“Kau takde duit duk diam2” – suami bnci aku sbb aku xkerja, dia ckp aku hdup ats simpati je

Foto sekadar hiasan. Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua, thanks admin jika siarkan post ini. Aku Puan L, usia nak cecah 30 an, huhu rasa dah tua. Haha. Sekejap je masa berlalu. Dah kahwin, lebih 2 tahun la macam tu. Background keluarga aku B40 dan keluarga mentua M40. Adik beradik semua bekerjaya. Aku dan laki aku merupakan graduan. Laki aku tua sikit dari umur aku. So aku expect lebih matang. Aku berdrah mix, so memang cerah la, masa aku bujang memang ramai la peminat. Thanks pada mak abah yang dah membesarkan aku.

Perkenalan kami singkat je, maybe sebab dua dua dah banyak kali frust, family pun suruh je la kawen sebab laki aku kata dia serious.

Lagipun laki kata mampu je nak tanggung aku, aku tak kerja pun takpe. So aku pun berhenti je keje dekat kampung aku tu, ikot pindah ke negeri laki aku.

Majlis nikah pun simple simple je, resepsi buat lambat sikit. Part hantaran parents aku tak kesah, parents cuma nak tengok anak bahagia je.

Bermulalah kisah tragis hidup aku ni. Awal awal kawen dah drama, part duduk rumah sewa, sekejap je duduk situ, laki asyik merungut je.

Family aku jadi trigger la, kata mampu, ni bising bising pulak, baru tanggung aku sorang je kot.

Tak lama lepas tu, episod pindah masuk la rumah mentua, tapi mentua aku ni okay je.

Cuma mentua dengan mentua memang tak rapat la kot. Sepanjang aku kawen takde nak datang jengah jengah sesama ke ape. Call pun jarang jarang.

Aku ni dari awal tak nak dok rumah mentua ni sebab ramai sangat, dengan ipar duai, anak sedara lagi. Takde privacy la.

Tapi apakan daya terima je la. Laki kata bersyukur dari duduk bawah jambatan. Lama gak ambil masa nak adapt, sebab tido atas toto je. Bilik comel sangat. Huh. Rasa miskin.

Time time macam ni ingat tilam empuk dekat kampung. Aku boleh je tolerate bab ni, sebab katanya temporary je.

Tapi lama lama skit badan, mula aku bersuara, start ni dia persoal pasal aku tak kerja. Takde duit katanya, duduk je diam diam.

Sejak kawen, tak merasa aku bilik pengantin ke apa, sama je macam biasa. No special treatment. Nafkah zahir pun memang tak dapat la.

Kadang nak beli skincare ke apa, beli la sendiri guna duit yang ada, mentua aku pun agaknya kesian, dia kadang tanya nak apa apa, dia boleh belikan. Jangan diam je.

Personal needs aku sebulan tak sampai RM100 pun. Personal needs laki aku lagi banyak. Aku pun kadang pening bila takde duit nak beli.

Huhuhu. Part anak, awal awal kawen suami dah cakap suruh planning dulu. Sebab kata nak honeymoon dulu.

Aku pun lama lama dapat tahu la sebenarnya gaji suami ni kecil, tapi komitment dah 50%. Sejak kahwin, dia ni macam lebih kan family dia je, tu aku nampak la.

Asal ada duit je, macam semua nak bagi family dia. Bila aku tanya bab nafkah ni, dia cakap aku ni tak bersyukur.

Penat nak gduh. Aku diamkan je la. Sejak kawen, jarang jarang giler aku dapat balik kampung aku.

Sedih. Call pun tak boleh lama lama, laki aku cakap buang masa je. Lagipun takde privacy, nak borak benda sensitive payah, kena kuar rumah sikit.

Kemuncak drama bila tiba tiba je laki aku resign. Aku terkedu. Resign bodo bodo je orang kata, sebab resign tanpa duit simpanan, takde backup job lain.

Start ni, kerap gado, laki pun start cakap. Stress sebab takde duit nak bayar loan dan komitment.

Salah aku jugak ke? Siapa suruh dia resign melulu, tanpa bincang. Aku sabar je dan sabar. Bila aku luah dekat family, family pun suruh sabar.

Yelah stigma janda tu, lepastu dah janda tak bekerja pulak. Aku rasa aku macam membebankan. Menyesal kawen tu jangan cakap la, aku pun manusia biasa. Mesti terdetik jugak.

Adakah aku tersalah pilih suami. Lebih setahun jugak laki aku officially tak kerja, dalam masa tu macam macam la dia buat, bawak grab la, tapi kejap sangat 2 bulan je, pastu tak nak dah.

Lepastu nak buat pelaburan saham online aku tak sokong sangat benda ni. Sebab rsiko tinggi, lepastu mana nak korek model tu.

Entah siapa lah yang mengajar benda ni pada dia. Aku tak berapa nampak pun hasilnya. Duit hlang ada lah. Kalau berjaya, alhamdulillah.

Setakat ni adalah 1% je keuntungan, kadang takde langsung. Dan macam macam kerja on9, kami survive dalam tangisan sampai ke hari ini.

Sampai kadang tahap, jual barang barang yang ada. Tebal muka asyik nak harapkan parents.

Berbuih dah mulut aku suruh cari kerja tetap, sampai family aku berkias kias dengan dia.

Mentua aku pun mestilah sayang anak dia kan, aku menantu tetap orang luar. Nak ngadu banyak banyak, kang orang menyampah.

Aku siap tolong dia cari kerja, aku pun cari jugak untuk aku. Tapi tu la sampai sekarang takde kesudahan.

Dapat pun, jauh bebenor, kira kira tolak darab bahagi, serupa takde hasil gak. Tu namanya belum rezeki.

Bila aku asyik suruh dia cari kerja, dia akan salahkan aku, katanya aku ni patutnya banyak duit, boleh belikan rumah, belikan gaming, aku ni useless. Aku ni hidup atas simpati je.

Huhuhuhu. Sedih ooo dengar laki sendiri cakap macam tu. Aku rasa loser. Bila takde duit, memang jadi gduh gaiss. Sikap psangan pun berubah.

Aku pun makin krus, sebab aku tertekan. Ikot hati nak je cerrai, tapi bila cerrai family pun macam tak terima je, sebab aku takde income, cuma simpanan sikit je. Duduk kampung, jadi bahan mengata orang je.

Aku mampu doa je supaya diberi miracle aku dapat kerjaya, at least aku boleh bawak diri jauh dari semua sekiranya jodoh aku tak panjang.

Mujur belom ada anak lagi, lagi aku tak mampu hadap saat saat macam ni. Harapan 2020 jadi kecundang, bila dunia dilanda c0vid 19, sudah tentu lepasni alami zaman gawat.

Kes rumahtangga, domestic vi0lence, penderaan kanak2 memang meningkat. Kudos to those children and wife. Rasanya ramai tengah fasa tekanan, sebab hlang kerja dan pendapatan.

So aku sekarang fasa redha je la. Tapi job aku tetap apply. Sebab aku fikir masa depan. Umur makin Tua.

Aku harap jugak laki aku diberi kerjaya yang baik. Lebih baik dari kerja yang dia resign tu.

Aku dah penat nak bergduh. Harap jodoh aku berpanjangan, berbahgia sampai ke Jannah.

Dugaan kahwin is real okay. Aku rasa ada orang hadapi lagi worst. Sampai tahap ment4l. Semoga tabah.

Nasihat aku dari insan yang biasa ini, kepada perempuan siasat betol betol bakal suami anda, kalau dia ada hutang ah long ke ape, lagi tragis hidup anda.

Jika anda bekerja, jangan resign dulu, teruskan selagi tak dapat kerja lain. Bila ada income sendiri, anda bebas untuk buat apa sahaja.

Sebab kita tak boleh jangka suami macamana lepas kahwin, lagi 5 tahun, 10 tahun.

Macam macam boleh terjadi. Boleh jadi kematian mengejut. Lagi lagi kalo suami suruh jadi surirumah, tapi anda tiada simpanan sendiri. Bhaya tu. Jangan naif sangat.

Terutama bila dah ada anak, jadi rumit bila jadi single mother yang takde income.

Keperluan anak tu tak dipenuhi, apatah lagi kehendak. Budak budam sekarang sekecil budak tadika sudah pandai mencuri dan cakap menipu.

Kehendak sekarang macam macam, bermula keinginan nak handphone, kemudian tab, kemudian beg galas up to date n etc. Sebaiknya family planning jika tak berkemampuan.

Ramai sebenarnya bini kena dera, tapi berdiam je sebab fikir anak anak, pendapatan pulak harap suami 100%. Banyak di confession IIUMC ni boleh jadi kan iktibar.

Kepada lelaki, please jujur dengan psangan, jangan dera perasaan anak orang, dera sekali kehidupannya lepas kawen dengan ko.

Jangan juga suka suka resign kerja sebab tu jadi punca pergduhan laki bini. Anda sebagai ketua keluarga, fikir lah jauh sikit.

Kalau rasa masih tak mampu nak tanggung anak orang, jangan kahwin dulu. Belajar lah menyimpan walaupun sedikit diwaktu kecemasan.

Jika rasa tak mampu, lepaskan isteri secara baik, macamana kau ambil baik baik dulu, macam tu kau pulang kan. Jangan buat macam sampah je.

Bila isteri dah tak cantik, sebenarnya ko yang tak pandai bela. Harapan parents adalah anak perempuan mereka dijaga lebih baik, bukannya jadi hamba.

Sekian tu je aku nak luahkan. Jangan kecam gaiss. Rumahtangga ibarat berlayar di atas kapal, kadang dilambung ombak, kadang dilanda ribut, kadang angin sepoi2 bahasa, kadang plak dilangg4r todak, kadang karam terus dilautan. Harap2 tak kena tsun4mi haha.

Thanks again for reading luahan perasaan. Semoga ‘kapal layar’ aku diberi sinaran mentari dan berlabuh didestinasi yang indah.

*Kita takkan mengenali psangan kita, selagi tak tidur sebantal dengannya. 10 tahun pun bercinta, belum tu kenali sikap sebenarnya. Sedia kan payung sebelum hujan.

Ini antara respon paling terkesan dari netizen

Leya Alias. Sementara takde anak, baik angkat kaki. Sekian komen ringkas.

Jeera Jasme. Sementara awak muda lagi. Please cari keje. Mula dari bawah pun takpe. Janji ade pendapatan untuk tanggung diri sendiri.

Simpan duit skit sikit boleh buat deposit rumah sewa. Ye, awal perkahwinan memang perit. Lebih perit kalau suami taknak pikul tnggungjawab.

Untuk apa kahwin kalau taknak bertanggungjawab. Kalau awak nak bagi dia peluang bagi tempoh masa. Kalau taknak sila la angkat kaki, jaga diri sendiri.

Ummu Murni. Sis, usia nk cecah 30 tu muda lagi. Lots of things u can do, believe in yourself. Cari kerja, lepaskan laki tu, orang laki kalau dia nak dia usaha sungguh sungguh.

Baliklah kampung kalau rasa selesa cari keje kat kampung. Rm20 pun terasa besar dan cukup kalau kita bahagia. Rm1000 pun terasa kecik kalau hati skit. Find your own happiness.

Nabihah Juhairi. Bab dia cakap takde duit duduk diam diam je aku dah stop baca. Ak nak cakap memang takguna laki kau ni ye. Dia akan slow slow makan u punya ment4l tau.

U akan rasa u ni tak berguna lah menyusahkan lah. Sementara u masih waras, klau u rasa u tak boleh nak go on lagi. Kluarlah mencari jalan keluar.

Plan ahead of time. Jangan takut hlang laki tapi takut jika hlang diri. Percerraian memang jalan keluar yang dibenarkan selepas tiada apa lagi usaha yang boleh dilakukan. Hargai diri sendiri. Jangan siksa ment4l anda.

Ann Fardan. Jangan takut percerraian kalau perkahwinan tidak membawa kita kepada kejayaan dunia apatah lagi kejayaan akhirat….tiade anak kan??…laki pemalas biadab pulak tu… Kau tunggu apa dik?

Jangan harap Allah ubah nasib kita kalau kita sendiri tak bangkit mengubahnya.. Lepas PKP ni angkut kain baju kau..

Buat report polis kuar rumah nak balik umah parents… Sementara tu cari keje.. Tak kiralah keje apa… Then file kat mahkamah..

Masa tu kita tengok siapa yang jadi biawak siapa yang jadi buaya mengmuk?

….Awak tak letak kan harga diri ditempat yang betol macam mana dia nak hormat… Ajar dia apa makna maruah dan harga diri… Bahagia ni bukan setakat taat kat laki camtu

Sofea. Awk jangan jadi bodoh, awk belum dapat anak lagi tu. Angkat kaki jela ramai lagi lelaki yang baik untuk awak.

Liyana. Sis xtua lagi. Usia baru 30 tahun masa depan jauh lagi. Boleh kahwin lagi ramai je janda yang berjaya selepas bercer4i. Jangan rasa takut. Kita wanita kena kuat jangan bagi lelaki macam ini terus2 pijak kita.