Jiran suka c0p parking. Aku tersalah park tempat dia, aku disihiir smpai keguguran

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Sudah lama aku ingin ceritakan. Tapi asyik tertangguh sahaja. Bukan apa mesti ada yang terfikir zaman milineum ini masih wujud ke manusia yang bersahabat dengan ibliis. Aku sendiri pun tidak sangka akan terjerumus dalam kisah ini. Sebelum itu aku hendak beritahu dulu latar belakang aku. Aku dilahirkan dalam family yang berlatar belakangkan agama. Ayahku seorang ustaz. Bukan ustaz kaki lima ye.

Ayahku merupakan lulusan dari UKM jurusan Perundangan & Syariah. Jawatan terakhir ayahku “PENGETUA SEKOLAH MENENGAH”. Ibu plak surirumah sepenuh masa dan seorang yang sangat titikberatkan tentang agama pada kami adik beradik.

So, boleh tahu la mcmn ye. Aku plak merupakan bekas pelajar “SMKA” dan juga graduan dari salah sebuah Universiti Tempatan.

Aku tidak mahu cerita pasal familiku sbb tidak ada kaitan dengan jiran-jiran aku. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahayamata lelaki. Alhamdullillah sebab mendapat suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Aku tinggal di Selangor. Alhamdullillah selepas mendapat anak ke 2, suami dapat beli rumah sendiri. Sebuah rumah Apartment. Gembiranya tidak terkira impian nak ada rumah sendiri termakbul.

Masa tu aku lihat jiran-jiran dengan mata kasar baik dan positif la. Selepas hampir 6 bulan tinggal dirumah sendiri baru nampak perangai negatif jiran-jiranku.

Lupa nak bagitau rumah aku di tingkat 1 sahaja. Yang bermasalah jiran yang tinggal ground floor. Parking awam jadi hak milik mereka. Lagipun ni Apartment bukan Kondo. So nak parking mana2 adalah bukan milik siapa2.

Bermulah mimpi ng3ri aku sekeluarga sbb aku pegi parking kete depan rumah jiran ground floor. Korang tau tak tengah azan maghrib berkumandang dia datang buat bising ketuk2 pintu rumah aku. Dah la aku penat balik keje so aku suruh laki aku yang tanya dan settlekan.

Yang datang tu si perempuan Ibl1s tau. Dia cakap aku parking kete tempat dia. Ehhhh….parking tu awam so tiada milik siapa2 ada hati nak ngaku sendiri punya. Laki aku jenis cool so dia suruh lepas mandi dan solat maghrib pegi alih. Aku ikut je wlaupun tidak puas ati.

Rupanya kisah pasal parking kete dijadikan isu besar oleh jiran 1blis aku tu. Sebenarnya aku dan suami tidak tahu pun kami disiihir. Tapi mula rasa selepas aku lahirkan anak yang bongsu pada tahun 2013. lepas habis pantang Allah tunjuk satu2. Yang paling teruk kena suamiku la.

Untuk pengetahuan semua suami aku ni jenis tidak bersos**l. Hidupnya hanya ditempat kerja dan rumah. Nak kemana2 mesti bersama-sama. Jenis lembut orangnya. Susah nak tengok dia mrah tapi seorang suami dan ayah sangat tegas.

Jenuh berubat gak. Tapi selalu pegi Darul Syifa’ (anak murid arwh Dr Harun Din). Siap panggil ustaz2 darul syifa’ datang rumah lagi. Buat pagar rumah dan baca yassin.

Masa tu masih tidak tahu jiran Ground Floor tu yang buat sihiir. Tapi lama2 keluarga aku huru hara. Hidup tak tenteram kalau kat rumah. tapi bila pegi keje ok je. Akhirnya kami jumpa sorang “Hamba Allah” ni. Dialah yang banyak tolong dan ajar macam mana lindungi diri.

Lepas tu satu2 aku tahu jiran ibliis ground floor tu bela apa. Macam-macam ibliis set4n. Ada hntu raya, pen4nggal, pelesit dan toy0l pun ada. Patut la laki bini kerja gitu2 tapi hidup mewah rupanya ada income sampingan dari si Toy0l. Tapi aku dan suami tak ada plak nak pegi ser4ng.

Kami memang serah betul2 bulat2 kepada Allah sahaja. Tapi yang tak best anak2 pun diaorang buat. sedih sangat sbb anak no 2 si laki jiran tu pegi pkul lepas geram kat anak aku.

Salah urat skit kat leher anak. Tapi mcm biasa aku dan suami macam orang b0doh je tak ada nak buat report atau apa. Tentu tertanya2 mcmn kami tahu. Anak sulung nampak kelibat laki jiran tu pkul adik dia. Kesian anak2. sedih tak payah cakap.

Bukan itu sahaja, aku kehilangan 2 anak dalam kandungan akibat perbuatan jahat jiran ibl1s ground floor tu. 2 kali gugur kandungan dah nak masuk 4 bulan. Aku kena tahan diw4d selama 3 hari 4 malam sebab kali ke 2 gugur ada masalah.

Bayangkanlah diaorang s3ksa hidup aku dan tambah kesedihanku. Apa yang mistik uri2 anak2 syurga aku seperti dikoyak2 sampai doktor pun naik heran.

Ye betul aku memang tahu angkara suami isteri jiran 1blis ground floor tu…Sedih jangan cakap la. Tapi aku pujuk diri aku takde rezeki. syukur nyawa masih ada sebab anak2 aku yang 3 orang masih perluukan aku.

Suami memang betul2 marah tapi apa kami boleh buat. Hanya diamkan diri dan berdoa agar Allah bagi pembalasan yang dasyat kepada mereka tu.

Sabar pun ada batasnya. tapi tu la sbb yakin biar Allah yang balas so 5 bulan lepas anak aku kena pkul, laki jiran ibliis aku tu m4ti kemlngan. Aku pun tak tahu sebenarnya. Almaklumlah kami suami isteri kerja dan tak nak ambil tahu hal2 jiran2 kat situ. Punya la bersyukur.

Akhirnya Allah dengar rintihan kami…..syukur sangat2 sebab jiran tu balik kampung dan dah tak tinggal area rumah aku…..

Ingatkan dah settle. Rupanya belum lagi. Allah betul2 duga kami sekeluarga dengan jiran2 ibblis aku. Nanti kita sambung lagi. Yang ni Jiran ibllis aku lagi dasyat lagi ilmunya. Patut la diaorang kawan baik.

Apapun terjadi kena yakin bahawa Allah sahaja yang melindungi kita semua. Jangan sesekali Bersahabat dengan Ibl1s dan set4n drjana.

Apa reaksi warganet

Keet Salleh, sambung lagi cerita puan..teringin nak tahu.. Baca kisah puan teringat sorang hambaAllah yang selalu hantar confession rumah bernombor kat Fiksyen Syasya dulu..sampai skrg pun masih tertunggu2 dia sambung cerita..harap puan tersebut dan puan sendiri sekeluarga sentiasa dilindungi Allah SWT. Aamiin.

Senora Haznina, Aku je ke yg rasa confession ni semacam je? Start pada dia tulis huruf besar jawatan ayah dia pun dh semacam. Mention pulak latar belakang family yg kuat agama.

Then bila mention suami dia jenis tak bersosial duk rumah, apa yg jd lepas tu kt suami dia sebenarnya? Dia cuba bgtau org yg bersosial je ke yg akan kena siihir ni? Herm, pengajaran yg aku dpt dari confession ni ialah bukan sifat ibl1s je yg kita kena jauhkan. Tp sifat holier-than-thou pun kena buang jauh2 juga.

Jeeda Lee, Buat malu je jadi ank bekas pengetua sekolah lulusan agama dan diri sendiri mengaku lepasan SMKA kalu begini cara bahasa menyumpah dan bahasakan org lain dgn kata2 yg keluar bkn dari org yg berlatarkan keluarga dan lulusan agama. Kalau tengok gaaya bahasa dan tuduhan dua kali lima je dgn jiran tu. Skg ni jiran lain pulak dituduhnya sih1rkan dia. Rasanya penulis ni yg bermasalah bkn jiran2. Wallualam

Nadrah Saadan, Bwk2 mengucap kak. Kalau sungguh salah tuduhan akak ni, berat nak ditanggung di akhirat kelak. Seram baca. Semuanya sangkaan belaka.
Paling seram, bukan main bersyukur akak bila suami jiran tu mngal. Allahuakbar… Bergembira di atas kedukaan org lain..semoga dilapangkan hati kita semua bila diuji.. aminn

Amalia Mohd, Ibliis ni satu jer tujuan dia tak m4ti lagi.. mengalih kebergantungan dan kepercayaan kita dari Allah SWT. Lain org lain dugaannya.. apa kah agaknya ujian untuk tt? apa yg diuji .. kalau berkali kali ??.. sayang nya Allah pada tt tampak sekali.. tapi tt tak paham paham lagi.. tu yg terus terus diuji benda yg sama. Itu yg kami yg tak berapa pandai agama ni kata muhasabah diri… mungkin ujian keatas tt is on ujub..orang yg pandai agama ni.. ujian dia level lain. Semoga ketemu bahagia dunia dan syurga akhirat.

Rad Bilayati, Mmg ada ilmu siihir menyihir ni tapi seeloknya jangan la tuduh menuduh..saya sendiri penah hilang phone baru beli 3 hari masa sekolah dulu..orang petua baca surah yasin 44 kali untuk tau sapa yg curi..malam tu saya mimpi kawan baik saya sendiri yg curi..lepas tu saya mintak nasihat ustazah..dia cakap x perlu percaya tu mungkin mainan tidur je..

Kalau saya jenis nak cari gaduh, mesti saya percaya dengan mimpi saya tu..tapi saya pilih untuk anggap mimpi tu mainan tidur (ye la kalau dah sebelum tidur asyik fikir mmg la akan terbawak sampai dalam tidur). Redha je la..dan move on..

Itu yg baca yassin sampai 44 kali tuh
Klu setakat jumpa bomoh segala bagai tu lagi la x payah pecaya..kalau tuduhan tu salah, Allah berat dosa tu. Start dari pengalaman tu, saya mmg x pecaya klu orang tu tuduh2 orang lain siihir..sebab benda tu totally diluar pengetahuan kita manusia yg lemah ni..berubat tak salah tapi jangan tuduh menuduh.

Nazuha Nana, Maaf sis, sy faham je org kena siihir mcm mana tp dlm cerita sis skrg ni, sis lgsg xde bukti yg jiran tu sih1rkan sis.. Tp yg paling sy xboleh accept sis mengibl1skan org senang2 je.. Klu betul sis dr keturunan yg baik2 dan kuat agama, rasanya sis xkan nak sesuka hati mengibl1skan org… Dah la tu, lepas jiran tu pindah, sis tuduh plak jiran lain… Sy rasa sis yg xboleh duduk dictu…klu benar tekaan sis tu, Cr la rumah lain, pindah saja…

Nurul Hidayah, Anda yg menulis ni bertaubat dan berubahlah. Adat di tempat baru..kena tahu cara di tempat tu. Bukan nak menegakkan jiran 1blis tu.. Tp kalau dah memang dr dulu dia parking tmpat tu tetiba kau orng baru dtg ambik tempat dia walau tmpat tu awam, mmg marahla dia. Hormaatilah sesama jiran tetangga.

Nabi pun sangat menitik beratkan hal ini. Benda kecik mcmni pun kau nak tulis dlm ni. Meh aku ajar.. Kau minta maaf dan cari tempat lain. Kalu aku jd tuan tanah ni.. Aku cari rumah landed tanah. Terus ada tmpat parking sendri. Nasihat untuk diriku dan dirimu.. Mari kita lebih banyak cari kelemahan sendiri berbanding kelemahan jiran.

Azreen Yaakob, Sy agak kurg selesa dgn panggilan ibli1s tu. Sy bersimpati diatas apa yg berlaku. Tapi, tak kira siapa pun yg menyihir.. semuanya atas izin Allah dan terjadi hanya dengan izin Allah. Semoga awk dan keluarga baik2 sahaja. Semoga Allah menurunkan pertolongan buat awk sekeluarga.

Ashira Ruslan, Awak ni mcm terlalu negatif je.. Xpayah la mention jawatan kerja apa. Sbb kalo mak bapak jaga baik awak pon xda lah nak cita kat sini.. Ni kang awak baca komen lg mendidih drah. Pastu up confession baru.Sure ke dia buat. Xkan pasal parking je kot.. Mesti ada benda lain yg buat dia naik angin.

Siti Aisyah, Tak payah cerita kat sini kak cerita macam ni, orang tak kan tahu apa yang akak alami. Akak menulis dengan penuh emosi, melemparkan tuduhan2 tanpa bukti. Tak baik kak. Walaupun betul orang tak kan faham. So akan simpan la cerita ni. Akak orang beragama bijak pandai. Fikir2 kan dulu.

Sumber : Dayna Idaman (Bukan nama sebenar) via IIUMC