Suami minta bmadu tp aku tolak, hari2 dia bngun tahajjud bdoa nk keksihnya jd bidadari syurganya nti

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab sudi post cerita aku. Salam semua, aku seorang ibu bekerjaya dan umur aku dah masuk five series. Aku lebih selesa guna ganti nama aku dalam coretan kali ini. Sudah lama aku terfikir hendak berkongsi kisah aku di sini. Hari ini aku nak bercerita tentang bidadari suamiku. Siapa dia? Dia wujud dalam hidup kami dalam usia perkahwinan mencapai suku abad.

Beberapa bulan sebelum itu aku dah tak boleh tidur, selalu skit dan suami pun dingin dengan aku.

Kauum Hawa Allah bagi sixth sense yang istimewa, boleh mengesan sesuatu yang tidak kena pada pasangan dan anak-anak.

Sehinggalah dia berterus-terang dengan aku yang dia hendak berkahwin lagi seorang dengan rakan sekerja.

Tentulah aku terkejut sebab suami aku seorang yang pendiam dan memang tiada habit keluar rumah tidak tentu pasal.

Dia keluar ke msjid sekali-sekala, beli makanan atau keperluan lain. Selebihnya dia duduk di dalam bilik kerjanya bersendirian, layan FB dan Youtube. Masuk tidur pun bila aku dah lena.

Selain dari kejutan bakal mendapat madu, suami aku turut maklumkan dia sudah mendaftarkan diri melanjutkan sarjana di open university.

Sedangkan masa itu semua anak kami di IPTA, macam mana dia boleh buat tanpa bincang dengan aku. Biasanya kami akan berbincang sebelum buat sesuatu keputusan yang besar.

Suami mendapat galakan dari rakan sekerjanya (bakal madu aku tu) yang aku panggil Y sahaja. Y banyak beri panduan bagaimana hendak pilih subjek, berapa kredit dan university yang mana sesuai.

Daripada situlah mereka selalu bertukar mesej. Anak Y juga tidak pandai mengaji, suami aku juga ada tawarkan diri hendak mengajar anak Y. Y adalah ibu tunggal selepas berceraai dengan suaminya.

Aku pun ada jumpa Y, dia nafikan nak berkahwin dengan suami aku. Katanya dia baik sebagai rakan sahaja, tiada niat dia nak berkahwin dengan suami aku.

Kali kedua jumpa pun dia beritahu aku memang mereka selalu jumpa di tempat kerja dan suami aku pun kerap mesej dia. Aku minta dia tunjukkan mesej suami aku pada dia, tetapi Y kata dia dah padam.

Aku juga ada tanya, apa suami aku bagi semasa hari jadinya.. Y kata tiada apa-apa. Sebab aku ada nampak notification pada telefon suami aku tarikh hari jadi Y.

Aku minta Y blok suami aku jika dia betul-betul jujur dengan aku. Suami aku tahu aku jumpa dengan Y dan dia pun ada bagitau dia dah putuskan hubungan dengan Y.

Hubungan kami suami isteri jenis terbuka. Kami boleh sembang apa sahaja dengan baik. Aku perasan, sejak itu suami aku yang tak pernah tahajud sudah mula konsisten bangun pkul 3 pagi untuk qiamullail. Aku sudah lama amalkan tahajud sebelum itu.

Suami aku bagitau walaupun dia tidak dapat berkahwin dengan Y, dia nak bersama dengan Y di syurga. Masa itu aku terima sahaja ayat itu tanpa perasaan.

Sehinggalah aku terjumpa perbualan suami aku dengan Y di dalam laptop. Mesej-mesej sebelum mereka putus.

Rupanya boleh kata setiap hari suami aku mesej Y. Tidak kira siang atau malam. Ajak jumpa di tempat kerja, suami mencari-cari Y kalau tak nampak seharian. Dengan ayat-ayat cinta. Y pun layan sahaja.

Banyak hadiah suami aku berikan pada Y. Belikan hadiah hari jadi. Belikan baju. Sedangkan masa itu, nafkah aku pun dia tak bagi, apatah lagi nak celebrate hari jadi aku. Memang mereka menipu aku selama ini.

Dalam mesej terakhir itu, sebelum Y blok suami aku. Suami aku tulis, disebabkan Y dia bangun solat tahajud. Untuk doakan Y dan anak-anak dan supaya hubungan mereka berakhir dengan baik. Suami nak jumpa Y di syurga, dengan aku tak pernah pula dia berkata begitu.

Peristiwa ini memberi tekanan pada aku,sehingga memberi ksan pada ksihatan aku. Aku jadi depres sion, susah tidur, dapat gangguan syaaitan, rasa nak bnuh diri, senggugut, haid berpanjangan sampai istihaadah, gstrik dan turun berat badan.

Dipendekkan cerita, aku survive dengan dengan izin Allah dan bantuan kawan-kawan rapat. Suami memang tidak banyak membantu, dia pun frust sebab hubungan dengan Y tidak menjadi.

Dia pun dah berhenti belajar, susah nak siapkan assignment katanya. Pernah semasa belajar, laptop suami rosak. Pernah juga laptop dan printer pun rosak serentak. Aku diam sahaja. Hati aku yang dia rosakkan dia tak peduli pun.

Memang ada kawan-kawan nasihatkan berceraai, tapi hati aku berat sangat nak berceraai. Suami pun tak sanggup nak lepaskan aku. Dia bukan nak ceraaikan aku, tetapi nak aku bermadu sahaja. Terima Y.

BFF aku pun ragu-ragu, betulkah suami aku dah putuskan hubungan dengan Y? ya, memang sampai sekarang aku tak ambil tahu apa status hubungan mereka.

Betullah, biar saakit badan, boleh makan ubat. Tapi jika saakit hati dan sedih, apa ubatnya?

Makan masa juga untuk aku move on. Cuma bisikan hati bahawa kita ada Allah membuatkan aku kuat. Hadap juga muka suami.

Layan macam biasa walaupun aku bukan bidadari syurganya. Bukan orang yang dia doakan di dalam tahajud cintanya dan bukan orang yang dia tunggu nak berjumpa di syurga. Redha sahajalah wahai hati.

Aku berpegang pada apa sahaja yang Allah bagi adalah yang terbaik. Memang suami aku bukan yang terbaik, dia dah kecewakan dan tipu aku. Tetapi dialah yang Allah bagi pada aku, itulah yang terbaik untuk aku.

Peristiwa ini banyak mengubah aku. Aku lebih yakin dengan Allah. Aku ubati hati dengan Al-Quran. Aku tambahkan sedekah harian, hafal Quran dan lebih empati pada orang yang depres sion.

Aku banyak doakan orang dan hadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, suami, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan semua orang. Ya, aku jadi lebih tenang berbanding dulu.

Walaupun hubungan kami tidak seperti sebelum peristiwa ini terjadi. Suami berubah ke arah lebih baik seperti yang aku doakan. Dia dah berikan nafkah yang agak banyak juga untuk aku, walaupun gaji aku lebih dari mencukupi.

Jadi sebahagian besar nafkah itu aku sedekahkan pada yang memerlukn atau aku buat wakaf. Kami juga sempat menunaikan umrah berdua sebelum covid. Suami juga sudah istiqamah ke msjid setiap waktu.

Hidup yang sementara ini, memang lain orang lain ujiannya. Biasanya Allah akan uji dengan orang yang paling kita sayang dan benda yang paling berharga pada kita. Akhirnya sujud kembali pada Allah, itulah yang terbaik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat bagi sesama wanita. Aku doakan semua wanita yang membaca coretan ini agar kita dapat berjumpa di syurga sebagai bidadari. Bidadari yang lebih cantik dari bidadari berasal di syurga.

Rasulullah sudah berjanji bahawa wanita dunia akan menjadi Penghulu Bidadari di syurga. Yakinlah pada janji Allah yang Maha Kuasa. JanjiNya sentiasa benar.

Ramai yang terksan dengan perkongsian ini. Ini antara reaksi netizen.

Nayli. Setuju. Sy pun sama ke s mcm Puan. Nyaris dimadukan. Tp baru masuk 6 tahun perkahwinan. Masa dpt tahu memang kita hilaang akal wras. Kita manusia biasa. Hampir jadi gil4.

Tp bila saya follow page motivasi, ceramah agama, back to Allah, entah mcm mana saya automatik berdamai dgn hati sendiri.

Ustazah ni ada bg nasihat, suami bukan milik kita, dia milik Allah. Allah syg pada hambaNya jadi Dia usik sikit kita dgn ujian dunia.

Lately sy tenang sikit. Suami pon Alhamdulillah dah berubah mungkin asbab malu dengan keluarga. Wallhualam. Saya pon xsure dia berubah sepenuhnya.

Ujian sy skrg…adalah bila kita nk cuba redha, syaitan akan bisik suruh bersangka buruk dgn suami. Bila itu berlaku sy cepat2 istigfar.

Dan fikir terus dia bukan milik saya. Allah jualah yg bolak balikkan hati manusia. Setiap org ujian lain².

Khairin.

“…dia tidak dapat berkahwin dengan Y, dia nak bersama dengan Y di syurga…Suami aku tulis, disebabkan Y dia bangun solat tahajud. Untuk doakan Y dan anak-anak…

Suami nak jumpa Y di syurga… Memang suami aku bukan yang terbaik, dia dah kecewakan dan tipu aku. Tetapi dialah yang Allah bagi pada aku, itulah yang terbaik untuk aku.”

Patut bagi penerajang di sebelah sisi kiri dan kanan halkum nya itu, supaya akal fikiran suami terus kembali dekat tempat nya iaitu di otak bukan di lutut.

Puan ada pilihan, kalau puan pilih nak bertahan dengan lelaki curaang, please jangan cakap Allah yang dah tentukan dia tu untuk puan, burukkan nama agama aje.

Kalau puan rasa tenang hidup tersksa, teruskan lah dengan suami puan. Sebab kalau puan betul betul happy dan boleh terima perubahan suami puan tu, confession ni takkan wujud…

Lagipun apa dia fikir dia je ada bidadari baru???Puan pun boleh dapat bidadara syurga lah, yang lagi mantap ha dari laki macam sekarang ni yang curaang sambil menunggang agama

Mas. Ada kawan kene situsasi yg sama. Sampai si suami pi umrah, nak berdoa depan kaabah utk kawen ngan scandal, utk dibukakan hati isteri supaya terima bermadu. Si suami pegi umrah sorang je.

Si isteri kat malaysia serah urusan bulat bulat pada Allah. Berserah dan pasrah.
Allah maha berkuasa.

Sampai kat depan kabaah utk umrah pertama, belum sempat berdoa, si suami tak nampak kaabah, yg dia nampak isterinya. Dia nampak isteri tengah tawaf.

Menangis nangis si suami depan kaabah.
Terus call isteri minta ampun mintak maaf.

Jodoh masih panjang. Dua bulan lepas tu dia bawak isterinya pegi umrah pulak. Kat sana da macam org baru bercinta. Terus spark balik hububgan suami isteri tu..

Jangan berhenti berdoa puan. Allah maha mendengar. Dia sebaik baik perancang.

Siti anizah. Para pembaca,anda ada anak perempuan? Jangan ajar anak perempuan anda tiada harga diri. Ajar dia sayang diri, dan tidak tersua-sua kepada yang tidak sudi