Jnzah suami blm di kebuumikn, mak mertua minta smua dokumen hrta suami. Dia xbg aku guna duit arwaah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua… Admin tolong post luahan hati saya supaya di jadikan sebagai satu iktibar kepada semua pembaca terutama sekali para suami. Terima kasih kepada penulis kerana telah menyusun kembali luahan hati saya menjadi satu petikkan yang baik. Para pembaca yang dihormaati…Maati itu pasti tetapi kita tidak tahu bila dan di mana…

Sebelum kita di jemput ilahi, tunaikan lah beberapa kewajipan kita supaya dapat permudahkan urusan ahli keluarga yang masih hidup. Salah satunya ialah wasiat.

Wasiatkanlah nama pewaris yang berhak untuk menggalas amanah menjaga harta peninggalan dan zuriat kita supaya tidak menjadi rebutan selepas kemaatian kita nanti.

Mewasiatkan harta kita tidak akan merugikan sesiapa dan harta itu masih menjadi hak kita selagi kita hidup kerana ianya (wasiat) hanya akan sah selepas kemaatian kita.

Sanggupkah kita melihat anak dan isteri kita terpaksa menjadi pengemis untuk menggunakan hak mereka sendiri…?

Sanggupkah kita melihat ahli keluarga kita, mak, ayah dan adik beradik kita bermusuhan dengan anak anak dan isteri kita hanya kerana harta dunia sedangkan sebelum kita meninggaal kan dunia semuanya baik baik sahaja.

Baru baru ini saya telah mengikuti kisah perebutan harta antara balu seorang artis dengan ipar dan mentua nya. Tidak sangka ia belaku kepada saya sendiri.

Saya masih ingat lagi kejadian itu. Suami baru ‘pergi’. Jnzah masih ada lagi, mereka sudah bertanya tentang harta.

Mana geran geran rumah (2 buah rumah baru habis bayar)…?

Mana geran geran kereta (4×4 dan Estima)…?

Mana geran motor (motor besar dan Yamaha RXZ)…?

Mana sijil Insurance hidup aruwah…?

Mana kad kad bank dan buku tabung Haji aruwah…?

Sedikit pun mereka tidak bertanya kami anak beranak sudah makan ke belum sebab dari pagi uruskan jnazah di h0spital (saakit jantung).

Sedikit pun tidak bertanya kepada kami ada ke duit nak uruskan jan4zah mungkin kerana mereka lihat jen4zah dah siap di kapankan,

Sedangkan semua urusan kami sendiri yang selesaikan bukan pihak h0spital di atas permintaan anak anak dan sahabat aruwah ingin uruskan sendiri di rumah.

Anak anak aruwah dan saya sendiri yang ingin memandikan aruwah buat kali terakhir di rumah.

Tiba sahaja mereka dari kampung terus tanya tentang harta… Sedikit pun tak tanya tentang hutang piutang aruwah…

Saya serahkan juga semua yang diminta tanpa sikit pun bantahan… Sebab saya bimbang jika saya berkeras mereka akan bising bising sedangkan jen4zah masih ada…

Biarlah aruwah ‘pergi’ dengan tenang dahulu… Selesai sahaja urusan pengkebumian, terus mereka gerak pulang membawa kesemua dokumen tersebut.

Kata mereka biar lah di bahagi mengikut faraid. Mereka tidak tanya pun saya adakah saya perlukn duit atau tidak untuk belanja sebaliknya minta saya pula yang selesaikan pelbagai hutang aruwah.

Alhamdulillah, setahu saya aruwah tiada hutang peribadi. Jika ada ianya hutang syarikat dan saya akan selesaikan memandangkan SSM syarikat juga telah di tukarkan kepada nama saya selepas kali pertama aruwah diseraang jantung hujung tahun lepas.

Saya harap mereka tidak akan terkejut setelah buka file itu nanti kerana rumah, akaun di bank, kereta dan motor telah di hibbah, Dan di wasiatkan kepada saya sebagai pewaris dan pemegang amanah sementara anak anak saya cukup umur (3 orang anak lelaki berusia 11, 15 dan 17 tahun).

Sebenarnya, bukan tiada bahagian untuk ibu dan ayah aruwah. Aruwah masih ada KWSP sewaktu aruwah bekerja dahulu.

Memang saya sendiri yang melarang aruwah meletakkan nama saya dan anak anak sebagai pewaris kerana sebahagian daripada duit itu di carum sewaktu aruwah masih bujang iaitu sebelum bertemu dan berkahwin dengan saya.

Maka saya ingin duit itu di bahagi mengikut faraid jika berlaku sesuatu kepada aruwah. Begitu juga dengan duit di bank dan tabung Haji.

Memang sudah niat saya untuk menyerahkan sedikit daripadanya kepada ibu dan ayah aruwah memandangkan nama saya sebagai pewaris.

Mereka kata, bukan nak ambil semua harta tu daripada saya cuma mereka bimbang jika saya akan salah guna barang peninggalan aruwah sebelum ianya di faraid dan sama seperti kisah balu seorang artis yang mengambil sejumlah wang aruwah suaminya.

Tetapi bagi saya, tindakkan balu artis tersebut tidak salah kerana selama tempoh iddah, kita tidak digalakkan untuk kerap keluar daripada rumah supaya tidak menjadi sumber fitnah.

Jadi duit itulah akan di gunakan untuk menampung setiap perbelanjaan rumah ataupun membayar hutang piutang (jika ada) aruwah. Lebih lebih lagi jika si balu seorang yang tidak mempunyai kerja.

Sekarang sudah sebulan berlalu. Mereka masih lagi memegang dokumen tersebut. Saya pernah hubungi abang ipar bertanyakan tentang dokument tersebut.

Saya memerlukn duit untuk melangsaikan hutang hutang aruwah. Menurutnya dia ingin membawa dokumen itu berjumpa dengan peguam dan Amanah Raya untuk sahkan kesahihan wasiat tersebut.

Mujurlah saya ada simpanan peribadi sendiri dan beberapa utas barangan kemas untuk melangsaikan segala hutang syarikat dan beberapa hutang peribadi aruwah,

(Bil telefon, bil air, bil electric dan beberapa kad kreadit nama aruwah) kerana saya tidak mahu roh aruwah tersiksa kerana hutang sedangkan aruwah adalah suami, ayah dan anak yang sangat baik.

Jadi saya putuskan biarlah mereka ingin buat apa yang mereka mahu. Jika benar itu adalah hak saya, ianya akan kembali ke tangan saya jua. Doakan segala urusan saya dipermudahkan. Terima kasih.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah sedih ini. Nasihat merek buga berguna untuk kita para isteri.

Dahila. Teringat kata arwaah ayah sya semasa hidupnya sllu brkata biarlh miskin kt dunia byk2 harta pn takut jdi rebutan, slps maati nnti kita yg dh maati x blh buat apa dh dlm kubur tu,x pasal2 kita yg dh dlm kubur pn x tenang,itulh kata2 arwaah sllu semasa

hidupnya,arwaah ayah pernah ckp emas2 yg ada tu nk bgi kmi adikberadik perempuan tpi slps ayah meninggaal kmi x ambik wlu seketul emas tu kmi serah kt mak kmi,

kadang trniat dlm hati nk beli sebiji lgi rumah tiba2 je tringat pesanan arwaah ayah sya,sya jdi takut,fikir2 blik x pe lh cukuplah sebijik rumah,adalh tempat utk berteduh bila masa tua nnti

Ana. Bab ni …aku suka cara keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.. walaupun masing2 nampak gaya hidup mcm moden.. tapi mak ayah arwaah serah semuanya kepada Bunga. Tak ada sengketa.

Sangat mulia hatinya tak seperti yg nampak alim beragama tu. Nampak lebih faham agama dari yg mcm ustaz tu. Sesuatu yg perlu kita belajar dari kisah org lain

Rose. Allahuakbar, selepas kejadian arwaah artis tu msih gak ade yg smpi hati buat kt keluarga ank sndri…jadikn ler ikhtibar buat kita yg msih hidup…jgn lah jdikn harta menjadi sengketa diantara keluarga…WA Semoga sis n ank2 tabah n kuat utk mengharungi hidup…doa yg baik2 moga terbuka pintu hati mereka yg tamak harta….

Alfatihah kpd arwaah suami sis…

Noryati. Jgn risau….ikut hukum faraid, arwaah ada ank lelaki, 3 org pulak tu, maka saudara mara suami tiada hak atas harta tersebut kecuali bahagian ibu dan ayah arwaah sj sedikit….yg lain bhgian balu dan ank2