Suami aku si lembut bjaya bt aku mgndung, dia teruja lyn alahan aku smpaikn muntah aku pn dia tadah

Foto sekadar hiasan. Hai. Jumpa lagi. Kali ni aku nak kongsikan tentang beberapa perubahan aku sepanjang beberapa bulan aku mengandung. Oh ye ni masuk bulan ke 4 baby sihat dalam perut. Alhamdulillah. Mengandung ketika pkp sangat2 memudahkan sebab suami pun bekerja dari rumah. Antara yang paling mencabar dalam 4 bulan ni adalah apabila melawan ‘morning sickness’. Selama ni, aku tak pernah tau macam ni rupanya sksa alahan semasa mengandung.

Untuk semua yang masih belum mengikuti episod cerita yang sangat menarik ini boleh klik link di bawah

Part 1

Aku di jodohkn dgn lelaki lembut, mlm pertama kami suami bg alasan belum bersedia minta aku bsabar

Part 2

Aku di pksa khwin dgn lelaki lembut, aku berjaya mengandung tp skrg aku tak tahan mulut laser dia

Part 3

Stiap kali balik kg, saudara mara akn ejek gaya lembut suami. Perlekehkn aku masih xmgandung

Dulu, masa kakak aku mengandung, aku selalu kata yang dia mengada2 nak perhatian.

Mungkin sebab tu Allah bagi aku rasa apa yang kakak aku rasa sebelum ni. Sorry Long..

Perubahan suami aku?

Dia semakin rajin. Haha. Yelah.. aku dah lembik muntah hijau. Terpaksalah dia ambil alih semua tugas.

Sampaikan bising mak aku masa call hari tu..

“Jangan manjakan sangat bini kamu tu. Orang lain pun ngandung jugak.. takdelah lembik je sepanjang hari”

Mak aku memang jenis tegas. Sebab tu kalau ada apa2 aku lebih suka kongsi dekat mak mertua aku.

Jangan risau, bukan nak burukkan mak sendiri. Yang ni sebab mak aku sendiri yang nasihat. Rapatkan diri dengan mertua. Buat yang terbaik. Lagipun, mak mertua aku bestfriend dia dari bujang dulu. Huhu..

Berbalik pada alahan tadi, bau paling aku kalah, bau tumisan bawang.

Nak kata aku tak suka benda busuk2, tak jugak. Sebab benda wangi pun aku menyampah. Sabun, perfume, lotion.. pokoknya segala benda yang mengeluarkan bau wangi akan jadi ‘racun’ pada aku.

Yang kesiannya, suami aku. Dia terpaksa melupakan rutin dia. Biasanya setiap lepas mandi, dia akan memakai wangi wangian. Tapi bila nampak aku tidur luar sebab tak tahan bau wangi dia, dia stop semua. Deodorant pun tak pakai.

Morning sickness pulak bukan kena ‘morning’ je. Ianya akan berlanjutan dari bukak mata subuh. Sampai nak tidur malam. Kadang2 dah takde apa nak keluarkan. Tapi aku tetap uwek2 kat bilik air.

Yang paling sadis, aku pernah termuntah di tepi katil. Sebab aku ingatkan aku mimpi.

Suami aku tak cakap banyak. Dia terus capai apa yang patut bersihkan. Kalau boleh aku nak bersihkan sendiri. Sebab aku sendiri jijik, takkanlah aku sanggup nak tengok dia buat.

Pernah aku tak tahan bau perfume suami aku termuntah atas katil tepi dia terus dia tadah tangan dan cuci semua muntah aku.

Aku nak cuci semua, tapi dia berkeras nak buat jugak. Dia suruh aku rehat. Dah selesai semua..aku tanya dia

“Abang tak geli ke?”

“Geli-geli’ la best” Sambil mukanya senyum nakal.

Adoii.. sempat lagi.. kalau dah jantan tu.. jantan jugak. Walaupun lembut, tak lari mana gatalnye.. haha.

Tentang pemakanan, aku tak mengidam yang pelik2 sangat. Takdelah nak makan hati nyamuk ke.. kepala gajah ke..

Cuma yang aku perasan aku suka makan beras. Nikmat sangat dapat gigit sebijik sebijik beras tu.

Bila mak mertua aku kata tak elok, suami aku dah sorok tong beras. Sampai sekarang aku tak jumpa. Mentang mentanglah dia tukang masak sepenuh masa sekarang ni. sampai hati dia.. huhu..

Dan..

Yang paling ketara perubahan aku, emosi. Cemburu dan sedih aku tak dapat nak kawal.

Pernah satu hari, kawan ofis dia call. Disebabkan suami dalam bilik air, aku pun tolong angkat.

Tanpa salam.. tiba2 je..

“Darling u kat mana??”

“Err.. darling u tengah mandi laa..”

“Eh? Ini isteri dia ye.. hahaha sori tau.. gurau2 je. Nanti bagitau dia suh call balik tau Urgent”

Dia terus letak. Nafas aku laju. Geram betul dengan suami aku. Bukan main lagi dia main darling2 dengan perempuan lain. Ish geram

Nanti kau

Keluar saja suami dari bilik air, tak sempat dia nak melangkah aku dah berdiri depan dia.

“Alaa.. abang nak cepat ni.. tak payah la ajak mandi sekali”

“Tadi ada pompuan call abang”

“Dia ada pesan apa2 ke?”

“Kenapa dia panggil abang darling”

Suami aku dah gelak sambil keringkan rambut dia.

“Semua kat ofis tu panggil abang darling, abang kan lemah lembut.. penyayang.. ”

“Saya tak suke Abang tu laki orang”

“Ok.. nanti abang suruh diorang panggil abang Remy Ishak”

Nak tersedak aku. Tapi sebab marah aku tak reda lagi..aku sikit pun tak gelak. Muka aku serius sambil tenung muka dia.

“Saya serius ni”

“Alaa.. janganlah emosi sangat.. takut efek baby..”

Suami aku nampak cuak. Sebab tengok muka aku yang dah tak boleh nak senyum.

“H0rmon je tu.. sayang tak macam ni dulu.. ”

Bila suami aku kata macam tu.. Baru aku perasan, dulu dia selamba keluar makan dengan kawan2 perempuan dia, sikit pun aku tak curiga.

Betullah kot.. h0rmon yang salah Bukan aku. Huhu..

“Dah. Siap2. Jom ikut abang. Tapi sayang duduk dalam kete je”

“Pegi mana?”

“Temankan abang. Lepas hantar report, kita jalan2 pusing KL”

Yes Aku suka Ni lagi satu perubahan pelik pada aku, aku suka keluar rumah. Walaupun cuma duduk dalam kereta. Sikit pun aku tak mbuk bila keluar.

Kalau dulu, sebelum mengandung, akulah manusia yang paling malas nak bersiap. Sebab dengan si mamat lembut ni, bukan boleh asal siap.

Dia akan pastikan yang kau cantik macam dia. Haha..

Satu lagi peristiwa tentang perubahan emosi aku..

Dulu, tengok movie sedih kat panggung, hati aku macam batu. Orang lain dah keluar airmata, hingus bagai.. aku masih selamba layan popcorn sambil menguap.

Sehinggalah satu hari, suami aku balik bawak satu kotak. Bila aku jenguk dalamnya..

Anak kucing.

Ya Allah.. comelnyee..

“Mana abang dapat?”

Suami aku cerita yang dia nampak anak kucing dalam kotak di luar kedai. Mengiau tak berhenti. Ada orang buang agaknya. Sampai hati pisahkan dia dengan maknye.. mengalir airmata aku tanpa sedar.

Masa tu jugak kami namakan dia.. Koko. Sebab bulunya berwarna kecoklatan.

Aku ajak suami ke kedai menjual peralatan untuk haiwan. Sebab kami berdua bukan pencinta kucing, kami serahkan pada tokey kedai untuk pilihkan susu dan peralatan sesuai.

Bila dah settle. Aku tak sabar nak sampai rumah. Nak bancuh susu. Nak bagi dia minum.

Aku rasa bahagia sangat. Seronok dapat tengok Koko minum susu dari syringe.

Sambil aku susukan koko. Aku usap perut aku

“Ummi tengah ngandung ni.. nanti dah sihat, InsyaAllah boleh jumpa dengan adik Januari nanti..”

Time aku cakap macam tu, baru aku perasan suami aku dah lama perati aku dari jauh. Tersenyum2 dia sambil geleng kepala.

Malunye ya Allah.. tapi disebabkan aku jenis pandai cover the scene.. aku angkat Koko sambil tunjuk suami aku. Dah alang2 malu kan…teruskan jelah.. haha

“Hah Tu abah.. hensem kan?”

Suami aku gelak sambil lambai Koko siap buat ba ba cak lagi1

Perangai kitorang dah macam budak2 pulak dah. Haha

Esoknya, lepas subuh..aku jenguk Koko. Pulas betul dia tidur. Masa tu seriously aku rasa Koko dah macam anak aku. Aku ambil sapu tangan aku, aku selimutkan.

Tiba2 dia terjaga. Mula mengiau, seolah2 mencari ibu. Aku capai susu dia, aku susukan sedikit demi sedikit. Dia minum penuh berselera.

Lepas tu dia tidur semula.

“Koko kena kuat ye.. ummi nak Koko besar dan cantik. Nanti boleh main2 dengan adik..”

Semenjak peristiwa bercakap dengan kucing semalam, aku semakin rajin bercakap dengan dia. Aku dah tak malu dah. Kadang2 suami aku pun akan sembang dengan dia.

Sehinggalah hari ke 4, pagi tu aku tunggu Koko mengiau seperti biasa. Tapi senyap. Aku pun teruskan rutin biasa aku. Sengaja aku tak jenguk dia, sebab tak nak kacau dia tidur.

Tapi selepas pkul 8pagi. Aku masih tak dengar Koko mengiau. Aku tanpa sebarang sangka buruk terus ke kotak dia.

Aku nampak banyak bintik2 putih pada alas tidur dia. Perutnya turun naik. Rupanya dia mengiau, tapi perlahan. Aku dah saspen Aku panggil suami aku.

Tergesa gesa dia datang.

“Abang.. kenapa koko ni?”

Suami aku cuba ambil koko. Rupa rupanya dia betul2 dah lemah. Putih2 pada kain alas tidur dia rupanya muntah dia.

“Abang Jom gi klinik.

“Ada ke bukak?”

“Entah”

Suami aku bersiap. Aku pun bersiap seadanya. Aku dukung Koko. Rasa lega sikit bila nampak perutnya masih turun naik. Masih bernafas

Ya Allah panjangkan umur Koko..

Sepanjang perjalanan aku cuba bertenang. Suami aku juga senyap tak tahu nak kata apa.

“Koko… jangan tinggal ummi..” airmata aku dah semakin laju.

“Sayang.. apa2 pun jadi.. sayang kena kawal perasaan ye.. kena ingat yang sayang mengandung”

Suami aku mengingatkan. Aku cuba kawal emosi. Tapi gagal.

“Sayang, klinik tak bukak lagi”

Kecewa betul rasanya bila klinik haiwan yang paling dekat belum beroperasi.

Tiba2..

“Abang.. Koko bukak mata bang”

Betapa gembiranya aku bila nampak Koko dah sedar. Suaranya juga tiba2 kuat. Aku cepat2 capai susu dia. Tapi kali ini, dia tak menelan pun. Sudahnya, susu yang aku suakan mengalir keluar kembali dari mulutnya.

“Koko.. minum sayang. Nanti Koko ada tenaga. Koko tahan dulu ye.. kejap lagi klinik bukak..”

Belum pun beberapa saat hati aku baru nak gembira dengan perubahan Koko..

Tiba-tiba..

Dia senyap.

Matanya tertutup rapat.

Perutnya sudah rata. Tiada lagi turun naik.

Masa tu aku sudah tahu dia tinggalkan kami. Tapi aku masih berharap ada keajaiban. Menitik nitik airmata aku membasahi bulu Koko.

“Abang… rasanya koko dah takde..” berat betul untuk aku luah. Tapi aku cuba untuk redho.

Suami aku senyap. Sesekali aku nampak dia menyeka airmata. Aku tau dia juga menangis.

Beberapa minit lamanya kami berdiam. Tanpa kata. Tanpa suara. Hanya airmata. Dan Koko yang terbujur kaku.

Aku usap bulu2 dia.

Hebat betul kasih sayang yang Allah campak untuk kami menyayangi kucing ini.

Hanya 4 hari.

Tapi cukup membuatkan kami tersentak bahawa semua yang kita sayang akan pergi..

“Koko tunggu ummi abah kat syurga ye.. ” aku rapatkan dia pada pipi aku. Aku ingin lihat satu persatu tanda pada wajahnya. Aku ingin kenang dia dalam hidup aku.

Suami berkali kali ingatkan aku jangan terbawa emosi. Perlahan lahan aku cuba bertenang.

Malamnya, ketika aku ingin mengambil air di dapur, aku terlihat kotak Koko. Terbayang wajah comel dia mengiau. Mata aku terus berkaca. Tapi aku tahan.

Sehinggalah aku bergerak ke sinki, aku nampak syringe dan susu tepung Koko..

Ya Allah.. rindunya..

Aku lepaskan tangis aku senyap2 di depan sinki. Aku tak nak suami aku sedar aku sedang melayan emosi.

Tapi, tiba2 terdengar langkah suami aku menuju ke dapur, aku terus buat2 cuci sinki, walaupun dah bersih.

“Berlubang sinki tu kang.. nak nangis, nangis jelah..”

Alamak Malunya aku. Dia tau Bila dengar ‘lesen’ yang diberikan suami aku. Aku terus berpusing dan menangis semahunya di dada dia. Betul2 macam anak kecil.

“Cuba sayang bayang.. kalau abang dah takde nanti..”

Nangis aku lagi menggila. Sambil nangis, sambil aku pkul2 dada dia. Aku tau dia nak usik aku. Tapi ini bukan masanya.

“Sebab tu.. Sedih kena berpada.. Nabi juga menangis.. bukan sebab tak redho… Tapi sebab rindu dan kasih yang Allah anugerahkan”

Malam tu, panjang suami aku tazkirah tentang redho. Lega sikit perasaan aku. Serba boleh jugak mamat lembut ni. Banyak pulak ilmu dia.

Malam tu juga suami aku pack semua barang Koko termasuk kotak dia untuk dibuang.

Selamat jalan Koko sayang.. terima kasih atas kenangan.

Ye.. begitulah kisah kami dan kucing gelandangan tanpa ibu. Sangat meningg4lkan kesan.

Sebab tu, minggu lepas, apabila pemergian arwaah Siti Sarah diberitakan. Aku sekali lagi tersangat emosi. Sepanjang hari aku menangis. Buat apapun tak kena. Termasuklah menulis.

Alhamdulillah..minggu ni aku dah ok. Emosi makin stabil. Dah kurang cemburu. Dah kurang sedih. Alahan pun dah makin hilang.

Akhir kata, terima kasih semua atas doa dan komen2 yang sangat mengharukan. Korang memang baik hati..

Semoga kita semua dijauhkan dari wabak yang semakin menggila. Aamiinn..

Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian ini.

Wan noriza. Jaga anak kucing baby x boleh bg susu je. Saya penah ngasuh kitten umur 3 mgg ibu maati. Susukan setiap 3 jam.

Lps bg susu atau air, kena gosok bontot dia sampai klua kencing berak. Letak botol air panas yg dibalut tuala biar suam2 kat dlm kotak dia. Biasa stp kali nak bg susu, saya tukar botol air panas tu.

Lps menyusu dia akan merangkak tido sebelah air oanas, mesti dia ingat ibu dia. Tp masuk 4 mgg saya byk bagi air masak dgn wet food atas nasihat doktor sbb yg adik maati ada parvo.

Sekali ubat x pernah miss. Alhamdulillah, comot besar sihat cantik bulu berkilat manja ikut je mana kita pegi mcm kita ni mak dia. Masa jaga comot rasa mcm jaga baby balik sbb siap kunci jam bangun bg susu… huhuhu

Yanie.Almost sama dengan pengalaman pregnant saya. Tak boleh bau tumis bawang, sabun, perfume, fabric softener. Tak boleh bau meat (ikan ayam daging). Oh saya 2 bulan vegetarian.

Tak boleh gosok gigi so memang tak gosok gigi. Guna spiffie wipes je lap-lap gigi.

Muntah sepanjang masa sampai dah tido pun boleh bangun untuk muntah. Masuk week-20 baru kurang morning sickness. Bila ingatkan pengalaman pregnant, memang phobia.

Tapi aturan Allah cantik, urusan bersalin and berpantang sangat mudah.

Saya doakan semoga segala urusan TT dipermudahkan Allah.

Kamilah. same lah..sy pun xleh bau wangi2an..ada 1 perfume suami yg sy xsuka..sy sorokkan..haha..dah beranak pun still fobia bau perfume tu..waktu mengandung anak no 1 dan 3, mmg xleh tgk muka suami..

nak termuntah..xtahu kenapa..anak no 2 dan no 4, ok je pandang muka suami..haha..kesian suami, nak beborak ngan dia, sy terpaksa pejam mata..bau suami pun xleh..padahal, xde bau busuk.. haha..maaf cik suami..pas beranak, back to normal..

Wahida.Masya Allah…seronoknya sy bc.. gigih sy click dr episod 1 smpai 2nd last tu mmbc.

Puan tt nnti citer laaa lg ur life with ur husbnd yg lmbut.. very encouraging n so +ve too. Puan bhgia dn dr pnceritaan puan buat sy bhgia sama tika mmbcnya.

Sy doakn smoga pn diprmudahkn urusan brsalin nnti, brjya brbhgia brsm suami trcinta dunia akhirt.. Aamiiiin

Best cm bc novel pula.. very niceeee story telling

Sharifah. MasyALLAH hebatnya kisah kamu berdua~

Saya baru baca start dari episode pertama n non-stop baca sampai episode ni. First time mengalir airmata baca kisah IIUM ni. Harap ada lagi kisahnya lepas ni. Seronok baca~

Lembut tak lembut, please tell your husband, HE IS A GREAT MAN. AN AWESOME HUSBAND. He shall be heck of a FANTASTIC FATHER soon.

TAHNIAH to you BOTH~~
ALLAH meredhai u n ur family. N thank u kongsikan kisah u berdua. Buka mata kami untuk sedar, makhluk Allah ni dicipta pelbagai sifat and we have to learn to respect each other.

Selamat menjalani dunia mengandung. Its a beautiful journey. Dah keluar baby nanti,lagi best~

I can bet your husband akan lebih hebat layan baby u ni nanti. Kerja u menyusu baby je. I bet the rest will be done by ur husband.

Thats what i had with my kids. Their first month old, semua husband i yg handlekan.Jgn ingat kerja2 baby ni org laki tak reti buat. Confirm husband u lebih2 lagi retinya.

And tell ur husband, darling do get ready physically and mentally from now for sleepless nights Its going to be tiresome but surely worth it

May more happiness shower u both