Kak ipar berkali2 curaang, tp abg ttp syg smpaikn lps bceraai abg bg smua harta dia kt isterinya

Foto sekadar hiasan. 2 tahun lepas abang aku akhirnya berpisah juga dengan isteri yang dia sangat sayang dan kasihi setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga. Telah puas kami sekeluarga melihat air mata yang jatuh dan beribu usaha ikhtiar yang beliau lakukan demi menyelamatkan hubungan ini. Imbas kembali hubungan beliau bersama isteri tercinta yang aku panggil Han. Lawa orangnya, krus, putih, berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Seawal perkenalan tiada masalah besar yang melanda, abang memang menyayangi Han sepenuh jiwa dan raga.

Tidak pernah beliau berkira dari segi tenaga dan wang ringgit, malah tidak juga beliau merungut jika ada hari-hari tertentu Han merajuk begitu lama, setianya beliau memujuk.

Beberapa bulan sebelum bernikah, abang mendapat tawaran memasuki TLDM, satu rahmat dan rezeki yang tidak terduga.

Gembiranya kami sekeluarga mendapat perkhabaran ini, Han pun tak terlepas rasa gembira dan syukur, ada benar kata-kata bahawa pasti adanya rezeki yang datang ketika kita sedang berusaha mendirikan rumahtangga.

Untuk tempoh awal kemasukan, abang telah dihantar posting selama 6 bulan, dlm tempoh posting tu abang tak dibenarkan balik, hanya kami dan Han sahaja yang datang melawat.

Oleh kerana tarikh nikah abang clash dengan tarikh posting, jadi Han dan abang setuju untuk tangguhkan pernikahan diorang lagi 6 bulan.

So during posting abang selalu pesan dekat aku tolong tengokkan Han, apa yang tak cukup abang memang suruh aku belikan. Aku dengan Han pun rapat sebab kitorang CBN, jadi kawan-kawan pun lebih kurang sama saja, and social media pun kitorang follow each other.

Then, masa abang dalam posting, Han kantoi flirt and dating dengan one barista ni which is memang aku kenal, tapi tak panjangkan dekat abang pun. Her main reason sebab sunyi, tak biasa takda abang. I just nasihat dia and harap sangat dia boleh stop flirt and focus dengan abang.

Habis 6 months posting, diorang pun busy buat preparation kawin, hal kantoi tu sikit pun aku tak bukak mulut until malam sebelum nikah tu rupanya Han still dating dengan barista tu.

Ini pun tahu from kawan-kawan after abang selamat dah nikah. Maybe Han dah berubah lepas nikah? Nvm, doa kitorang seluruh keluarga selalu untuk abang dan Han. Happy sangat tengok abang bahagia dengan permaisuri hati.

Lepas kawin Han ikut abang pindah ke Melaka. Abang sediakan complete everything untuk Han, rumah kuartes tu lengkap perabot ape semua, kereta pun dia belikan baru untuk mudah Han bergerak dengan kereta kecik sikit.

Lepas kahwin abang memang suruh Han tak payah kerja sebab masa tu abang tak dapat penempatan tetap lagi jadi kalau kena posting jauh-jauh bolehlah bawak Han, kalau Han kerja susah pulak kena pindah randah.

So, sebab banyak sangat free time Han pun saja-saja buat bisnes florist and surprise delivery. Alhamdullilah laku jugak bisnes dia, aku yang tolong supply bunga-bunga dia tu dari KL.

Long story short, setahun perkahwinan diorang alhamdulillah bahagia takde dengar masalah. Abang dengan Han okay saja dekat Melaka, bila abang posting nanti Han balik rumah kitorang. Tapi rezeki anak belum ada.

Masuk tahun kedua, abang kena posting ke Sabah dalam 4-5 bulan mcm tu, so during posting Han pun rancak dengan business siap boleh join karnival, big event every month memang dia pun busy event sana-sini.

Kitorang pun selalu visit dia dekat Melaka, tolong apa yang patut. Everytime abang posting mesti abang akan tinggalkan belanja dalam 5k untuk perbelanjaan Han, ye la risaukan tinggalkan isteri sorang-sorang.

Satu hari ni, abang call aku waktu tengahari. Siap suruh aku tinggalkan kerja sekejap ada benda nak cerita. Ni first time dalam hidup aku abang call desperately nak cerita something.

Masa ni dia baru saja balik dari Sabah, and still dekat Melaka. So dia call tu dengan menangis teresak-esak,

He just found out that Han cheating dengan sorang lelaki ni, which is someone’s husband dan lagi sedih all these things happen bukan sebulan dua, dah 6 bulan even before abang pergi Sabah.

Abang cerita, dia tunggu 3 jam dekat KLIA tapi Han tak muncul bila call rupanya Han cakap tertidur, so datang amik abang pun muka tak happy tapi abang being abang, still layan his wife nicely tak syak anything.

His routine everytime balik dari posting mesti akan belanja Han ni shopping kaw-kaw, cakap saja nak apa.

Kalini abang belikan dia one set emas Habib. So after few days balik pun Han still tak layan dia sangat, busy keluar masuk settlekan bisnes and worst part siap tak balik rumah.

Bila Han balik, abang jadi polis pencen la tanya mcm-mcm but still Han tak layan and start bergduh. Dari situ kantoi semua bila Han mengaku dia dah takde hati dengan abang.

Her reason still sebab sunyi. Dia nak partner yang ada dengan dia 24 jam, bila dia sedih dia tahu nak cari siapa tapi abang kan posting jauh so dia rasa terabai.

Paling tak boleh terima bila hubungan kotor Han ni sampai ke bilik tidur, bersepah gambar Han check in berdua dekat merata hotel.

Abang cakap, ikut hati dia boleh panggil orang pkul lelaki tu tapi still tak boleh ubah dalam hati isteri dia. So abang bawak Han balik rumah her parents, depan parents pun Han still berkeras, kalau kena pilih, dia akan pilih his boyfriend instead abang.

Masa tu aku tak tahu hati abang dah hncur atau berkecai. Han and bf siap plan untuk berceraai dengan pasangan masing-masing then kawin.

Few months after the conflict, abang still tak ceraaikan Han, and bf Han suddenly tak jadi berceraai and balik dekat isteri dia semula.

So abang being abang, he keep doa doa dan doa semoga Han berubah. Tak berkurang pun layanan dia. 3 4 bulan saja diorang elok then Han buat perangai balik.

Kebetulan masa ni abang dapat naik pangkat dan duduk KL, end up diorang amik keputusan untuk tinggal berasingan tapi untuk abang ceraaikan Han tidak sama sekali, this time dia bagi ruang dan peluang dekat Han.

Cukup 6 bulan, Han sendiri yang failkan perceraaian dan kali ni, pertama kalinya mama bukak mulut nasihat dekat abang,

“Jodoh ni rahsia Allah, walau hebat mana usaha kita jika sudah masanya untuk berpisah kita kena terima, mungkin ada yang lebih bahagia Allah nak beri”.

Pagi sebelum pergi mahkamah, abang minta maaf banyak-banyak dekat Han, abang sebut satu-satu silap dan kurang dia, siap sebut ni semua salah dia sebab terima offer TLDM, tak adil untuk Han kena tinggal selalu. Sikit pun dia sebut kurang Han.

Kereta dan rumah abang dah tukarkan siap-siap nama Han, begitu juga dengan perbelanjaan, abang risau if lepas berceraai Han tak cukup duit nak survive jadi dia transfer sesiap untuk Han guna. Sedih sangat papa sampai tak boleh tengok abang pagi tu.

Selesai urusan perceraaian, abang pindah duduk dengan kitorang sementara nak beli rumah lain dan amik masa yang lama untuk abang recover.

One thing yang aku kagum dengan abang ni sifat sabar dia. Kalau aku, bukan kata sabar nak doakan orang yang camtu pun tak hingin tapi abang tak macam tu.

Dia percaya setiap orang berhak diberi banyak peluang sampai limit terakhir, even dah berceraai pun dia still berharap untuk rujuk semula dengan Han. Ada orang cakap dia bodoh tapi tu la, kasut kita semua pun size lain-lain, jalan cerita tak sama.

Untuk Han, semoga dikau menemui bahagia yang dicari-cari.

– Ainul Zaida (Bukan nama sebenar)

Ini antara reaksi pdas netizen untuk perkongsian ini. Ramai juga turut bersimpati.

Madam.Tak… Kenapa rumah dan kereta transfer atas nama wife yg curaang… Adui…ruginya.. Please jangan sksa diri la brother.. Mesti dia berharap si Han tu balik pada dia  tolong laaa sedar.. Tak guna berharap pada bekas isteri yang curaang tu.. Ramai lagi perempuan baik2 kat luar sanaaa..

Edit: si Han tu (atau Hantu) cantik bebenor la tu sampai abg confessor susah nak move on. Level2 instafamous ni. Dik, cakap kat abang awak.. Bukalah hati pada wanita lain. Serious talk, tersangat ramai wanita yang solehah, baik, berbudi pekerti di luar sana. Cuma mungkin tak secantik Hantu. Rupa takkan kekal. Lama kelaman akan layu. Tapi akhlak yang baik tu akan mekar kembang selamanya. Sampai maati pun orang sebut2.

Rein. Kereta, rumah semua transfer atas nama Han? Saya tahu abg awak baik, tapi terlebih baik juga kurang bijak.
Han cantik, ada rumah, ada kereta, ada duit, beratur lelaki akan try dia. Lebih teruk, ambil ksempatan pd ksenangan dia. Abg awak juga yg merana, menabur budi pada yg tak sudi..

Zulhilmi.Saya faham perasaan abang awak. Bila perempuan dah tiada hati pada kita, usaha lah macam manapun, susah untuk hubungan tu pulih seperti biasa. Ibarat kita satu langkah ke arah dia, dia pula akan dua langkah ke belakang. Saya faham perasaan tu.

Benda dah jadi, saya nak bebel panjang panjang pun takde semangat. Moga abang awak pulih hatinya, dapat maafkan diri sendiri, dapat ketenangan dalaman, dan dapat teruskan hidup seadanya.

Cik siti. Untungnya kalo dpt jadi kakak ipar awak  k3s abg awk mcm k3s abg sy dlu dgn ex tunang dia , jenis lapar perhatian lagi2 dari lelaki yg Komen pic selfie dia, semua xtvt dia kat fb sy pantau hahaha lps tu bgtau mak, perempuan mcm ni nk buat jadi isteri??

Memang tak lahh, lg 5 bln nak kawen dia mintak putus dia dah tawar hati dgn abg, dia blh ckp dia berkenan dgn supervisor tempat keje dia, abg sy sibuk keje cari duit hantaran utk dia ,dia main senang mcm tu mintak putus .

Sylah org paling happy even masa tu abg tgh frust menonggeng , Alhamdulillah abg sy jumpa pegganti & tetap kawen pada tarikh yg dia nk dgn ex dia tu.

Nk bagtau kadang2 Allah dah tunjuk perangai sebenar pasangan tu, tp sb sygkan dia, kita tutup mata, dgn harapan dia akan berubah selepas kawen.

Manusia xkan berubah kalo bukan dgn kerelaan hati dia sendiri. Apa2 pun solat istikharah tu penting utk kita buat apa2 keputusan dlm hidup.