Foto sekadar hiasan. Assalam min aku ingin bertanya pada warga krt. Boleh ke aku kahwin lain demi untuk mendapatkan zuriat. Aku sedih min kecewa sangat bila isteri susah dan tak tau bile dia boleh bagi zuriat Dah 4 tahun min aku tunggu. Berusaha dari tahun pertama lagi, jumpa doctor buat treatment, isteri makan clomid berdos- dos, makan supplement berbotol botol urut semua, tapi still tak berjaya.
Aku betul2 kecewa. Sperma aku doc kata okay, tapi isteri dia ade PCOS. Telur tak besar kata doc. Kenapa la nasib aku macam ni min.
Orang suruh bawa isteri pergi melancong sane sini aku bawak sama jer min. Kawan2 semua dah ade zuriat. Kadang2 aku rasa malu sangat. Ni nak raya lagi la min.
Serius aku cakap aku lebih rela bekerja di office dari balik kampung beraya hadap relative. Dan aku memang tak nak balik beraya tahun ni.
Umur aku pun dah nak 30, tak tau bile nak dapat. Kalau dapat pun mungkin aku dah tua (sedey).
Aku pernah tanya isteri pasal kahwin lain tapi biase la jawapan perempuan, Dulu aku sayang sangat kat isteri aku ni, tapi bila jadi macam ni sayang tu dah berkurang dalam hati aku min.
Dari segi perbuatan aku still sama. Hati jer dah tawar. Betul la orang kata min anak la yang menjadi pengikat hubungan suami isteri Tak boleh ke perempuan consider kat lelaki ke s macam aku nih min.
Aku bukan saja2 min nak kahwin dua macam lelaki lain. Bukan sebab nafsu jer semata-mata. Tolong la faham wahai perempuan.
Andai aku yang pergi dulu dari isteri siapa yang nak doakan aku kalau bukan anak. Isteri aku pasti la aku kahwin lain sebab die cantik jugku.
Die kata die setia tak kan kahwin lain. Tapi aku tak percaya. Korang rase?. Silap2 dia tak kan ingat aku dah nanti. Aku tiada siapa2 min.
Tiada keturunan. Tiada Zuriat. Bulan depan isteri aku ada minor operation pasal PCOS tu. Harap2 ada la min.
Kalau takde jugak korang advise la ape perlu aku buat sebab tu macam dah final stage. Korang yang senang ada anak tak kan faham apa yang aku rasa. Aku betul2 kecewa dan frust.
KISAH KE 2. Aku dah tidak boleh mengandung atas faktor ksihatan lagipun aku dan suami dah tua. Satu malam, suami luahkan hasratnya nak beristeri muda alasannya nak anak ramai dan paling memeritkan aku, suami paksa aku cari calon isteri untuk dia. Ciri ciri wanita yang suami nak buatkan aku terkedu…..
Assalamualaikum wtb pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca penulisan ini. Cerita ini ditulis dari hati yang paling dalam yang tidak punya rasa.Perkenalkan diri sebagai Maryam, berumur 40-an. Berasal dari negeri sebelah Selatan. Aku berkhawin di usia yang agak muda. Awal 20-an. Setelah tamat ijazah aku terus berkhawin.
Disaat anak-anak lain sedang berusaha membalas jasa dan pengorbanan ibu ayah mereka.Sehinggakan ayahku bertanya padaku samada aku yakin atau tidak untuk berkhawin sekarang.
Aku nekad. Kerana lelaki ini seorang yang sangat baik hasil dari cerita kenalanku. Dia merupakan kenalan rakanku.
Suami ku bernama Samad. Kami bertunang 2 bulan dan terus bernikah. Aku dibawa ke negerinya. Cinta berputik selepas khawin dalam melalaui proses perkenalan yang sebenar.
Bermulalah kehidupan kami suami isteri tidak terlepas dengan ujian ksempitan wang di awal perkhawinan kami. Kami susah tapi kami bahagia.
Dia bekerja dan aku juga bekerja. Aku cuba tampung mana boleh walau gaji aku tak besar mana.
Setahun kemudian aku disahkan hamil anak pertama kami. Gembira dan bahagia. Hari bertambah hari.
Aku rasa semakin kurang berdaya untuk melakukan hal-hal kerja rumah. Siang hari aku bekerja, balik petang ready makan suami. Suami pula taknak makan lewat.
Lepas suami makan kemas dapur, kemudian urus baju suami untuk ketempat kerja esoknya. Begitulah rutin aku setiap hari.
Hujung minggu pula basuh baju,lipat baju masak yang special skit untuk suami dan wajib pergi ziarah mak dia yang tidak jauh dari rumah lebih kurang sejam perjalanan.
Namun kugagahi untuk hadapi. 9 bulan berlalu. Aku selamat dibed4h untuk mengeluarkan seorang puteri.
Ibuku dari datang kerumah kami untuk menjaga aku dalam pantang. Mentua yang dekat ada datang ziarah tengok cucu.
Aku terasa sangat terhutang budi dengan ibuku kerana sepanjang tempoh berpantang dia menjaga diriku dan makan minum aku dengan baik sekali.
Suamiku bukan jenis pandai buat kerja macam ni. Sehinggakan makan minum suami aku pun ibuku yang sediakan. Makan pagi, dan dinner setiap hari. Aku terharu.
Kadang terbit dalam hati ini mula rasa skit hati dengan Samad kerana dia sepatutnya membantu ibuku apa yang patut. Dia Cuma tahu pergi kerja dan balik kerja.
Sehinggakan baju dia pun ibuku yang basuhkan.Memang semua benda aku siapkan sebelum ini. Dia Cuma tahu benda dah siap.
Aku cuba menolak perasaan negative pada Samad.Dua tahun kemudia aku hamil lagi. Cerita yang sama juga terjadi. Sehinggakan aku melahirkan anak yang ketiga.
Samad ni jenis yang tidak tahu buat kerja lain selain kerja pejabat dia.Anak-anak nangis malam tidak pernah sekali dia bangun untuk tengokkan anak.
Never. Alasannya kalau dia tidur, dia akan tidur m4ti. Dia tidak reti tolong lipat baju, masukkan baju dalam mesin ker. Itu semua aku kena buat.
Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami. aku takut ALLAH marah. Pinggan yang dia makan pun main letak dalam sinki jer.
Bila anak –anak dah mula membesar aku cuba ajar anak aku untuk basuh pinggan sendiri, basuh kasut sendiri, tapi seperti tidak dipersetujui Samad.
Dia nak anak dia belajar sahaja. Dia nak anak dia pandai akedemik sahaja. Satu hari anak kami umur 12 tahun. Pagi aku tegur suruh basuh kasut sekolah.
Bila tengha hari dia pergi main sampai kepetang. Aku pesan angkat kasut sebelum hujan petang.
Tapi tidak diendah. Sehiggakan malam itu hujan. Malam tu Samad baru balik kerja dan nampak kasut anak dia basah ditimpa hujan. Dia marah aku dengan suara yang kuat.
Aku cuba membela diri tapi ditengking dengan ayat “jangan salahkan anak’’ dia jarang marah aku dengan menegking atau suara tinggi.
Setelah cukup 10 tahun perkhawinan kami disinari dengan 3 orang cahaya mata. Semuanya melalui kaedah bersalin bed4h.
Aku bahagia seadanya. Kehidupan kami pun semakin baik. Berkat ksungguhan samad pun keluarga kami makin senang. Namun suatu hal tidak terjangka.
Suatu malam samad menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi. Aku diam terkedu tidak terkata. Aku terus diam bebrapa minggu.
Kerana aku tidak boleh mengatakan tidak pada hukum yang ALLAH tetapkan Harus.
Namun aku masih tidak kuat untuk menundukkan nafsu hati ini yang tidak ingin berkongsi. Hati aku bagai dicarik-carik dan disiat-siat.
Seminggu kemudian aku bertanya mengapa hendak berkhawin lagi. Katanya nak anak ramai.
Ya, benar. Aku tidak mampu beranak lagi. Dia kerja selalu out station. Katanya nak isteri yang boleh dia bawa ke sana ke sini selalu bila kerja luar.
Dia minta aku carikan siapa yang aku ingin jadikan madu. Jelas.
Dia belum punya calon. Tapi keinginan beristeri itu tinggi. Setelah beberapa bulan, aku minta dia listkan ciri2 isteri kedua yang dia inginkan.
Aku mula usha kawan2 aku yang terlajak bujang. Kerana lebih baik aku sendiri cari dengan siapa aku nak berkongsi daripada aku pening kepala nak bergduh nanti.
Lama sungguh pencarian aku memakan tahun. Dan dia tidak pernah mengalah. Aku tahu, dalam diam dia juga mencari kerana aku pernah tengok perbualannya dengan kawannya dan disertakan dengan gambar perempuan.
3 tahun aku mencari. Suatu hari dia mengungkit. Katanya penat bekerja ke sana ke sini sorang diri tiada isteri di malam hari.
Dia menuduh aku tidak ke sian dengan dirinya. Sengaja membiarkan dia bekerja sorang diri. Dia tidak tahu usaha aku. Aku telan pahit ini.
Aku berdoa semoga dia ditemukan dengan isteri yang baik, waktu itu hati aku mula rasa kosong. Sampai hati suamiku perlakukan aku seperti tidak punya rasa.
Aku mula perhatikan seorang rakan sekerja aku yang baru masuk. Berumur lewat 20 an. Bernama siti Bila kutanya kenapa belum berkhawin dia cuma senyum tanpa kata.
Suatu hari aku pura-pura berbual tentang orang hidup bermadu. Dan aku
Tanya pendapatnya andai kamu dilamar sebagai isteri kedua apa kamu terima dan sanggup.
Katanya “kalau sudah ALLAH tentukan begitu, kuasa apa yang mampu mengatakan tidak. Sayang tidak bererti memiliki sepenuhnya.
Jangan kita tamak dan haloba.” Aku terkedu. Adakah ini orangnya. Aku nekad.
Aku nyatakan hasrat padanya. Dia katakana semuanya berurusan dengan mak ayahnya. Aku kerumahnya. Ibunya seperti keberatan.
Tidak pula si Ayah, seperti menyetujuinya sahaja. Aku mengadu hal ini padanya. Panjang lebar ucapannya.
Tapi apa yang aku sangat terksan ayatnya “jangan terlalu khawatir, ini semua urusan Allah.
Pasti ada sebab Allah gerakkan hati Ibu saya begitu. Jangan terlalu sedih. Jika ALLAH sudah menyatakan satu cukup untuk dia maka satulah sahaja untuk dia walau seingin apa pun dia”.
Saya pulang kerumah dengan menangis. Bertahun lamanya saya khawatir banyak hal. Saya bersedih berpanjangan.
Walau usia SITI jauh lebih muda dari kami tapi ucapannya jauh lebih matang dari kami” aku pulang dan bgthu suami yang lamaranku ditolak lagi.
Nampak ke sal sungguh dia. Bertahun sudah pencarianku. Belum dipertemukan.Aku nyatakan pada suami. aku bersedia sahaja. Tapi aku sudah tidak punya waktu untuk mencari.
Doakan ksejahteraan aku dalam meneruskan hidup ini.