Isteri selalu elak bila aku ajak bsama sbb aku gmuk dia x bnafsu. Dia mkin cntik bgaya pn smua pkai duit aku

Foto sekadar hiasan. Aku bukan lah dilahirkan gmuk. Tapi sejak sekolah badan aku mula naik. Dan gmuk. Aku selalu dibuuli di sekolah dahulu kerana aku gmuk dan senang ditipu. Persekitaran membesar aku yang dibuuli membuat kan aku sangat rendah diri sehingga lah dewasa,tapi sejak masuk university aku diet dan kuat bersukan. Alhamdulillah krus sikit.

Kat uni aku ramai kawan, aku banyak membina keyakinan diri ketika di universiti..Tamat universiti aku kerja.

Alhamdulillah kerja sebagai jurutera. Mempunyai income yang agak stabil. Keluarga aku pun adalah dari keluarga yang tak la susah.

Alhamdulillah saya dan sekeluarga banyak mendapat rezeki Allah. Sewaktu kerja aku aku diet dan bersenam kaw kaw…

sebab nak cari psangan nak ngorat awek. Sampai la satu ketika. Alhamduillah aku dah krus. Hensem jugak aku ketika tu..

Sampai la aku kenal sorang gadis ni.. gadis sarawak. Aku bercinta dengan dia tak lama.

Dia masa tu pun suka kat aku. Masa tu aku ada rupa dan kewangan yang stabil.

Datang dari keluarga yang baik baik. Tapi gadis ini datang dari zero. Ye aku suka kat dia atas paras rupa dan bukan lah ikot kepada nasihat islam dalam memilih calon isteri..

Tapi saya terima baik dan kekurangan dia. Ikhlas nak jadi teman dia tak pandang status keluarga nya. dalam setahun kenal kami kahwin.

Tahun pertama kahwin. Isteri saya (gadis tadi) bunting pelamin. Kami mendapat anak lelaki. Alhamdulillah. Lama kelamakan kahwin.

Badan aku mula naik. Naik naik sehingga la gmuk melebihi daripada apa yang aku pernah gmuk selama ni.

Dalam kegmukan ini rezeki aku alhamdulillah bertambah. Tetapi aku adalah seorang yang berjimat cermat dan menyimpan. Aku tak boros. Dan ia mendatangkan masalah.

Isteri aku mula demand macam macam. Dan pernah ugut untuk tinggalkan saya dan anak jika tak jika beliau tak rasa lengkap dalam hidup dia.

Dia rupa paras makin maintain dan semakin tiptop. Pakaian dia semakin vogue. Maintainance aku ke dia semakin tinggi. Tapi disebabkan sayang kan anak dan keluarga saya beri je apa dia nak.

Kereta, handbag, macam macam lagi la. Nak perhatian. Aku utama kan dia lebih dari sesiapa sebab aku tak sanggup anak aku dibesar tanpa ibu..

aku nak maintain keluarga ini. Aku k0rban kebahagian aku demi keluarga. Situasi badan besar aku ni makin meruncing.

Macam macam teknik diet aku buat tak pernah jadi. Semua nya sekerat jalan. Isteri aku pula dah semakin mengelak untuk buat hubungan in tim.

Time dia nak je baru lah boleh tu pun nak jaga hati aku je. Hubungan kelamin dengan dia layan aku tanpa perasan macam patung je aku rasa.

Dia semakin cantik semakin lawa. Semakin mewah. Aku pula bila badan dah besar.

Nak berfashion memang payah. Tapi aku sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga aku..

Aku macam dapat agak bini aku banyak buat aktiviti luar. Kadang kadang balik lewat, pernah dulu gduh dia tak balik rumah berhari2.

Kesian kat anak aku yang kecik tu nangis cari mak dia. Aku tak sampai hati..Maka aku minta berdamai aku turuti je kehendak dan cara dia.

Dan aku percaya dia keluar dengan kawan kawan dia. Bukan dengan lelaki lain. Dia pun selalu tunjuk tegas konon nya dia takkan buat benda benda tu semua.

Pada satu hari Tuhan nak tunjuk. Aku terima bukti yang dia ada lelaki lain di belakang aku. Cuma tak kantoi sumbang mahram sahaja depan aku.

Tapi aku dapat kesan hubungan dengan lelaki ni berbulan bulan dah. Siap ada kad kondo rumah laki tu lagi takkan lepak kondo main daun terup ye tak?

Aku dah confess dengan dia. Lepas kantoi dia pun putuskan hubungan dengan lelaki tu.

Aku buntu taktau nak buat apa. Adakah aku perlu ceraaikan isteri aku. Atau aku teruskan sahaja demi anak.

Aku boleh maaf kan dia kalau dia bertaubat. Tapi sebenarmya banyak kali dah dia kantoi kantoi macam ni.

Aku ni masalah hati aku terlalu baik sampai isteri aku ambik kesempatan macamni aku betul betul buntu. Apa yang tak cukup aku bagi kat dia. Segalanya..

Aku banyak berserah kat Allah setiap solat. Aku selalu ajak solat tapi dia asyik mengelak. Dia memang cetek agama. Cetek segalanya.

Aku sayang kan anak aku. Aku dibesarkan oleh keluarga bahagia mak dan bapa yang baik. Aku nak anak aku rasa apa yang aku rasa kebahagian ibu bapa.

Kenapa isteri aku buat aku macam ni sebab aku gmuk dan tak selera?

Aku boleh maafkan dia jika dia bertaubat betul2.. aku tak redha ni semua.

Aku takkan pertahan kan rumah tangga jika isteri aku terus buat lagi kerana itu sudah jatuh dayus dan dayus haram syurga.

Sekarang ni hati aku berbelah bahagi.. terlalu sukar untuk aku terima apa yang berlaku atas kecuraangan beliau baru baru ini. Trust memang dah hilang. Aku skang betul betul rasa terhina…

Ini antara respon padu netizen untuk perkongsian ini. 

Nor.Isteri, kalau betul2 dia sayang.. walau gmuk macam mana pon, dia akan usaha sama2 untuk kruskan suami dia.. jaga diet dia..

pergi jalan kaki hari2 sejam kat taman.. bagi support kat suami..Ni based on pengalaman aku sendiri yang kruskan suami aku..

Pada aku krus ni penting bukan hanya untuk tatapan mata.. yang paling penting untuk diri sendiri…

Nak beribadat pon rasa ringan.. banyak lagi faedah krus kalau nak tulis.. aku rasa TT pon tahu sebab dah pernah rasa krus

Dear TT, Kau baik sangat.. lelaki baik untuk perempuan yang baik.. ada sebab kenapa Allah halalkan penceraaian..

Isteri tak balik rumah berhari2… nak keluar rumah tak minta izin ka? Hang ketua keluarga.. kena kuat nak pimpin rumah tangga..

Diri kita ni amanah Allah.. jaga elok2.. jaga pemakanan anak juga dari sekarang. Sihat tu penting.. be strong TT

Imani. Kumpul bukti elok2. Simpan. Andai kata mmg dah tiada jodoh. Boleh gunakan bukti itu untuk tuntut hak jagaan anak dan lain2. Ingt bunga bukan sekuntum.

Lagi satu kalau smpai tahap merajuk salah sendiri sanggup tinggalkan anak, nampaknya saya sebagai orang luar pun boleh agak dia bukan ibu dan isteri yang baik untuk didik anak.

Athirah. Tuan, Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya.

Lepaskanlah dia seperti seorang lelaki sejati. Kumpul segala bukti kecuraangan dia. Failkan nusyuz dan talakkan dia.

Tuntut hak penjagaan anak kerana ibu sebegitu mengancam perkembangan sahsiah anak.

Biarlah dia dapat hak melawat sahaja. Jangan pisahkan terus anak dari ibunya.

Ubati hati dan carilah penganti. InshaAllah. Semoga tuan dipertemukan dengan wanita yang lebih baik.

Syahirah. Isteri dah curaang, memang x leh nak diam dah, kalau biar, awak suami dayus. Isteri dah buat dosa besar. Pilihan yg ada hanya ceraai saja.

Sebelum tu awak kena bincang slowtalk dan bawa isteri pergi jumpa kaunselor rumahtangga dulu, kalau x jalan jugak penceraaian saja jalannya.

Jadikan ini pengajaran untuk awaklah, calon isteri tu dipilih atas 4 perkara kecantikan, harta, keturunan dan agama. Tetapi kalau agama xde ketiga2 tadi dah xde guna.

Move on, cari lagi, cari lah yg melengkapi dan hormat awak, dan awak pon kena perbaiki diri jadi suami yang baik, cari dan belajar ilmu rumahtangga dan perhubungan,mainkan peranan untuk didik isteri jugak, dan bina semula hidup berumahtangga yg lebih baik.

Tak boleh letakkan salah kat isteri awak je, salahkan diri sendiri, sebab tak mainkan peranan as ketua keluarga dan x jalankan tanggungjawab didik isteri,

tanggungjawab suami bukan setakat bagi tempat tinggal, makan pakai saja, tapi mendidik isteri jugak salah satu tanggungjawab suami.

awak just bagi je apa yang dia nak, perempuan ni tak boleh kawal sangat dan tak boleh biar jugak. Semoga berjaya.