Kak ipar selalu bg alasan anak yatim utk dpt simpati perhatian mak. Smua mak masak hdang siap suap2 dia.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hi semua. Saya menulis di sini kerana tidak tahu kemana ingin diluahkan. Perkara ni selalu menganggu fikiran. Kalian mesti pernah dengar bertuah menantu yang dapat mentua & keluarga mentua yang baik serta menerima seadanya kan? Tapi kalau mentua & keluarga baik, menantu pula ambil kesempatan bagaimana? Kisahnya begini.

Abang yang paling rapat dengan saya berkahwin dan telah masuk setahun lebih usia perkahwinan. Seawal perkahwinan sehinggalah sekarang nampak perubahan drastik pada family saya.

Sebelum ini hubungan saya dengan mak ayah, dgn adik beradik sangat rapat, bergurau senda, makan bersama, berborak bermacam topik.

Sejak kehadiran menantu baru semuanya berubah. Mak ayah berlebihan perhatian pada dia.

Tiap kali menantu baru datang ke rumah mak ayah cedukkan nasi & lauk sedangkan saya ada berdekatan mak ayah tak pernah nak cedukkan atau suakan makanan.

Perkara-perkara kecil yang boleh dibuat sendiri olehnya sengaja susahkan mak ayah saya untuk menolongnya.

Mak ayah turutkan kerana mereka kasihan dengan menantu baru mereka yang tidak pernah ada kasih sayang ibunya sejak kecil.

Part kemas, cuci pinggan mangkuk urusan rumah saya yang buat, sampaikan pinggan dia pun saya cucikan.

Dia datang borak-borak dengan mak ayah kejap then masuk melepak dalam bilik bertiktok untuk promot business dia.

Selalu juga dia request mak ayah masakkan pelbagai makanan yang dia teringin nak makan, mak ayah turutkan saja siap berhidang perlu pula panggil dia untuk keluar makan.

Saya bukannya apa, kami sebagai anak pun tidak meminta itu ini kecuali mak ayah yang nak masak kerana kasihankan mak ayah dah lanjut usia yang sepatutnya hanya duduk berehat.

Jujurnya, sepanjang setahun lebih abang saya berkahwin, kakak ipar saya ini tidak pernah langsung dia bersama untuk membantu apa yang patut di rumah.

Berkenaan abang saya pula, memang sangat berubah kelakuannya. Abang melayan isterinya bagai menatang minyak yang penuh, ke mana sahaja diturutkan walaupun tempat yang diminta sangat jauh & memenatkan badannya.

Kerja seperti menyiang ikan, kerja2 rumah semuanya abang saya yang dibuat. Apa yang diperhatikan dia hanya menghadap handphonenya sepanjang hari.

Abang yang sangat rapat dengan saya, kini tidak lagi seperti dulu. Setiap kali nak berborak dengan abang, pastinya waktu itu isterinya akan menarik abang saya, menyuruhnya membuat itu & ini sehingga tiada ruang langsung untuk saya berbual.

Abang saya berubah sangat ketara, langsung tiada kemesraan & tiada lagi bergurau dengan saya. Kadangkala saya akan mendapat perlian & abang saya buat saya seperti tidak wujud.

Saya sangat terasa hati dengan perbuatannya, entah apa yang dibrain wash pada abang saya sehinggakan abang saya bersikap dingin seperti itu.

Saya perhatikan dia macam try hard cuba tarik attention semua orang. Waktu kami luang masa berkumpul berborak bersama keluarga, mulalah dia panggil abang atau mak ayah tolong dia buat itu ini. Bukan sekali dua tapi berkali-kali.

Apa yang lebih buruk ialah abang & mak ayah saya mula membandingkan saya dengan menantu baru tersebut yang membuatkan saya terkilan sedangkan saya yang membantu di rumah tidak pernah dihargai.

Saya agak kecil hati & apabila mereka datang ke rumah saya terasa ingin membawa diri jauh-jauh.

Jika ada sebarang cadangan untuk mengatasi masalah ini, bolehlah kalian letakkan di ruangan komen. Saya sangat memerlukn nasihat supaya keluarga saya akan rapat semula seperti sebelum ini.

Wan. Begitulah kebiasaannya bila mertua baik, menantu ambil kesempatan pula. Klu dah baik layanan tu sebagai menantu balaslah juga dengan baik. Sesekali bantulah kerja2 dapur.

Jgn sampai pinggan pun org basuh sbb layanan spesial. Pasal hubungan dgn suami dgn keluarga mertua tu, biarlah berjalan mcm biasa bukan kita jd penghalang hubungan mereka renggang.

Bila adik beradik nak bersembang biarkan. Suami sy klu jumpa adik beradik dia bersembang sampai pagi boleh.

Biarkanlah knp nak menggangu. Dia bukan jumpa selalu pun. Walaupun dah kahwin hubungan dgn keluarga tetap mcm biasa, tiada yg berubah

Nor. Bila dah kawen of course keutamaan seorang suami pada isteri dan anak2 sendiri.. Selagi abg jalankan tanggujwb sebagai anak, tak abaikn mak dan ayah, okay la tu..

Dia nk bawak isteri dia ke utara dan selatan tu hak dia, dia tolong buat kerja rumah, siang ayam ikan biar la nk ringankn beban isteri.

Kena terima hakikat masa kecik2, bujang n dh kawen takkn sama.. Tanggjwab tu dh bertambah.

Cuba bygkn klau mak sedara awak prngai mcm awak, nk control ayah awk untuk dorng je… Atau awk dh kawen dpt ipar prngai mcm awak. Nk control suami awak, apa rasa?? Grow up dik…

Mia.Bagus lahh mak ayah adik layan menantu baik2..

Doakan esok2 adik pun dapat mertua yg baik2, boleh layan adik baik2…. Mcm mak ayah adik layan akak ipar adik tu..

Ke adik nak esok2 keluarga mertua adik layan adik macam kuli kat rumah dorang????

Kalau nak, teruskan lahh cemburu buta tak tentu hala adik tu..

Nazirah. Kak n abg ipar dtg umh ibu ayah jela yg awk nmpak kan. Kalo ibuayah pergi umh abg, mcmna pulak layanan kak ipar? Kdgkala kita nmpak 10% x nmpak 90%.

Mgkin msa hjg minggu saja laki dia buat kerja2 umh, hr biasa dia yg buat smua laki balik kerja x pyh buat apa2 dh siap smua.

Bila hjg minggu laki ad, laki pulak tlg, bg isteri rehat pula. Sy pn mcmtu dlu laki sy kerja kalo kerja shift mlm, siang balik tido saja. So 1 siang dia tido, bgun mkn tngari.

Sy yg msak smbil jga ank kcik. Nt ptg dia bgun pg kerja esok pg balik, x smpat urus apa dh tido, main ng ank pn x smpat sbb trlalu mgntuk, smpai ank xnk ng bapaknye.

So hjg mnggu jela dia tlg jaga ank, suap ank makan, basuh baju n tlg msak simple2. Kdg tu wktu hjg mnggu tu kena pulak kna balik kg.

Mertua nmpak sy rehat saja suami kna buat mcm2 sy goyang kaki saja. Sy pn perlu rehatkan otak juga, bdan sy pn saakit2 juga dgn jga ank kcik fully bf. Dont simply judge