Akibat skandal dgn suami orang. Aku kini Janda yg insaf

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Baca perlahan – lahan Semoga kisah yang aku kongsikan ini menjadi pedoman buat semua terutama golongan gadis yang sedang meningkat dewasa. Kifarah is real ini terjadi pada diri aku sendiri bermula bila aku putus dengan bekas teman lelaki setelah tamat belajar kerana dia cur4ng. S4kit hati dengan kecuurangan beliau, aku terus jadi takut untuk berhubung serius dengan mana-mana lelaki.

Tapi bila aku dah mula kerja aku pada awalnya melayan sembang-sembang biasa dengan bos di tempat kerja.

Sebelum itu, memang aku tak sembang pun dengan lelaki lain disebabkan terlampau setia dengan bekas teman lelaki. Konon lepas aku habis belajar dia nak meminang dan kami pun akan berkahwin.

Hahahaha, naifnya aku waktu tu percaya je semua janji manis bekas teman lelaki. Bila dah mula kerja dan pengalaman pahit hubungan tak kesampaian tu, buatkan aku tak terfikir soal berkahwin dan aku cuma nak enjoy.

Dan dari sembang-sembang dengan bos aku yang dah berkahwin tu, akhirnya kami menjalinkan hubungan teman tapi mesra berlanjutan selama 4 tahun. Sampailah satu hari wife dia contact aku nak bersemuka,

Aku tak sanggup nak jumpa then aku just minta maaf melalui telefon dan aku jelaskan yang aku memang ada hubungan dengan suaminya, tapi aku tak ada perancangan pun untuk berkahwin dengan suaminya.

Lepas tu, aku sedar aku dah buat silap saakitkan hati isterinya dan aku sendiri pun pernah rasa saakit dicuurangi.

Maka, dah habis berfikir aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke negeri lain dan memutuskan hubungan dengan bos aku tu secara total. Menangis2 mamat tu konon cinta kat aku separuh maati dan tak sanggup nak berpisah.

Tapi, lepas je kami putus, mamat tu pergi bercinta pulak dengan ibu tunggal yang ada beberapa orang anak, dan diaorang kahwin beberapa ketika selepas itu. Hahahaha, rupanya dia memang playboy.

Cess. Tapi aku takde rasa frust ke apa sebab aku takdelah cinta mana pun kat mamat tu, cuma kesian kat isteri dia jelah, tak sangka lepas aku dah undur diri, masalah lain pulak menimpa.

Aku doakan isterinya tabah dan berjaya mengharungi dugaan Allah. Aku pun kemudiannya mulakan hidup baru dan kerja baru di negeri lain.

Malangnya, sekali lagi aku ni tewas bercinta teman tapi mesra lagi dengan client pulak kat tempat baru. Bodohnya aku waktu tu.

Client aku ni married tapi takde anak. Jadi sunyi katanya. Bercinta la kami beberapa tahun sampai la satu hari aku sendiri rasa tak sedap hati serta tak sanggup nak teruskan dan aku minta putus.

Kami putus dan aku single sekejap sampai la aku jumpa bakal suami aku (sekarang dah bekas suami). Aku ingatkan apa yang aku buat pada masa muda aku tu tak akan beri kesan pada kehidupan aku seterusnya. Ternyata aku silap…

Dan kisah neraka aku pun bermula. Lepas berkahwin, suami menduakan aku dengan bekas kek4sihnya.

Rupanya sebelum kami berkahwin pun suami memang ada banyak teman wanita. Rumahtangga kami tak pernah aman, sampai la kami akhirnya berceai.

Aku setuju dicraikan sebab sksanya hidup dengan suami yang cuurang ni lebih sksa dari kek4sih cur4ng, aku tak kuat dan tak dapat menahan saakitnya yaa amat.

Lepas berpisah aku sibukkan diri perbetulkan diri sendiri, perbetulkan amal ibadah, betulkan solat yang lompong2.

Dulu sebelum kahwin aku memang solat, tapi banyak waktu aku yang tinggal. Konon nanti kahwin suami akan bimbing, rupanya dia lagi ter0k dari aku. Hahahaha. Sudahnya aku sorang-sorang je yang start jaga solat elok-elok lepas kahwin.

Tapi masa krisis rumahtangga aku tu, aku betul-betul kembali kepada DIA yang aku abaikan di masa aku muda dan hanya ingat enjoy je. Aku taubat, tahajud dan mengaji sebanyak-banyaknya setiap hari.

Dan itulah, bila aku kenang-kenangkan kembali, mungkin bekas suami salah sebab pernah curaang pada aku… tapi dulu aku pun pernah buat perangai tak elok macam tu.

Aku fikir mungkin itulah kifarah atas semua perbuatan masa mudaku. Aku tak mampu ubah masa silam dan aku cuma mampu berdoa semua orang yang aku saakiti hatinya kini hidup bahagia dan dapat maafkan aku.

Kini inilah aku, dah kembali hidup sendiri… tapi apapun yang berlaku aku percaya ada hikmahnya…

Sesungguhnya percraian buat aku berubah 360’. Dari sering tinggal solat, aku dah lengkap solat termasuk tahajud almost every night. Dari tak pandai mengaji, sampai fasih baca Al Quran.

Aku makin tenang lepas bercrai kerana tak payah pening fikir suami skndal sana sini dan paling utama, aku dapat beribadat dengan tenang dan memikirkan dosa selalu bergduh dengan suami.

Buat gadis-gadis muda di luar sana, ambillah pengajaran dari kisah akak. Kita muda cuma sekali, jadikan ia masa yang terbaik untuk dikenang, bukan untuk dikesali.

Sesungguhnya lelaki baik untuk perempuan yang baik itu benar. Setiap perbuatan buruk yang kita lakukan pasti akan berbalik kepada diri kita sendiri. Allah itu Maha Adil.

Jadilah orang yang terbaik jika mahu pas4ngan yang terbaik. Semoga kita semua berada dalam hidayahNya dalam apa jua yang kita lakukan.

Apa reaksi warganet, ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman

Karina, Klw boleh sis start bljr ilmu akidah iaitu sifat 20 n semua rukun iman itu adalah tiket sebenar ke syurga sbb ilmu akidah adalah tapak agama manakala solat tiang agama jd tanpa tapak mana nk pacak tiang ….jd bila sis dh mula bljr sis akan dapati byk perubahan lg dlm hidup yg akan dtg….

Sis buang yg keruh ambil yg jernih, slps bljr akidah bljr fekahn tasawuf n blh mula bertaubat sbb tanpa ilmu taubat juga tiada makna…sis cuba nnti sis fhm.apa yg saya katakan..moga lps ni Allah dtgkn suami terbaik buat sis ..blh dgr kuliah ustaz mohd radhi idris.

Zanariah, Alhamdulillah awak dpt hidayah utk berubah jd lebih baik. Yg lps tu dah jd sejarah. Kifarah tu betul bila bekas suami awak adalah seorg playboy. Semoga Allah tetapkan iman awak hingga ke akhir hayat.

Dua kali awak ada hubungan dgn suami org tu lama juga kerana tempoh masa beberapa tahun. Tiada siapa yg sempurna. Jika sesat ditengah jalan kita balik ke pangkal jalan. Semoga berbahgia dgn kehidupan skrg.

Ros mawar, Tu mmg tendency awak dr bujang suka cari lelaki dah beristeri buaya darat jadi sampai nak cari calon suami pun mmg awak akan cari yg buaya darat. Pattern lelaki yg awak suka kah3

Nadiah, Alhamdulillah. Kena topup pula dgn pengajian ilmu fardhu ain. Belajar semua hal tauhid, belajar bab cara ibadat, rumahtangga, jual beli (feqah), belajar bab hati (tasawwuf)

Moga confensor diberikan ganti suami yg berganda lebih baik dr yg sblmnya. Yang faham agama, yg mampu membawa puan sekluarga menuju redha Allah.

Sarah, Alhamdulillah, semoga tt jumpa kebahagiaan nanti. Tahniah tt kuat utk berubah dan menyesali. Jarang sekali org ketiga ni sedar diri dan merasa bersalah bila dah mer0sakkan rumahtangga orang.

Ida Mami, Yg da lepas tu sudah la. Jgn diingat. Anggap la semua tu asbab utk u jadi lebih baik. Semoga direzekikan bertemu jodoh dengan seseorang yg bole memimpin u ke syurga. Aamiin.

Sumber – Kate Spade (Bukan nama sebenar) via IIUMC