Foto sekadar hiasan. Thank you admin sebab approve post ni. Saya Zara. Berumur 48 tahun. Andartu. Saya seorang pendidik di sebuah IPTA di Utara Semenanjung. Actually, nak cerita kat sini pun saya macam tak berapa pandai tapi sebab dah betul2 buntu dan perlukn pendapat, saya cuba lah juga karang.
Saya ada seorang kakak, dia isteri kedua. Saya perhatikan memang sesetengah orang saja yang boleh jadi isteri kedua ni. Hati kena kering, kena cekal.
Abang ipar saya alhamdulillah sangat bertanggungjawab. Mereka berkahwin pun tak ada sorok2. Buat cara betul. Pergi mahkamah semua, isteri pertama pun hadir masa nikah.
Sekarang dah 15 tahun pun rumahtangga kakak saya tapi saya still dengar jugak kadang2 kakak saya mengeluh sebab madu dia buat hal, demand suami balik kampung padahal time tu turn dia balik ke rumah kakak saya.
Hubungan dia dengan madu dia pun on and off, kadang2 baik kadang2 tidak. Tapi kakak saya ada tiga orang anak yang madu dia sayang, dan mereka baik dengan adik beradik yang lain (anak madu kakak saya).
Tapi saya jadi macam anti poligami sikit lepas saya tengok what kakak saya kena go through.
In fact ada lah jugak prof2 kat tempat saya bekerja tu ajak saya kahwin jadi 2nd wife tapi saya selalu saja tolak- sanggup hidup as an andartu as long as tak jadi 2nd wife. Kemain hebat lagi konon saya pertahankan my prinsip hidup.
Sehingga lah Anuar muncul balik dalam hidup saya. Cerita ni bermula kira2 30 tahun lalu. Time tu saya ada berkenalan dengan seorang lelaki ni, Azlan. Azlan ni actually kawan kakak saya tapi kawan saja, tak lebih dari tu.
Sebab time dulu depa selalu buat study group ada sekali sekala Azlan datang ke rumah kami dan dari situ dia kenal saya (beza saya dan kakak dan juga Azlan dalam 2 tahun sahaja).
Nak dijadikan cerita, Azlan mula macam suka kat saya tapi memang saya tak berapa nak layan sebab time tu sekolah lagi. Mak saya pun garang macam singa, arw4h ayah pun- so better not lah layan. Lagipun saya macam anggap Azlan ni macam abang saja.
Nak jadi cerita satu hari, after almost 2 tahun kami semua kenal Azlan, dia tiba2 buka cerita yang dia ada abang, Anuar namanya and abang dia ni selama ni belajar kat U.K and dalam beberapa minggu lagi dah habis study and nak balik Malaysia dah.
Beza umur Anuar dengan Azlan, Anuar tua tiga tahun, so beza umur dengan saya 5 tahun. So, satu hari lepas Anuar balik ke Malaysia, Azlan ajak dia ke rumah kami.
Lama2 depa selalu mai (masa tu pergaulan semua dipantau oleh mak saya- nak pendekkan cerita, Azlan dan Anuar jadi macam tetamu yang datang almost every day sampai mak saya pun dah tak heran sangat).
Mak2 kami pun dah kenal each other so mak saya macam percaya sikit kat Anuar dan Azlan ni. Saya, kakak, Anuar and Azlan selalu gak keluar makan2, naik2 kereta Anuar bila hari sabtu ahad.
Masa mula2 saya nampak Anuar memang dalam hati ada terdetik ‘betul ke ni Abang Azlan’ sebab beza sikit rupa dengan Azlan- Azlan handsome, Anuar tak sangat hahaha tapi sweet lah.
Nak jadikan cerita, sebenarnya time tu saya pun tengah nak bersedia nak fly ke U.K buat degree. Tapi sebab dah banyak kali Anuar datang ke rumah, kami jadi mesra- saya banyak lah tanya tentang life jadik student kat U.K.
Kami semua masa tu duduk kat Banting. Tapi sebelum ke U.K, saya buat A levels kat KL. Kebetulan tak lama lepas tu, Anuar dapat kerja kat KL jugak. Saya duduk rumah sewa masa buat A levels tu, so ada telefon.
Tiap jumaat Anuar akan call rumah sewa tu tanya nak balik Banting tak – so saya pun happy lah, ada Grab percuma. So every week dia lah yang drive balik ke Banting. My parents pun happy, tak payah pi KL ambik saya.
So after a while Anuar dengan saya jadik very close. Kadang2 weekend Anuar ajak saya keluar tengok wayang ke, jln2 kat mall ke.
Tapi Anuar sangat2 baik- tak ada pegang2 and time solat dia cari surau. And dia memang tanya dulu ada nak kena buat assignment ke, study ke. If ada memang kami tak keluar.
Lama2 saya jtuh hati kat Anuar. Sebab dia baik and matang, not like Azlan. (Tapi time ni I think Azlan pun dah move on sebab saya tak berapa nak layan) Tapi lama2 saya sedar gak yang hari2 saya nak fly ke U.K makin dekat.
Lupa gak nak bagitahu- saya ada juga beberapa kali Anuar bawa balik ke rumah dia, especially hari Jumaat tu, kadang2 singgah dulu rumah dia untuk dia mandi, and kami makan baru dia hantar saya balik ke rumah saya.
So, actually mak dia pun macam okay saja dengan saya. Memang time tu life was simple and fun.
Okay lama2 kami memang rapat. Anuar pun macam hint2 lah suka kat saya tapi kami berdua tahu yang tak lama saya nak fly dah.
Zaman dulu tak macam sekarang ada WApp vid call lah, face time lah. Zaman dulu yang ada mainly surat jer ya. So kalau nak fly ke U.K tu memang akan terjejas lah jugak hubungan.
At last hari saya fly ke U.K tiba jugak. Azlan dan Anuar ada jugak masa pergi airport hantar saya. Sedih lah jugak time tu tapi dah nak buat macam mana, saya pergi pun atas biasiswa kerajaan- mana boleh tiba2 tak nak pergi. So, dalam berat hati saya pergi juga.
Masa kat U.K ada gak kami call each other. Anuar rajin jugak tulis surat. Kadang2 6 ms pun ada. Hati saya berbunga jer bila dapat surat dari Anuar. Tapi lama2 surat makin jarang sampai. Tapi sebab saya pun sibuk study tak lah saya fikirkan sangat. Until saya balik ke Malaysia masa cuti musim panas.
Lepas saya sampai rumah- kakak saya bagitau yang Anuar dah bertunang and akan kahwin dalam masa beberapa bulan. Masa tu saya tahan cuba tak tunjuk reaksi tapi bila masuk bilik air saya nangis sekuat hati. Saya ingat lagi, bukak shower kuat2 dan menangis.
Remuk redam hati- macam tu lah bila first love kita tak menjadi. Tapi saya control gak sebab taknak mata bengkak or my family tahu saya ada hati kat Anuar, sebab ya lah, kami tak ada pun declare terang2 apa2 pun.
Nak jadikan cerita, kakak saya kata mak Anuar skit and nak dia kahwin cepat2. Saya pun okay jer lah, takkan nak lawan takdir- tapi saya dapat rasa kakak saya tahu saya sedih. Cumanya kami tak discuss apa2 in the open.
So okaylah fast forward lah sikit. Saya pun dapat kerja lepas habis study. Ada lah jtuh cinta again after that tapi Anuar tu tetap dalam hati.
Memang orang akan kata bodohnya dok harap kat orang yang dah jadi suami orang tapi bila saya kata dalam hati tu tak adalah maknanya saya angau pergi kacau rumahtangga dia ke macam cerita Melayu zaman sekarang. Saya okay jer- teruskan kehidupan.
And kakak saya dan saya masih jugak berkawan dengan Azlan. Saya dengan Anuar, lepas dia kahwin, memang saya tak call, tak contact pun.
Masa wedding dia dulu pun saya tak pergi sebab dah fly balik ke u.k. So macam mana rupa wife dia pun saya tak tahu- yang saya tahu dia kawan sekerja Anuar.
Byk tahun berlalu- saya ada jugak dengar cerita Anuar dari Azlan- anak dah tiga and duduk kat KL etc. Kadang2 dia kata Anuar kirim salam kat saya.
Kadang2 Azlan buat kenduri akikah ke apa ke, saya pergi jugak tapi selalu berdoa janganlah Anuar ada. Rasa macam tak strong kalau jumpa dia.
Fast forward lagi, kira2 6 tahun lalu, saya ternampak gambar Anuar kat FB kawan saya, Tasha. Rupanya Tasha satu group basikal ngan Anuar. Dari cerita Tasha ni, Anuar ni memang diminati ramai perempuan sebab dia baik and selalu bagi coaching lah kat geng basikal ni.
Pastu Tasha cerita yang ramai minah2 muda nak cuba pikat Anuar sebab dia kaya dan baik tapi dia tak layan.
Then ada satu hari Tasha cerita yang Anuar pernah confess kat kawan baik dia yang isteri dia bukanlah true love dia- dia kata ada seorang minah ni tapi dia pergi study kat u.k and mak dia time tu nak dia kahwin cepat so dia terpaksa lupakan true love dia tu.
Saya senyum jer dengar cerita Tasha. Itu saj4lah mampu nak buat.
Then satu hari Tasha kata Anuar nampak yang kami (Tasha dan saya friends on FB) and dia tanya macam mana boleh kenal etc (Tasha batchmate saya masa uni).
Then Tasha kata Anuar nak jumpa, dinner. Saya pun setuju sebab ada Tasha sekali. Kalau tak memang saya tak pergilah.
Setelah sekian lama kami jumpa balik akhirnya. Anuar memang bergaya habis (dia dpt kerja yang gaji memang besar) tapi dia still sama lah dari segi personality. Memang kami macam happy lah jumpa balik.
Tapi tak ada apa pun jadi lepas tu- maybe masing2 tak berani or tak mahu complicate our lives- so we just remain friends. Ada gak WApp2 semua tapi tak ada lah lebih2. Maybe sebab logistically pun memang tak logic lah nak ada apa2 sangat.
Dia kat KL saya kat Utara. And honestly, saya rasa memang dia broke my heart so rasanya nak get back to him to macam cari penykit- and saya tanamkan dalam hati, dia suami orang, jangan kacau.
Hinggalah tahun lepas bulan 10 lepas pkp dah dilonggarkan. Anuar dapat kerja /projek kat utara yang menuntut dia ulang alik ke tempat yang dekat jugak tempat saya duduk/kerja. Start dari situ dia ajak saya keluar makan.
Kadang2 saya accept, kadang2 tak- tak tu sebab malas and banyak kerja. Tapi mostly sebab apa yang saya takutkan akan terjadi and memang pun terjadi.
After banyak kali juga jumpa akhirnya Anuar kata dia actually sayangkan saya. Dari dulu lagi, zaman sebelum saya fly. Dia kata masa first2 nampak saya dia jtuh cinta. Dia minta maaf sebab kahwin masa saya belajar.
Dia nak bagitahu tapi dia takut studies saya terganggu (habis, macam lah kakak saya takkan bagitahu huhuhu). Saya dengar sambil angguk2 menangis. Rasa terharu pun ada sebab saya taklah secantik dulu haahah – dah gemuuk tapi still okay kot kat mata dia. Last2 dia ajak kahwin.
Dia kata dia percayakan saya saja sebab saya kenal dia dari tak ada apa2 sampai sekarang and dari dulu (sejak jumpa balik 6 tahun dulu) sampai sekarang saya macam tak heran dia banyak duit and above all kata dia saya tak berubah (personality).
Saya memang masa tu menangis saja. Sampai habis tisu dalam handbag. Segala perit 30 tahun terkeluar jugak. Runtuh semua prinsip taknak jadi 2nd wife. Tapi lepas bertenang, saya kata saya perlukn masa.
Sebab saya kata kita hidup ni dah tak lama.. saya dah 48 tahun, dia 53… maybe memang kita berjodoh, maybe not. Maybe lepas kahwin hidup saya yang actually taklah teruk sangat ni akan jadi teruk, so what is the point? So saya mintak masa 2 bulan untuk fikirkan.
Ibu saya pun macam dapat tangkap dah apa terjadi and macam tak ada halangan – sebab dia kenal dan suka Anuar dari dulu (dia tahu Anuar ulang alik ke Utara dan selalu keluar dengan saya) – mungkin mak saya pun risau saya tak ada teman hidup sampai sekarang.
Kakak saya dengan tenang kata bagi lah peluang. Tapi saya still tak sure. Maybe dah lama sangat membujang inilah jadinya. Memang kadang2 saya rasa sunyi tapi deep down saya tak tahu apa nak kata dah sekarang ni.
Saya memang bukan kejar harta dia. In fact saya pun, lelaki banyak tipu nakkan saya sebab ya lah kerja gomen, gaji boleh lah tahan- esok2 ada pencen yang boleh tahan juga. Dengan Anuar saya tahu dia tak peduli semua tu sebab duit dia jauh lagi banyak.
So kejar harta is not the issue here. Saya buntu sebab inilah first love saya. Dia pun sedia maklum kalau kami nikah pun takkkan ada anak sebab saya dah tua. Dia kata dia cuma nak jaga saya seikhlas hati.
Lagi satu, dia tak sepatah pun burukkan isteri dia. Ni lebih pada dia memang nak kahwin dengan saya and macam tebus ‘ksilapan’ dia dulu.
Sekarang ni apa saya patut buat ya? Istikharah tu inshaAllah saya buat tapi masih cannot decide. Ni bukan cerita budak muda nakkkan suami orang.
Ni cerita orang tua dah and tak ada isu nak kejar ksenangan sebab Alhamdulillah dua2 senang dah- cuma sekarang ni nak tanya pendapat- patut ke saya ambik risiko kot2 hidup tak bahagia lepas ni atau go for my first love again?
Terima kasih sudi baca cerita panjang berjela ini.
Ini antara pengalaman daripada netizen.
Atira.Saya cuba tak emosi, walaupun kisah begini selalu menjentik hati wanita. Cukup saya kongsikan kisah sahabat saya, lebih kurang saja jalan cerita nya dgn kisah puan.
Sahabat saya pilih berundur..alasan cliche, tak mau luk4kan perasaan wanita lain iaitu isteri lelaki tu.
Tapi saya terharu dgn ayatnya,”aku dah lali hidup single, tak de masalah nak move on.sedih sekejap saja.tapi aku takut tak mampu nak maafkan diri sendiri sebab buat hati orang lain terluuka.
pasti anak² nya juga terksan kalau ibu mereka terluuka.biarlah aku sorg tahan sakiit sekejap, jangan ramai. Aku masih boleh pujuk hati yg manusia pun berubah, kalau zaman muda menyenangkan hati, hari tua belum tentu serasi.”.
Tapi ni sekadar kisah sahabat saya, kasut puan mungkin lain.
Peah. Hidup pada usia kalian berdua 53 dan 48 tahun adalah untuk tenang tenang bukan mengundang huru hara. Both of you can stay friend. Bagi aku ikatan persahabatan itu lebih indah.
Sebab dalam k3s ini kalian dah lama kenal sebelum Anuar kahwin. Untuk meneruskan ikatan perkahwinan itu, sudah pasti ada pihak yg akan terluuka.
Adakah ianya berbaloi? Ditambah dengan contoh depan mata, kakak tt yg menjadi isteri ke 2. Tapi terpulanglah, sebab rasanya kalian berdua dah terlebih matang utk buat keputusan.
Salamah. Kak, kalo anuar bole buat secara betul dan adil dlm poligami, why not terima jer?
Betul la apa dia ckp, umo skrg lebih nk “jaga” jer. Masing2 pon bkn muda lagi.. dah matang..
Lgpon, Ada org yg ikhlas terima kita
Cuba lah istikarah..
tak perlu fikir benda yg tak pasti.
Leave to allah.
I wish u all the best
Siti sarif.Kak Zara, memanglah tau hang sunyi. Hang pun bukan mau sangat harta si Anuar tu. Tapi, kasihanlah wife Anuar. Ini masa untuk dia menikmaati hari tua dengan Anuar (tak sedar diri).
Sekarang ni, im not talking about you, im talking about his wife. Kasi chancelah depa habiskan hari tua sama-sama.
Tah-tah, sekarang ni pun, wife dia dok makan hati kot sebab suami yang tua masih galak berbasikal macam orang muda.
Atau adakah you pun sekarang hati berbunga-bunga nak join sekali geng basikal Anuar?
Siti.Si Anuar ada kerja di utara.
Boleh pula pi jumpa confessor siap boleh makan2 berdua lagi.
Kelakuan tu pon awal2 dah salah. Dah abaikan perasaan si isteri yang yakin suami pi kerja cari rezeki untuk keluarga. Rupanya selit agenda lain.
Benda kalau niat dah baik..buat cara elok. Terus terang.
Awal2 dah tak fikir perasaan pihak yang lain.
Ainul. Saya selaku bekas ketua kelab isteri pertama yang terskiti (bekas sbb dah berceraai) dengan hati yang penuh sengsara ingin membantah niat cik tersebut..
Daripada awal kisah cik, hanya sebut tentang diri cik dgn Anuar. Bagaimana perasaan isteri pertama?
Mungkin bagi dia, Anuar adalah her true love. Don’t be selfish sis. Jgn bina kebahagiaan diri atas penderitaan orang lain. Sekian.
Anita. Oh.. Geng basikal. Ingatkan umur 53 dah jadi geng masjid. Fikir betul2 madam. Dulu dia patahkan hati madam dengan kahwin senyap-senyap.
Sekarang dia nak patahkan hati isteri dia pula dengan kahwin dengan perempuan lain? Isteri dia bukan true love pun dah cukup mematahkan hati sang isteri tu.
Pi cari fb wife dia dan anak2 dia. Tenung dan renung wajah dan cerita depa. Semoga diberi jalan yang terbaik di dunia dan akhirat.
Oh lupe, 1 lagi point, kalau madam kahwin dengan dia, dia ada bahagian faraid dari harta madam.
Tu pun kalau dia tak minta hibah siap-siap la. manusia ni kalau diberi segunung emas pun dia akan minta lagi bergunung2 emas. Bukan sy yg cakap ni, nabi saw yang cakap.