Azan maghrib je nenek bertempik nyaring. Mak mula buka rahsia sebenar, ini yang mak tanggung dlu

Salam. Saya merupakan anak kedua kepada anak kedua nenek saya. Anak abah. Nenek saya dah lama terlantar skit di atas katil. Str0ke, sebelah kanan lumpuh sebelah kiri je boleh bergerak. Mula skit lepas jatuh sebanyak 3 kali dalam bulan 11 tahun lepas (2017). Nak dijadikan cerita, biasalah, bila saakit ni, badan kita jadi lemah. Lagi2 orang tua. Walaupun nenek saya kuat mengaji semua tu, bila skit, solat mengaji dah kurang, maka adalah gangguan serba sedikit yang lama2 jadi bukit.

Bermula dengan tak tidur malam selama 3 hari, lepas tu tidur sehari suntuk lepas tu berjaga lagi selama 3 hari. Begitulah rutin nenek dalam dua bulan pertama skit.

Tak lama kemudian, tambah lagi dengan sebaik sahaja azan maghrib, nenek akan bersuara dengan suara nyaring berjerit2, diselang-seli dengan suara serak dan kasar.

Tenaga tangan dan kaki belah kiri memang sangat kuat. Kalau masa nak suap makanan, ubat terutamanya, benda dia tak mahu, bayangkanlah dia boleh tahan tangan dua orang yang cuba pegang tangan dia. Rentap macam tu je.

Berapa orang pernah kena tampar (tak sengaja, dia nak rentap tapi tertampar), boleh tahan berdengung jugak telinga kami. Tenaga kuat yang undescribable. Jadi dari situ kami mula berhubung dengan tok bomoh dan ustaz.

Mula2, dengan ustaz Darul Syifa yang kebetulan merupakan saudara dekat kami. Beliau datang ke rumah untuk tengok sendiri.

Long story short, dia cakap ni gangguan dari jin yang menyinggah sahaja. Kami dinasihati perbanyakkan solat dan baca al-quran. Ok.

Tak lama lepas tu ada saudara perkenalkan seorang ustaz yang pernah merawat k3s budak perempuan tak berhenti-henti berdrah dari kemluannya akibat dicakar syaiitan, begitu juga k3s orang kampung kami yang gangguannya mengakibatkan dia sampai boleh melekat didinding, memanjat dinding.

So ustaz tu datang rumah. Dia cakap, dekat nenek tu ada 5 ekor. 4 yang orang lain punya. Belaan orang yang dah mngl dan tak bertuan. Seekor lagi milik nenek saya sendiri. Kami semua terkulat2 mendengarnya.

Eh? Nenek saya ni jenis yang tak tinggal solat jemaah, mengaji tiap masa. Jadi bila ustaz cakap macam tu, kami semua tak percaya. Takkanlah. Dengan perwatakan nenek yang lemah lembut, tidak pernah mengeluarkan kata2 kes4t pun. Jadi kami ambil keputusan untuk tak percaya pada ustaz tersebut.

Hari demi hari, bila percakapan nenek jadi teratur semula, nenek mula mengeluarkan kata2 kes4t. Sebut sahaja binatang apa yang ada kat hutan, semua dia sebut.

Akibatnya panggil lah ustaz lagi. Ustaz ni datang ‘scan’, lepas tu dia kumpulkan anak cucu nenek yang berumur 25 keatas. Ustaz cakap, nenek ni macam2 ada. Yang menyinggah ada, yang bela sendiri ada, yang saka pun ada.

Ustaz suruh kami cari benda yang paling lama ada dalam rumah dan benda yang nenek tak pernah tinggal, selalu bawa kemana2 hatta ke solat jemaah sekalipun.

Bermula dari jumpa ustaz ni lah, bermacam2 gangguan yang kami dapat. Nasi yang ditanak tak bertahan sampai 3 jam pun. Alih2 nak makan nasi, tengok dah basi.

Malam2, nenek meraung sekuat2nya, tenaga nenek jadi luar biasa kuat, kadang2 lepas meraung tiba2 nenek mengilai. Kelibat tu biasalah.

Bayangkanlah, jiran belakang rumah buat keputusan untuk duduk di rumah anak sebab tak tahan dan takut dengan nenek yang meraung malam2. Kuat, memang jiran sekeliling dengar.

Pkul 1-2 pagi dengar tapak kaki atas bumbung. Kadang2 macam hujan batu jatuh atas bumbung. Sebulan sebelum puasa, ada jiran nampak ada bebola api atas rumah. 7 hari berturut2.

Dari situ, kami jumpa tempayan lama yang abah sendiri pun tak tahu bila lagi ada. Yang pasti, masa abah kecik, tempayan tu dah ada. Abang abah pun cakap benda sama. Ustaz tu cakap, dalam banyak2 ekor tu, salah satunya adalah dari moyang kami, yang merupakan bidan.

Tahu2 sajalah, bidan zaman dulu, takkan lah takde bela kan. Ustaz tu kata, dengan tempayannya, dengan bola apinya, dengan moyang bidannya, kemungkinan besar jenis penanggal. Lagi sekor, yang nenek punya, ustaz tu cakap sekor ni, patuh betul dengan nenek.

Lepas tu, ustaz Darul Syifa bagitahu mak, nak cakap bahawasanya nenek ni dipatuhi, nenek terasa hati sikit, sekor ni terus ser4ng orang yang buat nenek terasa. Kalau nenek bagi arahan, terus dia buat. Tak masuk lagi pemakaian nak bagi nampak cantik, nak suruh disayangi.

Hmm entahlah. Awalnya saya masih ragu2. Sebab syaiitan memang penuh tipu daya. Mustahil nenek macam tu. Bulan puasa haritu, mak cakap nenek tak buat hal sangat. Meraung, melaung tu ada tapi kurang.

Disebabkan saya merupakan anak yang mak percaya, mak membongkarkan rahsia yang mak simpan tanpa siapa pun mengetahui. Masa awal perkahwinan mak dan abah, nenek tak pernah merestui. Mak diherdik dan dihalau, tak dibenarkan menjejakkan kaki di rumah nenek.

Sepanjang awal pernikahan, disebabkan abah ni jenis anak yang taat, abah solat berjemaah bersama nenek. Subuh, asar, maghrib, isyak. Zohor tak sebab kerja. Jadi hari2 jumpa nenek. Makan dengan nenek.

Hari2 juga nenek minta abah cerraikan mak, kahwin dengan perempuan yang nenek suka. Bila abah bertegas taknak, nenek suruh kahwin dua. Perempuan tu pun tulis surat dekat abah, dia sudi jadi yang kedua. Alhamdulillah. Abah memang bertegas taknak.

Even masa mak mengandung yang keempat pun, abah masih dipaksa kahwin dengan perempuan tu. Perempuan tu pun tunggu abah. Sampailah adik yang keempat tu lahir, kebetulan suami makcik buat hal, kantoi kahwin dua. Makcik (adik abah) meroyan, so hal kahwin dua tiga ni tersenyap sendiri.

Mak bagitahu lagi, masa mengandungkan yang keempat, mak tetiba rasa macam s4kit di bahagian atas perut, s4kit mencucok2. Tapi mak buat dek je. Kadang masa skit bebeno tu, nak duduk pun tak boleh. Masa tu tahun 1996. Mak tahan je skit tu sebab tak syak apa2.

Masa tahun 2010, mak tak tahan s4kit, muntah drah apa semua. Pergi hspital, doktor cakap takde apa2 yang tak kena. Last2, mak minta adik angkat mak yang kebetulannya ada kebolehan juga merawat tapi terhad untuk ahli keluarga sahaja.

Bila makcik tu tengok mak, dia menangis. Dia cakap, kenapa tahan. Lebih 10 tahun s4kit, kenapa tahan? Sambil tu dia pegang perut mak sambil buang. Adalah action dia, saya tak reti describe. Dia kata, tu nenek yang hantar. Lepas tu terus okay tau. Hmm. Pasal ni, abah saya pun masih tak tahu.

Mak bagitahu, anak2 mak masa kecik, tak pernah dapat kasih sayang nenek pun. Nenek belah mak dah takde. Kitorang pun tak ingat. Yang kitorang ingat, kitorang memang tak suka pergi rumah nenek. Sepupu yang lain semua rapat2. Tapi takde pun yang bergilir jaga nenek.

Mak cakap, mungkin ni Tuhan nak tunjuk, yang jaga dia sekarang ialah cucu dari perempuan yang dia tak restu, yang dia dah buat macam2. Mak cakap mak d3pr3ss dulu, tapi mujurlah bab kahwin dua, abah memang tolak jauh2.

Ni pun, sebenarnya baru balik dari rumah nenek, habis turn jaga nenek. Tadi tanya nenek, dalam ramai-ramai cucu nenek, nenek paling sayang siapa?

Nenek balas nenek sayang semua, takde yang nenek tak sayang. Entohla noks. Akal nenek pun tak tahu takat mana je ada sekarang. Masa siang perangai okay, takat jerit nak makan, tenung orang dengan mata tajam tu je lah, tunggu malam nanti.

Sis dah give up jaga malam, tak larat. Nak kerja lagi, dengan penakutnya lagi.

Discla1mer : Bila nenek jatuh saakit, kami bawa nenek ke hspital dulu untuk check semua. Warded jugak seminggu tapi sebab doktor tak tahu apa masalah, sebab dah tua juga, abah pun minta keluar. Tapi at the same time, kami masih panggil doktor datang ke rumah untuk check perkembangan nenek.

Awalnya, mulut nenek belah kanan henyot juga, sebab strok kan. Lama2 okay balik. Tapi itu lah, sampai ke sekarang, doktor cakap semua okay. Masa nak check drah ni lah, berperang kot nak pegang tangan nenek. Dia taknak bagi. Tiga tenaga muda lawan satu tenaga tua.

Okay. Masa jumpa ustaz yang bagitahu dekat dengan nenek ada 5 ekor. Yang 4 ekor tu, semua ustaz boleh sebut tuannya siapa. Si A, Si B, Si C, Si D. Yang sekor lagi tu, ustaz sebut nama tuannya ialah Jah.

Bila Ustaz bagitahu Paklong, Abah, MakLang , MakSu, A,B,C, D tu semua diorang kenal. Duduk belakang rumah, kampung sebelah la blablabla. Jah tu, takde sape kenal. Bila balik, abah bagitahu mak, mak pun cerita dekat jiran belakang rumah yang merupakan kawan baik nenek, kotlah boleh tolong.

Rupanya Jah tu, nama panggilan nenek masa muda. Sekarang orang kampung panggil nenek MakNgah Ejah, tu yang abah adik beradik tak dapat tangkap. Dari situlah kami tahu bahawa nenek pun membela.

Nenek memang tinggal dengan MakSu sekeluarga. Masa ustaz datang, dia duduk ruang tamu je, takde naik atas scan apa semua. So, lepas dia bagitahu pasal Jah tu, dia bagitahu juga, salah seorang cucu nenek ada gangguan, dari belaan nenek lah. Sebab nenek nak bagi dekat cucu tu.

Ustaz kata, dari pintu besar, bilik cucu tu ketiga dari kiri. Nama tuan bilik Sofi. Kami pun cakaplah bukan Sofi, tapi Sofina. Ustaz pun bagitahu, Sofina lah orangnya. Anak perempuan sulongkan? Kami ternganga, betullah anak perempuan sulong.

Ustaz cakap, benda ni dia tengok anak perempuan sulong, kalau takde dia tengok anak bongsu. So yang sulong nenek lelaki, dia tengok anak2 MakSu. Si Sofina tu baru darjah 6 kot, kesian lah kalau kecik2 dah dapat gangguan.

Ustaz tu cakap lagi, yang sekor belaan nenek ni, dia masuk rumah melalui tingkap bilik nenek yang berlubang. Dia datang rumah tiap hari Selasa, sama ada masa Maghrib atau pkul 10.

Ustaz ni siap describe rupa hantu ni kot. Dia datang dalam keadaan berbaju kurung style lama, rambut putih, pakai selendang, muka tua, mata merah.

Ustaz cakap,

“Kalau awak2 nak tengok boleh, dia boleh datang dalam mimpi”.

Ehh gila ke nak tengok pulak. Elok2 dah tak dapat tengok. Yang tingkap berlubang tu, kami pun tahu lepas ustaz bagitahu. Aduh.

Ustaz yang suruh cari benda lama tu pulak. Saya ada bagitahu kami ada jumpa tempayan kan? Benda yang nenek selalu bawa tu, sampai sekarang kami tak tahu apa benda sebenarnya. Adalah yang kami syak, iaitu tasbih kayu milik nenek.

Tasbih tu, kalau nenek lupa letak kat mana, satu rumah kena gesa cari tasbih tu. Sekarang pun ada, kalau nenek melalak, kami bagi tasbih tu suruh nenek berzikir. Tapi tu lah, sebab kami pun tak pasti. Bila kami jumpa tempayan tu, ustaz takde cakap pape pun pasal penanggal sebenarnya.

Ustaz cuma cakap, memang tempayan ni lama dah ada, kepunyaan moyang kami. Dan dia minta kami buang tempayan tu. Abah cakap, tempayan tu nenek tak pernah bagi kering. Mesti ada air kat dalam tu.

Dan saya juga ingat, yang saya pernah mandi guna air dalam tempayan tu. Kalau tak isi balik, memang kena marah kaw2 punya.

Saya ada sepupu ni, anak PakLong. Dia ni jenis berani dan kalau nak tahu benda tu memang dia cari betul2. Sebelum ni, dia senyap je takde cakap pape.

Tapi bila je dia dengar jiran kata ada nampak bebola api atas rumah, dia macam “finally aku nampak dah kaitan diaaa”

Dia cerita, bebola api ni merupakan jelmaan penanggal. Penanggal ni biasanya dibela oleh bidan2 dan penanggal ni minum drah wanita yang bersalin. Tempayan wajib dimiliki oleh orang yang mempunyai penanggal. Untuk apa, saya tak pasti sebab saya tak berani dengar cerita haha.

Kan dah cakap, saya ni penakut. Patutlah, bila cucu nenek yang period datang jaga, dia macam bau apa ni bau apa ni. Lepas tu jilat bibir. Weh, Sapa tak gerun. Ada lagi tanda2 penanggal yang saya tak tulis tapi ada pada nenek saya sebab saya takut. Tengah period ni oi, tak kelakar okay.

Pernah sekali tu, adik angkat mak yang boleh merawat tu datang. Nak tengok apa bendanya. Tapi, dia masuk rumah je dia rebah sebab benda tu kuat, tak bagi dia masuk.

Anak makcik yang umur 10 tahun boleh nampak benda2 ni, dia cakap benda tu tengah jaga. Dengan rambut mengerbang, mata merah. Dia pesan lain kali jangan tengok mata nenek. Kalau dia berkenan, dia ikut balik.

Yang tu memang kami perasan, mata nenek memang tajam. Saya pernah tenung mata nenek sekali sebab geram, nenek cakap dengan suara kasar, “eh keras kepala jugak manusia ni” pastu mengilai.

Seram mak, Lepas tu makcik cakap, nenek ada pakai sesuatu kat muka untuk nampak cantik, dekat kepala untuk disayangi, dekat kaki sebagai penunduk.

Kami masih berusaha panggil ustaz tok bomoh datang berubat. Sebab nak travel tu, memang sah2 tak boleh. Percayalah, dah bermacam cara kami buat. Dah bermacam orang kami panggil. Yasin beramai2, solat hajat, bagi makan anak yatim.

Bukan nak menunjuk, tapi yang diberitahu ustaz semua kami ikut. Takde yang karut pun setakat ni sebab taknak terpalit sekali. Bukti susah nak m4ti bila main dengan jin ni dah ada depan mata kan, takde pasal nak main sekali.

Ye saya tahu, kalau kami berusaha pasti dapat ganjaran suatu hari nanti. Kami cuma harap nenek sebelum s4kit haritu sempat bertaubat. Sebelum hembuskan nafas terakhir, harapnya nenek sempat mengucap.

Hari2 saya doakan nenek diampunkan dosanya, dipermudahkan sakaratul m4utnya jika ajal sudah tiba.

Tapi hari2 juga nenek masih lagi macam tu. Tubuh nenek dah kur0s kering, tapi makannya banyak. Pantang sebut makanan sikit, terus jerit “aku nak makaaannnnn” “Kau sebut apa tadi, aku nak makaannnnn”.

Hmm. Setakat itu je lah ceritanya. Sebab memang setakat itulah ceritanya. Rasanya dah tak tertinggal apa-apa. Maafkan salah silap. Salam…

Part 3:

Assalamualaikum. Nampaknya kembali lagi aku ke sini setelah 2 tahun, berwatak-utamakan orang yang sama lagi, iaitu nenek aku.

Setelah 2 tahun berlalu, nenek kini memasuki tahun ke4, bedridden, masih lumpuh belah kanan dan tangan kirinya masih lagi kuat yang mana dah berkurang. Kalau awal2 dulu kena 3 orang pegang, sekarang dah sorang. Tapi masih lagi gagah perkasa.

Aku sendiri tak menyangka yang aku akan kembali menulis perihal nenek aku. Tapi apakan daya, aku juga buntu.

Sebelum aku dan keluargaku dituduh mencari alasan untuk mempedulikan nenek, disclaimer disini, takde pun dalam kalangan kami yang berniat untuk pedulikan nenek.

Betul, ada yang dah penat, dah kurang balik jenguk nenek tapi masih ada yang setia disisi nenek mendengar segala jeritan lolongan nenek.

Yaa, hampir empat tahun, tapi nenek aku masih lagi menjerit dan memaki anak cucunya. Walaupun belakang dan peha nenek dah dipenuhi luuka2 yang dalam sampai ke tulang (luuka biasa sebab terlantar), nenek aku masih gagah menjerit nak makan.

Tabiat makannya macam kami tak bagi makan sebulan. Masih berselera walaupun hanya bubur dan tepung pelita yang nenek aku boleh telan.

Keadaan nenek aku kelihatan sangat daif, walaupun cukup makan minum. Kur0s kering, yang kelihatan saiz tulang namun buncit diperut.

Rupa nenek aku dah tak macam nenek aku. Walaupun hari2 dimandi dan dibedakkan, nenek aku kelihatan kotor, macam muka wanita tua siam yang amat daif.

Dari segi aku, adik-beradik dan sepupuku yang perempuan, kami dah tak masuk dekat nenek bila malam. Kalau aku, aku balik rumah sebelum magrib. Kalau sepupu yang tinggal dengan nenek, magrib je memang dah tak masuk dekat dengan nenek.

Sebabnya, dalam perjalanan balik ke rumah, aku kena lalu satu jalan ni, kiri kanan ada pokok buluh dengan takde lampu jalannya. Pernah sekali kena tumpang, lepastu taubat tak balik malam dah. Taubat jugak tengok cermin belakang kalau drive memalam.

Dalam post lepas aku pernah cerita macam mana rupa “benda” yang selalu datang tengok nenek. Yang describe tu ustaz. Ustaz tu kitorang dah tak contact sebab macam pelik je. Pelik macam mana?

Dia boleh describe sorang2 cucu nenek aku, mana satu yang nenek aku sayang bila kali kedua kitorang panggil kerumah. Masa tu jugak, dia describe rupa Pak Tam nenek aku, moyang sedara aku yang selalu jaga nenek masa kecil.

Korang bayangkanlah, tak ke terkejut kitorang. Sah2 la ustaz ni pun membela jugak, kalau tak takkan boleh describe orang yang dah lama m4ti.

Start dari tu, kitorang stop dah panggil ustaz ke bomoh ke. Redha je lah, kalau ni ujian atas kami, kami terima. Banyakkan solat banyakkan doa je, sebab memang tu je yang kami mampu.

Tak lama lepas tu, ada satu malam ni, sepupu aku yang lelaki stay dengan nenek dari 11 malam ke 3 pagi. So sepupu cerita, malam tu nenek bercerita banyak. Cerita pasal zaman jepun, masa nenek pergi haji.

So sepupu ni acah nak tanya soalan la tapi nenek tak jawab pun. Tapi masih lagi bercerita. Sepupu pun tanya, nenek cakap dengan siapa ni? Nenek pun jawab. Tu haa, Pak Tam kat tepi kau tu.

Start dari malam tu lah, hari2 nenek kata Pak Tam dah datang. Kadang2 datang sorang, kadang2 datang dengan Sami Siam. Kadang2 bawak rimau sekali. Kadang2 rimau je datang, duk tengok nenek duduk dekat kipas siling.

Kalau hari dia cakap Pak Tam datang dengan rimau, muka nenek yang nampak tua dan kotor tu, akan jadi cantik je. Tak berkedut. Kulit di lutut pun berkilat. Pelikkan? Kalau malam purnama, nenek banyak tidur, tapi kulit nenek jadi cantik sangat. Kulit kita yang muda pun tak secantik tu.

Masa puasa haritu, nenek macam behave sikit. Okaylah, alhamdulillah. Habis je puasa, nada dia naik balik. Tambah pakej orang ketawa malam2 di luar bilik nenek. Asal pkul 12 je, mulalah dia ketawa. Bukan mengilai,tapi ketawa. Hari2, mula dari hari raya haritu.

Bayangkanlah, kitorang dah bertahun hadap benda ni. Tapi orang sekeliling tohmah kami kata kami cari alasan nak tinggalkan nenek. Bila panggil tok bomoh/ ustaz orang kata kami percaya kurafat.

Masalahnya, bila kami bawak nenek ke hspital untuk rawat luuka nenek, biasanya kami check sekali gula dengan drah. Specialist sendiri suggest kami panggil ustaz. Kami dah takde cara dah.

Kami kesian sangat dengan nenek. Kalau tengok luuka tu, kita yang kena cakar kucing pun skit, ni sampai berlubang tiga tempat. Belakang, dengan peha kiri dan kanan. Pipi kiri kanan pun dah mula luuka.

Tolonglah pembaca, kalau ada cadangan untuk kami. Kalau ustaz, taknak ustaz yang kebal sangat.

Reaksi Warganet

Mohd Izuan, bagi saya.. baik cari ustaz y betul2 guna ayat alquran ketika merawat.. dan kita dapat dgr bacaannya.. jangan cari y guna jin. seng je nk detect.. biasanya dia akan tahu bentuk2.. dan dia mcm tarik2 sesuatu.. dia nmpk paku la.. bentuk la. n mcm2 lagi la.. biasa perawat islam nie x bleh nampak.. bleh agak2 je.. satu lagi perawat islam nie.. bacaannya jelas.. xd tuduh2 orang.. dia akan rawat je.. insyaallah menjadi..

Iefa Ucop, saat aku baca confess nii menunjukkan pkul 2.30pagi… dan2 ade bunyi2 kat dapo mcm pasir jatuh kat sinki…kebetulan laki an anak aq tdo dihujung katil rasa jauh plak dr aq…. hahahahaha….. adoiiii… selalunya org yg dpt scan details tu laa ko ptot trima rawatan die…ramai org kata pndai berubat tp sebenarnyaa xmembantu pon…good luck

Abbey Orchard, Alahai sedihnya nasib nenek, nenek tu bkn tau apa yg pengamal perubatan tu bagitau, tu yg kesian, cuba duduk tanya betul2 nenek, betul ke nenek ada simpan atau amalkan benda2 mistik, kalau ada suruh nenek redha lepaskan, supaya nenek bole aman kalau tak sksa hidup mcm tu.

Wahidah Abdullah, Dari ap yg pnlis ni crtakan..mcam nenek dy da xda..jasad yg hdup tu cuma bnda yg tngal kat dalm bdan nenek dy..sebb bnyk trjdi psal ksh saka2 ni..memng si pembela da mati..yg jdikn mcm dy tu hdup sebab brng2 dy je..sebab tu walau mkan bnyk mn pon bdan nenek awk tetap kur0s kering…

Sebab yg mkn tu bknnya nenek awk tp belaan dy..mungkin dy xboleh pergi sebb xda spa yg nk trima saka dy..selgi xbuang..slgi xda spa yg sdi trma belaan dy..memng susa untuk dy pergi..kalau boleh cuba la cari lgi ustaz yg mmpu buang saka tu..solat bnyk2 mnx ptnjuk allah..hrap ursan awak skluaga dpmdahkan.

Sumber : Tash (bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia