ini menjadi isu mak mengumpat kakak iparnya dengan sepupu tu. Katanya tidak menjemput lah, tidak membungkus makanan untuk dibawa balik. Padahal adik saya ada bawa kek sebekas dari sana.
Adik menolak untuk membungkus makanan kerana sudah larut malam dan tiada siapa mahu makan dirumah.
Demi Allah, kami dan ayah tidak terasa langsung jika tidak dijemput. Kami kecewa mak mengumpat makcik dibelakang.
Kami rapat dengan makcik kerana kami tahu dulu-dulu ayah meminjam duit dengan makcik untuk belanja persekolahan kami tanpa pengetahuan mak. Apa yang mak tahu ayah ada sahaja sediakan duit untuk kami, padahal ayah ikat perut dan meminjam dari makcik.
Kami tak tahu kenapa mak tak suka makcik. Kalau kami kerumah makcik, mesti akan sentap dengan kami 2 3 hari.. Sehingga kami terpaksa sorok-sorok untuk kerumah makcik.
Malahan makcik selalu menyuruh kami jangan berlama-lamaan dirumahnya kerana takut mak marah dan sentap dengan kami lagi.
Perkara ini berlanjutan bertahun lamanya. Dan paling saya menyampah, mak seakan berpura-pura. Katanya sayang dengan makcik tapi dibelakang bercerita tentang makcik.
Itu sebelah ayah. Sebelah dia mak juga sama. Sebabkan mulut mak, sepupu kami bergduh malahan melibatkan makcik pakcik bergduh.
Sejak adanya Whatsapp, mak dapat berhubung dengan orang kampungnya yang lama tak dengar khabarnya. Mak invite adik mak untuk serta sekali dalam group whatsapp itu.
Banyak info tentang rumah kampung mak dapat melalui group itu. Tetapi itu jadi bahan bualan mak dan adik mak tentang hasil pokok buah-buahan di tanah rumah itu.
Untuk pengetahuan, abang-abang dan kakak mak tinggal berdekatan dan selalu berpeluang pulang ke kampung.
Isu menjadi besar bila mak dan adik mak mula menyuarakan tidak puas hati kenapa mereka tidak dapat hasil buah-buahan tu.
Mak dan adik mak mula menuduh sepupu kami yang disana makan hasil tanpa memikir orang lain. Tuduh-menuduh dan pertengkaran bermula sehingga sepupu kami terasa dan hubungan kami mula renggang.
Kakak sulung saya telah menegur adik mak dan mahu hubungan adik beradik mak baik semula tetapi lain yang jadi.
Adik mak telah mengadu kepada mak bahawa kakak saya telah menuduhnya. Bukan nak kata apa, adik mak bertindak seperti ‘play victim’ membuatkan kami meluat dan tidak menggemari adik mak.
Tidak kami sangka, selepas 3 tahun, perkara yang sama berulang dan kini kami masih dalam dilema. Mak dan adik mak suka menuduh tanpa usul periksa. Namun, kami masih rasional dan menelefon orang dikampung untuk mengetahui perkara sebenar.
Kami tak tahu bagaimana lagi mahu menegur mak. Kerana setiap teguran itu ibarat mencurah air kedaun keladi. Mak tak pernah muhasabah diri pabila ada orang menegur.
Benarlah kata orang, teknologi ini ada ‘pro and cont’. Kami seakan menyesal memperkenalkan teknologi kepada mak jika kami tahu ini yang akan berlaku. Malahan mak seakan tahu, dia akan delete setiap perbualannya dalam whatsapp.
Tapi Allah maha mengetahui dan menggerakkan hati kami untuk check whatsapp mak sebelum mak sempat delete.
Jika tidak, kami tidak tahu mak telah menabur fitnah dan bercerita tentang orang lain dibelakang. Lagi mengecewakan, mak join group berzikir tapi sebenarnya itu telah menjadikan mak riak dengan zikir hariannya.
Jika ada orang yang lalu depan rumah dan menyapa mak, dengan lantang mak berkata dia tengah berzikir.
Ya Allah, saya terkejut mendengarnya dan menegur mak agar janganlah riak depan orang. Dan sekali lagi, mak sentap. Lagi saya geram, mak tidak pernah saya lihat solat kecuali solat raya kerana solat raya mak boleh bercerita dengan jiran-jiran. MasyaAllah mak, riak namanya tu.
Yang wajib ditinggalkan, yang sunat pula dikejar. Bagi mak, Allah akan terima apa jua bentuk amalan seseorang individu itu. Tapi dimana pahalanya kalau sudah niat untuk melengkapkan list zikir dalam whatsapp semata? Jika tak buat, orang mengata pula.
Paling saya kecewa, mak pernah menyumpah saya nak derhaka. Mak menjerit dan menyumpah saya. Saya kira jiran-jiran semua boleh dengar dengan jelas setiap kata-kata mak. Sebabnya hanya sedikit.
Mak sentap dengan ayah dan macam biasa, mak tak layan langsung ayah. Ayah banyak terperap dalam bilik dan hanya keluar untuk ambil wudhuk, makan dan bila kami balik kerja.
Nak dijadikan cerita, ayah demam panas dan kami pula keluar kerja awal pagi. Mak langsung tidak menjenguk ayah didalam bilik sehingga kami pulang kerja. Maksudnya ayah tak makan, tak diberi ubat dan hanya tidur berselubung atas katil.
Saya dengan cemas ambil air dan ubat untuk ayah, tetapi ayat mak sangat mengguris hati dan membuatkan saya hilaang sabar.
Mak kata ‘kalau pasal bapak dia, laju je bagi ubat’. Saya melenting dan mengingatkan mak bahawa ayah tu suami mak. Mak berang bila saya timbulkan soal dosa terhadap suami dan mula menyumpah saya.
Mak mungkin lupa hampir setahun mak tak boleh berjalan dan kami lah yang menyiapkan makan pakai mak sebelum pergi kerja.
Bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan semuanya termasuk sarapan ayah. Saya teramat sedih dan mak sentap dengan saya selama 3 bulan. Bagaimana kami berbaik, saya hulurkan duit belanja mak untuk ke Acheh kerana mak menyertai satu prgoram ke sana.
Ya, mak hanya berbaik dengan kami bila kami hulurkan duit, bila ayah belikan makanan mahal untuk mak. Mungkin silap kami tidak meminta maaf dengan mak, tapi adakah kami puncanya?
Mak seorang sahaja yang suka sentap dalam rumah ini. Kami tak faham kenapa mak perlu sentap atas isu-isu yang kecil ini.
Dan bila kami tegur, sentap lagi. Kami kasihankan ayah, kerana ayah paling senyap dalam rumah. Ayah garang tapi bertempat. Tapi tak pernah ayah tinggikan suara dekat mak.
Paling menyedihkan bila arwaah abang pernah berkata ‘kalau ayah berceraai dengan mak, abang tak kesah pun’. Kami tahu arwaah abang lagi lama hadap perangai bersama ayah.
Sehingga dihujung nafas abang, mak masih sentap dengan abang. Tapi biarlah kisah hujung hayat arwaah abang ini saya simpan.
Kerana saya tahu Allah lagi sayangkan abang. Kerana Allah tahu abang rasa dia tidak dihargai oleh ibu sendiri didunia ini. Alfatihah untuk abang.
Macam-macam cerita mak yang nak saya ceritakan. Iya saya tahu mak tetap mak. Pahala dia melahirkan kami, membesarkan kami, mengurus rumah tidak ternilai pahalanya.
Tapi apakah mak tak berdosa? Apa lagi caranya untuk menyedarkan mak? Ahli keluarga sebelah ayah, sebelah mak, jiran tetangga semua tahu perangai mak yang satu ini.
Waktu mood mak baik, semua dilayan dengan penuh hemah. Tapi bila moodnya tak baik, semua tak dilayan. Kalau dengan kami sahaja tidak mengapa, ini dia tarik muka dengan tetamu dan jiran.
Kami malu dan kami tahu tiada siapa di dunia yang dapat tegur mak. Sehingga kami terfikir, adakah jodoh kami lambat dek kerana perangai mak sebegini?
Jodoh itu akan sampai bila kita bersedia and mungkin mak belum bersedia untuk menjadi mak mertua seseorang. Wallahualam kami serahkan segala pada takdir yang tertulis.
Ya Allah, ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa muuslimin muuslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggaal dunia. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani. Aminn.
Sekian luahan panjang saya.
Hanya meluahkan dan masih lagi bertahan.
Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian ini.
Opahi. Dik…d ujung usia dari premonopaus…wanita mengalami krisis perubahan hrmon…ada yg.dapat menangani dgn baik ada yg.tergelincir….
Perasaan berbaur…
kdang rasa sunyi walau d keliling kluarga,kdang rasa gbira berlebihan…tu yg.terkinja kinja nk mkn angin tu…kadang marah benci pda suami…sbb.hrmon berkurang,
kghiarahan pda pasangan dah pudar..tapi jarang mengaku ,malahan mencari silap pasangan dn berdndam…
Hanya.. akal…iman…kasihsayang ,rasa hormat dari awal yg.dapat meredakan..
juga klu masih sibuk dgn.anak yg.masih sekolah atau cucu cucu…mkin dapat ubati …
Tentang layan emak kpda ayah tu..jgn.campor tangan…mereka dlm fasa menilai hati masing masing setelah lama tda ruang privasi atau dating..untuk dluah …
kasih sayang yg.berbaki dn imbas kisah lalu…Ada wanita yg.memerlukn suasana romantis d usia lanjut…ada yg.lebih kpada manjakan cucu berlebihan ada yg.senang d sejadah…
Ilmu agama …
tu..penting dlm beramal…sbagai suami patut dah bimbing istri dri awal…
Wallahuaalam…
Zulnaida. Jangan lepas ini ramai pulak confess sikap buruk mak dan ayah. Oh tolonglah. Mak tetap mak. Ayah tetap ayah. Kedudukan Mereka Allah muliakan sehinggakan doa ibu adalah doa yg amat mustajab.
Jika ada sikap mereka yg tidak baik anggaplah itu kekhilafan dan itulah ujian Allah buat mereka. Biarlah Allah swt yg menghakimi mereka.
Bukan kita. Jika kita nk tegur dan nasihat oun kena ayat yg paling lembut dan cara halus sbb sekali hati mereka terguris dan mengalir air mata, dosa terpalit atas bahu kita sebagai anak.
Doakan selalu. Jangan putus. Doa anak yg soleh dan solehah adalah yg terbaik. Ingatlah kita jugak akan tua sebagai ibubapa.
Hati manusia ni Allah yg pegang jika ianya nak ditwistkan oleh Allah swt sekelip mata saja.
Sayangi ibubapa kita dan ehsan pada mereka selagi ada hayat mereka supaya hidup kita juga diredhai Allah swt. Wallahu’alam.
Siti hajar. Saya sbg seorang ibu, hampir 50an pun malu dan sedih dgn luahan tt. Jangan ingat anak2 sahaja menderhaka malah kita sebagai ibu bapa turut menderhaka kepada anak2.
Anak2 tiada hak memilih ibu bapa tapi ibu bapa ada peluang memilih anak2. Dalam situasi ini mmg keterlaluan sikap seorang ibu seperti itu.
Maaf saya bercakap dari kaca mata seorang ibu. Hayat sudah hampir ke liang kubur tapi masih mahu menongkat langit. Sabar ya dik. Mmg tidak pelik usia perkahwinan terungkai ketika menjelang senja. Atas sebab ego.
Ali. Aku xnak komen byk.. Sebab aku anak mak.. Dan jenis aku xsuka bercerita perihal keluarga dengan sesiapa walau seburuk mana kerana aku xnak org luar mengata..
Jadi aku nak pesan kat yg nak komen tu, biarlah komen yg baik2 dan bernas, doakan agar hati mak TT dilembutkan.. Bukan tunjuk palatao org ni salah org tu salah.
TT cerita baik lembut ja tentang kekesalan yg dia hadapi, korg pula yg acah lebih mengetahui mcm tggl 1 bumbung
Aishah. Risiko bila kita confess kat sini tentang sikap mak ayah kita. Kita berharap orang bagi nasihat yang berguna tapi nanti pasti ada jugak komen yang kutuk mak ayah kita dengan bahasa tak sewajarnya.
Mohon para pengomen, buruk mana pun mak ayah seseorang tu bila diluahkan kat sini, percayalah anaknya tetap tak rela orang kutuk2 mak ayah dia. Jadi komenlah yang sewajarnya.