Isteri aku cntik mcm korea, tp suka kentut time tido bau bsuk gler. Sendawa pn kuat.

Foto sekadar hiasan.Bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah jump to the conclusion terus ok.. Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu.Macam ni. Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa gila gila bini aku. Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa. Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis Korea beb .

Before nikah, bini aku ni ramai gila la peminatnya. Tapi dalam ramai-ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima. Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem. Mungkin

Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%. Aku rasa bahagia gila masa bercintan cintun dengan dia dulu.. Aku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa.

Kawan-kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackle perempuan lawa. Kau rasa. Hohoo bahagia gila la aku waktu tu.

Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je. Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la.Tapiiiii….. selepas kahwin… lain yang aku nampak.

Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut… Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut.

Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu Aku yang tengah lena tidur pun terjaga. Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu.

Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik. Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak luk4kan hati dia.

So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam.

Aku tak pasti la dia ada peny4kit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut. Kentut tu pulak kuat dan bau busuk. Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak.

Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur. Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.

Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi.. Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa.. sebab kami pun jarang dating kat kedai makan..

Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa… Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe.. kafe tu ramai la orang…

Waktu kami tengah makan tu, tiba-tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat gila. Dah la sendawa dia macam jantan.

Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu gila aku masa tu. Tak sangka bini aku yang lawa dan digilai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa

Tujuan aku citer ni, aku bukan nak aibkan bini aku. Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku..

Cuma, aku nak cakap kat sini,….. bahawa rupa paras tu tak ke mana pun.. jangan pandang rupa je untuk kau pilih pas4ngan kau..

Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu.. tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia..

Rupa paras ni tak ke mana pun.. lepas kahwin baru aku sedar benda ni.. kadang-kadang, kita expect pas4ngan kita yang lawa dan cantik tu perfect.

masa dating tak nampak lagi cacat cela dia.. lepas kahwin baru nampak.. masa tu kita tak boleh nak menyesal dah.. tak boleh berpatah balik dah..

sebab dah kahwin.. so lebih kurang dia, kau kena terima.. macam aku la sekarang.. walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya..

sebab dia pun tak buat perangai buruk-buruk ke apa.. dia bini yang baik je untuk aku.. lemah lembut..solat tak tinggal..dia hormat aku.,

jaga makan pakai aku… cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak… sebab benda tu tak boleh control..

So untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je.. jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa.

Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la.. yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama. .

kalau kau dapat bini yang independent, aku rasa kau memang bertuah gila .Bini aku ni manja sikit, sikit-sikit merengek.

kadang-kadang aku rimas sebab sikit-sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri… tapi itulah aku cakap..

dia dah jadi bini aku pun.. baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima..sebab kahwin ni bukan semuanya manis-manis belaka..

kau ingat kahwin in real life sama macam drama tv3 petang-petang tu.Choii

Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan pas4ngan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia, terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam-macam lagilah..

tapi janganlah disebabkan benda-benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak bercer4i ngan bini pulak. tu namanya bodoh…

so, main point dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je. kalau ada rupa, kira bonus la kan. tapi bonus takat mana la sangat. nanti dah tua berkedut juga …haahaha

KISAH KE 2.Assalammualaikum.Apa yang saya nak cerita ni memang perkara yang jadi depan mata saya. Saya perhati. Sebab kalau nak tegur, nampak macam hal remeh tapi sangat penting sebenarnye.

Masa saya kerja, duduk 1 rumah sewa dengan kawan kawan baru. Muka cantik. Kalau tengok barang penjagaan muka memang banyak. Siap makan collagen bagai.

Dalam rumah tu ada 6 orang , cuma saya sorang je yang solat, yang ada telekung, yang ada sejadah. Walaupun kadang ada terlalai terutamanya subuh, tapi saya usaha jugak. Sampai waktu break kerja, memang akan cari masa untuk solat.

Kadang malu ada kawan datang rumah nak tumpang solat, nak pinjam telekung tak ada pulak (selalu kalau period saya akan basuh telekung).

Housemates saya tu masing masing suka makeup. Foundation,compact powder, lipstick, eyeliner dan mascara tu wajib lah pakai.

Ada yang jenis jaga aurat pakai handsocks pakai inner neck, tapi tak solat. Senang cakap hipokrit lah. Tapi saya diamkan.

Tapi yang saya perasan, bukan setakat malas solat, nak kemas bilik pon malas. Dapur jangan cakap lah.

Kalau makan tumpah tumpah atas carpet tu dorang akan biar sampai kering sehingga lah saya sendiri yang tolong bersihkan carpet. Sudah lah pemalas, pengotor pulak.

Saya ni pon bukan nye alim, pakai jugak seluar ketat, baju ikut body. Tapi sekurangnya hal hal macam tu boleh lah berfikir.

Bukan untuk kepentingan diri je, tapi dah nama duduk serumah kena lah sama sama jaga kebersihan.

Kalau cantik depan lelaki, tapi pemalas dan pengotor tak guna jugak kan.

Bila dah kawin pulak, saya lihat sendiri keadaan rumah mertua saya. Ya ampun. Sampai saya tanya suami ” kat rumah ni tak ada orang perempuan ke?”

Adik beradik ipar ( 3 orang) saya yang perempuan category alim. Tudung labuh. Bekas budak sekolah agama. Tapi kerja rumah malas gila nak buat.

Bukan kita mengharap dia buat kerja untuk kita, tapi malu lah dari zaman saya belum kawin jadi tetamu sampai dah masuk keluarga tu, keadaan rumah macam tu.

Bangun lambat. Duduk terperap dalam bilik layan cerita Korea. Kalau lepas makan basuh pinggan sendiri je bukan nak tolong basuh sekali untuk anak buah or budak budak kecik lain. Kalau disuruh buat kerja, macam orang kena paksa.

Paling sedih, yang tukang masak kat rumah tu nenek dorang yang dah tua tu. Sikit pon tak nak tolong.

Akak ipar saya pulak, dia hanya masak ikut mood dia je. Itupon ikut selera tekak dia. Kadang masak spaghetti, mana lah orang tua tu nak makan spaghetti.

Basuh berak anak, mandi anak pon harapkan suami / adik lelaki yang buatkan. Buat anak pandai, jaga anak malas.

Barang mainan anak dia bersepah atas lantai pon dah tengah malas baru nak kemas. Kat rumah tu ada orang tua yang agak uzur, penglihatan pon kurang, kalau dia terpijak mainan kecik tu macam mana. Lagi teruk uzur kalau jatuh

Mertua saya sibuk kerjaa masing masing bekerja sebagai guru. Bila saya balik rumah mertua, saya lah yang tukang sapu, tukang mop, tukang sidai baju, tolong masak, tolong kemas.

Saya tak kisah kalau saya buat untuk mertua dan nenek. Yang saya geram nye adik beradik ipar perempuan yang lain tu. Pemalas.

Sampaikan saya sendiri tengok suami saya yang menyampu mop lantai bila ada tetamu nak datang. Mana keluarga perempuan yang lain. Terkangkang dalam bilik.

Kalau kat ig kat Facebook, update macam orang baik, alim, rajin. Tapi hakikat.

Suami saya memang dah lali dengan perangai adik beradik perempuan kat rumah tu. Sebab tu suami saya prefer duduk rumah bujang. Kerja jauh jauh.

Saya harap apa yang saya cerita ni buka mata hati yang ada perangai macam ni, ataupun yang mungkin jumpa orang macam ni.

1) muka cantik, pandai bergaya tapi tak solat
2) muka cantik, pandai bergaya tapi pemalas dan pengotor
3) muka cantik, alim tudung labuh tapi tak solat
4) muka cantik, alim tudung labuh tapi pengotor dan pemalas buat kerja rumah

Lelaki, hati hati lah kalau jumpa perempuan yang cantik dan “alim”. Kalau boleh sebelum kawin, tanya keluarga terdekat perangai perempuan tu macam mana kat rumah.

Tak pon buat spotcheck rumah or bilik dorang dulu. Kalau bersepah dan berbau tu, hmmm faham faham lah. – Zulaikha