“Jgn suruh saya beranak rapat”, ini syarat kalau nk kahwin dgn saya

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Saja nak berkongsi apa yang saya buat sebelum betul2 melangkah ke fasa hidup berpasaangan halal. Saya tak mintak hantaran banyak tapi mintak syarat banyak. Haha. Mungkin anda kata saya over tapi saya buat untuk masa depan saya sebab saya nak bahagia lama. Dah berumahtangga 7 tahun. Anak sepasang. Bekerjaya. Kenal dengan suami zaman kampus, dulu cuma kawan biasa sebab 1 course tapi mula serius bila masing2 dah kerja.

Pada saya berkawan biasa dulu kira bonus, at least dia tak f4ke. Saya cakap kat si dia, kalau betul2 nak peristerikan saya, ni syarat2 saya :

Nafkah :

Nanti dah kawin ada bagi saya nafkah bulanan tak? Itu soalan saya.

Banyak saya dengar suami tak bagi duit kalau isteri kerja. Saya tak kisah banyak ke sikit. Saya boleh bantu untuk perbelanjaan rumah tapi duit nafkah sebagai isteri saya tetap nak.

Husband kata memang akan bagi tapi tak la banyak sebab gaji dia tak besar mana katanya. Beli la apa2 saya nak kalau tak cukup sendiri tambah. Haha saya ok, asalkan bagi, asalkan dia tunaikan hak saya.

Kerjaya :

Saya nak terus bekerja. Bukan sebab saya nak income sendiri untuk beli mekap atau handbag, tapi saya ada komitmen.

Hutang PTPTN, kereta untuk kemudahan/ kecemasan dan yang paling utama ialah saraan parents saya di kampung. Ayah saya bukan pesara berpencen, tu pun sudah uzur dan tak boleh kerja berat.

Ibu suri rumah dan ada penyaakit yang perlu kos rawatan berkala. Adik beradik saya tak ramai. Kami bertanggungjawab atas sara hidup ibu bapa kami.

Kalau husband nak saya resign dan jadi housewife, saya hanya ok dengan syarat dia sanggup cover semua komitmen saya 100%.

Kata husband, dia tak kisah saya kerja walaupun sampai dia dah mampu cover semua bahagian, asalkan kerjaya saya dalam zon yang terjaga ikhtilat dan terhindar daripada fitnah.

Husband faham parents dah penat membesarkan saya, mesti teringin tengok saya berjaya capai cita2. Alhamdulillah.

Tempat tinggal :

Saya memang tolak kalau sebumbung dengan keluarga. Tak kisah mertua atau keluarga sendiri.

Prinsip saya, rumahtangga kena berdikari. Biarlah sewa bilik sebelah rumah parents pun, asalkan kita kontrol sendiri. Nak manja2 ke nak bercekau ke bebas dalam rumah sendiri.

Saya tak nak hadap k0nflik menantu-mertua yang macam selalu orang cerita tu. Jadi sebelum kawin, pastikan dah ada tempat tinggal, sewa ke beli ke tak kisah.

Rupanya bukan husband je ok, tapi mertua saya pun suruh camtu. Awal2 dah sound lepas kawin pi hidup berdikari cari rumah sendiri . Fuhh lega.

Privasi :

Saya rasa bertuah adik beradik husband tak ramai. Bukan la syarat sangat sebenarnya, saya cuma nak ada sedikit privasi bila balik ke kampung mertua masa berkumpul ramai2 macam time raya.

Kena bersempit sebilik dengan ipar/ biras perempuan pun takpe, asalkan saya boleh salin baju, susukan anak & tidur.

Saya tak nak bertudung 24 jam sampai tidur pun bertudung kat ruang tamu, entah apa yang terselak dan dilihat lelaki lain dalam rumah. Bukan ke husband kena lindungi isteri?

Husband kata jangan risau dia memang ada bilik sendiri. Dia tidur luar tak pe, tapi isteri tak boleh. Tau dia taknak orang lain tengok bini dia tidur haha.

Tugasan rumah :

Dulu sebelum kawin pernah saja test dia “kerja rumah sebenarnya tugas siapa?” husband jawab “tau, suami.. sebenarnya isteri yang bantu suami bukan suami bantu isteri”. fuhh lega lagi.

Memang saya terus terang, saya tak nak jadi bibik. Dah lah sama2 keja. Alhamdulillah lega sebab suami memang ringan tulang. Masa saya jadi housewife kejap sebelum tukar kerja pun dia tetap buat kerja rumah sama2, urus anak pun sama2.

Anak :

Jangan suruh saya beranak rapat. Saya nak jarak sekurang2nya lepas penyusuan 2 tahun. Saya nak badan betul2 pulih dan bersedia fizikal mental. Saya nak anak dapat perhatian secukupnya sebelum dapat adik.

Ye saya tau rancang2 pun kalau nak jadi tetap akan lekat, tapi itu lain cerita lah. Kalau displin betul2 bab merancang tapi terlekat jugak itu dah memang rezeki. Tapi saya tak nak la merancang acah2.

Husband kena ambil peranan jugak, jangan harap saya sorang je kena plan, dah la ramai cakap pil ke cucuk ke pun boleh lekat jugak. Seriau kot.

Husband cakap kita cuba jarak 2-3 tahun sorang. Sama2 jaga displin. Dia pun kalau boleh tak nak rapat sebab dia jugak yang kena commit macam2.

Bukan setakat ongkos tapi cabaran nak besarkan anak akhir zaman ni kena ambil kira katanya, salah cara anak tak jadi tiket ke syurga tapi ke neraka.

Semua perkara ni saya deal sebelum kahwin. Memang tiada jaminan ia dipatuhi, ada je pasaangan yang berubah lepas kahwin tapi pada saya at least saya usaha dulu. Saya nak husband jelas dengan pendirian saya dan saya nak kata sepakat daripadanya.

Saya tak mau lepas kawin jadi sedih tak dapat nafkah, atau makan hati duduk dengan mertua, atau mengeluh stress kena urus rumahtangga sorang diri, atau penat badan mengandung beranak setiap tahun. Ujian masa depan saya serah pada Allah.

Kalau dia awal2 tak sependapat samada tiada peruntukan nafkah (duit poket), nak saya berhenti kerja, kena duduk dengan family dia,

Harap isteri buat semua kerja rumah, serve dia semua benda atau tak nak rancang anak sebab dia suka anak rapat ramai, sila lah cari wanita yang setuju dengan kehendaknya, yang pasti bukan saya.

Jodoh itu pilihan, bukan takdir semata2. Kita bukan terjaga daripada tidur tahu2 dah ternikah. Ini cara saya, saya cuma tak nak terlalu ‘gmble’. Doakan kami bahagia ke akhr hayat ye. Peace.

Apa kata warganet

Fadiyy mid, Sorg my fren agak naif, tunang bertahun2 tp jenis tak selidik, sbb dia rasa semua laki tau tgjawab lepas kawin.awal kawin dia stress laki lepas smua keja umah atas bahu dia guna alasan “tu kan keja org pmpuan”.tapi bab duit tau plak guna gaji bini.

Wife takmo jadi bibik bukan xnak buat keja umah..tapi buat la sama2.wife masak laki basuh pinggan.wife basuh kain laki jemur kain.laki mandikan anak,wife siap kan anak..giteww

Sue Zee, Sy plk..sebelum kahwin, awal2 sy tanya suami..lepas kahwin nak sy terus kerja ke..nak sy resign & duduk kat rumah je? Saja nak test..coz sy pernah jumpa lelaki yg beria nak bakal isteri dia jadi full time housewife. Kenapa entah..

Dgn selamba suami sy kata..”kerja la mcm biasa..mak2 kita ok je kerja sampai pencen, tak kan anak tak boleh kerja lepas kahwin”. Fyi..umur my parents & my parents in law sebaya, berkerja sbg penjawat awam & tahun dia org pencen pun sama. Tu yg suami sy tak heran kalau sy nak terus kerja sampai pencen..

Nasib baik suami sy ckp mcm tu..sbb sy ‘lemau’ kalau terperap dlm rumah..seminggu dua ok la..masuk minggu ke 3..uikssss..pening rasa..kalau dia tak izin kan sy kerja lepas kahwin, ok je tp dgn syarat dia kena bagi nafkah sebanyak mana gaji yg sy dapat tiap2 bulan & tanggung komitmen sy yg tak seberapa coz mostly sy dah settle down sebelum nikah. Ada beran? Tp semua tu tak terluah di bibir..hanya tersekat di kerongkong.

Alhamdulillah..lepas kahwin, even gaji sy lebih tinggi drp suami, tp suami sy tetap tunaikan tgg jwb sedia kan keperluan asas (mkn minum, pakaian, perabot & rumah yg selesa, segala bil dlm urusan rumah tangga semua suami yg tanggung) utk isteri dia ni termasuk duit nafkah, walaupun kadang tak tentu jumlah..ada lebih dia bagi lebih, kalau kurang tu sy ok je sbb sy bukan takde duit.

Tp sbb tu tgg jwb suami kan..berkaitan nafkah ni bukan isteri yg minta tp agama yg suruh bagi sbb tu hak isteri. Banyak @ sikit..bukan isu, ikut kemampuan suami masing2.

Cahaya Aishah, Dalam berkawan dengan bercinta tak perlu jadi f4ke people….biar berterus terang daripada makan hati selepas kawen..biar bergaduh semasa berkawan daripada bergaduh selepas kawen suami tak beri nafkah tak beri tanggungjawab.

Itu kena ada bantu membantu tolak ansur toleransi..soalan confessor sama macam saya bukan ape nk pastikan yang kita bakal berkawen bukan nak main2 tapi serius.

Mawar, Saya setuju semua syarat awak.. Sebab semua tu dulu syarat sy jugak.. Alhamdulillah.. Suami ikut.. Suami Sy jenis income hari2 sebab berniaga.. Bab nafkah dulu suami bagi saya 1 hari RM5..

Sy tetap terima sebab Sy tau ramai isteri kt luar yg susah nk dapat nafkah dari suami.. Lagipun keperluan asas suami yg sediakan sy cuma bantu sikit2.. Sebabtu sy tak mintak berlebihan.. Sebab kita faham kemampuan suami dan suami da usaha yg terbaik..

Alhamdulillah.. Sekarang suami bagi saya lebih.. 1 hari RM10.. Sebab bisnes dia semakin baik..bagi saya tak kisah berapa janji suami ‘hulur’.. Itu juga salah 1 cara lancar kan rezeki suami.

Kak Ti comel, Tak duduk dengan mertua tapi semua hal rumah tangga mertua lebih tahu dari kita sebagai isteri memang makan hati gak. Huhu
Bukan ke susah senang dgn pasaangan. Dah kalau semua benda cerita kat mak sendiri, baik hidup bujang.

Nama pun perkahwinan tu perkongsian hidup. Teringin nak hubungan suami isteri macam arwh ayah & mak, tapi ujian masing masing Tuhan tentukan. Tabahla duhai hati. Sy respect syarat awak.

Aziefiezy, Saya bercinta lepas kahwin ok je. Masa tengah tunang tu berkenal-kenalan . Syarat macam ni saya bagi pada dia kalau betul nak kahwini saya. Jangan suruh saya berhenti kerja, dan saya cakap kita kena merancang nak dapat anak sampai saya dapat pindah sebab kami PJJ.

Alhamdullilah suami sangat memahami. Awal kahwin memang wajib bincang pasal nafkah, tak nak la ada k3s ungkit mengungkit belakang hari. Sebab bila dah bertahun kawen baru nak mtk, orang kata dah lambat.

So korang yg sakan bercinta tu, udah2 la bercinta. Bincang la bab2 ni, kot partner setuju alhamdullilah. Kot dia tak sanggup, lupakan jela.

Shikin Ilyas, sebab tu sbnrnya tak perlu pun bercinta sblm kahwin.. kalau dah bercinta dulu, segalanya jadi buta.. segalanya ku terima.. konon cinta blh merubah segalanya.. tak semestinya.. kalau boleh berubah pun, jenuh makan hati dulu la..

bila belum jatuh cinta head over toe, baru blh fikir dgn lbh rasional samada lelaki tu sesuai atau tak utk jadi patner hidup kita, ayah anak2 kita.

Fairuz Ashikin, Bab jaga aurat tu alhamdulillah saya pun syukur family suami sudi share bilik sesama perempuan. Dlm family suami, dua dah kahwin. Suami saya dan adik perempuan dia. Kami perempuan ni berkumpul dlm satu bilik tidur sama² dgn anak2 hehe. Suami tido bilik lain.

Zakh Kefli, Spektualnya sama macam apa saya plan. Dulu masa zaman belajar, kalau org kenen2 usik saya cakap siap2, sanggup ke bagi 50k (padahal ni tersirat ja, nak cari yg betul serious) sampai saya kene perli minah 50k.

Skrg tengah ke arah tu, saya dah cakap awal2 saya taknak jadi bibik, even dari kecil mak dah ajar buat kerja rumah., saya taknk duduk rumah mak atau mertua, dan jgn sesekali jadikan saya suri rumah sepenuh masa (walaupun ini cita2 saya dari kecil) hehehhe..

Selagi kita usaha untuk ada income sendiri, tak salah jadi mata duitan bila nak berlaki. Hidup kita, kita tahu kita nak apa, untuk masa depan and family.

Sumber – Pensel Kaler Merah (Bukan nama sebenar) via IIUMC