Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, Hari ini aku nak buka luahan hati kecil aku sebagai seorang lelaki. Ya, aku menaip ejaan dengan penuh bagi memudahkan mereka membaca luahan aku ini. Aku sudah pun berkahwin. Dan kemungkinan ramai yang mengecam aku setelah apa yang aku luahkan.Aku jadikan ia sebagai satu pengajaran bagi aku dan semua.
Aku berkahwin dengan seorang wanita. Baik orangnya. Bertudung labuh. Berpurdah. Sangat cantik di mata aku.
Lagi lagi dia berlesung pipit di pipi gebunya itu. Setiap kali memandang ada iras iras juliana evans Itu bukan kisah yang aku nak ceritakan.
Kami bertemu di msjid kampung aku. Waktu itu bulan puasa 4tahun lepas. Dia pergi sembahyang tarawih di msjid itu begitu juga aku.
Hati aku berkenan melihatnya… Aku senyum setiap kali dia terpandang aku, Tapi dia menjeling kepada aku. Lalu aku menyatakan hasrat aku untuk jadikan dia zaujah dunia akhirat aku.
Aku ringkaskan saja. Punya lama aku mahu dapat si dia. Akhirnya Allah berikan aku jua dia kepada aku. Aku ni jahat. Aku kaki botol, kaki club,. Menjual d4dah sana sini.
Tapi aku bukan kaki perempuan. Sejahat jahat aku, aku tidak lagi berzna.. Kenakalan aku itu saja. Itu semua kerana aku salah pilih kawan. Tapi itu dulu, Aku sudah pun bertaubat.
Bulan demi bulan. Aku dinikahkan dengan si dia. Perkahwinan kami tahan selama 4 tahun sahaja. Dalam masa itu, aku tahu aku banyak buat kesalahan.
Dia? Jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, Masakkan dia sungguh memberi aku selera bertambah. Kawan kawan aku yang rasa setiap masakkan dia.
Penuh dengan memuji. Isteri aku memang pandai memasak. Membuat kuih kek dan sebagainya, Dan dia tidak pernah meninggikan suara dia apatah lagi lawan cakap aku..
Ya, banyak kali aku menengking dia. Tapi dia? Senyum dan memujuk aku. Sejuk hati aku. Sangat tenang melihat raut wajahnya.
Dan selama perkahwinan kami. Setiap kali aku menengking dia hanya satu sebab saja. Dia melarang aku keluar melepak dengan sahabat aku. Yalah.
Aku kenal kawan aku dulu dari dia. Itu kata aku setiap kali dia memujuk ku agar tidak keluar dari rumah. Dan.. Sampailah satu tahap. Aku terlalu geram. Waktu itu dia sedang membakar satay yang diperapnya.
Aku laju melulu ke pintu tanpa menoleh sikit pun pada dia. Dia mencapai tangan aku dan menarik tangan aku. Ayat dia selalu ungkap pada aku
“abang.. Sudahlah tu pergi keluar. Dah malam. Janganlah tinggal saya seorang abang. Temanlah saya malam ni” . Aku geram. Ya aku terlalu geram. Sampai aku memberontak kepada dia. Sambil malam itu aku mencabar dia..
Ya Allah Kej4m sangat aku terhadap isteri ku, Aku menyuruh dia letakkan tangan di atas pemanggang satay jika betul dia tidak mahu mengizinkan aku keluar.
Lalu apa yang dia buat? Malam itu dia letakkan tangan dia di atas pemanggang itu. Aku penuh mem4kii hamun pada dia. Dan menyatakan dia gila.
Lalu aku pun pergi keluar seperti biasa pada malam itu. Tanpa Hiraukan keskitan dia itu. Aku tidak mempunyai anak.
Kerana aku rancang. Aku belum sedia mempunyai anak. Dan aku tak berapa suka budak². Dan.. Aku pun balik waktu subuh.. Ya, aku buat perangai lama aku balik. Ini semua sebab kawan.
Aku melihat isteri aku tengah solat di bilik. Dalam keadaan sujud. Aku biarkan. Dan aku mandi lalu terus menjunam ke katil. Biasanya isteri aku lepas saja solat. Dia akan datang pada aku.
Memberi segelas minuman air 30juz. Itu isteri aku buat sendiri. Ya, dia seorang hafizah. Penghafal al quran. Aku tahu, aku tak layak.
Sungguh aku tak layak buat dia.. Dia bidadari syurga manakala aku ahli nerka. Dari segi nafkah, aku abaikan.. Isteri aku jenis bukan suka meminta minta.
Dia mahu, dia usaha. Jadi aku tahu dia ada duit. Ya duit dia menang pertandingan hafazan. Setiap kali dia lawan hafazan di mana mana..
Jadi selama aku makan. Dia yang belikan. Duit aku? Aku beli arak, joli sana sini dengan perempuan.
Aku menunggu dia datang menerpa aku. Tapi.. Tidak.. Aku sangka mungkin dia merajuk pada aku.. Aku pergi ke bilik satu lagi.. Aku membuka pintu..
Ya Allah.. Isteri aku tak gerak gerak dari sujudnya.. Aku goyangkan dia. Akhirnya jasad dia trjatuh tenat. Aku seakan tak percaya.
Apa kah dia tinggalkan aku.. Apakah dia sanggup tinggalkan aku.. Ya Allah. Banyaknya kesalahan aku buat pada dia.. Sampaikan dia sepatah pun tidak pernah ingkar cakap aku.
Itu saja kisah ringkas aku.. Aku menaip dengan air mata.. Aku tak sanggup taipkan apa kesalahan aku pada dia lagi. Aku tak sanggup tenanglah wahai istri aku.. Tenanglah kau di sana. Assalamualaikum.
KISAH KE 2. ” 15 tahun dia hidup dengan saya hanya beberapa helai baju je dia ada, liptik pun tinggal yang dah patah2. Bila saya tahu arw4h skit, masa itu dah terlambat. Saya abaikan isteri bahkan ejek dia setiap kali dia saakit. Saya selalu cakap dia dah tua, saya m4kii dan mengmuk bila nurse cakap isteri kena admit ward sebab terpaksa batalkan badminton kena jaga anak, sampailah bila saya tahu isteri saya sebenarnya penghidap…
Assalammualaikum dan salam sejahtera min. Ada cerita yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ianya bermafaat. Ceritanya agak panjang sikit.
Awal Febuari 2018, salah seorang teman baik saya telah di jemput Ilahi kerana knser rahim tahap empat. Alhamdulillah arw4h menderita tidak lama.
Tiga bulan terlantar saakit sebelum subuh arw4h menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meningg4lkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.
Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang ke rumah saya bersama sekotak pakaian arw4h.
Sebelum arw4h pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukn.
Si suami tidak tahu ke mana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya.
Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba – tiba si suami bersuara.
“Semalam saya membuka almari arw4h dan hanya ini sahaja yang arw4h ada. 15 tahun saya bersama arw4h, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arw4h isteri. Saya abaikan arw4h sehinggakan arw4h saakit pun saya tidak tahu.”
Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami arw4h kawan saya ini.
Setiap kali arw4h mengeluh saakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hspital saya hanya menganggap ianya pekara remeh.
Saya mengejek – ejek arw4h dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah – rendahkan arw4h yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan.
Saya juga selalu bersangka buruk bila arw4h saakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia
Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arw4h ke hspital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan.
“Kej4mnya saya pada arw4h.”
Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya, saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila – bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya.
“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan…kesian anak – anak kau.” Suami saya bersuara.
Bila saya pandang anak – anak mkin bertambah kekesalan saya bang. Masa arw4h ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan – jalan.
Sedangkan saya pantang diajak kawan – kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Boleh Kira Gambar Saya Dengan Arw4h Dalam Handphone Dia
Bila saya buka handphone arw4h, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak.
Sedangkan gambar saya bersama kawan-kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya langsung tiada.
Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya. Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam-malam hari.
Siapa yang boleh tolong uruskan anak-anak saya ke sekolah seperti arw4h uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur.
Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak.
Selama ini saya bising – bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arw4h ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat.
Baru saya tahu ke mana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arw4h pergi dan saya kira – kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak – anak dan makan sahaja.
Bila tiap kali arw4h minta beli pakaian baru atau barang make up. Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir.
Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya arw4h kerana dia patuh.
Saya sering tegur arw4h kerana selekeh jer langsung tidak bergaya seperti isteri kawan – kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat – alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik
Saya diam tidak dapat berkata – kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar – legar dalam fikiran saya. Setahu saya arw4h ni masa zaman bujang – bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hlang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab.
“Malas lah nak makeup – makeup ni…takda masa..dengan anak – anak lagi…alaaa yang penting suami sayang…”
Semalam saya buka almari arw4h, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain – lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstik yang dah patah.
Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arw4h ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam – macam lagi makeup yang arw4h ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti.
Boleh buat kerja rumah, boleh layan lagi anak-anak, suami akan anggap isteri sihat dan baik-baik saja. Tak dipedulinya apa sebenarnya isi hati isteri, ‘makan hati’ ke tak, jiwa kacau ke tak.. suami tak care pun.
Si suami mula menangis.
Arw4h nak bekerja, saya marah. Saya tanya arw4h, tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi. Saya eg0
Arw4h pula demi menjaga eg0 saya daripada tercalar arw4h mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.
Tiap kali arw4h mengeluh saakit – saakit badan saya suruh dia tidur, makan ubat. Saya suruh anak – anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajiban saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara.
Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu.
Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arw4h inginkan..tetapi perhatian dan kasih sayang saya.
Saya kesal kerana selama ini arw4h menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami.
Bila Saya Tahu Arw4h Saakit.. Masa Itu Dah Terlambat Pagi tu dia mengadu perut dia saakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan.
Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semkin menurun. Saya terus bawa dia ke hspital.
Masa dalam kereta mulut saya tak henti – henti menyumpah dia. Kata dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan, ambil suplemen yang bukan – bukan sampai saakit macam ni
Masa tu saya sangat marah pada arw4h sampai saya terlepas kata asyik saakit jer tapi tak mampus – mampus jugak.
Bila nurse bagi tahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal – nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak – anak di rumah.
Tiga hari arw4h warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu
Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doktor mengesahkan isteri saya menghidap knser rahim tahap 4. Semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya.
Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan langsung tidak berusik.
Suami saya merenung tajam ke arah muka suami arw4h kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.
“Sewaktu dia s4kit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia.
Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu dia lesu tak bermaya…
Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. Tiap kali dia saakit, saya ajak pergi hspital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia s4kit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi.
Rupanya Arw4h Terasa Dengan Kata-kata Saya selama ini. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hspital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meningg4l…
Allahu…rupanya arw4h terasa dengan kata – kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arw4h.
Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehlangan dia dan waktu itu mkin hampir.
Sumpah demi tuhan saya sayangkan arw4h cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya.
“Sekarang satu – satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.”
Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung di dada, tetapi supaya ceritanya akan memberi iktibar kepada semua suami di luar sana.
Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargai lah…