Cemburu tgk org lain beli banglo 3 juta, tiba2 suami dtg suapkan kek. Aku tersentak

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Moga menjadi iktibar kpd pembaca. Hai assalam semua. Sedikit pengenalan pasal aku. Aku bekerja sebagai seorang guru berusia hujung 20-an, sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Malam ni aku rasa macam nak menulis. Suami dan anak anak aku tengah tidur ni. So, saja berkongsi rasa dan cerita dengan korang. Semalam, aku saja scroll Instagram sambil pantau anak anak bermain. Sambil syok scroll tu, aku terbukak gambar seorang Instafamous ni.

Rupa rupanya, dia baru beli sebuah banglo berharga RM3 juta. Alhamdulillah, rezeki tapi hati aku tiba tiba terasa lain. Aku cemburu rupanya.

Aku scroll gambar banglo dia, lepas tu aku scroll pulak gambar gambar dia yang lain. MasyaAllah, sempurnanya rasa hidup Instafamous ni.

Muka lawa, kaya, berharta mewah. Anak anak pulak comel belaka. Suami kacak dan romantik..

Eh, sedar sedar dah lebih 1 jam aku stalk profile dia rupanya. Dahi aku berkerut, muka aku panas, hati aku penuh dengan perasaan cemburu, kecewa dan pedih….

Aku mula membandingkan kehidupan aku dengan Instafamous tu. Yela, kami sebaya.. tapi hidup kami bagai langit dan bumi.

Untuk info, suami aku kerja sendiri je sekarang, takde pendapatan tetap. Ada job, adalah duit sikit. Alhamdulillah, kami baru je menetap di rumah sendiri dan ada sebuah kereta nasional untuk bergerak ke sana sini.

Dengan gaji aku hanya sebagai guru sekolah kerajaan dan suami bekerja sendiri, kami tak mampu untuk tambah komitmen lain. Well, aku tiba tiba down hanya kerana gambar banglo 3 juta tu..

Aku tenggelam dengan perasaan aku. Aku tak hiraukan anak anak yang tengah bermain. Aku mula bermonolog pasal life aku yang sangat sederhana ni. Kenapa, mengapa, sampai bila……

Tiba tiba, suami aku datang bawak sepinggan burnt cheese cake. Rupa rupanya, selama aku dok scroll dan stalk IG tu, suami aku tengah masak kek weh

Sebelum tu, aku ada bagitau dia yang aku teringin nak makan kek. Masa tu pkul 9.40 malam dah. Dia kata nak kek apa? Secret Recipe ke?

Aku geleng. Aku cakap aku teringin burnt cheese cake. Dia senyum pastu sambung menghadap laptop dalam bilik. Aku pulak pergi depan layan anak anak main.

Rupa rupanya, dia keluar beli bahan dan balik tu, dia masak kek guna air fryer. Dah siap, dia suapkan kat aku dan anak anak kek tu.

Bergenang air mata aku weh. Aku makan kek tu sungguh sungguh. Tak pernah aku makan kek sesedap ni…

Aku rasa macam bdoh dan bersyukur sangat. Di saat aku mengira ngira rezeki orang lain, kat depan aku ni ada seorang suami yang sentiasa buat aku rasa cukup.

Dia mungkin belum mampu bagi aku rumah banglo 3 juta, kereta mewah atau barang kemas macam suami lain. Tapi dia berusaha untuk cukupkan keperluan keluarga kami dari segi lain.

Malam ini, sambil mengenang cerita semalam tu.. aku reflect diri sendiri. Apa sebenarnya erti hidup yang sempurna eh?

Entahlah. Yang aku tau, suami aku cukup risau kalau aku lapar. Sentiasa tanya nak makan apa.

Bila kaki aku lenguh sebab berdiri atau berjalan lama kat sekolah, dia akan urut sampai terlentok lentok sebab mengantuk. Tak lupa isikan minyak kereta setiap minggu sebab isteri dia reti pakai je.

Haha. Dia tolong mandikan dan cuci berak anak anak. Dia jugak yang akan tolong key-in markah peperiksaan anak murid aku sebab dia terror bab bab teknologi ni.

Rumah setingkat kami yang comel ini terasa bahagia dan ceria bila suami aku ada, sebab dia suka mengusik anak anak. Riuh la diorang bila kena geletek atau kena kejar dengan abahnya.

Berbeza dengan aku yang agak tegas. Tanpa aku sedar, banyak sangat yang suami aku manjakan aku selama 5 tahun kami berkahwin ni.

Aku sedar aku tak patut bandingkan hidup kami yang sederhana ni dengan sesiapa pun.

Dalam IG tu, semua orang nak tunjukkan hidup yang sempurna. Yang buruk buruk, diorang simpan taknak orang tau. Hakikatnya, mesti ada kekurangan jugak kan? Life is not a fairytale.

Dan hari ini sebenarnya hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah. Tadi keluar makan simple simple je.

Aku dengan rendah hati mohon pembaca semua doakan kami terus bahagia dan saling mencintai sehingga ke syurga. Aamiin.

Oh ya, lepas makan kek tu semalam, aku c1um tangan suami. Aku mintak maaf sebab dok bandingkan life kami dengan life Instafamous tu.

Dia macam biasalah, senyum je. Dia kata dia dah cukup bahagia ada aku dan anak anak. Dia dah bersyukur kami ada tempat tinggal dan kereta yang selesa.

Pastu dia pulak mintak maaf sebab buatkan aku rasa kekurangan sejak dia bekerja sendiri. Dia berjanji yang dia akan berusaha majukan bisnes dia dengan lebih gigih. Aku sebak, dia pun sebak.

Tonight, I realized that my husband is not perfect, but he is the right one that Allah has for me.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman : 13)

Apa reaksi warganet. Ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman

Faris, Org yang naik kereta kecik bila tengok org naik kereta mewah akan kata “kalau la aku ada keta mewah, selesa sikit bawa anak isteri”. Org yang naik motor bila tengok org naik kereta dia akan kata “kalau la aku ada kereta, tak la berhujan berpanas”.

Org yang naik basikal tengok org yang naik motor pula akan kata “kalau la aku ada motor, tak la penat kayuh”. Tapi kita jangan lupa.. Mungkin ada org yang tiada kaki pun utk berjalan. Mungkin dia akan kata “ya Allah… Kalau la aku ada kaki, mesti seronok dapat berjalan”. Moralnya, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Anis, Betul kita jgn bandingkan hidup kita dgn org lain, buat Terbaik utk diri sendiri bkn utk compete dgn org, org akan sentiasa jeles melihat Jika mereka rasa mrk di bawah ttp bezakan kita dgn mrk, setiap org ada rezeki masing2..knp kita nk buruk2 kan org Jika mereka ada lebih dr kita, knp kita nk jeles?

Kita hidup aman, relaks, bahagia, xpening kepala, oleh krn harta pula kita jd xbersyukur..kita xtau, lg byk harta lg byk komitmen, lg byk tanggungjawab, Jika Allah xpilih kita utk ada semua tu kita mmg xlayak galas tanggungjawab itu.. lebih baik dgn hidup sederhana kita.

Nur iman, Sis, kita sebaya je sis.. and saya langsung tak salute dengan instafamous yg instant kaya hasil jual produk timbang kilo..

Ko guna kecantikan kau utk kutip ramai followers, then ko jual pr0duk timbang kilo markup harga kaw2 suruh agen/stokis jual produk fke ko tu.

Jenuh la agen/stokis nak ngabiskan produk ko semata nak kaya kan ko.
Sampai ko dapat beli vellfire Alphard bagai. Tayang beli rumah baru.

Sementelah agen/stokis ko?? Azab nak ngabiskan produk2 ko. Dan dorang still duduk rumah lama pakai kereta lama. Yg kayanya engko je..

Tak payah la sis kita cemburu dengan instant millionare ni. Biarlah kita takdak juta2 dalam akaun pun. Selagi kita merasa syukur dan qanaah pasti kita akan bahagia..

Ayu Hasan, Saya kagum dgn pembeli itu..n kenal as a xstudent tpt saya kerja dulu..dia mmg gigih berbisness dr zaman berblog lagi..pndai cari income melalui blog dr zaman sekolah then bukak butik n sekarang jualan brg vitamin kesihatan..suami support redha apa yg isteri itu yg penting..

InsyaAllah smooth je jln kejayaannya..then dia selalu share tiap kali call parents/mil or parents/mil call dia, dia senaraikan doa2 yg dia ingin parents doakan then hantar thru watsap..abg n kakak dia pun kategori berjaya..if follow dorang dgn niat betul Kita akan nmpk sisi berusaha berusaha tawakal n redha setelah berusaha sehabis baik.

Ummi Naim, Aduhai dik….xde sapa yg penah sempurna dik…Allah sahaja yg sempurna…Allah bg apa yg kita perlu…bukan apa yg kita nak…kalau dh rezeki dia kita berlapang dada dik…mcm akak anak sorang je ,..itulah racun itulah ubat…at least dia bg jugak walau satu…

Kalau kita rasa kekurangan ada lagi org yg lagi kurang… alhamdulillah nasiblah kita cepat sedar…syukur dik…hakak doakan kau sentiasa cukup rezeki insyaAllah…dpt somi yg baik and anak2 jugak rezeki tu… alhamdulillah.

Nadia Kamal, Kat media sosial nihh smua tunjuk bahagia, kaya , ank comel. Takkan nk tunjuk dn bgtau .. suami panas baran ,cemburu buta ,kaki pkul kaki pompuan, ank kuat tantrum.

Ada sorg instafemes nihh .. kat ig bkn main lg dgn suami lovey dovey. Last2 dpt tau suami ada skandal … nihh pun sbb ada reader dia yg tangkap gmbr dn bgtau.

Allah maha mendgr. Brsangka baik lah. Tanpa kita sedar Dia makbulkn apa yg kita mahu. Mntalah dgn Dia .. bangun solat dinihari. Insya allah ‘makbul’ . Cuma cpat dgn lambat jer. Itulah yg brlaku pada sy

Psssst banglo rm3juta skali pun. Dia tetap hutang dgn bank. Kalau kaya benor dia beli tunai.

Hayati Johan, Biasalah instafamous tu kan buat bisnes mlm.. Orang bisnes mlm mmg kena tunjuk benda2 gitu.. Tapi sebenarnya bagus juga.. Utk diri sendiri pun rasa nak capai sesuatu dlm hidup. Tapi berpada laaa.. Ada lebih yg ini.. Kurang yg itu.. Sbb Allah swt tu adil.. Rezeki kita tak sama sis.. Tapi bukan itu persoalannnya.. Kena belajar bersyukur rezeki yg ada dulu.. Insha Allah rezeki yg lain pasti menyusul.

Zuriyanti, Makna hidup yg sempurna bila kita bersyukur dgn segala nikmat yg Allah bg. Setiap org mana ada life yg perfect. Even anak raja sekalipun tetap ada kekurangan dlm hidup. Sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan. Br kita stop banding2 hidup kita dgn org lain. Jgn pandang org yg lebih dr kita.

Pandang org yg lifenya serba kekurangan berbanding kita. Br kita rasa bersyukur & sentiasa ingin memberi. Kat medsoc semua org cuma pamerkan yg indah2 je. Yg buruk2 simpan dlm hati. Sbb tu jgn percaya sgt dgn medsoc.

Haryati Ibrahim, Saya bukak jer ig.tapi saya x folo instafemes.folo kawan² udah ler.boleh tgk aktiviti kwn².nk jumpa kdg x berkesempatan.saya br je dok tahan sabar dgn sorang bisneswoman nih.kelihatan kaya.kat ig bisnes sana sini.tapi hati perut busuk.

Kesimpulannya…kdg biarlah hidup bersederhana apa yg ada,tapi jgn sekali aniaya org.klu baca kisah tt, lebih ptt bersyukur, baru 5 thn kawen dah ada anak,rumah,kereta.bape ramai yg kat luar sana,dah nk pencen X mampu lgk beli sebiji rumah.masih struggle untuk sesuap nasi.

Umi Balqis, Rezeki Allah itu pelbagai dik, bersyukurlah dgn yg Allah dah lorongkn utk kita, insya allah kita akan rasa bahagia biarpun tanpa kereta mewah atau banglo 3 juta, sbb tu akk lebih berminat baca tentang kesusahan n penderitaan org lain, dpt juga kita tlg bantu mana yg boleh atau sekurang2kn tlg doakan utk mereka.

Sejujurnya tak minat lgsg nak membaca tntg instafamous apatah lg nak tau tntg kehidupan mereka,sedari dulu mmg berdoa utk Allah jodohkn dgn lelaki yg beriman dan blh bimbing ke arah kebaikan, alhamdulillah bahagia dgn cara kita sendiri dik biarpun tak mewah cukuplah Allah hadirkn suami dan anak2 yg penyayang, alhamdulillah.

Lia Latif, Terharunya baca..kdg mmg ada rasa2 mcm tu tapi tepis cepat2..hitungla kesyukuran kita…sungguh bnyak yg Allah bagi utk kita pendosa ni…harta kekayaan semua tu ujian yg akan dihisab diakhirat nnt.

Apa yg Allah bg pada kita, itulah yg mmpu kita pikul…dikurniakan rasa cukup itulah nikmat sebenar..semoga bahagia hingga jannah

Sumber – Ara (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimaya