Cik R tak mampu berganjak, melainkan minta izin sy utk “menumpang kasih”

Gambar sekadar hiasan. Allahuakhbar, terima kasih Allah. Hadirkan sekililing saya orang-orang baik semuanya. Saya baca semua komen anda. Allahu, kelu saya untuk segala doa, pendapat, kata-kata semangat untuk saya. Semoga Allah beri kebaikan untuk kalian juga. Saya sambung kali ini, untuk menjawab beberapa persoalan pada komen yang diberi. Sebenarnya, ye pada masa saya tahu saya pun baru tahu saya sedang hamil anak ke 5. Dan ye betul setahun berikutnya saya mengandung lagi. (kini sedang sarat).

Untuk Part 1, boleh klik link di bawah

Suami bagi pilihan sama ada aku terima perempuan tu atau aku blah

Untuk pengetahuan pembaca, selain langkah mendekatkan diri kepada Allah seperti, saya betulkan solat, lengkapkan solat wajib, terus cuba dan cuba dan masih cuba solat di awal waktu, Hafal bacaan dalam solat, berjaya hafal surah2 pilihan seperti Ar Rahman, Al Waqiah, Yassin, Selawat tafrijiyyah, nama-nama Allah, segala doa pengikat rumahtangga,

Ayat ghafir tak tersenarai rasanya semua yg disarankan oleh Ustazah Asma Harun terutamanya dan lain-lain ustaz atau mana-mana tazkirah yang di share di FB, saya amek guna pakai dan amal sehingga sekarang.

Sebenarnya saya sudah menghubungi perempuan itu saya namakan dia sebagai Cik R. Saya telefon tanpa sikit pun menyerang apatah lagi memanggil dia dengan nama yang tidak baik seperti kebanyakan isteri cop kepada orang ke 3 ini.Tujuan saya telefon adalah untu tahu sejauhmana hubungan mereka dari mulut beliau sendiri. Dan ye, menurut Cik R mereka sudah seperti pasngan suami isteri. Faham kan.

Luluh hati saya, Allah saja yang tahu. Tapi apa yang boleh saya buat. Semuanya sekelip mata dan secara tiba-tiba. Selama mereka berpasngan saya sedikit pun tidak dapat menghidu memandangkan setiap kali suami balik, suami beri nafkah batin macam biasa tidak seperti “orang yang sudah kenyang”,

Sama juga dengan nafkah zahir, ibarat minta RM100 dia bank in kan RM1000. Jadi saya tak nampak kesibukannya selama ini adalah kerana wujud penganti saya disana tetapi benar sibuk dengan urusan kerja memandang tiada isu duit bagi dia. Sentiasa ada.

Saya tak salahkan Cik R semata, kerana permulaan semua ini terjadi kerana suami saya yang sudah berniat menyembunyikan status perkhawinannya sendiri. Kalau mengaku sudah berkahwin masakan ada yang “makan”. Ayat kena cun kan? Laki orang, ofkos la expect bab nie.

Dan perempuan yang naif mestilah tertipu, termakan pujuk rayu. Setiap hari mengadap muka ke mana sahaja bersama ofkos cinta makin berputik di tambah penyedap rasa “hasutan syaitan” sebagai pemanis hubungan makin membuatkan saya hiilang sedikit demi sedikit dari ingatan suami.

Sedekad tidak mngalkan kesan baginya memandangkan kami PJJ jarang-jarang jumpa. Lainla kek4sih hati baru setiap hari bersama. Cik R sudah di”tanda” dan suami sudah bertemu familinya. Namun pada masa itu, baik Cik R mahupun famili Cik R keduanya tidak tahu status “suami orang anak 5+1”.

Oleh kerana mereka sudah lama menjalin hubungan, rasa cinta dan sayang yang menebal membuatkan Cik R tak mampu berganjak ke belakang walau selangkah, melainkan minta izin saya untuk “menumpang kasih”. Baik di pihak Cik R mahupun di pihak saya atau suami, keadaan kami memang sangat tak mudah.

Cik R, tersepit dengan keadaan “sudah beri semua”- itu menurut beliau, tapi kalau itu sekadar hanya “tiket palsu” yang mereka create untuk saya dipaksa menerima kehadiran dia, Wallahualam. Hanya mereka & Allah know better.

Apepun letakkan diri di pihak suami juga tidak mudah. Andai benar mereka sudah sejauh itu, masakan hanya sekadar ingin bertanggungjawab, mestilah hubungan tersebut berlandaskan kerana cinta dan sayang.

Letakkan diri di pihak saya juga sangatlah sukar, kerana saya masih punya anak yang masih kecil dan perluukan kasih sayang bapa mereka.

Saya sendiri tidak rasa suami saya abaikan tanggungjawab melainkan hanya hati saya dirobek kerna dihantui kisah cinta mereka selain rasa diri saya sebenarnya tidak diperluukan lagi.

Mengikut plan asal mereka, mereka ingin melangsungkan pada awal 2020, tetapi kuasa Allah, mana mungkin tertolak doa isteri yang teraniaya,

(Tapi bagi suami dia tidak menganiaya saya memandangkan beliau menunaikan nafkah dan tidak pernah pkul atau mengasari saya), doa ibu yang sedang hamil (saat itu dan sekarang juga) dan doa di bulan puasa (ramadan lepas).

Bukankah sudah cukup kuat bahawasanya doa saya tidak berhijab. Hanya tunggu masa yang tepat Allah makbulkan, malah mungkin sedang dilepaskan doa tersebut satu per satu.

Plan nak kawen tergendala kerana kedua secara tiba-tiba jobless, kemudian PKP smua kerja dibekukan pengambilan pekerja.

Masa PKP itu, nikmat Allah bagi kepada saya untuk jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sehabis baik. Baik dari penyediaan makan, mahupun hal bilik tidur saya laksanakan kerana cinta, Allah dan kerana masih isterinya.

Allah Maha Tahu, Dia hadiahkan kami baby PKP yang saya cerita sekarang sedang sarat ini, dengan sedikit pun tiada alahan, tidak mengidam, tiada sebarang masalah kesihatan semasa hamil. Baik kan Allah.

Ya, sebab saya sekarang sudah menggalas tanggungjawab sebagai pekerja bergaji dan jadi ibu seusai habis waktu kerja.

Allah tak nak saya penat jadi Dia bagi saya nikmat “hanya mengusung perut yang buncit mengandung tapi tidak alahan-alahan atau sgala karenah ibu hamil lain alami kebiasaanya” melainkan emosi saya yang kadang mudah tersentuh.

Saat saya kecewa dengan sikap acuh tak acuh suami, saya hanya rawat luuka dan kecewa saya dengan cari Allah dan berkawan dengan kawan-kawan yang memberi kata-kata positif semata.

Ia memberi seakan memberi kesinambungan kekuatan untuk saya teruskan perjuang dan pertahankan rumahtangga saya.

Kenapa tidak saya guna hak saya sebagai isteri dengan berdepan dan mengaku dgn keluarga Cik R sedang saya ada peluang untuk semua tu

Sebab pendapat saya, termasuk famili saya iaitu ibubapa dan adik beradik saya mengatakan untuk apa berbuat demikian. Adakah saya gerenti dengan membongkar status suami, mereka tidak jadi kawen. Apakah tiada kemungkinan saya yang dicraikan disitu juga.

Ibu bapa saya ajar saya “SABAR, DOA dan REDHA”. Hanya 3 keyword ini saya pegang hingga kini. SABAR, kerana semuanya belum jadi, DOA..minta andai takdir ini masih boleh diubah tapi sekiranya jadi juga saya kena REDHA, mungkin benar inilah yang terbaik untuk kami semuanya.

Setiap hari saya terus perbaiki amal ibadah saya dengan niat untuk Allah pandang dan sayang saya. Setiap kali saya sedih dan rasa tidak lagi disayangi suami, saya letakkan tangan didada dan pluk erat tubuh saya sambil berkata kepada diri “Cukuplah Allah bagi aku’ shingga lah saya tenang semula..

Selalu saya TTA (Talk to Allah) bila saya rasa keseorangan dan berat rasa dalam hati ini, saya akhirnya berdoa mohon Allah tunjukkan jalan. Saya tahajud, taubat, hajat dan istiqarah setiap malam.

Tanpa kunci jam pun memang akan bangun, dan sekiranya terbabas oleh kerana hrm0n hamil, esoknya saya akan sangat down sedih dan berasa Allah pasti murka dan mesti ada sesuatu yang tak kena pada hari tersebut.

Saya juga qada smua solat saya yang semasa muda remaja zaman “galok” dulu saya cuaikan solat. Semoga Allah terima semua amal saya.

Saya bukan nak riak tentang hal ibadah, cuma saya ingin sampaikan rasa bersyukur Allah gerakkan hati saya kearah itu tidak melalui jalan yang lalai. Tapi demi Allah semua ini, sangat tidak mudah. Kerana ia melibatkan soal hati..

Cik R, budak berpelajaran baik berwatakan, tutup aurat dengan sempurna, solat puasa segala juga tapi kerana terlalu cinta, dia tidak mampu untuk berundur. Dan hanya kekal diposisi sekarang shingga dihalalkan.

Tapi pada saya isunya suami saya yang sayangkan dia, kalau tidak pasti suami saya tidak berani buat keputusan begitu. Dan tidak kesah andai saya yang pergi.

Semua orang cakap “Kifarah itu wujud” tunggu sahaja balasan dari Allah nanti, tapi pada saya Allah itu Maha Penyayang, masih memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk bertaubat.

Saya tidak pernah mendoakan perkara tidak baik kepada Cik R mahupun suami, melainkan minta Allah masukkan mereka iman dan beri balasan di dunia atas apa yang mereka buat supaya ringan azab mereka diakhirat.

Allah Maha Baik kerana masih memberi saya nikmat punya suami dan peluang untuk saya cuba berkhidmat sebagai isteri sehabis baik dengan men”delay”kan majlis mereka.

Saya fikir “i treat my husband like a king. i supposed being treat as a queen too” tapi nope.. Hehe.. padan muka sendiri. Siapa suruh buat untuk orang balas, orang sayang apatah lagi untuk orang hargai. Maka kecewa lah saya bila tidak dapat seperti apa yang saya jangka iaitu kasih sayang dan perhatian suami.

Saya minta semua doakan saya diberi petunjuk untuk hala tuju rumahtangga saya ini, buat masa sekarang saya masih bertahan kerana hati saya masih amat sayang. Doakan saya redha lepaskan suami andai benar Cik R kebahagiaannya.

Doakan saya jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya yang mampu berikan mereka ilmu hidup bertuhan supaya andai saya mti, saya tidak menyesal dan ralat.

Doakan juga suami saya diberi hidayah, insaf dan bertaubat. Saya perlu kekuatan untuk pergi.. dan biarkan Cik R menang di hati suami saya tanpa perlu bersusah payah lalui apa yang saya lalui…

Berikan saya kata-kata semangat dan doa yang ikhlas (mudah-mudahan ada antara doa kalian yang Allah makbulkan) untuk meneruskan perjuangan saya yang sudah dihujung tanduk, diluah mti mak, ditelan mti bapak. Susahnya.. Allah je yang tahu…

Saya maafkan Cik R, saya maafkan suami saya. Ini semua sudah takdir Allah untuk saya, “my turning point”, bahagian saya , mudah mudahan dapat menghapuskan dosa-dosa saya.

Bagi yang belum lalui ujian seberat ini, berhati-hatilah dalam berkata-kata. Takut Allah uji dengan hal yang sama.

Nauzubillahiminzalik. Benarlah syurga itu mahal… andai tidak mampu masuk dengan amal ibadah, maka persiapkanlah diri dengan ujian yang akan dihadapi.

Tapi Allah itu tidak kejam. Tidak Dia menzalimi hambaNya melainkan untuk kebaikan. Semoga saya lulus ujian ini, doakan ye.

Terima ksih semua. Saya doakan semoga anda smua beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat juga. Semoga kte saling berpegang tangan menuju syurga. Aku masih isterinya, ibu anak 5+1.. (Bukan nama sebenar)

Moga masih ada sinar untuk rumahtangga mereka dan suaminya di beri petunjuk dan hidayah. Ramai yang terkesan bahkan merasakan kisah ini telah memberi impak kepada semua isteri untuk terus bersabar walau apa jua ujian di dalam rumahtangga. Wanita ini juga mengajar bagaimana ingin kuat. Moga kita dapat ambil pengajaran dan tauladan dari kisah ini.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Syahida Zulkifli, Im so touched reading this confession. Ingatkan ujian kita dah berat tapi allahu ada yg lagi berat. Saya sangat2 kagum dengan kesungguhan kakak confessor dalam mencari keredhaan Allah.

Saya doakan semoga kakak confessor sentiasa tabah menghadapi ujian ni dan semoga istiqamah dalam mencari keredhaan-Nya. Allah uji tanda Allah sayang dan insyaAllah tinggi darjatnya disisi Allah. Walaupun saya tak kenal kakak confessor tapi big hug for you and I love you kakak.

Siti Baizura, Semoga puan confessor kuat melalui ujian ini… Carilah bahagia & gembirakan lah hati puan… Kalau atas alasan anak tiada bapa bila puan pilih untuk berpisah, renunglah dah bertahun² anak² puan tiada bapa yang sebenarnya bapa sepanjang puan pjj dengan suami puan.

Allah dah persiapkan puan untuk kuat, berdikari, uruskan anak puan sendiri sepanjang puan pjj dengan suami puan… Pilihlah untuk menggembirakan hati puan.

Pilihlah untuk menyayangi diri puan berbanding sayangkan suami… Pilihlah untuk ketenangan tanpa masalah yang membebani puan… Pilihlah untuk hentikan derita & air mata puan… Kerana sesungguhnya puan berhak untuk gembira bersama anak² puan…. Saya doakan yang terbaik untuk puan.

Azura Hamid, Entah kenapa dari part 1 sampai part 2 ni, hati sy rasa sebak sgt saat baca semua cerita puan..terasa umpama hati sy yg hncur remuk berkecai2 walaupun alhamdulillah setakat ini rumahtangga sy masih baik..

Mgkin sbb sy pn pjj, jd sy dpt menyelami perasaan puan. Betapa tabah dan kuatnya puan, masih mampu bersangka baik terhadap semua perkara. Sy doakan semoga puan temui kebahagiaan yg sejati dunia dan akhirat.

Enn Ngah, part betulkan diri tu betul dah semua org pun camtu bila ade kesusahan atau ujian tempat mengadu hanya pada yg mha esa..tp solution pun ape dlm masalah puan ni.apa langkah puan ambil ? pun buat aduan tak ke pejabat agama? puan ade suruh tak suami cepat cepat halalkan pompuan tu dr duk buat dosa …

Puan kena ingat dia adalah bapa kepada anak anak puan..puan nak dia hidup camtu je sedangkan dia dah mengaku dah sampai tahp berzina…adehhh sekadar kt betulkan diri xleh puan tp action xde..

Jika benar puan redha ..redhakanlah juga utk suruh suami berkahwin dengan si sana otherwise puan move on je (part crai berai org malas nak tulis kat sini) faham sendiri da laaa…tuhan bagi akal utk kt berpk entah laaaaa hmmm

Sumber : Aku masih isterinya, ibu anak 5+1.. (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen