Jnazah tu belum lg dikebumikan, dh sibuk cerita psl harta. Anak ksyangan arwaah lngsung xdpt harta tu

Foto sekadar hiasan. Aku Sofea. Bukan nama sebenar. Berusia 24 tahun dan merupakan Pelatih Dalam Kamar di sebuah firma guaman. Matlamat aku jelas, aku nak buat litigation. To be specified, criminal litigation. Tapi, dalam zaman PKP ni, aku rasa aku kena venture banyak lagi area of law. At least, kalau aku terduduk ekonomi pun jatuh, aku boleh survive dengan ilmu dan pengalaman yang aku ada.

Boss aku a.k.a master aku ni pun bijak. Dia tarik saja aku masuk dalam bidang general litigation dan salah satu anak kepada general litigation ialah melibatkan harta pusaka.

Masa zaman law school dulu, aku dapat C saja. Antara survive tak survive lah juga masa tu. Ye la, macam aku kata tadi, aim aku ialah to be a criminal lawyer.

Apoi pula masalah aku nak kena fokus benda yang tak ada kena mengena dengan area of law yang aku nak. Huhu.

Balik semula kepada cerita harta pusaka ni. Bila aku masuk dalam bidang harta pusaka, ya Allah, kemain banyak ye ragam. Banyak yang sampai aku rasa eiii, kerasukan, ketamakan, ketidakadilan, penindasan, ketidaksefahaman tu memang berlaku.

The real one. Sampai la satu hari aku dok termenung dan fikir balik masa zaman nenek, atuk, pakcik dan makcik belah ayah aku meninggaal.

Ya wei, adik beradik ayah yang so-so saja jaga mak ayahnya pun tetiba muncul zassssssssssss timbul kata FARAID ye.

Tapi yang aku nak cerita ni ialah mengenai pakcik aku (selepas ini dirujuk sebagai “Ali”).

Ketika Ali meninggaal dunia, Ali telah meninggaalkan seorang (1) isteri, seorang (1) anak angkat lelaki, dua (2) orang adik beradik lelaki dan empat (4) orang adik beradik perempuan. Aku ingat lagi, masa tu aku duduk dekat tepi rumah.

Pastu aku terdengar la mak long dengan mak ngah aku sokse ksoksek cakap pasal harta si Ali ni sedangkan jenaazah Ali tu masih terbaring kaku lagi dekat dalam rumah.

Ei, ikutkan hati aku, nak saja aku jawab “Jenaazah tu belum lagi dikebumikan, dah sibuk cerita pasal harta.” Tapi tu lah, nama pun NAK, tapi tak tercapai pun hasrat tu. Aku mengadu dekat mak aku saja la.

So, selepas kejadian semua tu, tibalah hari di mana mesyuarat adik beradik ayah aku, isteri Ali dan anak angkat Ali tu berlangsung. Kau tahu apa jadi?

Seperti yang dijangka, adik beradik perempuan si Ali tu dah mula mengira ngira bahagian dan jumlah wang yang dorang akan dapat.

Ayah aku ketika itu pentadbir harta pusaka (dilantik secara sepakat oleh adik beradik) bagitahu apa yang perlu di buat etc.

Disebabkan tak ada timbul cadangan mengenai harta perlu dibahagikan secara sama rata, maka kata sepakat membawa mereka untuk melalui faraid dalam pembahagian harta pusaka Ali.

Jadi, isteri Ali dapat bahagian, begitu juga dengan adik beradik ayah aku. So, siapa yang paling ksian dekat sini?

YES, ANAK ANGKAT ALI (selepas ini dirujuk sebagai “Ezam”).

Ezam ni anak ksayangan Ali. Yang ketika itu berumur 16 tahun. Yang dijaga oleh Ali dari umur budak ni seminggu. Tak dapat apa-apa langsung dari harta pusaka Ali. Sebab apa? Sebab dia anak angkat.

Truth to be told, aku terfikir, adik beradik ayah aku memang tak terfikir nak bagi saguhati sikit ke dekat Ezam.

Ye la wei, budak ni belum lagi capai usia 18 tahun. Masih sekolah. Adik beradik bila dapat bahagian masing-masing, semua zasss lesap saja macam tu. Cuma aku salute la dengan ayah dan pakcik aku sorang lagi.

Dia supply sedikit duit untuk Ezam sehingga Ezam habis sekolah dan make sure Ezam buat lesen motor. At least, Ezam tak ada lah terkapai-kapai. Now, aku dah tak tahu Ezam dekat mana. Dia berpindah randah.

Mesti ada yang tertanya-tanya, isteri Ali kenapa tak jaga Ezam?

Sebenarnya, ini isteri Ali yang kedua. Isteri pertama dulu dah meninggaal dunia. So isteri Ali ni pun tak berapa rapat dengan Ezam berbanding dengan isteri pertama Ali dulu. Lagi satu, faktor aurat. Kena ambil kira juga eh.

Korang, kalau la aku ada ilmu pasal pusaka ni dari zaman sekolah, mesti aku dah advise Ali mengenai perancangan pusaka masa dia hidup. At least dia boleh la buat hibah ke wasiat ke untuk Ezam.

Nak kata tak ada duit, masa hidupnya duit berkepuk untuk hire lawyer/ majlis agama islam / service provider untuk sediakan dokumen-dokumen yang boleh menjamin kehidupan Ezam. At least tak ada la Ezam merempat sana sini.

Aku rasa, masyarakat kita patut dah tahu pasal hal-hal begini. Dan aku rasa one day ia akan menjadi tanggungjawab aku untuk spread the awareness ni.

Kalau korang okay, nanti aku nak sambung menulis Ragam Pusaka Part 2 yang berkisarkan k3s-k3s client yang maha dahsyat yang pernah aku attend sepanjang menjalani tempoh latihan dalam kamar ni.

Sambil sambil tu, aku boleh juga ajar cara nak uruskan harta pusaka kalau orang yang tersayang korang dah tak ada.

Ilmu ni penting eh. Jangan pandang sebelah mata eh. Adios

Part 2. Sofea kembali lagi dengan cerita dan ilmu baru. Cerita ni panjang, so sorry kalau korang rasa urghhh malasnya nak baca.

Haritu aku godek-godek la google drive firma. Sebab sekarang aku tengah draftkan satu kertas kausa mahkamah untuk anakguam dapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir.

Tiba-tiba, ternampak la satu nama file ni yang aku rujuk sebagai “Che Nom”. Che Nom yang telah kemaatian suaminya, Encik Bakar dalam satu kem4langan di tempat kerja.

“Encik Halem (boss aku), saya nak rujuk k3s Che Nom ni taw.”

Godek punya godek, mulut aku terus sebut WOW bila tengok Senarai Aset dan Liabiliti yang ditinggalkan oleh arwaah suami Che Nom.

“Gila kaya”

Aku terjerit.

Mungkin Encik Halem dengar kot. Dia pun datang duduk kat kerusi depan aku.

“Tahu tak, Encik Bakar ni berpoligami. Tapi nama isteri kedua tak ada dalam kertas kausa sebagai waris-waris kadim.”

“Eh, kenapa?”

Rupanya, perkahwinan kedua Encik Bakar tidak didaftarkan.

Ah, sudah. Kiranya selepas kemaatian Encik Bakar, isteri kedua dan anak-anak dari perkahwin kedua tak boleh nak tuntut apa-apa la UNLESS dapat kemukakan dokumen sokongan atau apa-apa bukti bahawa mereka sudah berkahwin.

Lagipun dalam kertas kausa mahkamah, memang kena exhibitkan dokumen-dokumen sokongan. Kalau ada dokumen tak cukup, masa pendengaran (hearing) k3s, memang kena reject. Cedihhhh T-T

Tapi yang bagusnya Che Nom ni, walaupun tak masukkan nama isteri kedua dan anak-anak tirinya, Che Nom tetap bagi saguhati berupa wang kepada mereka. Cuma, aku tak pasti berapa jumlahnya.

Wahai para lelaki sekalian alam yang berniat nak kahwin kat sempadan ke kahwin dua ke tiga ke empat ke tapi tak nak register perkahwinan,

Tahu tak, bila kamu tak register perkahwinan, isteri dan anak-anak kamu tertindas dalam hak mendapatkan harta pusaka?

Tahu tak, keluarga seperti ibu bapa, adik-beradik pun boleh ada hak ke atas harta pusaka kamu?

Tak ksian ke dengan orang yang di awal perkahwinan berjanji nak hidup semaati tapi bila kamu meninggaal dunia, you left nothing for them?

So, aku nak suggest beberapa solution untuk korang semua yang masih hidup:-

1) Wasiat Harta (effective setelah maati)

Ni, kau rilek kejap. Kemarahan aku tiba-tiba naik mendadak bila aku ingat semula masa kecik-kecik tengok drama melayu, papa maati kemudian tetiba lawyer datang rumah, buka satu dokumen dan baca,

“Encik Hafiz (papa yang dah maati) telah mewasiatkan 2/3 harta pada Fahri (anak kandung papa) dan 1/3 harta akan diwarisi oleh Furqan (anak kandung papa).”

Datang pula si mak yang gila cakap, “KENAPA I TAK DAPAT APA-APA?”

Ni, tanam dalam pemikiran masing-masing. Wasiat harta ini terpakai kepada individu yang bukan ahli faraid namun terhad kepada 1/3 bahagian dari kseluruhan harta sahaja.

Siapa individu tersebut? It could be anak-anak yatim, anak angkat, anak luar nikah, majlis agama islam (jika hendak diwakafkan).

Ada situasi di mana wasiat harta terhad 1/3 bahagian dari kseluruhan harta diberikan kepada mana-mana waris faraid NAMUN persetujuan ahli faraid yang lain diperlukn.

So, kalau sorang tak setuju, jeng jeng jeng………. apa maksudnya kawan-kawan? I cant hearrrrr you……. Oh yes, maksudnya wasiat harta itu tidak terpakai. Bijak

Korang rasa tertipu dengan drama melayu? Mestilah kan. Sebab aku rasa tertipu.

Kau bayangkan, aku ni nampak bodoh tiba-tiba depan Encik Halem bila aku dapat tahu benda ni, sebab reaction muka aku macam SERIOUSLAHHHHH. Kemudian sanggup Encik Halem keluarkan duit untuk beli buku, biar aku baca.

2) Wasiat Pentadbiran (effective setelah maati)

Wasiat pentadbiran ni senang saja nak faham. Masa kau hidup, kau tengok lah mana anak-anak kau atau sahabat atau keluarga kau yang boleh kau rely on.

Kau tenung muka dorang lama-lama. Kau fikir masak-masak, adakah wujud dalam kalangan mereka ni yang jujur, boleh diharap dan boleh urus harta pusaka kau once kau dah meninggaal nanti.

Caranya, kau appoint sorang, kau cakap kat dia, “Beb, aku lantik kau jadi pentadbir harta pusaka aku bila aku dah maati nanti. Tolong ye uruskan apa yang patut.”

Lagi elok, lepas kau bagitahu dia, kau terus tulis untuk direkodkan sebagai satu dokumen.

Kalau kau ragu-ragu nak buat sendiri, sekali lagi aku nak syorkan kau pergilah mana-mana law firm yang buat service ni/ service provider kat luar sana untuk buatkan. Kos tak sampai RM250 pun sekali dengan wasiat harta tu.

Kau fikir kat dunia ni tak ada ke orang nak bergduh sebab nak jadi Pentadbir Pusaka? Ada wei. Tengok saja la k3s Abam Bocey tu wei.

Tapi, suka aku ingatkan, kalau ada keluarga yang masih ada anak-anak bawah umur atau OKU, pentadbir mestilah sekurang-kurangnya dua orang dan maximum adalah empat orang.

Ni memang dah termaktub dalam akta taw. So, kalau dalam k3s camni, carilah at least dua orang taw

3) Wasiat Amanat dan Pesanan

Ini kacang saja. Kau tulis saja apa yang kau nak orang sekeliling kau buat.

Contohnya, “Nanti daddy tak ada, daddy harap mummy tak kahwin lain. Untuk Ammar, tolong siram pokok bunga kat belakang rumah. Izzah, daddy berkenan sangat dengan Dollah tu. Kamu nanti cecah umur 18 tahun, kamu kahwin dengan dia ye.”

Korang, ni hanyalah amanat dan pesanan saja. Kalau korang taknak ikut pun tak apa. Tak kena cop isteri dari neraka atau anak derhaka pun. Jangan risau okay

4) Hibah

Psst. Aku kat sini bukan nak cakap pasal takaful ke atau apa eh. Aku tak jual pun, jangan risau Aku nak cerita pasal Hibah harta.

Hibah harta yang aku maksudkan di sini ialah harta yang telah habis bayar. Tidak berhutang. Bukan harta bercagar, bukan Hibah Amanah. Golongan yang kurang mendapat ksedaran mengenai ni ialah golongan tua. Macam k3s Encik Bakar, suami si Che Nom tadi lah.

Aku selalu advise golongan orang tua / pasangan yang tiada anak lelaki untuk hibahkan harta kepada anak-anak mereka. Tapi dorang takut.

Ye, takut kena halau dengan anak-anak bila anak dapat harta tu. Ye la, kau fikir menantu saja jadi hantu? Anak pun boleh jadi hantu ye.

Suka aku ceritakan bahawa kalau hibah harta kepada anak kandung atau cucu kandung, pemberi hibah boleh tarik balik hibah pada bila-bila masa dan dengan syarat geran jangan tukar nama lagi la. Lek lek saja.

Contohnya, ada satu masa Encik Bakar cakap, “Fahmy (anak dari perkahwinan kedua), babah hibahkan rumah ni kat kamu.” dan Fahmy pun cakap, “Okay bah, Fahmy terima rumah ni dengan rela hati.”

Eh eh, after 2 months, Encik Bakar cakap, “Fahmy, babah rasa kamu cari la harta lain. Babah nak rumah ni balik.”

Zaaaaasssss, maka hibah tu batal serta merta.

Macam mana pula kalau nak hibahkan harta pada individu selain anak kandung/ cucu kandung– sebagai contoh: isteri, menantu, biras etc?

Dengan cara yang sama jugak, kau sebut la apa kau nak sebut. Tapi suka aku ingatkan, golongan ni, bila kau dah hibahkan harta kau, kau tak boleh tarik balik UNLESS dengan persetujuan mereka.

“Nom, abang nak ambil balik rumah ni ye Nom. Boleh ke?”

“TAK”

Kalau tak, maksudnya tak boleh la. Bini garang macam harimau (gurau saja), ada hati kau nak tarik balik hibah. Podah. Tapi KALAU dia bersetuju, maka hibah itu terbatal.

Macam aku cakap tadi, zaman sekarang, apa pun kau buat, elok lah kau buat documentation, dapatkan dua orang saksi lelaki kemudian sign depan persuruhjaya sumpah. Jangan lupa maatikan setem kat LHDN sekali. Manusia ni macam-macam ye.

Kau beri hibah kepada penerima hibah orally, buatnya ada anak beranak kau yang lain tiba-tiba bergduh cakap, “Kami tak tahu pun babah buat hibah kat kau, Fahmy. Kau mesti nak penipu. Kau nak bolot harta babah kan?” Ha… tak ke ksian si Fahmy tu nanti?

Fikir-fikirkan.

Amacam, sehingga sekarang, best tak ilmu ni?

P/s: Aku macam terfikir nak create satu email khas untuk korang menyuarakan kegusaran korang mengenai harta pusaka. Mana lah tahu kot ada yang malu-malu nak bertanya kat komen, boleh la email.

Aku boleh advise yang mana patut selagi mana aku tahu. Kalau aku tak tahu, aku boleh cari ilmu baru. Sama-sama belajar. Hehe. Apa pendapat korang?