Isteri muda minta suami cerraikan sy dan bg sepenuh perhatian utknya yg sedang hamil

Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum. Nama saya Zie (bukan nama sebenar), saya seorang ibu tunggal kepada 2 cahaya mata perempuan, bukan seorang yang berpendidikan tinggi dan tidak mempunyai keluarga lain kerana saya dari kecil adalah anak yatim dan dibesarkan ibu seorang diri, ibu tidak pernah mahu menceritakan tentang salah silah keluarga saya, sehinggalah ibu meningg4l dunia kira-kira 10tahun yang lalu.

Tujuan saya menceritakan sejarah rumahtangga saya bukanlah bertujuan untuk memburukkan atau menghina sesiapa, juga tidak bermaksud untuk di kecam dan mengecam. Hanya sekadar coretan untuk meluahkan rasa hati yang terlalu lama saya simpan dan menjadi panduan buat anda yang membaca.
Untuk menulis ini pun mengambil masa yang agak panjang untuk saya siapkan, tak kuat rasa hati untuk mengimbas segala kenangan yang meluk4kan.

Saya berkahwin dengan suami 15 tahun yang lalu pada usia saya 20 tahun, sepanjang hampir 12tahun melalui alam perkahwinan, suami telah memberi kehidupan yang baik pada saya dan anak anak dan sangat bertanggungjawab, suami memiliki perniagaan sederhana yang boleh dikatakan berjaya. Kami di kurniakan dua orang anak perempuan yang comel dan bijak, Alhamdulillah.

Sebagai isteri saya sangat bahagia kerana kami jarang bertengkar memandangkan saya agak lemah, jarang membantah dan lebih mudah menurut kata suami. Suami lebih suka jika saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak2 dan melayani suami. Memandangkan saya juga bukanlah dari kalangan yang berpendidikan tinggi, jadi saya senang dengan saranan suami.

Sehinggalah satu hari suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi dengan seorang gadis muda yang dikenalnya melalui rakan sekerja. Waktu itu saya terkejut dan tak tahu nak kata apa, cuma tunduk dan merenung kosong. Tak dapat saya bayangkan perasaan ketika itu, sedih,Marah,Kecewa, Saya pun tak tahu..

Suami memberikan masa untuk saya berfikir setelah melihat saya diam tidak berkata apa-apa, dari cara percakapan seolah suami sudah membuat keputusan yang tak mungkin saya boleh ubah lagi, Dan saya adalah orang yang terakhir tahu tentang ini, setelah melihat gurauan suami dan rakan rakan di facebook yang selama ini saya anggap cuma gurauan semata mata.

Malah Si Gadis yang bakal menjadi madu saya turut sama-sama seronok bergurau senda tentang perkahwinan dia dan suami di ruangan komen tanpa memikirkan perasaan saya. Mereka mendesak suami mempercepatkan urusan pernikahan dan tak perlu tunggu kebenaran dari isteri pertama sambil tag nama saya. Bohonglah kalau saya kata saya tidak sedih dengan semua itu.

Beberapa hari suami tidak bertanyakan tentang keputusan saya dan saya pun tidak membuka cerita tentang itu, saya berdiam diri mencari kekuatan untuk bertenang dan berfikir hal anak anak… saya takut kehil4ngan suami.. Saya bimbang tentang semua perkara. Tapi saya juga mencintai suami saya, saya dalam dilema, saya berdoa agar Allah kuatkan hati saya dan kurniakan ketabahan dan kesabaran tahap tinggi untuk saya hadapi semua ini.

Akhirnya suami beritahu dia akan segera bernikah kerana keluarga gadis itu juga sudah bersetuju dan meminta saya menyediakan segala dokumen2 saya yang suami perluk4n untuk berpoligami. Saya masih juga diam tanpa kata apa apa kerana saya terlalu sedih melepaskan dan serba salah untuk menghalang. Suami memujuk saya dengan lembut dan berjanji akan berlaku adil dan takkan mengabaikan saya.

“kehidupan kita tetap macam biasa aje, abang tetap sama macam dulu”. Itu ayat yang saya takkan lupa sampai bila bila. Setelah mendengar kata kata suami saya terus memeluknya dan menangis terlalu berat hati saya ketika itu.. Tapi saya terlalu sayang pada suami dan tak sampai hati untuk menghampakan permintaannya.

Lalu saya menyatakan persetujuan dan bermulalah segala urusan untuk menjayakan pernikahan mereka berdua. Sepanjang itu saya tidak henti henti di usik rakan rakan suami dengan gurauan gurauan yang pada mereka kelakar tapi pada saya amat menyakitkan, tak kurang juga yang memuji dan memberi semangat, dan sepanjang itu juga bakal madu saya tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau datang berjumpa saya.

Aemuanya suami yang menjadi orang tengah sehinggalah pada hari mereka di ijab kabulkan baru saya berjumpa dengannya dan keluarga. Saya cuba sehabis baik untuk kelihatan bahagia dan gembira di hari pernikahan suami, walaupun hati saya pat4h berkeping keping lebih2 lagi bila bertentang mata dengan anak anak. Dari mata anak anak yang semakin meningkat remaja mereka seakan faham perasaan saya.

Mereka nampak diam tidak menunjukkan kesedihan juga tidak menunjukkan mereka gembira. Perasaan yang amat sukar untuk dinyatakan. Selepas majlis saya dan anak anak pulang kerumah di hantar teman saya, suami di rumah keluarga isteri barunya beberapa hari masih meraikan hari bahagia mereka. Sepanjang itulah saya tidak semangat untuk melakukan rutin harian tapi memaksa diri saya untuk tidak kelihatan apa apa di hadapan anak anak..

Kehidupan kita harus berjalan seperti biasa walau berubah sedikit keadaannya.Hampir dua minggu suami masih belum pulang kerumah, anak anak juga sudah bertanya tanyakan ayah mereka,yelah mereka tidak pernah berpisah begitu lama dengan ayah mereka, dalam dua minggu itu pun saya tidak menghubungi suami kerana tak mahu mengganggu dan bimbang di marahi, kerana sudah rasa terlalu lama tanpa khabar saya menghubungi suami dan di angkat panggilan oleh madu saya.

Dia memberitahu saya yang mereka sedang berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Langkawi. Saya meminta untuk bercakap dengan suami, tapi dia tak benarkan katanya suami sedang tidur dan tak sampai hati nak kejutkan. Saya tidak mahu berbalah dan meminta dia menyampaikan pesanan pada suami untuk menghubungi kami semula nanti, Saya sedih melihat anak anak yang kecewa tidak dapat bercakap dengan ayah mereka.

Setelah dua hari menunggu pun masih belum mendapat panggilan dari suami. Saya mengirim pesanan whatsapp bila melihat suami online, bertanyakan khabar dan mengapa tidak menghubungi kami, suami terus membalas dengan pesanan suara dan menyatakan maaf kerana tidak memberitahu saya rancangan mereka dan berjanji akan pulang dalam masa tiga hari lagi.

Sayu hati bila mendengar suara suami, saya rindunya begitu juga anak anak, tapi seperti biasa saya cuma mengiyakan dan berharap suami pulang cepat. Saya buka facebook untuk melihat lihat suami saya, saya benar benar rindu tambahan saya rasa sayu lantaran rasa semakin kehil4ngannya, saya melihat gambar gambar yang madu saya upload dan tag suami saya, dan membaca semua komen komen yang terlalu menyakiti hati saya, tapi tetap saya teruskan melihat kerana rindu.

Terasa saya tiada nilai dimata mereka langsung tidak memikirkan hati dan perasaan saya. Saya tidur malam itu dengan airmata. Orang boleh kata saya kena redha ini ketentuan Allah, ye saya cuba sedaya upaya saya untuk redha tapi apakan daya saya cuma seorang manusia yang sangat lemah. Tetap juga merasa s4kit hati dan sedih. Tapi tidak pernah saya tunjukkan pada suami kesedihan saya.

Selepas tiga hari suami pulang, dengan membawa hadiah untuk anak anak dan saya, saya menerimanya dan cepat cepat cuba mengelak untuk lama lama berbual pasal percutian suami dan madu. Seperti biasa saya masak makan malam dan kami makan bersama. Setelah anak anak tidur saya masih lagi terpaksa mendengar cerita suami tentang madu saya, suami menceritakan kerenah madu saya sepanjang mereka bersama hampir tiga minggu itu

Suami mengatakan yang isteri barunya agak kebudak budakkan dan suami harus melayan sikap rajuknya beberapa kali setiap kali cuba hubungi saya dan anak anak. Itulah punca dia tidak menghubungi saya, suami cakap saya harus banyak sabar untuk permulaan ini.. Biasalah perempuan masih muda. katanya.

Saya cuma tersenyum pahit mendengar cerita suami, tidakkah dia tahu saya juga terasa hati setelah suami membelakangkan saya dalam beberapa hal ini. Macam biasa saya cuba sedaya upaya untuk tidak mengecilkan hati suami saya. Saya gembira dia pulang. Saya masih berdoa dan mengharap agar semua ini cepat berlalu.. Saya tidak pernah memarahi madu atau menyerangnya walaupun saya sangat marah kepadanya kerana saya bimbang akan memaluk4n suami saya.

Saya sangat mencintai suami saya,cuma dia satu satunya keluarga saya yang saya ada selain anak anak. Malah tidak pernah menulis di status mana mana social media tentang perasaan saya. Saya juga tidak punya keluarga untuk meluahkan perasaan. Semuanya saya ceritakan kepada Allah tempat mengadu.
Saya benar benar terasa semakin sendirian di dunia ini.

Setelah hampir setahun melayari bahtera rumahtangga yang semakin kelam, satu petang suami pulang mengejut dan saya lihat dia termenung di ruangan membaca anak anak. Saya menegur suami dengan membawakan minuman dan bertanyakan khabarnya waktu tu dah seminggu kami tak bersua.. Sebabnya tak perlulah saya ceritakan lagi.

Suami kelihatan agak murung dan nampak bingung, saya bimbang melihat keadaan suami dan mendesak suami beritahu saya ada masalah apa sampai begitu keadaannya.. Saya tak pernah melihat suami stress seperti tu walaupun dalam hal kerja banyak beri tekanan tapi suami jenis selalu tenang.. Itulah yang membuatkan saya terlalu hormat dan sayangkan dia.

Dia akhirnya beritahu setelah didesak oleh saya. Katanya sekarang dia sering bertengkar dengan isteri keduanya yang sedang hamil, ada sahaja yang tidak kena, semuanya serba salah, macam macam yang suami ceritakan perangai isteri keduanya mengugut untuk melakukan pelbagai perkara yang buat suami susah hati setiap kali tidak mengikuti kehendaknya.

Dan yang terbaru dia meminta suami saya untuk mencer4ikan saya dan memberikan sepenuh perhatian untuknya yang sedang hamil, kalau suami takmau mencer4ikan saya dia akan buat sampai kandungannya gugur.Luluh hati saya.. Saya memandang suami yang nampak sangat serba salah, saya memohon suami untuk memikirkan anak anak, kasihankan saya yang tiada sesiapa lagi didunia ini.

Saya tanya suami adakah suami setuju untuk mencer4ikan saya. Suami tak jawab, dia diam sambil memandang ke luar tingkap, berkali kali saya tanya, tetap juga tak jawab, perasaan saya terus kuat mengatakan yang suami pulang ini memang untuk mencer4ikan saya bukan hanya meluah perasaan seperti selalu.

Suami meminta saya untuk membantunya, dia berjanji walaupun dah mencer4ikan saya dia takkan biarkan saya begitu saja dia akan terus beri saya belanja setiap bulan beserta nafkah anak anak dan saya boleh terus tinggal di rumah ini dengan anak anak dia akan memberikan rumah ini kepada saya.. Dan dia akan membantu saya bila perlu.

Saya menangis dan hampir meraung minta suami kasihankan saya, saya sayangkan suami saya, saya dah cuba sedaya upaya untuk beri kebahagiaan pada suami dan saya tak mahu berpisah dengan suami, saya merayu suami jangan tinggalkan saya, suami cuma diam tak berkata apa apa. Saya sampai berjanji takkan minta suami balik ke rumah kalau suami tak mahu balik, saya takkan merungut saya takkan menuntut apa apa pun dari suami, asalkan suami tak cer4ikan saya, saya sanggup lalui semua tu.

Tapi, keputusan suami seperti biasa tak boleh diubah lagi, saya tak mampu menghalang, saya tak punya kuasa untuk menghalang. Suami minta saya yang membuat permohonan cer4i, suami taknak ada suara suara dari keluarganya yang bertanya kenapa dia cer4ikan saya, saya terlalu sedih sehingga saya rasa amat tertekan, saya pergi membuat permohonan seperti yang suami mahukan, pertanyaan,
persoalan bertalu talu yang saya terima, tak mampu saya jawab semuanya.

Anak anak sangat terluk4 dengan apa yang saya buat..dari hari itu suami tak pernah balik lagi ke rumah saya.
Prosesnya makan masa tapi saya ikut semua apa yang suami suruh saya lakukan dan akhirnya tiba hari yang kami perlu hadir untuk lafaz cer4i, hari yang paling sedih dalam hidup saya. Suami menjemput saya pada hari itu, dalam perjalanan saya masih lagi merayu agar suami berpat4h balik dan lupakan semua ini.

Saya tiada siapa lagi selain suami saya.. Saya mahu terus jadi isterinya sampai ke akhir hayat, Tapi suami cuma terus memandu memandang ke arah jalan tanpa melihat saya sedikit pun. bila saya terus merayu dan menangis dia minta saya untuk terima dengan hati yang terbuka, ini takdir dan saya kena redha. Saya tak boleh kawal kesedihan saya, saya terus menangis walaupun sebelum, semasa dan selepas lafaz itu dibaca.. Pasti yang memandang merasa ganjil saya yang meminta cer4i saya juga yang terlalu sedih.

Suami juga nampak sedih tapi tak dapat saya teka apa perasaan dia sebenarnya.
Kami berpisah, dia menghantar saya pulang selepas semuanya selesai, saya menangis sepanjang perjalanan pulang. Itulah hari terakhir buat saya dan dia. Saya tak sangka akhirnya saya akan dibuang. Saya melangkah masuk kerumah kami yang selama ini menjadi dunia saya yang bahagia dengan perasaan yang kosong, badan saya terlalu lemah untuk bangun.

Saya terduduk di satu sudut rumah dan menangis sehingga anak anak datang memeluk saya. Saya seorang wanita yang lemah, saya selalu mengalah dan tak suka berbalah, saya selalu cuba memberi kebahagiaan semampu saya, tapi itu semua pun belum cukup untuk memiliki kehidupan yang bahagia.
Kini setelah hampir 2 tahun perpisahan itu,saya menyibukkan diri dengan kehidupan baru saya.

Saya mengambil upah mengajar budak2 mengaji, membuat kraft tangan dan berjinak jinak dengan jualan online.
Dia menunaikan janji yang dia buat sebelum mencer4ikan saya, dia masih beri belanja dan nafkah anak anak dan belum pernah gagal, saya tak pernah berhubung dan berbual dengannya lagi setelah itu, semua perkara anak anak lah yang menjadi orang tengah.

Tapi setiap kali suami mengambil anak anak, saya akan melihat dia dari sebalik langsir. Saya masih sayang dan merindui dia seperti dulu. Saya akan selalu lihat Facebooknya dan setiap aktiviti yang dia update. biarpun menyakitkan hati, saya tetap akan terus lihat. Saya doakan semoga dia sentiasa bahagia walaupun bukan saya disisinya lagi. Dari yang selalu ikhlas: Zie

Ramai yang terkesan dengan perkongsian daripada wanita ini. Kisahnya sangat menyentuh hati dan terserlah kebaikan nya kerana sanggul berkorban untuk kebahagiaan suaminya. Antara reaksi warga net.

Noor Azizan : Allahu Akbar..ini ujian Allah utk puan..pasti ada hikmah di sebalik ujianNya ini utk puan.. kuatkan lah ht dan teruskan perjuangan puan mmbesarkan ank²..bg saya suami puan lah yg kejam..bkn begitu caranya berpoligami..ssguh pun puan syg ex suami setgh m4ti tp cukup lah mempertahankan dia..

byk dekatkan diri dgn Allah moga Allah bukak ruang seluasnya utk puan pulak bahagia… xmustahil satu hri berpat4h balik bila dia trsedar dr mimpinya yg pjg..tp ikhlas nk bgtau xpyh lah mengharapkan kasih lelaki mcm ni lg..dia tewas dh puan dgn nafsu dunia sbb tidak pertahankan puan.. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil puan..nnti ada lah bahagian utk mereka berdua pulak.

Noor Faziana : Allahhu puan sedih sgt baca kisah puan….percaya kepada takdir puan dan saya percaya suatu masa nanti takdir akan berpihak kepada puan….saya percaya suatu masa ex suami puan akan kembali dan menyatakan penyesalannya kerana perbuatan ex suami dan ex madu adalah tidak adil dan satu penganiayaan kepada diri puan….kifarah itu wujud…sayangi diri puan dan selalu kuatkan semangat ye.

Samshiki : sedihnya..berjurai air mata ..tabahnya puan dan terlalu mengalah sehingga satu oersatu di persiakan..tp percayalah..dunia ni bulat..kalau di satu titik mereka perlakukan puan sedemikian..putaran masa balasan sdg menunggu di hujung titik dan dln perjalanan mereka.Jika sejauh itu puan tabah…bererti puan semakin kuat sebenarnya untuk berada di tempat sekarang…

Bangun dan terus melangkah bersama doa dan meletakkan Allah di hadapan..jgn terlalu melayan perasaan ..cari jln sebukkandiri dgn perkara2 yg positif..tumpu perhatian lebih pd ank2..merela lah harta puan hingga ke shurga..suami durjana..hanya sementara..ibarat daki di kulit..percaya ..yg dan bagawapuan mesti boleh dan akan melupakannya…dan bangun berdiri dgn seluruh kekuatan demi anak2 dan diri puan sendiri…

sayangi diri sendiri dulu dan raih serta dekatkan diri pd Allah..in syaa allah..Allah bersama hambanya yg baik dan teraniaya.semuga Allah sentiasa mudahkan urusan..murahkan rezeki dan beri kejayaan dunia dan akhirat buat puan dan anak2…doa2 kami bersama puan..smga Allah temukan dan ganti yg lebih dan terbaik buat puan…aamiin

Rohani : Pengajaran dr cerita sis ni kita x boleh menjd terlalu baik .Hidup perlu ada sedikit ketegasan .Ternyata pengorbanan yg sis buat tidak dihargai suami.Bersabar dan kuatkan semangat semoga kebahagian dan ketenangan bakal mewarnai hari2 sis bersama anak2 yg dikasihi. Usahlah terlalu memikirkan suami semoga suatu hr nanti dia akn tersedar dr mimpi disiang hari.