Balik rumah mertua suami suka arah2 sy mcm bibik utk happykn dan puaskn hati mak dia

Foto sekadar hiasan. Assalam..min, hide profile. Nak tnya, ape prsaan sbg isteri, bila ada gduh sikit je, suami ugut nak cer4ikan. Gduh sikit je nak ceraai. Lagi2 klau pasal mak dia mertua saya Sblum ni sy dah pnah post pasak suami lebihkan mak dia je tiap masa. X pernah nak jaga hati sy dlm semua perkara. Sungguh saya makan hati tiap masa. Hari ni plak, sy dan suami blik rumah mertua.

Cuaca panas sgt hari ni wlaupun dah petang. Time minum petang, kipas meja sy buka. Biar semua org y ada kne angin kipas tu.

Lpas tu, tinggal lah sy dan mertua dok sembang2. Dlm jarak 2 meter mcm tu. Tiba2 suami datang, pusing kipas ke arah mak dia sorang.

Biar kipas tu statik je kne mak dia sorang. Katanya mak panas. Kesian mak. Dah tu sy ni x panas ke? Bukan nak dengki. Tapi fikir logik la. Dah la kerja dapur sy y buat.

Ke hulu ke hilir bergerak. Mestilah panas. Tpu dia x endah. Sy s4kit hati. Sy bgi isyarat sruh pusingkan kipas. Lgsung dia x pduli.

Sy pun masuk ke bilik. Hati dah trguris. Rasa trhina pun ada. Sebenarnya hal y berlaku tadi kecik sgt. X sepatutnya sy kecik hati.

Tpi sbb sy dah lama pendam tentang masalah2 lain y dah berzaman dlm otak ni, sy jadi sensitif. Mudah kecik hati. Mmg selama ni suami sy selalu lebihkan mak dia.

X kira dri segi layanan atau makan minum. Kadang2 tu dia sngup tingal isteri tido sorang2, dia tidur dgan mak dia.

Bila kt rumah mak dia, dia suka arah saya macam bibik dan Buat kerja macam2 untuk puaskan hati mak dia. Sungguh sy rasa x tahan sgt2 dah.

Duit x de pun sangup berhabis utk mak dia, sedangkan nafkah bulan2 dah bagi. Bila x de minta duit ngn sy.

Sy ni hutang keliling pinggan dah nak survive kami laki bini. Tapi dia x pernah rasa dia ada hutang. Semua sy y tanggung.

Pasal kipas tu tadi, terus dia cakap “Kau ni hati busuk betul lah dengan emak pun kau nak berkira, nak dengki isteri jenis apa kau nih..kau buat lagi perangai aku x heran la nak ceraaikan kau..aku x heran..dasar perempuan hati busuk”

Allahhh…
Sedih y amat2 sgt. Padahal ini bukan kali pertama dia berkasar, dah selalu sgt. Walaupun dah lali dgn kata2 dia, tetap sedih dan kecik hati.

Perkataan ceraai tu mcam mainan je bgi dia. Sy sabar je slama ni. Tetap pertahankan rumahtnga. Kali ni rasa x kuat sgt dah.

Pada pembaca semua.. jika kalian kt tempat sy, apa tindakan kalian??? Tetap bertahan atau berpisah.. kami kawen baru 3 tahun. Tapi hati ni rsa x kuat dah nk bertahan.

Penat jaga hati org sedangkan hati sndiri x penuh suami sndri peduli. Suami bab laik ok. Tapi bila bab mak dia. Dia sngup je pijak2 hati isteri sndri, asalkan hati mak dia gembira dan bahagia.

Sungguhhh..sy dah lama makan hati tntang ni. Bende kecik pun boleh jadi besar kblkngan ni, sbb sy dah lama sgt pendam. Kecik hati tu dah bnyak sgt2. Macam2 benda y sy dah kecik hati.

Mohon pandangan semua. Terima Kasih

KISAH KE 2 ” setiap kali hari gaji mesti mak mertua telefon suami minta beli macam macam. Bukan minta barang murah semua yang ada brand. Kalau ajak makan luar taste nak makanan mahal. Satu hari mak mertua telefon..dia cakap kalau boleh ada isteri yang berduit berpangkat besar senang nak minta tolong, mak mertua nak suami kahwin…..(Kisah kedua di bawah)

Ini antara respon pedas netizen untuk kisah pertama.

Aina. Klu hal ceraai sentiasa di bibir sambut cabarannya dik oi. Jgn takut pd perceraaian walaupun tidak digalakkn tp hukum tu ada dlm islam. Laki x tau jg hati isteri x pyh tunggu lg. Yg tak malunya minta duit bini lak tu. Buat malu je.

Supiah. Kalau dh ceraai mainan mulut puaka tu lebih baik hidup sendiri masa panjang lagi esok2awak di pijak2 bla lagi bagus hati dia kita nk jaga hati kita sapa nk jaga

Kinah. Bini tu boleh je bertahan… Tapi sampai bila… Diri sndiri n fmily sndiri paling utama… Utamakan family sndiri.. Mak ayah da jadi kedua ketiga taw… Diorg boleh hidup dengan duit pencen ayah awak tu.. Percayalah.. Belanja berpada… Tu je nak ckp.. Jgn sampai bini fedup.. Tawar ati..

Normala. Yang lebih menyedihkan,ada segelintir ibu yang sanggup menyumpah anak biar m4ti cepat,celaka, accident,bila tak boleh menunaikan permintaan dia.walhal bukan pentingpun.semata2 nak bermegah2 depan orang lain.meminta diluar kemampuan anak.sampai anak menantu tak makan,kena halau dari rumah sewa.sebab melayan permintaan si ibu.bila bagitau dekat si ibu dia jawap’korang nak m4ti kebulur pun aku tak kesah

Rozaini. Ape ssh bro… Bersyukur dpt bini yg jnis xkesah nk blanje fmily taw.. die taw suami xde duit.. die tlg.. tp bile bro ade duit.. bg2 la isteri pulak.. lebihkn isteri pn xpe.. die dh bnyk tlg bro..

tggung fmily bro lg.. mmg ibu tu syurga.. tp kne sedar.. isteri pn bnyk tlg “syurga” die.. bnde simple.. kalau xde duit bt cara xde.. kalo pnjm duit isteri, byr blik bile ade.. jgn bt senyap..

ingt.. isteri xkn berkire dgn suami sndri.. tp kbnykan skrg suami suke berkire dgn isteri sndri.. yg lbih2 suami bg tu pn bkn isteri guna utk dri die pn.. kdg2 ujg2 bln die yg topup duit…

Bkn xleh happykn kedua org tua.. tp happykn org yg dkt dgn kite dlu.. pstu nnt mst isteri skali akn cri cara cmne nk hepikn kedua org tua die & suami…

Hidup ni kne affair.. give n take.. bkn yg sorg je yg memberi.. lg sorg bt2 xtaw.. bezakn keperluan & kehendak.. cume beza skg bnyk suami yg berkire dgn isteri.. tu sbb rezki ssh nk msuk..

KISAH KE 2. Setiap kali gaji mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak balik kampung. Setiap bulan mcm tu.

Rumah saya dengan mertua dalam 2 jam. Saya dan suami bekerja gov.. setiap kali gov gaji mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak balik kampung.

Setiap bulan mcm tu. Duit bulan² bagi. Suruh kami balik sebab dia mintak belikan barang dapur.

Setakat asas tu ok bagi kami. Ni beli nuget, sosej, aiskrim magnum atau walls, ayam goreng frozen, fries (kalau boleh semua yang ada jenama).

Tak nak makan yang timbang². Tu semua untuk anak dia yang malas nak kerja, duduk rumah makan tidur.

Lepas beli barang tu dia pesan untuk bagi duit belanja untuk adik dia. Alasan dia tak ada pendapatan.

Cukup sihat walafiat tapi tak nak keje cari duit klu dah tahu selera makan tu besar sangat.

(Mertua pun selera makan high class) adik dia perempuan bujang tapi mak dia cakap tak keje pun tak pe. Nanti dah kahwin suami tanggung.

Mertua bagi tau, kalau dapat gaji kena dahulukn kebajikan mak ayah, sebab tu mak nak menantu perempuan biarlah bekerja & bantu suami tanggung family belah mertua.

Saya tak boleh nak brain dengan ayat ni. Anak sendiri x bagi kerja cari duit. Ipar balik tahu nak mintak je apa dia nak. Stress

Bila saya sebagai menantu perempuan, dia mintak saya keje bantu suami. Tapi anak perempuan sendiri mertua tak bagi keje.

Sampai kan dia mintak saya buat part time bantu suami. Bulanan gaji saya dan suami bila simpan je keluar balik.

Mak mertua akan call mintak benda bukan² contohnya drill tebuk dinding tapi nak brand bosch sahaja. Tak nak brand murah².

Harga rm50 tak pe. Ni harga rm200+ kot. Kami bukan hidup senang. Tp dia tak nak duit anak dia habis dekat isteri & anak.

Isteri bekerja boleh beli keperluan sendiri dan anak. Duit suami saya hanya untuk mak ayah sahaja.

Kadang bergduh dengan suami sebab mak ayah die yg selalu desak kami. Saya keje tak ada la bagus sangat, tapi setakat tak menyusahkan suami kira ok la.

Kereta dan moto saya yang beli. Tapi yang sedihnya bila mertua cakap dengan suami yang mertua kalau boleh nak menantu yg keje berpangkat & berduit. Senang nak mintak tolong

Adakah mertua minta suami saya kahwin lagi 1. Sedihnya saya dengar.. tak cukup ke pengorbanan saya selama ni bantu suami dengan family mertua