Dktor beri pilihan, utk btahan hdup selama 6bln atau buang rahim. Sy x akn ada anak dan kekal mandul

Foto sekadar hiasan. Cerita ini berkisarkan kisah benar yang berlaku. Bermula pada bulan 6 sewaktu covid masih menggila, saya mengalami kitaran haid yang panjang iaitu kira-kira 2 minggu. Saya sebagai perawat kesihatan percaya ini adalah tanda-tanda awal yang menandakan organ rahim saya tidak sihat. Saya tidak menunggu lama dan terus mendapatkan rawatan awal dari pakar ob/gyn.

Scan dibuat, hanya terdapat 2.5cm fibroid, tetapi ia dikhabarkan tidak menganggu kitaran haid saya. Mungkin h0rmone saya sedikit terganggu akibat covid melanda. Saya dibekalkan dengan ubat provera dan dinasihatkan makan dalam tempoh 3 cycyle.

Saya monitor setiap kali cycle dan catitkan didalam kalender, tetapi tiada tanda-tanda cycle haid saya akan kembali normal.

Setiap temujanji saya datang dengan patuh, setiap kali temujanji dose ubat akan berubah sehinggalah haid saya turun berketul-ketul dan menyebabkan haemoglobin saya turun mendadak.

Dr telah melakukan pelbagai rawatan termasuk h0rmon level, thyroid funtion test, hsg, fbc dan lain2. Ubat ubatan sering kali bertukar setiap kali datang temujanji.

Dalam tempoh itu saya tidak lagi dapat membezakan drah haid dan istihadah kerana kucar kacirnya kitaran haid saya.

Mengambil keputusan mazhab syafie saya meneruskan solat seperti biasa dan menyucikan diri setiap kali ingin solat. Bertapa susah dan sukarnya dalam keadaan begitu beberapa bulan hanya Allah sahaja yang tahu.

Pada bulan 10 tiada tanda2 haid akan berhenti, saya mengambil keputusan beralih kepada pakar yang lain untuk second opinion.

Keputusan scan amat memeranjatkan saya, fibroid sudah membesar 8cm didalam dinding rahim. Doktor mencadangkan pembed4han buang rahim kerana tiada pilihan lain kerana fibroid berada didalam dinding rahim. Tiada lagi pilihan kedua bagi saya.

Saya mengambil masa bertenang, memikirkan baik buruk, tetapi dengan kuasa Allah saya tumpah drah dengan banyak, dan saya dikejarkan ke h0spital.

Didalam keadaan lemah dan skit, saya setuju melakukan procedure DD+C. Lakukan apa saja asalkan pendrahan dapat berhenti. Saya boleh mat1 akibat pendrahan tidak terkawal daripada fibroid itu sendiri.

Setelah sedar, barulah Dr menerangkan saya telah menjalani procedure cuci rahim seperti wanita2 keguguran. Biopsy dinding rahim diambil untuk diperiksa.

Rahim saya juga dimasukkan MIRENA satu alat pencegahan kehamilan yang juga alat untuk menipiskan dinding rahim/ mengawal pendrahan dan akhir sekali Dr telah menyuntik Zoladex.

Ubat untuk menghentikan h0rmon saya yang memberikan kesan menopuse sementara. Selagi tubuh badan saya masih mengeluarkan h0rmon, selagi itulah ovulasi akan berlaku,

Dan dinding rahim akan luruh sebagai haid dan selama itu saya akan mengalami pendrahan. Secara zahirnya saya telah diinduce menapouse.

Saya diberi cuti skit selama 2 minggu. Walaupun saya perawat kesihatan saya juga berpantang seperti orang yang keguguran.

Malangnya 5 hari selepas itu saya dikejarkan ke h0spital akibat skit kuat pada abdomen. Terasa skit pada skala tertinggi dari semua skala keskitan.

Dr juga terkejut dengan keadaan saya dan dikejarkan ke labour room serta merta. Disana saya diberi ubat tahan s4kit dan ubat tidur. Apa yang saya dengar sayup2 hanya lah scan iud, readjust iud dan saya mula tidur.

Sesudah sedar, saya melihat Dr dihadapan saya… tersenyum pahit. Menerangkan sedikit sebanyak dan mencadangkan pembuangan rahim.

Rahim saya sudah rosak akibat adenomyosis. Beliau tidak memaksa saya. Cuma memberikan kata2 semangat agar saya kuat dan sabar.

Beliau memberikan jangka masa hanya 6 bulan, berikutan injection zoladex hanya untuk 6 bulan, selepas pada itu dia pasti saya akan kembali mengalami pendrahan.

Setelah kembali kerumah, pendrahan masih ada tetapi berkurangan tetapi diuji dengan kes4kitan yang amat dasyat. Saya terpaksa mengambil opiods untuk melegakan kes4kitan. Setiap kali s4kit terasa ajal menghampiri saya.

Setelah beberapa kali mengalami episode pendrahan dan s4kit tiada henti, saya setelah habis ikhtiar melakukan istikharah walaupun jawapannya saya telah tahu dari awal lagi.

Saya berdoa untuk diberikan kekuatan hati dalam memilih jalan yang tepat dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk melepaskan rahim saya pergi kerana ia telah menganggu fungsi tubuh badan, emosi dan ment4l saya.

Saya tidak mampu pertahankan sesuatu yang telah rosak. Sesungguhnya masanya telah tiba..

Saya dengan redha hati dan lapang dada menandatangani keputusan untuk buang rahim. Membuang puncak kewanitaan setiap wanita. Alhamdulillah pembed4han berjalan lancar.

Saya dimasukkan 3 beg drah bagi menggantikan drah yang hilang. Setelah 4 hari berada dihspital saya akhirnya dibenarkan pulang.

Luk4 pembed4han seperti c-section sahaja.. bezanya saya tidak dapat melahirkan anak dan tidak akan haid lagi.

Inilah kisah saya bertarung dengan penykit kebanyakkan wanita masa kini. Hanya beberapa bulan s4kit, saya telah kehilangan rahim.

Buat para remaja dan wanita diluar sana jika tubuh badan s4kit, itu menandakan tubuh perlukn rawatan.

Manusia bukanlah robot untuk menahan kes4kitan. Dapatkan rawatan seawal mungkin. Kami di KKM sentiasa mengalukn kedatangan anda.

Jika mempunyai insuran perubatan dapatkan rawatan dan scan dimana2 hspital swasta seawal mungkin.

Period berpanjangan, drah yang turun berketul2, senggugut yang teruk bukanlah perkara normal pada tubuh badan wanita.

Ia memberi tanda organ rahim anda sedang s4kit. Jika perlu makan ubat, makanlah jangan takut buah pinggang akan rosak seperti yang dimomokkan.

Jika perlu di operate, teruslah kehspital, para Dr di Malaysia antara yang terbaik. Jika perlu beberapa pandangan tentang masalah kesihatan anda carilah orang yang arif pada ilmunya.

Saya antara hamba Allah yang diuji, biarpun mempunyai pengetahuan, kemudahan dalam bidang perubatan tetapi saya hanyalah hamba yang kerdil, setelah pelbagai usaha dan doa rahim saya diangkat seawal umur saya 35 tahun, masih belum berkahwin dan dipuncak kerjaya.

Tiada kesal, hati sudah redha dan kini saya kian sihat. Perjalanan hidup yang singkat..

Ini antara respon pengalaman dari netizen.

Ida. Saya baru menjalani fibroid myomectomy pada 7/10 baru-baru ni. Alhamdulillah, rahim saya masih lagi boleh diselamatkan walaupun 6ketulan fibroid dikeluarkan dari sebesar penumbuk sehingga lah sebesar guli.

Nasihat saya untuk wanita dan gadis diluar sana, tak payah la amalkan jamu atau supplemen yang ada phyto estrogen atau phytoh0rmone yang lain.

Salah satu punca masalah rahim adalah dari pengamalan supplemen yang tak dikawal.

Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang aktif serta sihat. Kadang-kadang badan kita dah bagi sign and symptoms awal, tapi kita yang hidup dalam penafian.

Saya bersyukur sangat dapat tunang yang supportive dan faham keadaan saya..

Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk saya ada zuriat pada masa akan datang walaupun saya takkan merasa bersalin secara normal.

Iris. Sy Salah sorang pes4kit yg di kesan s4kit ini masa usia baru 22 thn… Kali pertama buang fibroid tahun 2008…doc nasihatkan suh nikah cepat cepat utk dpt kn anak..

Masalah masa tu sy takder psangan lgi… Dn dlm tempoh sy s4kit… Sy kawan dgn suami… Selepas 6 bulan buang fibroid… Sy kawin tahun 2009…alhamdulilah 4 bulan nikah sy hamil…

Sy bersalin tahun 2010…lepas dua tahun fibroid datang semula…. Then tahun 2013 sy buang sekali lg fibroid… Dn Cuba pregnant malangnya gugur dua kali…

Tahun 2015 operation kali ketiga dgn prof Dr Hamid arshat… Lepas dua bulan operation sy hamil… Tp nasib belum menyebelahi sy…

Kandungan di luar rahim… Terpaksa emergency operation utk buang tube sebelah kiri…. Skrg dh hampir 5 thn berlalu…

Belum ada rezeki sy lg utk hamil… Dn mungkin dlm masa beberapa tahun lg sy akan kena buang rahim.. Doakan sy kuat na..

Apa pun sy bersyukur sbb ada sorang anak perempuan yg kini berumur 10 thn.. Dia la satu satu big y kenapa sy terus kuat utk teruskn hidup…

Azida. Sis sgt tabah. Saya doa sis terus kuat ya.. Just share, kakak sy juga antara yg pernah menderita kerana adenomyosis ni. First doc mmg suggest buang rahim.

Tp alhamdulillah mgkin rezeki kakak sy dapat second opinion dr dr thokha di hosp regency JB..dgn rawatan ubat semua kakak sy sembuh dari adenomyosis dan tak perlu buang rahim..

skrg masih on ubat yg diberi dan alhamdulillah bila period kakak da tak s4kit..siapa yg menderita adenomyosis ni boleh usaha utk dpt rawatan dgn drthokha..

Leyna. Semoga tabah sis…kuatnya. Saya yg takda zuriat lagi ni pon rasa sgt hebat ujian Allah. Setelah bc cerita sis, saya perlu bersyukur sgt apa yg saya ada. Setiap kejadian yg Allah bagi ni, pasti ada hikmahnya.

Saya harap sis jgn putus harap cari bahagia. Kerana ianya sgt universal. Berkahwin dan punyai anak itu mmglah selalu org ckp aras bahagia.

Namun ada yg berkahwin juga tidak bahagia. Ada yg ada anak juga bercer4i. Kita tak tahu jalan hidup kita bagaimana.

Elyn. Keep strong confessor.
Saya yakin ada rezeki lain yang Allah dah tetapkan buat confessor. InsyaAllah, insyaAllah ada sinar lain buat confessor.

Sesungguhnya ujian ini untuk mereka yang kuat dan hebat itu janji Allah.
Maafkan saya bertanya, sekadar menambah ilmu, maaf jika hati confessor terguris.

Sekiranya, pada peringkat awal di mana fibroid dikesan bersaiz 2.5cm tu terus di buang, adakah rahim confessor dapat diselamatkan? Maaf saya hanya bertanya untuk ilmu & pengajaran.

Shahirah. Off topic, sy pernah period 3 bulan lamanya.. Pg klinik pakar scan xde apa2.. Pg hspital jumpa pakar o&g pun xde jumpa apa2.

Tp sbb byk perkara pelik terjadi makin mengarut sy pg berubat dgn perubatan islam.. Rupanya terkena sihir & yg penghantar tu nak sy mat1. Kalau s4kit, jumpalah dgn doktor.. Kalau doktor xde jawapan, cubalah perubatan alternatif jgn terlambat

Zanariah. Sy pernah mmpunyai fibroid sebesar 8/9 diblkng 3cm .2 ketulan besar .doktor pakar kata beratnya dlm satu kilo .sy pernah tumpah drah Masa duk hotel mekah.

Alhamdulillah selesai buat haji.berkat doa .Allah makburkan Hari 6 sy berhenti keluar drah. dapat sy melihat kaabah Kali terakhir.buat tawaf wada.Alhamdulillah sekali lagi Rahim sy selamat .kalau diikutkan sy kena buang rahim

Faezah. Hugsss
It hurts to read what you have been through Semoga Allah kuatkn semangat confessor, saya dan semua yang sedang mengalaminya..

Zatul. Kta senasib..Join group endometriosis & adenomyosis utk support..we are not alone Allah uji sbb kta mampu..Allah uji sebab Dia syg

Aina. Macam mna yg dimaksudkn snggugut yg teruk yer?risau pulak sy.stp kali period mmg sy akn senggugut hari prtma dan kedua.pling lama pn 3 hri.xtahu la tu snggugut truk ke x.haha.tp s4kit la