Isteri aku cntik baik gaji tinggi tp asyik sibuk, aku tpksa ceraaikn sbb dia xpndai masak

Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku buntu. Apa tips untuk ambil hati bekas isteri semula? Dia nampak lebih happy lepas ceraai dengan aku. Aku sorang saja ke yang rindu dia? Aku rindu manja dia. Rindu suara lembut dia. Rindu masakan dia. Bau perfume vanilla dia. Dulu masa awal kahwin. Aku tak de apa². Isteri aku gaji 6k. Aku gaji 1.6k saja. Kereta takde. Masa tu aku bahagia sangat walaupun takde anak.

Isteri aku ni tak berkira. Selalu pinjamkan kereta dia untuk aku bawak mak aku pergi beli barang dapur, bawak mak ayah aku pergi kenduri/ rumah anak-anak lain.

Isteri aku jarang dapat ikut sebab dia sibuk. Aku faham tapi keluarga aku, mak² sedara aku tak faham.

Diaorang selalu hasut aku katakan yang isteri aku tu s0mbong. Lama² aku pun terpercaya. Padahal aku sedar saja dia pergi outstation. Aku tau dia kerja bersungguh² untuk tingkatkan ekonomi kami.

Tapi setahun dua pertama saja aku faham. Makin lama aku pun hilaang jugak sabar bila isteri aku jarang-jarang dapat join kenduri, aktiviti sebelah family aku.

Kalau dia beli barang kemas… dia akan cakap kat family dia yang aku belikan.

Kalau balik kampung dia, dia akan hulurkan duit kat aku supaya bila pergi mana² aku yang bayar. Nanti fam dia nampak macam aku ni suami yang baik. Family dia tak tau gaji aku kecik.

Ayat dia selalunya “biarlah mak ayah saya senang hati tengok saya bahagia”

Mak aku suka datang rumah aku, sebab isteri aku dah complete kan rumah yang selesa. Setiap bilik ada aircond, rumah dia deco lawa2. Wangi. Tenang hati bila balik kerja tengok rumah. Tu semua duit dia.

Aku mana mampu. Tapi mak aku tak tahu, mak ingat tu duit kami bersama. Mak tak suka pergi rumah kakak aku sebab duduk flat. Ada yang duduk dengan mertua. Jadi diaorang tak selesa.

Tapi tiap kali mak datang mesti complain. Sebab isteri aku tak masak. Kitaorang makan luar saja. Bab masak memang isteri aku fail.

Masuk tahun kelima kahwin, aku dapat kerja. Gaji besar. Itupun isteri aku tolong. Dia yang sediakan resume.

Dia training aku cara cakap. Dia ajar aku guna computer. Dari aku kayu. Aku jadi berkeyakinan. Gaji dalam 2.5k. Dengan gaji tu, lepas la untuk aku buat loan beli kereta tempatan.

Masa ni la mak aku suruh aku kawen lain, dia cakap ada dah mampu untuk berpoligami atas alasan untuk dapatkan zuriat. Mak kata isteri aku busy.

Dia suruh aku cari isteri baru untuk jaga makan minum pakai aku. Mak aku marah sangat sebab masa dia masuk hspital seminggu, isteri aku tak boleh cuti untuk temankan mak di hspital.

Ye sekarang memang aku bakal dapat zuriat dengan isteri baru. Tapi hati aku kosong. Aku nak dia semula.

Aku cemburu bila fikirkan dia banyak deal dengan client lelaki kat luar sana. Macam mana kalau diaorang suka jugak bau perfume vanilla dia tu?

Isteri baru aku tak macam yang lama. Semua dia nak aku sediakan. Drive pun tak reti. Aku rimas isteri aku yang ni clingy. Lepastu sikit² nak mengadu kat keluarga dia. Sikit² up kat fb. Sangat tak matang.

Lepas bersalin dia tak mau kerja dah. Mana nak cukup gaji aku sorang… Aku rindu isteri dulu yang indipendent. Yang pandai jaga aib aku.

Isteri dulu aku sediakan nafkah 50 saja sebulan. Tapi dia tak pernah merungut. Tiap kali dapat nafkah dia sentiasa doakan moga aku murah rezeki.

Isteri sekarang, nafkah 200 aku dah bagi. Nanti dia nak beli skincare makeup semua dia mintak duit aku. Duit beli pad pun dia claim kat aku.

Dulu dengan gaji 2.5k ni aku rasa cukup besar dah. Tapi dengan isteri baru. Sungguh aku rasa gaji ni tak cukup.

Isteri dulu memang mak aku. Sedara aku tak suka. Sebab dia memang tak pandai masak. Tak kenal halia lengkuas. Lepastu tak mengandung walau dah lama kahwin.

Tapi percayalah. Walaupun dia tak sempurna di dapur. Tapi dia sangat² melengkapi aku…semua pergi sendiri.

Dia saakit pun pergi klinik sendiri. Balik kampung mak dia pun drive sendiri… pendek kata semua dia uruskan diri sendiri… memang tak susahkan aku.

Isteri sekarang kejap² aku kena amik cuti. Sebab nak kena bawak dia.

Bantu aku macam mana nak pikat semula bekas isteri aku. Kadang habis saja kerja, aku akan pergi parking depan rumah dia, dapat tengok bayang pun aku dah happy.

Aku nak miliki dia semula. Korang tolong doakan moga allah jodohkan kami kembali….

Sungguh dia wanita yang sangat berbeza dari yang lain.

Ini antara reaksi paling win daripada netizen.

Radin. Tak pasti confession ni betul sbb rasa mcm troll. Tapi kalau betul, ko ni x layak berbini sebenarnya, menyusahkan anak org je. Nak berbini tapi nak senang2 x nak susah. Nak bini gaji banyak tapi kena hadap muka ko 24 jam.

Dpt bini baru yg boleh hadap muka ko 24 jam pun ko komplen sbb x de duit, ko kena tanggung ko kena drive sana sini. Eh, mmg tanggung jawab ko sebenarnya tanggung bini tu, beli itu ini utk dia.

Kalau bini boleh tolong tu kira bonus. Pegi duduk bawah ketiak mak dgn mak sedara tu sana.

Gaji 2k pun rasa hebat dah. Sampah betul. Dan semoga x-bini jumpa org baru yg hebat, beriman, hensem dan hargai dia selayaknya.

Nora.malas nak doakan kau. cuma nak cakap kau kurang cerdik je, bini kena macam² dengan keluarga sendiri pun tak reti nak backup. haih.

moga ex bini kau jumpa jodoh dengan yang sejuta kali lebih baik dari kau. nasib dia baik dah ceraai dengan kau.

Zie. Nk bgtau sikit,mujur lah dia berceraai ngan awk. Sebab awak rasa dia melengkapi awak dari segi KEWANGAN SAHAJA. Cuba kalau Bekas isteri awk gaji 1k je, adakah awk akan kata dia “MELENGKAPI” awk yg serba kekurangan? 1.6 k + 1k,lebih sikit je dr gaji skrg rm2.5 k?

Itu pun skrg berbini baru awk byk komplen itu ini pasal isteri baru. Molek sgt la awk berceraai ngan bekas awk tu. lelaki mcm ni mmg jenis x menghargai isteri, saakit demam x peduli smp biar dia drive sendiri,balik kg sendiri.

Fungsi awk apa je? Tukang bergantung kat gaji beso isteri lepas tu bwk diri sendiri? Xpyh la berbaik2 ngan bekas wife awk tu.

sbb awk akn ulangi benda yg sama sbb awk kata awk RINDU dia sbb dia bantu awk banyakkkk sgt kan dlu..skrg jd la suami “sebenar” yg tanggungjawabnya menjaga kebajikan isteri,nafkahi isteri