Isteri aku kaki shopping, tiap bln msti ada tema bbeza, bln ni tema rmbut palsu

Foto sekadar hiasan.Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan. Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga.

Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.

Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis nikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR.

Tapi kalau shopping, macam dirasuk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping.

Kalau saya mti dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia. Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.

Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa.

Rumah tu dah macam gudang lipmatte. Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam hantu.

Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.

Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu.

Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2. Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2. Ya Allah semua dekat2.

Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.

Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan.

Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila.

Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia.

Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet.

Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki.

Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2.

Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je. Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai.

Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu.

Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.

Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai.

Ha kau, kotak besar Ikea. Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa.

Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..

Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut palsu. Setakat harini, dah 3 rambut palsu sampai dekat rumah.

Tadi gi dapur nampak rambut palsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantu penanggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..

KISAH KE 2.Isteri Aku PenakutUsia perkahwinan aku kini memasuki tahun ke 5, masih belum dikurniakan rezeki zuriat (pernah keguguran).

Aku mengenali isteri aku sudah 9tahun ketika kami berlajar di tempat yang sama. Aku tidak tahu macam mana nak cerita mengenai isteri aku tapi aku harap dapat fahamkan pembaca iiuc.

Aku mempunyai isteri yang sangat penakut, sehingga orang sekeliling dia pun pelik, tapi aku dah biasa sangat perangai isteri aku.

Contoh perangai isteri aku, bila dia terdengar ada kem4tian (rakan fb, adik beradik kawan dia (ha..xde kene mngenakan, selalunya wajah2 yg dia kenal),

artis yg dia selalu tgk contoh arw4h pak yus, , malam tu dia mesti tak leh tidur, so dia akan minta aku berjaga dulu tunggu dia tidur.

Kalau dia terjaga dia akan suruh aku buka lampu bilik then dia akan tidur. Pernah juga beberapa kali isteri aku tidak tidur langsung esok nya siap2 terus pergi kerja.

Aku pernah tanya kenapa takut, isteri aku kata tak boleh nak explain apa yang dia rasa. Dia hanya akan cakap takut. Belum jumpa van jnazah lagi, die punya pluk aku macam tak pernah jumpa aku beberapa tahun.

Selalu aku akan alihkan pandangan dia jika aku ternampak dahulu, aku akan tunjuk tempat lain agar dia tak nampak.

Bukan itu sahaja, contoh, kalau pergi bercuti mana2, if tempat tu (kawasan yg gelap) aku kena turun kereta dulu tanpa m4tikan enjin kereta pergi ambik isteri aku dulu hantar masuk dalam rumah buka semua lampu.

Kalau suruh keluar kereta dulu, memang aku kena berkampung dalam kereta jawabnya. Tiap2 hari lepas jemput balik kerja pun aku kene masuk buka semua lampu baru isteri aku masuk baru aku kunci pintu grill semua (rumah apartment).

Jika check in hotel pula, katil mesti kene pusing rapat ke dinding itu la port dia, kalau kiri aku, kanan mesti dinding, if kanan aku kiri mesti dinding, dan tidur mesti kena tersentuh aku sedikit untuk membukti aku ada.

Kerap tidur membelakangi aku kerana die akan rase selamat dan selesa. Setiap kali itu juga lah perkataan maaf akan dia ucap kerana membelakangi aku.

Pernah aku berkampung di rumah mak mertua selama sebulan kerana isteri aku tak nak balik rumah sebab takut. Isteri aku bukan takut duduk rumah tu tapi kerana hanya kami berdua sahaja di rumah dia berasa takut.

Sebaik la rumah mak mertua aku dekat (10 minit perjalanan). Dia akan berasa selamat (tak takut) sebab ramai dalam rumah tu, berkampunglah kami sebulan disitu gara2 isteri cabar diri dia untuk ikut aku dan mak dia pergi menziarahi anak kenalan mertua aku meningg4l kem4langan.

(isteri aku hanya duduk didalam ditemani adik die, kerata di luar surau dan diluar pagar tanah perkuburan, tak tengok jnazah pun).

Pernah sekali aku sedang tidur (pkul 1pagi), tiba2 isteri aku kejutkan aku ajak balik rumah mak dia, aku dah agak kenapa, tapi aku hanya diamkan sahaja dan terus bersiap, jika aku tanya dia “kenapa”,

dia akan jadi lebih takut kerana dia sedang berlagak “cool” depan aku kerana pernah sekali aku tanya kenapa dia terus menangis dan takut yg amat2 sangat seolah2 ada hantu depan dia.

Dia pernah cakap jangan tanya “kenapa” sbb bila dia kena bercerita dia akan takut tapi bila sampai di rumah mak mertua,bila aku tanya “kenapa” dia akan bercerita dan dia tak berasa takut sebab ramai orang.

Seperti biasa aku ikutkan sebab aku tak nak dia tak tidur sepanjang malam. Sampai dirumah mak mertua aku (kunci kami ada), sedang dia sibuk mengemas tempat tidur kami,

aku check handphone isteri aku tengok ada orang (group) hantar pic pocong dengan ucapan selamat malam terus aku settingkan whatsapp isteri aku tukar bukan auto download.

Sejak itu isteri aku akan tanya aku dahulu pic apa yg dorang hantar dalam group (kebanyakan group kami sama kecuali group kawan kerja).

Jika, aku tak ada bersama isteri aku, aku akan terus call dia kata delete terus pic tu. (even kabur kita leh Nampak jugak kan).

Baru2 ni sahaja aku tengok isteri aku berani sedikit, die boleh duduk sorang2 dirumah, jika sebelum ni aku akan hantar isteri ke rumah mak mertua setiap kali isteri MC dan aku terus ke tempat kerja atau

isteri hantar aku ke tempat kerja then terus ke rumah mak dia, sengah jam sebelum aku habis waktu kerja dia datang menjemput.

Tapi jika ada benda yang buat dia takut (dengar kem4tian, iklan cerita hantu seram melampau selalu nya pocong, main fb tibe2 terlalu pic hantu atau orang hantar pic hantu atau orang m4ti kem4langan di group whatsapp) boleh mengugurkan keberanian dia sikit demi sedikit.

Isteri aku pernah ajak aku pergi berubat, dia kata macam mana nanti jika ahli keluarga kami meningg4l. Mak mertua aku pernah berseloroh mengatakan yg isteri aku akan lari ke Luar Negara jika dia meningg4l heheheheh..

isteri aku belum pernah kehilangan ahli keluarga, sepanjang hidup dia hanya pernah tengok jnazah 2kali (atok sedara, kawan kolej kami (die pergi juga selepas kawan dia kata takkan kau tak nak ziarah,itu sebab dia tiada pilihan,

duduk luar ade van jnazah, kawan2 semua nak tengok jnazah, berpimpim tanganlah dia terpaksa ikut,time ni belum kahwin, tidur malam dengan mak dia lepas tu sebab takut,) dan lepas tu dia akan demam seminggu paling tidak.

Aku tak tahu mana tempat yang sesuai untuk berubat, aku tak nak orang kata isteri aku paranoid, sebab aku tahu keadaan ketakutan isteri aku bagaimana.

Mak mertua pernah cerita yang dari kecil isteri aku ni memang penakut, tidur bertemankan lampu bilik bila menganjak dewasa baru pakai lampu tidur.

Mungkinkah isteri aku seorang yang lemah semangat. Ada tak ahli keluarga iiuc macam ni. Ada tak tempat yang sesuai untuk berubat yg pembaca iiuc tahu.

Pernah sekali pergi I tempat ni, akhir aku balik sebab dipandang sinis dan aku tak nak isteri aku sedih diberi pandangan sebegitu.Suami si Princess.