Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya nak coretkan kisah saya di sini, moga ada pengajaran dan nasihat untuk diri saya dan semua. Saya Zara, bukan anak favorite. Dari kecil saya sering menanya diri saya apa kurangnya diri saya sampai selalu didiskriminasi dan dibenci oleh ibu saya. Saya rapat dengan arwaah ayah, selepas arwaah ayah meninggaal, saya jadi punching bag. Bukan dari segi fizikal, tapi dari segi emosi, luk4 paraah yang tak terlihat di mata.
Saya anak keempat, abang-abang dan kakak saya semuanya duduk asrama waktu arwaah ayah meninggaal. Saya ibarat anak sulung di rumah.
Saya kasihankan ibu saya, boleh kata semua kerja rumah, saya bantu ibu. Saya juga jenis berdikari, keluar ke bandar, beli lauk dan bayar bil-bil sendiri.
Saya juga ibarat ibu dan bapa untuk adik-adik. Tapi tak ada satu pun ucapan penghargaan jua perbuatan. Ada saja benda tak kena di mata ibu. Tiap kali abang-abang dan kakak saya balik, ibu mengadu, seolah-olah saya ni anak tak guna.
Abang-abang dan kakak sikit pun tak hormat saya. Banyak sangat kata-kata yang mengguris hati. Pkul dan sepak tu biasa saya terima. Sampai saya jadi sangat hilaang keyakinan diri.
Bila abang-abang dan kakak nak apa-apa, ibu akan berikan, tapi pada saya siaplah sindiran dan kata-kata menyakitkan hati. Dari segi pelajaran, abang-abang dan kakak semua pandai-pandai.
Dari kecil, ibu meratib saya anak tak kenang budi, saya anak yang akan menyusahkan dia, saya anak derhaka, saya anak yang tak bau syurga. Sumpah seranah tu dah jadi biasa, saya pun dah taknak ingat apa ibu cakap.
Biarlah tersimpan rapat. Saya penat muhasabah diri saya, saya dah taktau apa lagi patut buat, sepanjang masa saya kutuk diri saya. Saya cuma nak ibu tersenyum dan bangga dengan saya. Atau sekadar cukup tak menyakitkan hati saya. Tapi tu semua angan-angan dan mimpi.
Di rumah, selain bantu ibu buat kerja rumah, saya lebih suka duduk dalam bilik daripada mingle dengan adik beradik. Jiwa saya skit. Bertahun-tahun. Saya ibarat layang-layang putus tali. Saya tahu saya kena keluar dari rumah. Tapi saya takkan tinggalkan ibu. Takkan sesekali.
Saya tahu ibu penat membesarkan kami, ibu banyak berkorban untuk kami. Itu lah kata-kata untuk pujuk diri saya. Setiap suatu untuk diri saya, ibu akan ungkit. Saya tahu saya kena balas jasa ibu. Itu yang ibu mahu.
Saya belajar rajin-rajin untuk buktikan pada ibu, saya juga tidak kurang daripada abang-abang dan kakak saya. Akhirnya saya dapat biasiswa ke luar negara.
Duit bulan-bulan saya hulur kat ibu. Saya belikan untuk ibu, saya tak pernah fikir diri saya, semuanya untuk ibu.
Sampai lah saya habis belajar, saya bagitahu ibu saya nak rehat 2-3 bulan supaya saya dapat cari benda yang saya minat.
Saya belajar untuk penuhi keperluan ibu selama ini, bukan kerana minat saya, saya belajar untuk bantu ibu dan adik-adik, bukan untuk diri saya. Tapi ibu paksa saya kerja.
Saya masuk kerja selepas beberapa hari pulang ke tanah air. Saya jenis tak pandai melawan, walaupun ibu sumpah seranah saya, buat cerita kat adik beradik lain tapi saya tak pernah belakangkan apa saja ibu nak.
Masa tu ibu ungkit semua benda. Ya saya faham apa ibu maksudkan. Saya duduk rumah ibu. Saya makan makanan ibu. Takkan jasa ibu saya boleh lupakan. Saya tak kerja untuk diri saya, saya kerja untuk ibu.
Saya ingat hari pertama saya terima gaji. Saya beri kat ibu, saya katakan saya tak kerja untuk diri saya, itu semua untuk ibu.
Saya dah memang niat macam tu, saya tak perlukn gaji. Ya memang itulah sebetulnya, saya ikhlas nak beri kat ibu.
Saya niat nak bahagiakan ibu dengan duit gaji saya sekurang-kurang setahun dua sampai ibu puas, itu janji diri saya sendiri. Ibu rasa tersindir bila saya beri keseluruhan gaji, saya cuma ambil dua ratus dari gaji saya.
Ibu campak duit kat muka saya. Ya Allah saya dah nangis dengan lebat, saya rasa terhina sangat. Saya kutip duit-duit tu, saya berikan sekali lagi. Ibu keluarkan kata-kata yang menghiris hati saya. Saya rasa terduduk, lemah lutut saya. Benci betul ibu kat saya.
Saya tak tahu apa lagi nak buat untuk jadikan diri saya sekurang-kurang nya ada nilai, walaupun setitik cuma. Kepulangan saya hanya menoreh hati saya lebih dalam. Selama dalam pengajian setiap kali cuti semester saya kerja part time untuk kirim ibu duit.
Selama pengajian juga, hati saya sunyi keseorangan, rindu pada ibu dan adik-adik walaupun tahu saya hanya perasan seorang dan bertepuk sebelah tangan.
Saya sebenarnya lebih tenang di luar negara kerana tak perlu lagi mendengar kata-kata sinis ibu. Saya ingat lepas saya pulang, semuanya berubah. Tapi rupanya…
Saya asalnya seorang yang extrovert tapi lepas kematian arwaah ayah, saya berubah menjadi introvert. Saya tak suka berada di kalangan orang ramai, saya rasa saya seorang loser.
Bila dengan orang ramai, saya akan rasa sangat letih, saya nak balik tidur dan duduk dalam bilik saya saja. Saya jenis suka bercakap sendirian.
Saya suka pujuk diri saya sendiri. Saya pernah bayangkan diri saya lari dari rumah masa saya belasan tahun, mungkin masa tu saya dah tak berpelajaran, melacurkan diri untuk survival hidup. Tapi lepas tu apa… hidup saya akan terus hanyut.
Kemudian ada suara dalam diri yang beritahu, kau tak boleh kalah, kau kena buktikan kat ibu yang kau tak seperti yang dia katakan.
Apa boleh saya katakan selama ini, yang selamatkan diri saya adalah Allah. saya tahu Allah mendengar keluh kesah saya, rintihan saya… tapi hari tu, jiwa saya broken dengan sangat teruk.
Saat saya kutip duit-duit tu, saya lihat saya tengah kutip hati saya yang berkecai-kecai. Saya taktahu macam mana saya nak hadapi hidup ini lagi.
Tak adakah setitik simpati ibu untuk saya. Saya fragile. saya tak tahu nak lari mana. Jika di luar negara, saya ada rumah sendiri. Tapi di sini mana saya nak pergi. Rumah saya bukan syurga buat saya.
Adik beradik saya pandang saya dengan jelik. Tak ada langsung kebaikan diri saya. Masa tu juga saya tahu segala pemberian saya pada ibu selama ini, ibu beri kat orang lain.
Saya struggle di luar negara segala-galanya untuk ibu, tapi entahlah mungkin sampai bila-bila saya takkan pernah cukup baik di mata ibu.
Mungkin Allah nak selamatkan saya. Tak lama kemudian, saya berkahwin dengan seorang lelaki yang bagi saya cukup sempurna kejadian dan qada’ qadar Allah untuk saya.
Suami sangat menerima diri saya. Sangat. Tak pernah sekali suami merungut atau komen diri saya selama berbelas tahun saya kahwin ni.
Allah beri saya sangat besar ketenangan. Saya rasa content, jiwa saya yang hncur dan ranap selama ni sikit demi sikit dibina semula sampai saya rasa sangat kuat.
Saya mula sedar, yang saya sampai bila-bila tak boleh merubah penerimaan ibu dan adik beradik saya. Bila orang bercakap pasal keluarga, hati saya kosong.
Orang kata rumahku syurgaku, tidak bagi saya. Orang kata ibu syurga kita, tidak bagi saya. Hanya yang melaluinya memahami. Jika ada nasihat ala-ala anak soleh dan solehah, ketahuilah, ia tak membantu untuk kami yang nasibnya begini..
Saya sekarang lebih selesa berdiam diri, saya tak expose kepada keluarga dan orang luar. Saya jaga hati saya sendiri. Sebab saya sangat sedar sekarang, tak ada siapa akan jaga hati kita melainkan diri kita sendiri. Saya juga belajar untuk self respect, self love.
Jangan silap faham saya tak bencikan ibu saya. Cuma saya rasa kebaikan adalah lebih banyak, baik untuk ibu dan untuk diri saya, andai kami berjauhan.
Sampai sekarang saya tak culas beri ibu duit bulan-bulan. Saya telefon ibu bertanya khabar cukup itu sahaja, sejak ibu larang saya telefon ibu.
Saya juga tak berapa rapat dengan adik beradik, apa saja pemberian saya tak dihargai. Kakak saya bukan sekali dua pulangkan pemberian saya. Adik-adik saya juga tak pernah menganggap saya seorang kakak.
Abang saya ada seorang yang cuba menghargai saya tapi sering dinasihat oleh ibu untuk mengutuk diri saya. Ibu punya kuasa seorang ibu. Saya tak salahkan ibu.
Seperti komen orang lain, saya juga tak terkecuali. Saya sedar di umur hampir 40-an ini kenapa ibu macam tu adalah disebabkan saya resemble orang yang ibu saya tak suka. Kelakar kan? Tak sangka wujud perkara macam ni kan.
Dan saya boleh relate sekarang, kata-kata ibu, perbuatan ibu kepada saya selama ni itu kenapa.
Walaupun hakikatnya saya ni drah daging dia sendiri. Saya terima qada’ qadar saya. Saya maafkan ibu. Apa saja yang ibu buat dulu, saya maafkan ibu. Saya sangat sayang ibu. Sangat-sangat.
Tapi saya dah berhenti berharap untuk semuanya. Saya cuma menjalani hidup seperti air yang mengalir di sungai. Saya takkan cuba menongkah sungai.
Saya tak pernah lupa doa untuk ibu sejak saya baligh lagi. Tiap kali solat, saya berdoa semoga ibu diberi ketenangan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Saya berjanji pada diri saya, jika tiada siapa lagi sudi jaga ibu, saya akan jaga ibu walaupun hakikatnya ibu takkan datang kat saya.
Saya berjenaka dengan diri saya, mungkin jika saya lah tinggal satu-satunya manusia di dunia ini, mungkin juga ibu takkan datang pada saya. Hihi. Saya dah boleh tergelak kecil sekarang. Kerana saya dah faham apa punca ibu bersikap demikian pada saya.
Saya tak tahu masa lalu ibu, apa yang menyebabkan sampai macam ni. Walaupun saya dah tahu sekarang puncanya, saya diam-diam je, saya takkan korek.. sebab ia tak memberi makna apa-apa.
Untuk pengetahuan, anak saya sekarang ada seorang yang resemble ibu. Hihihi. Don’t worry saya janji dengan diri saya walau apapun saya takkan lempias kat anak saya yang seorang ni.
Saya akan jadi seorang ibu yang menyokong, menjadi pendamping yang meniup kepercayaan diri pada anak-anak. Saya juga bersyukur kerana saya tak silap pilih jalan hidup dulu. Apa saja masalah yang menghimpit diri kita, kembalilah minta pada Allah.
Berdoalah pada Allah setiap masa, bukan waktu solat sahaja. Saya dulu, bila sedih dengan ibu, saya bangun solat tahajud tengah malam. Bila sedih dan putus harap, saya baca quran cuba memahami maksudnya. Bercakap seolah-olah Allah hampir dengan saya.
Masa di luar negara, saya suka jalan sorang-sorang tengah malam sambil tengok langit, tengok bulan, saya bercakap dengan Allah. Mengadu pada Allah.
Kadang-kadang duduk tepi sungai, saya doa lagi. Tengok pokok, tengok bunga, tengok tumbuhan, saya doa lagi. Sekarang pun jika ada masalah, sambil memandu, sambil kat taman, saya selalu tengok langit dan berdoa…
Walaupun saya seorang, hakikatnya bila selalu bercakap dengan hidupan dan tumbuhan, saya tahu saya tak seorang. Saya ada alam yang sentiasa dekat dengan saya. Saya ada Allah yang mendengar saya.
Pada siapa yang ada anxiety, yang ada suicidal thought, harap kalian semua kuat. Remember, this thing also shall pass.. it’s life lesson. Jika nak buat sesuatu yang buruk, fikirkan apa consequences nya, adakah lebih baik atau lebih buruk…
Jika lebih buruk, tawakkal dan tinggalkan saja ya.. Hikmahnya kita akan jumpa kemudian. Percayalah. Semoga apa jua masalah kita sekarang, akan diberikan jalan keluar..
Pada siapa yang siap sedia nak mengutuk saya maklumlah saya mengaku lulusan luar negara tapi mungkin tak sepandai dan sekuat kalian.. nak bagitaunya the trauma is real, nak escape daripada pemikiran-pemikiran tak mudah bagi saya..
Lebih-lebih lagi bila ia daripada orang yang kita sayang… Ia seolah rantai besi yang mengikat hati, pemikiran, emosi kita… Anak singa jika dirantai dan diberitahu yang dia sebenarnya bukan seorang singa, lama-lama hilaang juga taringnya…
Saya percaya bukan saya seorang alami masalah keluarga begini, mungkin ramai juga yang sedang mencari solusinya… Berharap agar perkongsian ini memberi manfaat pada kalian.
Itu saja daripada saya…
Ini antara reaksi netizen untuk kisah sedih ini.
Madamu.Ibu yang meratib kederhakaan anak kepadanya, tanpa dia sedar, bahawa dialah ibu yang derhaka.
Sementelah pula yang dikatakan derhaka itu anak yang baik pekerti.
Kalaulah anak2 boleh pilih ibubapa, rasanya awak pun tak minta dilahirkan olehnya hanya sekadar untuk dibenci dan dihina.
Tapi kita hamba, Allah yang takdirkan segalanya. Awak seiras orang yang dibenci, pun bukan awak yang minta.
Tunaikanlah tanggungjawab kerana Allah semata, kerana mengharap kasih manusia yang tak sudi itu perit, walaupun dia seorang ibu..
Jangan sedih, u’ve done very well.
Faizal. Tumpukan kepada Suami kerana kunci syurga sudah berubah kepada suami. Tidak timbul isu anak derhaka setelah apa TT lakukan.
Label dari ibu TT tidak akan mengubah hakikat taraf saudari. Doa buruk2 akan berbalik kepada empunya jika tidak adil. Jika saudara kandung pulau, tumpukan kepada ipar.
Biar kecil circle yang menghargai kita dari hidup dengan sedrah yang t0xic.
Berhenti sahaja berbakti kepada mereka yang tidak menghargai.
Self love.
Siti. Walaupun sy dikurniakan ibu yg tersangat baik utk saya, tapi sy tetap ada rasa marah dgn ibu awak. Sbb seorg ibu tak patut bencikan anak sebegitu rupa. Saya juga pernah dipinggirkan oleh org yg sy sayang.
Tp apa yg sy buat, saya lgsg x peduli kan org tersebut. Hidup matinya sy x ambil tahu. Cuma bila di usia tua ni dia nak berbaik, sy lynkan je.
Setakat tu je. Takde nak ambil berat, nk tanya khabar selalu. Sbb semasa dia mengabaikan saya, saya dah matikan perasaan kasih sy pd org tersebut.
Bukan apa, untuk kesihatan ment4l sy juga. Jd, x salah kalau sis teruskan hidup seadanya tanpa perlu beria2 sgt dgn ibu. Cuma doakan sahaja.
Kalau dia dh sudi nnt, tulah dia mana nk cari. Lgpon sis pon mesti ada ibu mertua juga kan?
Mereka pon sama je dgn ibu kita. Doa mereka sama je sbg doa seorg ibu. Klu ibu awak tak mahu doakan apa utk awak, mtk doa dr ibu mertua.
Cusie.Awak dibenci krn rupa awak sama mcm org yg mak awak benci tu. Kesiannya
Moga awak sentiasa bhgia dgn kluarga awak skrg. moga baik2 aje utk awak. Kuat betul emosi positif awak.