Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga mendapat ikhtibar. Assalamualaikum. Tergerak hati aku nak tulis pasal pengalaman kerja aku dengan dua company ni bila aku baca pasal Ayam Kampung yang kerja dengan Dream Team dia. Sejujurnya aku pernah dapat Dream Team yang sama tetapi apakan daya, jodoh tak panjang. Aku terpaksa berpindah sebab ikut suami.
Company yang pertama, di hometown aku sendiri. Dekat je dengan rumah. Aku masuk pkul 8, kiranya kalau keluar rumah pkul 7 pun masih sempat sampai lagi dengan menggunakan pengangkutan awam.
Jawatan aku level pegawai la kalau dalam kerajaan jadi aku perlu sentiasa berurusan dengan bos dan dalam masa yang sama perlu menguruskan anak buah aku. Apa yang aku suka dengan suasana kerja kat sini ialah SOP yang sangat sistematik.
Bayangkan, setiap minggu ada k3s yang akan datang berlambak-lambak tapi tak pernah ada yang tertunggak sebab semuanya akan dibincangkan di dalam mesyuarat. Setiap minggu akan ada mesyuarat bersama Pengarah dan dari mesyuarat tu, aku boleh dapatkan feedback dari Pengarah tentang apa tindakan yang perlu diambil untuk setiap k3s yang aku terima.
Bos-bos aku semuanya jenis yang berani pikul tanggungjawab. Kiranya kalau ada public yang datang lepas tu buat kecoh konon dia la yang paling pandai kat situ, bos-bos aku akan masuk campur dan mintak kami suruh public tu datang mengadap dia terus.
Sebab senang bos nak baling bom kat dia. Hahaha.. Yang menariknya, aku tak pernah tengok mana-mana bos aku tinggi suara dan tengking-tengking orang bawahan. Cakap laser tu ada la jugak. Tu pun biasanya dengan kakitangan yang loyar buruk dan bermasalah je.
Tapi kalau dengan kakitangan lain, kami tak ada jurang dengan bos. Kalau dah rasa tense sangat bila buat kerja, boleh take five, round tempat staff lain dan borak-borak kecil.
Bos tak mrah pun sebab kadang-kadang bos pun akan join small talk dengan staff. Ye la, takkan kau kerja 8-5 mengadap PC macam robot? As long as kerja kau jalan, kau tak buat masalah, go ahead, take a short break.
Another thing yang aku suka kat tempat kerja aku ni, sebab ada pengisian rohani. Setiap kali waktu rehat, aku akan pergi surau lepas lunch. Biasanya AJK surau akan jemput ustaz untuk bagi ceramah pendek setiap hari waktu lunch ni sampai masuk waktu zohor.
Lepas tu akan diteruskan dengan aktiviti solat berjemaah. Time ni seronok sebab aku akan jumpa dengan staff dari bahagian lain, umur yang berbeza, jawatan yang berbeza. Masa ni la nak mengeratkan ukhwah dan silaturrahim.
Cewah… Waktu bulan puasa lagi seronok. Sebab pagi-pagi kami akan allocate masa dalam 15 minit untuk buat sesi mengaji bersama-sama. Pecah kepada kumpulan kecil dan kami baca ikut juzuk yang diberi.
Aku rasa tenang sangat kerja dalam suasana macam ni. Terasa seimbang rohani dan jasmani aku. Bila balik pun, dalam pkul 6 macam tu dah sampai rumah. Boleh la tolong-tolong mak aku masak untuk makan malam sekali.
Ok, cukup setakat ini untuk Dream Team. Sekarang aku beralih ke Nightmare Team. Jawatan yang sama, skop kerja yang hampir sama. Tapi suasana yang saaaaaaaangat berbeza.
N1ghtmare Team ni aku dah mula terasa aura gelap seawal sebulan aku mula kerja kat sini. Mulanya dengan jarak dari tempat kerja ke rumah aku yang jauh.
Bayangkan, aku akan keluar rumah betul-betul 10 minit lepas azan subuh dan akan balik kira-kira 30 minit sebelum azan maghrib. Tu pun kira paling cepat la. paling lambat aku pernah sampai rumah, pkul 9 malam.
Bukan sebab aku keluar pejabat lambat atau buat kerja lebih masa. Tapi sebab kesesakan lalu lintas. Bayangkan aku keluar pkul 5, pkul 9 baru sampai rumah.
Aku rasa rugi. Rugi sebab masa aku banyak habis di atas jalanraya padahal banyak lagi benda berfaedah aku boleh buat kalau aku ada kat rumah masa tu. Ok, tak apa, itu aku boleh gagahkan lagi.
Lepas tu nightmare aku bertambah bila aku dapat bos baru, dia jadi superior aku. Dia bos paling hampeh aku pernah jumpa sepanjang aku bekerja. Sebelum dia masuk jabatan aku, aku ada la dengar-dengar cerita dari staff lain pasal dia.
Tapi aku positifkan diri. Aku tak suka judge orang yang aku tak kenal. Biar aku sendiri kerja dengan dia dan kenal dia sendiri. Dan bos aku ni kategori tak rugi sesen pun kalau kau tak pernah kenal dia.
Aku tak pasti dia ni ada mntal pr0blem ataupun tak. Tapi dia suka cari salah orang. Tak, dia bukan perfectionist. Dia cuma suka point out salah orang walaupun kesalahan tu minor.
Contoh, dalam group whatsapp kami, staff akan laporkan keadaan di tapak, ambil gambar, tulis simple description sikit dan post dalam group. Kadang-kadang biasala, akan terpost gambar yang sama 2 kali sebab tak sengaja.
Itu pun bos akan point out dalam group. “Gambar no 2 & 5 gambar yang sama”. Yaa Allah, biarlah gambar sama pun. Bukannya official report. Tu sebagai makluman awal je. Kalau draf surat pun, dia nak tengok walaupun bukan dia yang sign surat tu.
Tengok sebagai makluman, bagi aku tak ada masalah. Tapi dia akan tukar ayat itu, ayat ini, lepas tu suruh pegawai bawahan dia yang sign. Then apa tujuan kau masuk campur dan tukar ayat-ayat dalam surat tu padahal orang lain yang kena sign dan bertanggungjawab?
Aku pernah argue pasal perkara ni tapi dia akan jawab, “Saya bagi arahan, awak kena ikut”. Ingat aku lembu ke nak ikut bodoh-bodoh? Apa-apa jadi nanti siapa yang nak jawab?
Satu lagi, bos ni jenis yang akan mesej tak ikut waktu dan expect untuk kita balas ASAP. Kebanyakan staff di bahagian aku ni tinggal jauh dari pejabat macam aku.
Kiranya kami akan ambil masa paling cepat dalam 1 jam setengah ke 2 jam untuk sampai ke rumah. Pernah dia mesej dalam group kira-kira pkul 6 petang untuk minta maklumbalas, masa tu semua orang dah keluar pejabat dan dalam perjalanan pulang.
Lebih kurang 20 minit kemudian, dia mesej lagi “Mana semua orang? Kenapa tak reply?” Weh, agak-agak la… Kau mesej lepas tamat waktu pejabat, kau expect orang reply on the spot ke? Bila ada staff lain yang nak back up dan kata “Belum sampai rumah lagi kot bos. Tengah bawak motor/drive tu”, dia reply “Takkan la lama sangat, mesti dah sampai.”
Belum kira kalau dia mesej masa hujung minggu. Dibuatnya macam kita orang bawah ni tak ada keluarga, tak ada life hujung minggu. Bila lambat atau tak reply, dia akan bising dalam group dan ungkit yang kami dibayar elaun telefon untuk beri maklumbalas kepada dia.
Alasan yang sama juga digunakan bila nombor kami diberi kepada orang lain tanpa izin kami terlebih dahulu. Tau-tau je entah nombor siapa-siapa yang call dan bagitau “Saya dapat nombor ni dari bos awak”. Mana la aku tak hangin?
Kalau nombor tu nombor consultant/supplier/kontraktor yang berkaitan dengan projek aku tak apa, ni nombor dari public. Privacy aku dijual dengan elaun telefon x sampai berapa hinggit sebulan tu.
Paling ‘best’, bos aku ni bos yang paling banyak MC dan EL yang aku pernah jumpa. Selama ni aku dengar staff bawahan yang bermasalah. Ni kali pertama aku jumpa bos yang bermasalah.
Suka lari dari tanggungjawab. Kadang-kadang dia akan minta aku buat appointment dengan orang sebab dia nak jumpa dan bincang. Bila tiba hari kejadian, tiba-tiba dia kata dia EL, minta aku yang ganti dan lapor balik kat dia.
Paling t3ruk sekali, dia pernah buat appointment dengan supplier dari negeri lain. Tapi bila supplier datang, dia tak ada. MC katanya dan minta aku yang handle. Weh, kau yang nak jumpa dia. Suruh aku jumpa, aku nak kata apa?
Sudahnya aku cakap terus terang yang aku tak tahu kenapa dia panggil supplier tu dan aku tak dimaklumkan apa-apa. Tak sampai 30 minit, habis ‘perbincangan’ dengan supplier. Rentas negeri hanya untuk ‘perbincangan’ tak sampai 30 minit.
Tambah pulak dengan suasana pejabat yang g1la kerja. Everything has to be about your job, all the time. Sampai satu tahap, aku nak sembang dengan kerani aku pun aku just sembang dari meja aku je.
Nak duduk dekat-dekat bah4ya. Sebab bila bos besar lalu, mesti semua akan senyap. ‘Krik…krik…krik..’, bunyi cengkerik. Sebab apa? Sebab bila bersembang walaupun 5 minit, tu menunjukkan kau ada banyak free time sampai boleh bersembang.
Apakah? Kadang nak bersembang pun kena berlakon bawak fail sebab tak mau bagi bos marah dan ingat kita tak ada kerja. Nak gelak kuat-kuat pun risau sebab nanti bos ingat seronok sangat tak ada kerja sampai boleh gelak-gelak, Padahal kami cuma berehat sekejap dari buat kerja berlambak-lambak.
Dalam group wassap pejabat pun kena buat ayat skema. Kalau ada yang bagi tazkirah sampingan ke, lawak selingan ke hape ke, nnt ada la yang perli, “elaun telefon dibayar atas tujuan kerja rasmi sahaja.” So masa bila kau nak bergurau dengan kawan-kawan sepejabat?
Pol1tik pejabat usah kata. Aku ni sejenis lone ranger. Nak gerak ramai-ramai boleh, nak gerak sorang-sorang pun aku tak ada masalah. Aku bukan jenis berkepit.
Bila ada yang mengajak makan sekali, aku akan join. Tapi bila aku nak berehat, aku akan bungkus makanan dan makan kat meja aku sambil layan movie dalam phone. Aku tak bias, aku tak judgmntal. Nak datang tempat aku luah perasaan? Silakan, aku sudi mendengar.
Tapi bila sesi luahan perasaan bertukar jadi sesi menghasut untuk tak suka si polan bin si polan tu, mohon berambus. Ni biasanya perangai orang perempuan la. Yang A kata kat B. lepas tu B pulak datang kutuk yang A. Adoi… Tak seronok betul kerja sama bahagian tapi tak sekepala macam ni. Kalau masing-masing profesional, tak apa.
Ini masing-masing nak tunjuk hebat depan bos, masing-masing cuba cari peng4ruh. Padahal masing-masing tua dari aku. Ada yang lain pulak, jenis cakap membongkak. Macam dia je yang tau buat kerja semua padahal banyak mengharap orang tolong dia.
Jenis yang ni aku str3ss jugak sebab nak tunjuk dia buat kerja sampai kena jatuhkan kawan-kawan sendiri. “Yang ni saya dah buat dah bos, saya dah bagi kat C dah minggu lepas.
Bos cuba tanya C. Tak tau la kalau dia dah tengok ke belum apa yang saya dah buat. Kerja saya dah setel.” Padahal C tu tak ada kat pejabat seminggu sebab kursus. Gitu haa…
Jujur cakap, sejak aku kerja kat sini, work and life balance aku dah tak seimbang. Tak dinafikan, sk1ll aku sebagai seorang pekerja semakin baik. Tapi… Semakin hari semakin tak ada life. Jiwa aku kosong. Kalau dulu aku ada juga masa untuk ibadah-ibadah sunat, tapi sekarang, even yang wajib pun ada yang aku tinggalkan.
Sungguh, aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku tak pernah mengambil ringan soal ibadah tapi semakin hari aku semakin ambil ringan tentang solat aku sendiri. Aku penat fizikal dan mntal.
Terlalu penat. Dengan anak yang masih kecil. Aku nak tidurkan anak pun, aku terlelap sekali. Kadang-kadang sampai terlepas waktu solat. Suami kejut pun aku tak sedar.
Luaran aku nampak biasa, tapi sebenarnya mntal aku tersksa. Tak, aku tak depress. Aku masih boleh kawal diri. Cuma aku tau keadaan mntal aku tak sihat.
Tiada pengisian rohani terhadap diri aku sendiri. Dan aku selalu terfikir, jika kerja ini yang kononnya punca rezeki tapi telah menjauhkan aku dari Pemberi Rezeki, adakah aku masih perlu teruskan?
Aku pernah terniat untuk berhenti kerja dan aku pernah suarakan kepada suami. Bukan untuk berhenti terus. Cuma untuk berhenti dari tempat puaka tu sahaja.
Suami tak membantah tapi suami minta kalau boleh aku cari tempat lain dahulu sebelum berhenti kerana kami menanggung bayaran ansuran rumah bersama. Aku tak kisah untuk kerja di tempat lain.
Kerja sebagai kerani pun tak mengapa. Tapi kebanyakan tempat sukar menerima aku atas alasan kelulusan aku tinggi. Mereka lebih mengutamakan orang lain dengan kelulusan yang lebih bersesuaian. “Kalau kami bagi awak kerja ni, kesian kat orang lain yang lebih memerluukan”, begitulah selalunya.
Aku terniat untuk buat home business sahaja, cuma masih dalam perancangan dan suami masih belum yakin sepenuhnya dengan perancangan aku tu. Sebab home business ni tak tetap pendapatan. Tak apalah, aku akan cuba untuk terus pujuk dia.
Untuk korang diluar sana, doakan aku terus kuat. Aku dah jumpa Dream Team aku dan aku dah jumpa Nightmare Team aku. Aku nasihatkan, kalau korang rasa korang terkena dengan Nightmare Team tu, cepat-cepat la cari jalan untuk keluar.
Sebab lama kelamaan, mntal kau akan rosak perlahan-lahan. Kau takkan sedar bila ia akan terjadi. Tapi by the time kau sedar, kau akan terikat dan susah untuk keluar. Apa-apa pun, all the best untuk semua yang bekerja di luar sana.
Apa reaksi warganet
Norizan mamat, Salam, Makcik tak tahu situasi keseluruhan kerja. Jika terlalu str3ss, boleh suarakan pada bos besar untuk tukar unit. Jika ada dua tiga unit. Jika tak boleh tukar unit, hidup low saja. Jika tak boleh, cuba hantar surat/email layang siap bukti bergambar atau dokumen pasal sikap bos kecik tu.ika semua usaha dah buat, tapi tak berjaya, baru pindah. F1ght…dan hadapinya, jgn lari.
Syazana, alamak.. aku baru lepas submit resume.. kalau nanti aku dapat team macam ni, dan income lebih rendah dari income part time home tutor yg aku buat sekarang, harap sangat aku kuat scrynya yaa rabbi mintak sangat dijauhkannn
Sumber – Pekerja Bawahan via IIUMC