Isteri aku mengandung anak ke 2, tp mengidam nk naik pelamin skrg dia dh book utk kami bersanding

Foto sekadar hiasan. Salam min. Aku tidak habis berfikir dengan permintaan isteri. Alhamdulillah isteri mengandung anak nombor 2 tapi masalahnya dia mengidam hendak naik pelamin.. Serasa aku masa kami kahwin hari itu, kami sudah naik pelamin . Kebetulan juga lah raya cina ini ada adik beradik kami yang hendak kahwin. Jadi isteri mmg ambil kesempatan ini tekad nak bersanding

Isteri siap ajak aku pergi fitting baju pengantin. Aku ingat mula2 setakat hendak bergambar di pelamin sahaja. Masa anak first tidak ada pula mengidam macam ini.

Masalah lain juga biasalah kalau sudah nama lelaki yang sudah kahwin 2/4 tahun ini perut makin ke depan. Segan hendak naik pelamin dengan baju pengantin kalau perut begini.

Isteri lain lah memang orang tahu dia mengandung. Buatnya orang cakap siapa yang mengandung Laki atau bini? Malu lah aku. Hahaha.

Siap hendak booking gambar lagi. Pelamin itu sudahlah dia hendak book sahaja tapi ok lah sebab adik dia kata guna pelamin dia.

Selalu aku dengar bini orang lain yang mengidam pelik2, ini bini aku pula yang kena. Makin hari makin hendak dekat raya cina, baju sudah book.

Segannya aku. Sudahlah semua orang pakat support isteri aku mengidam hendak naik pelamin.

Masa pergi fitting baju, bridal terpaksa tetas baju aku sebab tidak muat di perut. Aku tidak adalah buncit sangat tapi boleh lah tahan.

Perlukn sokongan moral sahaja aku rasa. Kalau budak2 kilang aku tahu tentang hal ini Mahu kena bahan 2 hingga tiga tahun.

KISAH KE 2. Isteri mengandung tapi mengidam sesuatu yang memalukn aku.. isteri suruh aku pakai baju kelawar dia sepanjang dia mengandung. Aku risau kalau jiran2 nampak aku pakai baju kelawar isteri. 

Saya tak tahu nak luahkan pada siapa, lagipun malulah nak cerita pada orang.
Begini, isteri saya sekarang mengandung empat bulan. Isteri saya suka meminta yang pelik-pelik.

Kalau bab makanan, saya tak kisah dan memang saya selalu menunaikan apa yang dia idamkan.

Yang saya tidak boleh tunaikan ialah, dia meminta saya memakai baju kelawarnya. Saya terkedu bila dia suruh saya pakai pakaian itu.

Katanya, kalau dia melihat saya memakai baju kelawar itu, hati dia akan menjadi tenang dan ceria 100%. Baby dalam perut pun suka.

“Abang, pakailah baju kelawar ayang tu. Kalau abang pakai, hati ayang jadi senang dan ceria. Baby pun suka tau,” kata isteri.

Sekali dua, saya boleh ikutkan permintaan dia sebab tak mahu dia merajuk. Tambahan, kalau dia merajuk, memang payah sangat nak pujuk.

Ini tidak, hampir setiap hari dia suruh saya pakai baju kelawar itu. Buatnya keluarga kami datang secara tiba-tiba ke, atau kawan-kawan/jiran datang ke rumah,

tak ke naya diorang tengok saya berpakaian seperti itu? Memang pembawakan budak begitu ke? Biasanya permintaan pelik ibu mengandung ini sampai bila? Takkan nak kena tunggu lagi 5 bulan kot?

KISAH KE 3. Aku mengandung tapi aku ada tabiat dan mengidam benda pelik.. benda yang memb4hayakan kandungan aku.. aku tahu benda itu memb4hayakan tapi aku tetap buat sorok sorok. Satu hari itu kantoi dengan suami juga terus dia marah dan…

Assalamualaikum. Masa saya mengandung anak pertama dulu.. saya betul betul teringin nak makan sabun.. Sabun

Ye sabun.. Kalau masuk mana mana kedai, tempat first saya pegi mesti tempat sabun… ambil sabun, lepastu sedut dalam dalam sampai tak cukup nafas untuk bau sabun tu.. Hehe..

Memandangkan suami saya dapat ‘tangkap’ yang saya ni tergila gilakan bau sabun sampai teringin nak makan…. Jadi tiap tiap kali masuk toilet tu memang die akan tunggu..

Takut betul ha bini die makan sabun… hihi..Sabun yg paling paling saya teringin sangat nak makan tu sabun lemon fruitale..

Allah.. Sampai menangis terbayang.. Punyalah sedap tengok sabun tu.. Saya punyala fikir cara nak dapat walaupun sikit sabun fruitale ni..

Ada sekali tu… saya mintak tolong adik ipar saya yang kecik tu belikan..Lepas tu saya terus bawak masuk sabun tu dalam bilik & letak bawah bantal..

Masa waktu malam… saya tunggu sampai suami tido…..lepastu bukak plastik pelan pelan… den saya gigit sikit sikit..

Ya Allah nikmat die tu.. Macam orang yang setahun tak makan nasi.. haha. Mmg kelakar bila ingat balik..

tapi memang tulah perangai perangai pelik masa pregnant yang susah nak control…. walaupun dah cuba kuatkan hati ni….

Sepandai pandai tupai melompat… akhirnya jatuh ke tanah kan… hehe….Akhirnya…. saya kantoi dengan suami… sebab dia jumpa sabun tu..

Tak pasal pasal kena marah.. Dahla memang silap saya, boleh pulak saya menangis beria masa husband marah untuk tutup salah sendiri.. hehe pastu apa lagi….

husband pulak kena pujuk saya.. Hehe..Saya pernah tanya dengan doktor pasal perangai pelik saya ni….

pastu yang buat saya tergelak tu bila doktor cakap… doktor pun mengidam makan sabun gak…. adoiii…

haha… Nasiblah tak ada apa apa kesan pelik pelik jadi pada kandungan & saya… Terima Kasih Ya ALLAH..

KISAH KE 4. Masa mengandung..aku mengidam nak makan sabun breeze tapi aku rahsiakan kat suami…ini cara aku makan sabun sepanjang suami supaya tak terkantoi. 

Ternampak ada suami orang post dekat group food delivery. “Tolong saya, mana nak cari durian crepe malam2 ni? Isteri sy mengandung & mengidam tapi tak dapat2”.

Gigih betul si suami menahan malu meminta tolong hanya utk tunaikan ape yg isteri nak makan masa mengandung. Tahniah buat suami orang tu.

Mengidam ketika mengandung bukan sebuah perangai yang dibuat2. Yes This is thread. Hahahahha. Mcm twitter pulak rasa.

Mengidam ni die macam terasa2 makanan tu kat dalam mulut kite. Asek terbayang. Dalam hati asek berkata “Sedapnya kalau dapat makan skrg”.

Masa mengandungkan anak pertama, kalau boleh hari2 nak makan tomyam. Hari2 okay.Kalau tak dapat tu macam hampa betul perasaan ni.

Pernah satu hari, teringin sgt nak makan nasi goreng tomyam kat kedai thai dalam food court Jusco. Spesifik betul. Tapi hubby balik kerja lambat. Jadi dipujuknya kite makan kat kedai tomyam biasa.

Dalam hati, “Kite nak kat Jusco. Bukan kedai tomyam biasa. Hmmmm”. Tapi bak kate org, jgn diikutkan sgt perasaan mengidam tu.

Kalau boleh jgn susahkan suami. Ok fine. Pergi kedai tomyam & order nasi goreng tomyam. Tapi bila sampai order, die bagi nasi goreng kicap yg ade lah dihirisnya sikit serai dalam tu.

Suapan pertama, air mata ni tak boleh tahan. Dah macam hujan. Hati ni kecewa, terluk4, terguris semua ada.

Suami tanya, knp menangis? Teringatkan mak ayah ke? Jawab aku~ org nak nasi goreng tomyam Jusco, bukan nasi goreng kicap ni.

Air mata dah 5 baldi dah masa tu. Hahahahaah. Esok tu, pergi Jusco sensorang semata2 nak lepaskan hajat terpendam. Puas tak terkata walau makan sorang2.

Kadang2 suami tak dapat tunaikan ape yg kite idamkan. Bukan die tak boleh beli tapi mmg sengaja tak nak belikan. Hati jahat ni berkata “Anak kedua, aku nak suami aku rasa erti mengidam tu mcm mana”.

Jahat kan? Masa preggy anak kedua, mmg laki aku yg duk ngidam macam2. Hihihihiii. Masa tu, aku pulak yg cakap “Dah lah bang, jgn diikutkan sgt perasaan tu”.

Sambil tepok2 bahu suami. Hahahaha. Baru kau tahu mcm mana perasaan aku bila tak dapat nasi goreng tomyam dulu.

Ngandung kan anak ketiga. Pergi Mekah suka sgt bau lantai kat msjid tu. Bau febreez. Wangi. Sedap ni kalau dapat makan.

Itu yg aku hari2 bagi tau suami aku setiap kali turun msjid. Balik dr umrah, hari2 suruh suami aku beli sabun febreez..

Dapat rasa sikit pon jadi lah. Tak tertanggung dah rasa nak makan ni. Suami aku. Confirm2 lah tak bagi. Sabun Jadah ape terok sgt perangai nak makan sabun Dah tak ada makanan lain lagi ke nak lahap

Hati ni tak tahan. Serius. Pegi Mydin, senyap2 amek sabun febreez yg 1 pack RM1 tu. Masuk dlm troli. Balik rumah, tgk suami aku tak ada.

Yes. Line clear. Cepat2 bukak sabun tu & makan sejembut. Alaaa sekadar nak rasa. Bukan nak makan mcm nasi. Time tu mcm “Ya Allah nikmat mana lagi yg ingin aku dustakan”. Hahahahaha.

Opss Jangan tiru aksi ni ye. B4haya. Aku je mengarut nak makan bukan2. Fuhhh. Nasib lah tiga2 anak tak mengidam nak makan hati semut ke, otak katak ke ataupun durian taik gajah.

Kalau tak? Matilanak nak mencari kat mano. Huhuhu. Terima kasih buat suami terchenta sbb layankan perangai mengidam tah hape2 sang bini ni.

Buat suami sendiri dan suami orang lain, kadang2 isteri mengidam tu bukan sebab taksub dgn cerita dongeng bertajuk “Kalau anak keluar nnt air liur meleleh sbb tak dapat makan ape yg diidam masa mengandung”.

Serius bukan~ Tapi perasaan tu tak boleh nak digambarkan mcm mana kalau tak dapat makan. Hanya yg lalui je tau. Part ni alhamdulillah suami aku dah lalui. Hahahaha.

Kadang2 isteri mengidam benda senang je. Nak buah atas pokok jiran sebelah. Nak ayam yg suami sembelih sendiri. Nak air sky juice kat mamak.

Nak masak lemak tak ada lemak. Nak asam pedas yg arw4h mak buat (matilanakkk mana nak cari tu). Kikikii.

Selagi mampu dan tidak membebankan, boleh je layankan kerenah isteri mengidam tu.

Andai kata nyawa isteri tak panjang masa mengandung atau masa bersalinkan zuriat korang tu sekurang2nya suami tak terkilan. Mana tau, itu lah permintaan terakhir dr seorang isteri. Hihihihi.

Pesanan~

Sediakan baldi sebelum hujan. Maklumlah, suami ni kdg2 balik keje tgn tu kosong je. Dah pesan 18 ribu kali, nak beger nak berger nak beger Tapi die bwk balik angin sepoi2 bahasa je. Menangis lah lagi si isteri bertadahkan baldi.