Isteri tiba2 xhirau aku cuurang. Tbaca msj dia dgn gadis Inggeris, aku tercabar. Sepak aku bagi

Foto sekadar hiasan. Dayuskah Aku? Kisah Aku Nadia dan Slimane. Aku harap ianya menjadi iktibar buat semua. Nadia dulunya ex tunang Hadi housemate aku. Telah lama aku menaruh hati pada Nadia setelah terpandang dia pertama kali ketika temankan Hadi berhari raya ke rumah Nadia. Punca retaknya hubungan Nadia dengan Hadi berpunca apabila aku tanpa sengaja mengusik Nadia apabila dia menelefon ke rumah mencari Hadi. Aku memerlinya apabila ternampak love bite di tengkuk Hadi.

Tanpa aku sedar love bite itu bukan Nadia pelakunya. Benar aku tidak tahu jika aku tahu aku tidak akan menjadi punca retaknya hubungan mereka berdua. Dalam diam rupa rupanya Hadi menduakan Nadia.

Apabila aku mendapat tahu hubungan Nadia dengan Hadi putus, aku cepat cepat masuk meminang Nadia. Hadi meng4muk katanya aku meniikam dia dari belakang. Walaupun Nadia tidak mempunyai perasaan terhadap aku namun dia akur dengan kehendak keluarganya.

Aku tinggalkan Girlfriend aku semata mata kerana m4buk cinta terhadap Nadia. Kenangkan perangai Hadi aku terima apa saja kemungkinan jika Nadia bukan perawan lagi. Tapi telahanku meleset bahawa Nadia masih suci dan perawan.

Permulaan perkahwinan aku rasa cukup bahagia. Siapa yang tidak gembira memiliki gadis pujaan hati. Malah parents aku juga sayangkan Nadia. Dia menantu yang sangat baik.

Bila pulang ke kampung di saat biras biras perempuan yang lain masih membuta Nadia bangun awal pagi sediakan sarapan. Nadia jenis ringan tulang menolong ibu ku di dapur, tanpa banyak kerenah. Dia akan bersalam memeluk mak ayah aku sama seperti yang dilakukan kepada mak ayahnya sendiri.

Nadia tidak suka ambil kisah hal orang. Tidak materialistik seperti kebanyakan perempuan. Sayangnya, aku tahu Nadia tidak mempunyai perasaan terhadap aku. Apa yang Nadia lakukan tidak lebih dari tanggungjawab semata mata.

Setelah anak kedua ku lahir aku mula jemu dengan Nadia. Jemu kerana aku tahu dia tak pernah cintakan aku. Aku selalu membayangkan bersama dengan orang yang menyintai aku. Pastinya akan lebih indah.

Dia cuba sedaya upaya jalankan tanggungjawab sebagai isteri aku. Walaupun dia bekerja dia tak pernah abaikan tanggungjawabnya. Semua urusan anak anak dan kerja rumah dia uruskan sendiri. Segalanya sempurna, hanya satu aku tak pernah dapat merasakan hangatnya cinta darinya yang selayaknya aku harus dapat.

Walaupun Nadia lebih tua daripada aku fizikal tubuhnya yang kecil menampakkannya dia lebih muda dari aku. Malah aku masih ingat walaupun sudah memiliki anak dua masih ada lelaki yang minat dan cuba meminangnya kerana menyangkakan dia masih gadis.

Aku mula rasa bosan dengannya hinggalah aku mula cari kebahagiaan di luar. Aku berkenalan dengan Yati ketika Nadia mengandung anak kami yang ketiga. Kadang kadang aku meminta wang dari Nadia semata mata nak keluar date dengan Yati.

Bila Nadia dapat tahu perihal hubungan aku dengan Yati. Dia kecewa dan menangis tapi tak aku pedulikan. Tapi hubungan aku dengan Yati tidak lama. Walaupun terluuka, Nadia tidak pernah bercerita perihal aku kepada sesiapa walau kepada mak ayahnya sendiri.

Ianya tidak lama, aku berhubungan pula dengan Linda janda anak dua. Kali ni aku betul betul hanyut. Hidup kami tak ubah seperti suami isteri. Linda cukup pandai melayan aku. Aku betul betul sayangkan Linda. Aku lupa diri, aku abaikan Nadia. Kerap aku bermalam di rumah Linda. Namun dia tetap bersabar menutup kemas segala aib aku.

Hinggalah satu hari Nadia melihat video aku bersama Linda yang kami rakamkan ketika kami tidur bersama. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibir Nadia. Dia terduduk, aku betul betul rasa bersalah. Aku melutut menangis memohon maaf.

Takut akan kehilangannya namun pada masa yang sama aku tidak akan mampu tinggalkan Linda. Aku tekad untuk berkahwin dengan Linda. Hinggalah hubungan aku dapat dihidu oleh mak ayah aku, itupun melalui dari mulut orang lain.

Mak ayah aku meng4muk. Mak aku menangis bila mendapat tahu aku mahu berkahwin lagi. Itu pun Nadia tetap kelihatan tenang.

Selepas peristiwa mak ayah aku datang ke rumah, aku tetap dengan keputusan aku untuk menikahi Linda. Aku abaikan Nadia, aku tidur di bilik yang lain agar tiada yang menggangu privacy aku. Nadia tidak aku sentuh. Lama kelamaan sabar Nadia hilang.

Dia memohon aku mencerraikan dia. Kataku, aku tidak akan sesekali cerraikan dia. Nadia failkan k3s ke Mahkamah Syariah. Walau apa pun terjadi aku akui aku masih sayangkan dia. Walaupun adakalanya aku bersetuju untuk melepaskannya. Namun setiap itulah keputusan aku sentiasa berbolak balik.

Oleh kerana aku tidak memberi kerjasama, k3s kami berlarutan hingga dua tahun. Selama itulah kami tidur berlainan bilik. Nadia tidak pernah mengasingkan diri malah akulah yang inginkan privacy tidur di bilik berasingan.

Ketika k3s aku masih berjalan, tiba tiba Linda berubah hati. Dia tinggalkan aku. Aku betul betul kecewa kerana aku benar benar sayangkan dia. Aku tersedar dari lena yang panjang, aku pujuk Nadia untuk menarik k3s di mahkamah.

Nadia juga banyak berubah dari segi penampilan dan menutup aurat dengan sempurna. Tiada lagi berpakaian ketat. Dulunya kalau Nadia mengenakan hijab namun lebih kepada berfesyen semata mata. Dia ku lihat mula Solat dan kerap membaca Quran.

Demi 4 orang anak kami. Nadia akur dengan permintaanku untuk batalkan k3s pencerraian kami. Namun hubungan kami hambar dan tetap tidur di bilik berasingan. Jika orang luar melihat kami pastinya mereka tidak percaya bahawa kami pelakon hebat menyembunyikan kepincangan rumahtangga kami.

Malah hingga saat ini mak ayah Nadia tidak pernah tahu kemelut yang melanda rumah tangga kami. Pada Nadia selagi kami tidak bercerrai, dia tidak mahu keluarganya memandang hina pada aku sebagai suaminya.

Sejak k3s aku digugurkan di mahkamah aku mula perasan Nadia tidak seperti dulu. Atau apakah selama ini aku yang tidak peka akan perubahan terhadap isteri sendiri.

Dia sentiasa tenang. Kerap kali aku mendengar Nadia membaca Quran dari dalam bilik mengikuti bacaan seseorang. Fikirku mungkin Nadia mengikuti kelas Quran secara online.

Apa yang aku boleh katakan walaupun telah bermacam macam aku lakukan pada Nadia tidak pernah sekali pun kata kata cercaan yang keluar dari mulut Nadia terhadap aku. Aku tahu jika perempuan lain pastinya aku sudah di maki hamun.

Ketika aku dalam keadaan mencari cara untuk memperbaiki hubunganku dengan Nadia sedar tak sedar sudah hampir 9 tahun sejak detik hitam aku bersama Linda. Namun tak pernah aku jadikan pengajaran. Kali ini aku berteman tapi mesra dengan Ani pula rakan sepejabatku. Ani seorang gadis lanjut usia.

Hubungan aku bersama Ani dihidu oleh Nadia. Namun kali ini Nadia tiada bereaksi. Katanya dia tidak kisah jika aku mahu berkahwin dengan Ani. Tapi aku langsung tidak mempunyai niat untuk mengahwini Ani.

Aku sendiri tidak pasti apa yang aku inginkan sebenarnya. Aku sedikit pelik kenapa Nadia seolah tidak peduli dengan apa saja yang aku lakukan.

Satu hari aku terpanggil untuk memeriksa telefon Nadia. Aku membaca satu text dari seseorang perempuan bernama Sofea berbunyi,

“Yah He still love you. He can’t forget you. How i can marry with someone that his heart belongs to you.”

Aku tertanya tanya siapakah Sofea ini. Dari gambar profile whatsapnya kelihatan seperti wanita Inggeris. Apa kaitan dia dengan Nadia. Aku selongkar satu persatu inbox message Nadia. Aku hack FB Nadia hinggalah aku terjumpa sesuatu yg amat mengejutkan aku.

Nadia mengenali seorang lelaki bernama Slimane melalui FB. Biarlah aku ungkapkan satu persatu kisah Nadia bersama Slimane.

Slimane seorang lelaki Morocco. Nadia rapat dengan Slimane ketika kami sibuk naik turun Mahkamah k3s aku dengan Linda dulu. Slimane berumur 25 tahun dan merupakan student kejuruteraan. Dia juga merupakan seorang huffaz. Nadia pula ketika itu berumur 30 tahun.

Setelah tamat pengajian Slimane ditawarkan bekerja di France. Nadia berkongsi segala masalahnya bersama Slimane. Kisah aku cuurang kepadanya, semuanya tanpa sedikit pun yang tinggal.

Rupa rupanya Slimane yang mengajar Nadia membaca Quran selama ini. Slimane banyak meminta pandangan Nadia tentang bidang kerjaya memandangkan Nadia berkerja sebagai setiausaha dengan sebuah Syarikat construction.

Tanpa sedar hubungan sebagai kawan mula berubah menjadi bibit bibit cinta antara Slimane dan Nadia. Tambahan pula ketika itu Slimane tahu hubungan aku dan Nadia ibarat retak menjadi belah. Kerana k3s kami masih berjalan di Mahkamah.

Daripada apa yang aku baca dari conversation mereka berdua aku dapat mengangak Slimane seorang lelaki yang baik. Tiada satu pun ayat romeo yang dia gunakan layaknya yang digunakan oleh lelaki. Malah dia banyak menasihatkan Nadia agar tidak berkongsi segala gambarnya di media social.

Malah aku dapati Slimane lelaki yang kuat cemburu. Buktinya ada bait bait ayat ayatnya meminta Nadia agar menjarakkan diri dengan rakan lelakinya di pejabat. Malah aku sendiri tidak pernah melarang Nadia berkongsi gambarnya di media social.

Slimane berjanji akan mengahwini Nadia jika k3s aku dan Nadia selesai. Katanya dia cintakan Nadia dan mahukan hubungan itu halal. Dia rasa berdosa kerana mencintai Isteri orang.

Selama hubungan dia dan Nadia dia telah banyak mengirimkan hadiah buat Nadia dan anak anakku. Dan hubungan mereka mendapat restu dari keluarga Slimane. Walaupun Slimane merahsiakan status Nadia dari keluarganya. Kerana katanya belum masanya dia berterus terang mengenai status Nadia kepada keluarganya. Ibu Slimane pernah melihat Nadia melalui video call.

Dari semua conversation yang aku baca, mereka berdua sering menghabiskan masa bersua muka lewat video call. Slimane banyak mengajar Nadia mengaji Quran. Kenapa selama ini aku tidak pernah tahu. Slimane pernah datang ke Malaysia berjumpa Nadia pada tahun 2013.

Ketika mencuba nasib mendapatkan kerja di sini, Nadia membawa anakku untuk bertemu Slimane. Mereka sekadar keluar makan bersama. Kata kata manis cinta rindu sayang amat menghiris hatiku ketika aku membaca semuanya.

Kata Slimane dia tahu ini salah kerana status Nadia masih isteri orang tapi dia manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Segala bermacam kiriman hadiah Slimane kirimkan buat Nadia dan anak anakku tidak pernah aku tahu atau memang aku tidak perasan dan ambil peduli.

Apabila aku memujuk Nadia menarik k3s di mahkamah setelah Linda tinggalkan aku, pada masa itulah Nadia meminta Slimane lupakan dia. Sukar untuk Slimane terima. Aku perhatikan setiap bait bait ayat dari mereka berdua. Rasa kecewa kerana tidak dapat bersama.

Setelah menggugurkan k3s kami di Mahkamah, Nadia bertekad lupakan Slimane. Walaupun terlalu banyak yang mereka rancangkan. Mereka merancang untuk berkahwin. Apabila aku hayati semua conversation mereka berdua, ego ku tercabar.

Rupanya hingga saat ini mereka masih berhubung walaupun sekadar kawan. Dari message Sofea yang aku baca, rupa rupanya Sofea pengganti Nadia. Namun hingga saat ini setelah hampir 9 tahun Slimane masih mengharapkan Nadia kembali padanya. Namun ditolak Nadia.

Sofea kecewa bila mendapat tahu Slimane masih cintakan Nadia dan sering membandingkan dia dengan Nadia. Kata Sofea semua barang yang Nadia kirimkan buat Slimane masih dia simpan.

Kejantanan aku di cabar. Aku menghubungi Slimane bertanyakan status hubungan dia dengan Nadia. Namun Slimane memarahi aku dan katanya telah lama dia mencari peluang untuk berbicara dengan aku. Katanya aku tak tahu menghargai perempuan sebaik Nadia.

Jika Nadia mahu, telah lama dia tinggalkan aku. Namun demi anak anak, dia tolak semua rasa yang ada dalam hatinya. Nadia ketepikan soal hati dan perasaannya sendiri.

Kata Slimane aku lelaki Dayus. Jika dia ditempat aku pastinya dia tidak akan membiarkan Nadia bekerja atau bebas lepas bersama rakan rakan lelaki yang lebih banyak fitnah dari manfaat. Katanya lagi walaupun dia jauh terpisah dari Nadia dia lebih mengenali hati budi Nadia.

Dia mudah di ajar dan dibentuk namun akulah perosak yang merosak insan bernama Nadia. Katanya lagi suami jenis apa aku ini yang membiarkan isteriku tidur keseorangan setiap malam. Bukan sehari dua malah bertahun.

Walau jarak memisahkan mereka hampir 24jam masanya dihabiskan untuk Nadia. Bangun saja dari tidur Nadia yang dicarinya dulu. Sampai di office, Nadia yang dihubunginya. Malah kesemua nama anak anakku dihafalnya siap makanan kegemaran mereka semua.

Dia cerita semuanya tentang Nadia apa kesukaannya tidak tinggal sedikit pun. Sambil mencabar aku untuk memeriksa almari baju Nadia jika jacketnya masih ada di situ itulah tandanya Nadia masih cintakan dia. Jacket yang dia kirimkan buat Nadia sebagai penguat semangat ketika Nadia aku abaikan.

Dan katanya lagi baju t’shirt Nadia masih dia simpan hingga saat ini. Itulah pengubat rindunya. Katanya dia mohon maaf dan dia akui salahnya mencbul hak aku sebagai suami, dia tahu dia akan di soal Allah akan hubungan terlarang dia bersama Nadia.

Namun jika ada tersisa ehsan dihati aku dia mohon aku maafkan dia dan Nadia. Katanya lagi walau hampir 9 tahun sejak dia mengenali Nadia hatinya masih pada Nadia buktinya hingga kini dia masih belum berkahwin.

Kerana perempuan yg dia kenal selepas Nadia tidak dapat mengikis perasaannya terhadap Nadia. Tidak dapat diterima oleh akal seorang lelaki sepertinya giliakan isteri aku. Katanya lagi jika aku tinggalkan Nadia hari ini, dia tidak akan teragak agak untuk datang ke Malaysia untuk mengahwini Nadia.

Aku meng4muk, aku mohon Nadia berikan penjelasan. Aku buka almari baju Nadia ternyata ada jacket berwarna Hitam tergantung di situ. Mengapa selama ini aku tidak pernah perasan. Kalung yang dipakai semuanya aku perhatikan satu persatu.

Mendidih perasaanku, Penampar ku hinggap ke mukanya buat pertama kali. Kata Nadia jika dia mahu dia telah lama tinggalkan aku untuk Slimane tetapi dia masih sedar diri. Kata Nadia hingga saat ini dia tak pernah lupakan Slimane yang sentiasa ada ketika dia memerluukan. Saat dia aku abaikan.

Perasaan Cintanya hanya untuk Slimane. Jika ada lelaki yang pernah bertahta di hatinya ianya yang pertama Hadi dan yang kedua dan terakhir adalah Slimane. Namun dia sedar ianya satu dosa jika dia mencintai lelaki selain suaminya. Namun dia tidak berdaya membohongi akan perasaan dirinya sendiri. Telah dia cuba melupakan Slimane namun masih gagal.

Katanya lagi walaupun dia masih berhubung dengan Slimane itu hanyalah sekadar kawan. Dan kata Nadia lagi mereka berdua sedaya upaya menjaga batasan pergaulan kerana dia tahu dia masih isteri orang.

Aku percaya kata kata Nadia kerana semua conversationnya aku baca. Mereka berdua mengikat janji apa pun yang terjadi, apa pun jua status hubungan mereka berdua biarlah ianya kekal selamanya. Giila bukan. Memang giila. Hubungan apakah seperti ini.

Aku tidak rela mempunyai isteri menyimpan hati kepada lelaki lain. Aku akui aku banyak melakukan kesilapan namun aku lelaki jika aku mahu aku boleh berkahwin lagi. Tetapi Nadia perempuan manakan bisa perempuan berkahwin lebih dari satu.

Aku berkira kira sama ada mahu mencerraikan Nadia. Tapi sejujurnya aku sayangkan dia. Namun kata Nadia jika aku mencerraikan dia tak mungkin dia menerima Slimane kembali. Slimane layak mendapat perempuan muda yang lebih baik.

Dayuskah aku jika masih bersama isteri aku setelah aku tahu kisah dia bersama Slimane. Hingga saat ini Slimane masih berhubung dengan Nadia walaupun hanya sekadar kawan namun aku tahu keduanya masih saling mencintai.

Setiap hari Slimane akan bertanya khabar Nadia walau hanya sekadar sebaris ayat. Baru baru ini aku mendengar mereka berbual mengenai isu c0vid 19 yang sedang melanda. Nadia kelihatan ceria apabila berbual dengan Slimane. Nadia juga amat rapat dengan Sofea dan amat berharap Slimane berkahwin dengan Sofea. Dayuskah aku?

Apa Reaksi warganet

Frau Pudina – Allahu. Kalau citer ni citer betul, kau patut disengat oleh berjuta tebuan berkali kali, agar kau dapat rasa kes4kitan em0si yang kau berikan pada si isteri..

Kalau cerita ni hanya rekaan, kau adalah seorang ynag mental, buta em0si dan bukan calon suami yang baik. Bila kau berkahwin, kau akan membawa mudarat ke atas hidup seorang wanita yang telah kau berjanji akan menjaganya dengan nama Allah. Main main ek kau dengan amanah Allah. Sila mereput.

Aishah Munadji – Kifarah. Hati istri ni lembut. Anak nak masuk 3, boleh pulak ko kate tak cinta. Gile ke biul ko ni.

Hebat betul ek ko cakap die hanya jalankan tanggungjawab. Hello. Kalau hati tak ikhlas semua tu tak kan jadi tau. Sekeras mana pun hati perempuan, kalau ko pandai ambek hati in syaa Allah die akan sayang ko smpai mati..

Tapi dah ko fikir negatif melulu mane nak datang nye cinta yang ko harap kan sangat tu. Eh geram pulak aku.

Wan Asma – Ann0ying nya lelaki macam ni. Nampak sangat dari awal dah bermasalah. Sanggup tinggalkan gf untuk Nadia. Lelaki jenis apa boleh terpaut dekat perempuan lain bila dah ada gf.

Lepas dah kawin dengan Nadia yang dia nak sangat tu, crang pulak sampai berapa kali. Alasan apa pun tak menghalalkan awak untuk crang dalam rumah tangga.

Lepas tu bila dapat tau Nadia ada Slimane tau pun nak meng4muk padahal masa awak crang sampai dah terlanjur tu ada fikir perasaan Nadia..? Eh geram nya. Mti je lah

Annysa Roslan – Kalau cerita ni btul, meh sini aku nak bahan sikit. Oh bab kawin lebih dari satu reti pulak laki boleh prempuan tak boleh. Habis yang kau cuurang kenapa ?. Bukan sekali banyak kali pulak tu.

Apa jnis laki laa ko nii. Bertapa lembutnya hati isteri tu walau macam macam yang ko buat masih lagi boleh trima. Kalau aku dah lama aku humban dalam sungai, biar boye makan tu pun belum tentu boye nak makann.

Ana Jamilah – Kesimpulan dari cerita yang panjang berjela ni. Tt seorang lelaki yang tak sedar kesalahan diri sndiri. Dan tak nampak bertapa sabarnya isteri dia melayan kerenah dia yang tah apa apa.

Dah la tt ni berziina, lepas tu tak tunaikan nafkah batin dekat isteri dia. Lepas tu tak diajar agama pada isteri dia. Menjawab la kat akhirat nanti ye.

Isteri awak tu dah cukup sabar dah tu. Dah keluar anak 4orang, kenapa nak kata isteri tak sayang awak pulak. Dah diri sndiri tak pandai nak ngayat isteri sendiri.. Pandai pandai kata bini tak sayang dia.

Yang haram tu memang best. Memang sedap, cepat cepat solat taubat ye. Sebab nampak tt ni tak rasa bersalah langsung lakukan ziina. Bagi dia ziina tu perkara kecik je mungkin. Padahal dia dapat isteri dia yang masih suci dulu.. Nauzubillahiminzalik…

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans via edisimaya