Ibu seorang warak, lps bercrai dgn ayah, tiap2 hari ada sumpahan baru utk anak2

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Andai confessions ini disiarkan, moga netizen berikan komen yang membantu aku. Semoga semua netizen dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aku seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun. Ini kisah hidup aku. Aku mempunyai 5 orang adik beradik. Aku sudah pun menamatkan ujazah. Sedang bekerja dan mencari erti hidup.

Adik beradik yang lain sekadar SPM, PMR atau belajar tidak habis. Aku bukan anak sulong atau anak bongsu.

Ini pula latar belakang ibu bapa aku. Ibu aku seorang wanita warak. Penampilan dia sangat menutup aurat. Ibu tidak pernah tinggal solat dhuha dan tahajud.

Setiap hari ibu mengaji Al–Qur’an. Sekali pandang ramai mengimpikan emak seperti ibu aku. Ayah aku pula seorang lelaki biasa. Tidak tahu bab agama. Sekadar biasa2. Tetapi ayah seorang yang humble dan rendah diri.

Ini pula kisah sebenar kehidupan aku. Ayah mula berubah 20 tahun lalu. Ayah sibuk dengan kerja. Jarang di rumah. Demi mencukupkan ekonomi keluarga ayah kerja lebih masa.

Sehingga ayah benar2 sibuk. Ayah selalu outstation. Dan akhirnya terbongkar ayah sudah berkahwin lain selama 6 tahun.

Alasan ayah? Kerana tidak tahan dengan sikap ibu. Kerana ibu tidak menjaga keperluan ayah. Emosi, harta benda, penghormatan, penghargaan semua ibu tidak ambil peduli kerana sibuk menguruskan 5 orang anak.

Kemudian, ibu fail Kan fasakh kerana tidak mahu hidup bermadu. Setelah itu, kehidupan ibu dan 5 orang anak benar2 terjejas.

Ibu failkan fasakh tanpa berfikir panjang. Keputusan mahkamah dan hak penjagaan anak memihak kepada ibu. Semenjak itu, ayah semakin culas memberikan nafkah anak.

Yaa, masalah demi masalah timbul. Ibu baru mahu mula bekerja. Ditambah pula ragam anak2. Masalah kewangan mula memghimpit ibu. Ibu juga mempunyai masalah kesihatan yang tidak kronik lagi ketika ini.

Hari berlalu, ibu semakin berubah. Ibu bertukar menjadi bengis, pemarah dan panas baran. Ego ibu sentiasa dihadapan.

Semua anak tidak dibenarkan membuat hatta satu kesalahan. Ibu tidak mahu lagi mendengar tangisan anak walau apa jua alasan. Ibu tidak mahu lagi melihat anak2 brgduh.

Semua itu dilarang. Ibu sudah tidak memeluk anak2. Ibu juga tidak pernah mngungkap kata2 sayang atau kata2 motivasi.

Kesan kepada anak2? Anak2 membesar dengan ketakutan. Membesar dengan rasa benci kepada ibu dan ayah.

Ketika kanak2 lain bermain di taman permainan, kanak2 ini terkurung di dalam rumah. Takut untuk keluar bermain. Takut meminta izin. Takut hendak bercakap. Takut akan ibu. Takut dimarahi. Takut dipkul.

Maka bermula episod hitam. Adik beradik ku yang lelaki mula ponteng sekolah, melawan cikgu, bertumbok, pecah masuk rumah orang, dan lain2.

Yang perempuan?.Bergaul bebas, ponteng sekolah dan lain2. Ya, berlaku kepada ahli keluarga aku.

Yaa ibu sudah berubah. Mulutnya penuh kata2 cemuhan dan makian. Hari demi hari sama sahaja. Dan semua anak sudah meningkat dewasa.

Ya, mulut ibu masih sama. Setiap hari ada sumpahan baru. Ada makian baru. Ada carutan baru. Ibu berwatakan narsistik dan egoistik.

Ayah? Dia ada. Tetapi begitulah sikap bersahaja.

Ayah? Ayah seorang play vict1m tetapi ayah bukan manusia mencarut atau maki hamun. Ayah culas bab nafkah. Dijanjikan RM100 untuk setiap anak. Tetapi diberi hanya RM50 atau separuh. Begitulah kitaran.

Tetapi syukur, ibu mendapat bantuan pelbagai pihak untuk hidup dan membesarkan anak2. Cuma tidak tahu dimana silap. Wang sering menjadi isu.

Anak2 seperti patung boneka. Dipkul, dimaki hamun, diherdik, dihina dan disumpah seranah. Semua berlaku ketika kecil.. Selepas dewasa, emosi anak2 dicalarkan dengan kata2 makian.

Sepanjang PKP ibarat episod duka buat anak2. Seperti menelan kaca, peritnya untuk hadam segala kata2 ibu.

B*bi, b*doh, an*ing, anak tak g*na, anak h*ram, anak pembawa si*l dan lain2. Selain kata2 itu, ibu juga akan berkata,

“Menyesal lahirkan manusia seperti kamu”

“Aku tidak halaIkan air susu ibu”

“Aku sepatutnya gugurkan kamu”

“May you d1e due to h1t by lorry”

Dan lain2 cukup pembaca faham perasaan saya. Dibawah ini ialah soalan2 yang diberikan kepada saya untuk memberi solusi kepada sikap ibu ini.

Ada yang berkata, “kenapa tidak pindah jauh, jangan stay sekali”

Jawapan saya : Ibu mempunyai masalah kesihatan kronik sekarang ini tetapi mulut Ibu masih boleh berkata2. Oleh itu amatlah sukar untku anak tinggalkan ibu bersendirian.

Ada yang berkata, “berikan ibu nasihat dan dengarkan ibu ceramah agama”

Jawapan saya : Ibu sering mendengar ceramah agama dan saya tidak tahu mngapa ibu masih bersikap begini.

Ada yang berkata, “nasihatkan ibu secara halus iaitu post moment mngenai dosa2 ibu mnyumpah anak atau apa2 yang brkaitan”

Jawapan saya : Ya… sudah dilakukan. Hasil nya? Hubungan ibu dan anak yang “post” moment2 itu akan menjadi semakin keruh. Segala keburukan atau kekurangan anak itu akan mnjadi zikir sepanjang masa. Ibu akan menafikan sekeras2 nya moment2 anak itu.

Ada juga yang berkata, “berikan ibu perkara yang Ibu sukai, nescaya ibu berubah ”

Jawapan saya : Ibu sukakan Wang. Anak2 berikan wang, walau kadang tidak banyak tetapi tidak putus. Tetapi akhirnya ibu tetap mngeluarkan kata2 buruk untuk didengari.

Jadi harus dilakukan bagaimana lagi ?

Kesan? Yaa memberi kesan hebat kepada aku dan adik beradik aku. Kata2 makian dan carutan makanan setiap hari. Yaa sesama sendiri juga sering begitu. Bulan puasa? Sama sahaja.

Bagi adik beradik perempuan, untuk melangkah ke alam perkahwinan ialah perkara yang sangat mustahil. Takut menjadi ibu seperti IBU, takut anak2 melalui nasib seperti ANAK2 ini, takut brsuamikan LELAKI seperti ayah.

Sebagai perempuan, semenjak dewasa saya mula memahami sikap ibu. Saya tidak tahu nasib saya jika berada ditempat ibu. Saya cuma tidak faham mngapa ibu suka marah2 dan maki hamun? Tetapi Ibu warak.

Saya bukan lagi kanak2 yang hanya menerima setiap makian ibu. Tetapi mntal dan emosi saya dan adik beradik sangat kukuh dan kuat.

Doakan ibu saya berubah wahai netizen. Doakan saya mndapat ibu yang penyayang dan berkata2 baik. Saya dan adik beradik takut sumpahan ibu menjadi nyata.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi mereka.

Nurina Lya, Untuk ubahkan ibu, hanya doa Yang boleh buat masa sekarang ni. Jadi what you can do is selamatkan your siblings. Nasihat dan cerita pada adik beradik yang ibu mungkin mcmtu sebab sedih/marah pada ayah dan lain2.

Bukan salah mereka. Back up ibu sedikit agar adik beradik x membenci ibu, tapi lebih pada kesian padanya. Also nasihat adik2 agar x ikut jejak ibu, perangai ibu. Make sure kita tak mengikut perangai ibu yang x elok.

Ada orang bila dikenakan ujian, menjadi lebih kuat dan baik kerana belajar dari ujian tersebut. Dan ada orang bila kene ujian, mengalah dan menjadi lemah. Bantulah adik2 menjadi kuat dan baik.

Based on confession ni pun boleh nampak, awak kuat dan mampu mengubahnya. Your happiness is in your hand, depending on how you look at it. Good luck

Rafidah, Sebenarnyer ibu awk terlalu dpr3ssed. Dia x sedar dia skit. bapak sy tinggalkan mak gntung x bertali masa sy 4 thn. Sy membesar dgn ayah tiri n mak2 tiri sebab mak bermadu. Skali bila kawen…dpt asben x bert/jwb.

Sy kena byr loam berpuluh ribu, nafkah anak dpt slps bertahun2 fight kat court. Br2 ni 1st time ada big fight dgn anak lelaki f1. Kecewa sgt sanpai menangis tp sy hantar pd kaunselor sek. Sy xnak dia blaja dlm keadaan ati sy mrh n x redha.

Sy x tau mcm maner nak tackle dia sbb sy x pnh share perasaan sy selama berpuluh thn…so x tau nak luah mcm maner. Mcm tu jugak ibu awk. Byk yg dia tanggung tp x terluah. Hanya mmpu zahirkan kekecewaan tu dgn marah2

Fairuz, Saya saspek sebab ayah berasa hati tu sebab ayah dah habaq dia tak puas hati..kalau ayah tak puas hati kat mak, mak smyang tahajud hari2 pun sia2 ja..pastu mak mintak fasakh pulak atas sebab xkukuh (tak nak poligami) bukan sebab ayah cuai tanggungjawab.. cuba suruh mak mintak maaf kat ayah..pastu cuba bantu sikit2 bab kewangan harap2 hidup makin elok amin.

Farhanah, Yuna jumpa la ustazah atau kaunsellor. Saya phm situasi yuna . Sgt2 memahami. Ustazah pernah cakap jgn risau Allah xkan mengangkat doa yg zalim dari ibu yg macm tu. Jgn pk sgt mmg ade ibu yg mcm ni sbb dia stress dgn suami anak jadi mngsa.

Hari2 sajian haya maki sumpahan ,pkulan dan bende2 yg x slah pun kene . Doa moga ibu dan ayah berubah doalah byk2. Hya org yg pnh lalu yg paham. Xkn hari2 hati koosng hari2 nk sksa ank. Jgn sampi mcm tu moga mak tu nnti ade laki bujang atau duda mnganti ayah. Dan moga kita nnti x jadi macm tu. Doa byk2

Nor Arfa, pernah x awak rasa.. apa perasaan ibu awak? setelah ditipu oleh lelaki bernama suami? Allah uji ibu awak..dan pastinya ujian itu hanya yang benar benar kuat utk hadapi. Ibu awak tiada tempat nak bercerita..ttg luuka hati ttg betapa di madukan..ttg hilang kepercayaan terhadap suami.

Kalau si suami mencari salah isteri..itu bukanlah suami yang baik.. Ibu awak luahkan ..pamerkan rasa itu pada awak dan adik beradik awak. banyak doa..minta Allah beri ketenangan pada ibu awak.

Dekatkan diri dengan ibu awak.. tgk, renung dan layanlah ibu awak sebaiknya.. dia perluukan sokongan awak dan adik beradik. bahagiakan dia kerana dia sudah lama menderita.

Robiatun, Sentiasa sayangi ibu dik,ibu adik sebenarnya mngalami tekanan maha hebat atas apa yg tlh blaku dlm rumahtangga..dia rasa besar tggungjwb mjadi ketua keluarga kpd 5ank.

Dia penat,dia sunyi.dekati ibu dgn kasih sayang,bantu ibu mana yg boleh.doa utk ibu semoga ibu berubah dan tenang utk teruskan kehidupan bersama ank2.

Ina Naim, ayah akan kelihatan baik di mata anak2 sebab tak pernah mengeluarkan kata2 kesat pada anak2. sebab ayah tak merasa apa emak rasa. bukan ayah yang menjaga 5 anak tersebut. tapi emak yang menghadap keperitan dicur4ngi dan kewangan yg tak stabil untuk anak2.

mungkin emak dah s4kit jiwa dalam diam. dan nampak macam Yuna pun ada jawapan balas untuk setiap solusi yang diberi. jadi harus bagaimana lagi?

Maira Marol, Doakan ibu awk dik. Ibu terlalu marah,sedih dll bila ayah awk kawen lain. Ayah awk tuduh ibu awk punca dia berkawen lain. Sbb itu ibu awk mungkin mempunyai tekanan mntal.

Lebih2 lg Ayah awk culas bab nafkah. Ibu awk penat fizikal & mntal utk membesarkan anak2 selama ini. Doakan ibu awk dik. Cuba ckp hati ke hati. Pluk dia. Ckp awk syg dia.

Sumber – Yuna (Bukan nama sebenar) via IIUMC