Sjk mak mertua tinggal bsama, dia pksa aku msak 3kali sehari dan mrh suami tlg aku bt krja rumah jaga anak

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga IIUMC. Aku Awan, berumur akhir 20an dan baru baru ini disahkan menghidapi tekanan perasaan yang teruk. Macam mana aku dapat “benda” ni? Aku ceritakan seringkas dan semudah yang boleh untuk difahami. Semua bermula dengan PKP 2.0. Mertua aku diajak suami aku tinggal bersama kerana tak boleh merentas negeri.

Mertua aku sudah kematian suami dan suami aku adalah anak tunggal nya.

Pada mula nya aku okey saja sebab aku pun tak risau kalau demam saakit nya datang, sekurangnya kami boleh bawa dia ke klinik atau hspital. Maklumlah, orang berusia selalu saja tidak sihat.

Untuk memudahkan pembaca aku kongsikan poin poin utama punca tekanan perasaan yang aku hadapi dibawah.

1. Aku dan suami memang freelancer jadi memang dari dulu lagi kami WFH sambil jaga dua orang anak kami yang berusia 5 tahun dan 10 bulan.

Bekerja dari rumah sangat memenatkan lagi lagi kalau sambil menjaga anak jadi selalu nya makanan untuk sarapan, tengah hari dan makan malam kami akan beli atau masak simple saja asalkan perut tak berbunyi.

Tapi sejak mertua aku datang hidup aku berubah 360 darjah. Hari hari ibu mertua aku akan suruh aku masak untuk sarapan, tengahari dan malam.

Pagi harus makanan yang berat dan wajib ada sekurangnya 1 jenis kuih. Tengahari dan malam lauk harus yang berbeza.

2. Mertua aku akan perlekehkan aku asyik menghadap handphone dan PC sedangkan memang kerja aku memang menggunakan handphone dan PC.

Bila ada saudara mara telefon dia akan canang cakap “menantu kak mah ada je ni menghadap handphone dari tadi”. Dia tak tau kalau aku tak hadap handphone dan PC ni maka kebulurlah kami anak beranak.

Sehabis mungkin aku cuba berborak ambil hati dia sambil buat kerja tapi dia yang selalu tak mahu berborak dengan aku.

3. Suami aku pula setakat ni ok, membantu juga tapi mertua aku akan bising kata yang semua kerja tu sepatutnya isteri yang buat, bukan suami. Jadi sebab malas nak dengar yang tak sedap aku mengalah dan pikul. Semua benda

Tipikal Melayu semua diserah pada perempuan sedangkan zaman sekarang ni isteri turut sama membanting tulang cari rezeki. Jadi apa salahnya kalau bekerjasama dalam hal rumah tangga?

Aku penat fizikal dan mental4l dengan melayan anak, melayan mertua dan melayan pelanggan aku.

4. Cara aku memasak, cara aku potong ikan, cara aku masak nasi semua salah di mata dia. Sedangkan suami aku ok saja dan kata sedap.

Pernah beberapa kali lauk yang aku masak dia buang dalam tong sampah sebab tak sedap. Bukan makanan manusia katanya.

5. Kain baju kami anak beranak selalu aku basuh 2 atau 3 hari sekali untuk jimatkan masa aku tapi hari hari dia akan bising supaya aku basuh baju hari hari.

Sehinggakan aku tak ada masa untuk buat kerja aku kerana terlalu sibuk buat kerja rumah dan menjaga hati dia.

6. untuk ke rumah ibu aku seminggu sekali pada hujung minggu yang jarak nya 15 minit perjalanan menaiki kereta pun dia perlekehkan.

“Orang dulu dulu tau beradab kalau ada mertua datang rumah tak ada nya nak keluar ke sana sini.” Itu yang diulang ulang setiap minggu. Jadi tak kan selama dia di rumah kami aku perlu abaikan ibu bapa aku?

Selagi merentas negeri tidak dibenarkan jadi aku tak boleh berjumpa ibu bapa aku yang jarak rumah nya sekangkang kera dari rumah aku?

7. Kalau suami aku ada dia akan cakap pada suami aku yang aku jenis isteri tak boleh harap. Menyesal kahwinkan anak nya dengan aku. Aku sendiri dengar dari mulutnya dan suami aku sendiri ada ceritakan.

Macam macam perkara dia adukan pada suami aku tapi semua suami aku tak pedulikan sebab dia sendiri tahu perangai ibunya.

Aku dan suami aku memang selalu berkongsi masalah dan suami aku sendiri mengaku yang dia tertekan sejak ibunya ke rumah kami.

Pernah sekali dia ternaik suara pada ibunya sebab ibunya bodohkan aku dan ibunya merajuk 3 hari tak bercakap dan mogok lapar.

Akhirnya aku dan suami mengalah dan minta maaf. Hanya memikirkan dia orang tua yang entah berapa lama lagi ada di dunia ni dan malas untuk panjangkan pertelingkahan.

Aku faham dia risau kalau ibunya sorang di kampung walaupun rumah rumah jiran yang merupakan saudara mara nya sendiri ada berdekatan rumah nya. Aku sendiri pada mula nya tak kisah jika ibu duduk dengan kami.

Tapi akhirnya aku di rumah aku sendiri tapi aku rasa seperti menumpang. Semua apa yang kami nak buat, nak makan WAJIB minta kebenaran dia.

Racun yang aku telan semakin lama semakin menghakis jiwa dan logik akal aku.

Aku mula termenung, mula tak bercakap, mula tidak pedulikan keliling aku termasuk anak anak. Susu aku drop sampaikan anak aku yang kecil terpaksa minum susu tepung.

Apa yang mertua aku cakap tak lagi masuk ke telinga aku sampai dia canang pada jiran keliling rumah aku yang aku menantu yang tak suka kan mertua. Aku rasa kosong.

Aku rasa tak dihargai dan dalam otak aku cuma fikirkan untuk bnuh diri.

Aku tak mampu lagi kawal perasaan aku. Aku tak mampu lagi jaga jiwa aku.

Suami aku sedar akan perubahan aku dan segera menenangkan aku. Aku tau dia rasa bersalah. Ditelan maati mak, Diluah maati isteri.

Sikit pun aku tak salahkan dia sebab aku tau di mana syurga nya. Sebaik mungkin. Aku cuba jaga syurga itu tapi sesungguhnya aku tak mampu.

Semakin lama aku semakin teruk tidak terurus. Dan setelah suami aku berbincang dengan aku, dia mengizinkan aku pulang ke rumah ibu dan duduk selama mana aku mahu sehingga aku betul betul tenang.

Alhamdulillah sekarang keadaan aku beransur pulih. Sudah genap seminggu aku di rumah ibu. Hari hari suami aku akan call dan video call. Dua tiga hari sekali akan datang tengok aku dan anak anak.

Mak mertua aku? Hari hari akan meroyan kata aku isteri yang tak elok, menantu yang derhaka tak beradab. Suami aku kata kan pada aku yang aku tak perlu pedulikan ibu nya. Biarkan ibunya begitu sendiri.

Semua yang berlaku suami aku sendiri ceritakan pada ibu bapa aku. Alhamdulillah ibu bapa aku bukan jenis yang menyimbah minyak pada api sebaliknya mereka banyak menasihatkan aku dan suami supaya bersabar.

Sehabis mungkin mereka tidak mahu masuk campur hal urusan rumah tangga anak anak. Sangat berbeza dengan mertua aku dan itu diakui suami aku sendiri.

Walaupun kami 8 adik beradik tapi masing masing tak pernah nak masuk campur urusan rumah tangga adik beradik yang lain.

Benarlah kata orang. Dekat bau tahi, jauh bau wangi. Tolong lah cepat cepat tamat PKP. Aku dah tak sanggup lagi telan racun di rumah sendiri.

Ramai yang bersimpati dengan perkongsian daripada wanita ini. Ini antara nasihat yang paling win dan pengalaman daripada netizen.

Syah. mak mertua dr neraka. sudah2 la makcik. badan pon dah bau2 tanah. ape kebende dengki sgt ke menantu tu. makcik ni elok dpt menantu puaka. bior same2 giler

Syarifah. Orang dulu² style. Semua kerja org perempuan buat..Dlu zaman duduk ngan nenek.., air nak basuh tangan pun kne siapkan dalam mangkuk., nnt suami diorg datang bersila makan je. Dah sudah, tinggalkan… Org perempuan la kne kemas.

Zaman aye skang, ko tak basuh pinggan, aku tempik. Kalau kat rumah sendiri la… Rumah sendiri. Hahahhaha

Ahmad.

Tersepit dinding suara hilaang ,
Kotak gelap terkandung budak ,
Bersaakit pening sengsara orang ,
Hendak tetap melindung sebak .

Gulai rasa letaknya punca ,
Masam ku tangis sedan berhari ,
Sampai masa retaknya kaca ,
Tajam menghiris tangan sendiri .

Ara. Ni bukan mnantu hantu. Ini mak mentua hawau hanat smua ada. Celaka punya org tua. Kubur da mmanggil² sempat pulak fitnah ngumpat mnantu sdr. Org da jaga elok pun patut bsyukur. Yg saakit jiwa bukan kau. Tp mentua hawau tu. Ehhh panas pulak hati aku.

Rafidah.Wanita skng ni ramai serius WFH mmg byk cabarannya. Nk jaga urus kerja dan keluar dalam masa yang sama. Kdg2 mmg xdan masak dan kemas rumah.

Tips yang iolss nk bg ni sangat berkesan.
1. Rajin hulur cash dekat Mil. Elok lah emosi dia. Org tua style mcm tu mmg kasih syg berbeli.

2. Kerja rumah (seminggu sekali panggil cleaner cuci setiap minggu)

3. Kalau kau xpnt, kau masak. Tekoh kau pnt ko order je food panda. Jnj family semua makan. Bila kau WFH ni n ko masak mmg ko letih gila bdn n emosi.

4. Kalau mak kau perli2 .kau ckp je mintak maaf mak. Kau perli dia.. mak ni dah ngaji belom harini? Dr mak tengok tv, mak dgr la ceramah.. lama2 ko bebel.. dia xtahan duk ngan kau dik.. sbb dia byk sgt masa lapang.. sbb tu ht dia xtenang.

5. Kau fokus gila2 kerja kau buat duit. Biae kepok2 duit kau. Bg dia duit. Bg dia duit bg dia duit. Nt ko jd menantu kesyangan dia. Xcaya buat. Heee

Siti. normal sis.. klu duduk 1 umah gini la… Tmbh2 menantu mcm kita ni kuat pendam.. xdenya nk ckp lbih2 mrah ke ap ke.. kita biar ja.. tp tula makin hari makin skit hati ni.. smpai kita xmau brckp da dgn mentua.. slh kita ckit ja..

dia nmpk mcm kita bnuh org.. tp klu dia hmpir2 bnuh ank kita.. dia buat muka xsalh.. mcm dia xslh.. tp ats tggungjwb dia.. klu nk crta byk lg la.. tp tula.. bruk2 pom mak mertua mak laki kita jugk.. sbar jela selagi mampu..