Kerana sikap suami, aku tanggung akibatnya. Aku dibenci ibu mertua

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Fenomena 7 hari mencintaiku 2 begitu h0t topic sekarang ni. Rata rata antara kita semua membawang mengenainya. Kisah konflik antara ibu mertua bernama Mak Leha dan menantunya Mia. Saya tak terkecuali dari sebahagian penonton drama ini dan mengikuti setiap plot ceritanya. Bila menontonnya, terkenang kisah saya beberapa tahun lalu. Sedang mengandung dan ada sedikit krisis dengan keluarga mertua. Cuma tidaklah seteruk drama tersebut.

Sejujurnya, di awal perkahwinan keadaan saya dan keluarga mertua baik baik sahaja. Selepas mempunyai 2 orang anak saya terpaksa berhenti kerja.

Anak anak lahir rapat dan menyukarkan saya bekerja. Bila jatuh skit mereka bergilir gilir skit dan pernah seminggu lebih saya terpaksa tidak masuk pejabat.

Keadaan begitu kerap berlaku dan saya juga tidak mahu kerja suami terganggu ambil keputusan untuk duduk di rumah menguruskan segala keperluan suami dan anak anak.

Suami pula jenis kuat bekerja langsung tiada tolak ansur dalam urusan penjagaan anak anak. Semua terpikul atas bahu saya sepenuhnya.

Suami seorang yang bertanggungjawab, hormat ibu bapa mertua, sayang ibu dan adik beradiknya. Cuma tidak begitu prihatin terhadap saya dan anak anak. Malah tidak romantik langsung berbeza dengan watak Khuzairi yang terlebih romantik.

Suami saya ni lebih rela buat 2-3 kerja diluar berbanding membantu saya menguruskan anak anak. Setelah hampir setahun berhenti kerja saya disahkan mengandung anak ke-3. Tanpa dirancang. Sama seperti mengandung anak ke-2 sebelum ini, juga tanpa dirancang.

Cabaran makin kuat kerana anak rapat rapat. Saya pasrah dengan rezeki Allah walaupun sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjarakkan kandungan seterusnya. Kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T adalah sebaik baik perancang.

Due date bayi saya adalah pada waktu keluarga mertua merancang percutian ke luar negara. Saya memberitahu dengan baik bahawa kami sekeluarga tiada rezeki untuk pergi bersama mereka memandangkan due date bayi saya terlalu hampir dengan tarikh yang keluarga mertua pilih.

Tetapi, ibu mertua seakan mendesak agar kami sekeluarga turut serta. Siap cakap dengan suami saya, kalau saya tak boleh pergi biarlah anaknya dan cucu (anak sulung saya) sahaja yang pergi bersama mereka.

Mulanya saya tak kisah sangat dengan permintaannya itu, tetapi terlalu kerap didesak hingga kadangkala membuat saya tertekan. Sudahlah saya tengah mengandung, menguruskan anak anak seorang diri di rumah tanpa bantuan suami. Tiada kawan untuk saya berbual kongsi rasa suka duka.

Bila pergi ke rumah mertua, ibu mentua saya asyik bercakap perkara yang sama. Asyik nak ajak anaknya dan cucu menyertai percutian keluarga sedangkan waktu percutian itu adalah due date bayi saya yang ke-3.

Kalau situasi ini berlaku kepada pembaca, adakah wajar membiarkan seorang isteri bersalin seorang diri sedangkan suami tiada disisi kerana pergi bercuti bersama keluarganya ke luar negara?

Nak dijadikan cerita, sebelum ini saya dan anak anak pernah tinggal hampir dua minggu bersama keluarga mertua atas sebab sebab yang tidak dapat saya ceritakan di sini.

Bila suami pulang ke rumah mertua untuk membawa saya dan anak anak pulang semula ke rumah kami, timbul pelbagai cerita mengenai sikap saya di adukan kepada anaknya itu.

Saya cuma tutup mulut walaupun tidak puas hati dan kecil hati dengan sikap ibu mentua yang mengadu perkara bukan bukan kepada anaknya sedangkan dia tau keadaan yang dialami saya dan anak anak pada ketika itu.

Berbalik kepada cerita ibu mentua mendesak anaknya dan cucu iaitu anak sulung saya untuk bercuti bersamanya. Saya ada meluahkan rasa tidak senang dengan sikap ibu mentua kepada suami. Namun, suami cuma membalas, “kalau awak tak bagi pergi, saya tak pergilah.”

Saya balas, “bukan saya nak halang, cuma tolong fikirkan keadaan saya yang sedang mengandung dan anak dalam kandungan ni.” Itu saja permintaan saya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak suami faham tentang keadaan saya.

Ketika mengandung, kami sekeluarga memang kerap pulang ke rumah mertua. Saya ni jenis tak kisah, bagaimana saya layan ibu saya sendiri begitu juga saya layan ibu mentua saya.

Perangai saya ni bukanlah jenis outspoken macam watak Mia tu, saya baik hati tak suka bercakap kasar dengan orang yang lebih tua dari saya,

Cuma perangai saya sedikit kasar dan cepat marah kerana saya jenis protective terhadap keluarga saya memandangkan saya anak sulung perempuan dalam keluarga.

Jika ada yang tidak kenal rapat dengan saya, mereka memang tidak tahu perangai saya dan mereka cepat menuduh saya biadap dan kurang ajar.

Sepanjang kehamilan ke-3, adakalanya saya keletihan kerana selain menjaga anak anak sendiri saya juga mengasuh dua orang anak asuhan atas niat ingin mengurangkan beban tanggungan suami terhadap saya dan anak anak.

Suatu hari, saya dan suami pulang ke rumah ibubapanya. Ibu mentua pesan supaya minggu depan datang lagi ke rumahnya kerana ada sambutan ulangtahun kelahiran anak saudara suami.

Caranya sama, tetap mendesak agar kami sekeluarga datang lagi minggu depan. Saya tak kisah, cuma berkata, “Insha-Allah.”

Pada hari kami nak pulang ke rumah mertua untuk sambutan ulangtahun anak saudara suami, secara mendadak anak sulung saya disrang dmam. Suhu badannya sangat pnas.

Saya minta suami bawa ke klinik terus tetapi suami tak nak sebab nak cepat sampai ke rumah ibu bapanya sebelum majlis bermula. Dia ugut jika saya berdegil dia takkan bawa anak sulung ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Hati isteri mana yang tak terguris mendengar ugutan sebegitu. Suami sebenarnya, lebih pentingkan permintaan ibunya sendiri sedangkan anak sulung kami sedang skit dan perlu dirawat segera.

Pada saya, biarlah urusan rawatan anak demam disegerakan kemudian barulah pergi ke majlis anak saudaranya itu untuk memenuhi permintaan ibunya.

Tapi, suami bersikap langsung tak ada perasaan seolah olah anak sulung saya yang skit tidak penting di matanya. Saya ikut kata suami untuk terus ke rumah mertua kira kira sejam lebih perjalanan.

Saya usaha tuam badan anak dengan kain basah sambil berdoa suhu badannya turun dan beri anak sedikit makanan. Namun, dimarahi suami kononnya saya hanya mahu mengotorkan keretanya.

Saya diam dan berhenti menyuap anak sulung saya makan. Nasib baiklah anak ke-2 saya sangat baik dan langsung tak meragam.

Setibanya di kawasan perumahan mertua, suami membawa kami ke klinik berdekatan untuk anak sulung saya mendapatkan rawatan. Namun dia keluar dari kereta masuk ke dalam klinik seorang diri tanpa membantu saya memapah anak sulung yang sedang demam.

Suami cuma bercekak pinggang dengan muka masam sambil melihat saya bersusah payah bersama dua orang anak dalam keadaan sarat mengandung membawa mereka ke dalam klinik.

Keadaan itu, diperhatikan juga oleh dua orang nurse yang sedang bertugas di kaunter hadapan klinik. Sedihnya hati saya pada waktu itu tak usah cakaplah.

Selesai berurusan di klinik, kami terus ke rumah mertua. Sudahlah saya sedang mengandung, diperlakukan begitu oleh suami sendiri. Rasa sedih, marah dan kecewa membuak buak terhadap sikap suami.

Mungkin kerana saya sedang sarat mengandung, emosi saya menjadi sangat teruk dan sukar untuk dikawal lagi. Kelihatan cara saya agak hambar ketika tiba di rumah mertua dan muka saya yang langsung tak senyum membuatkan keluarga mertua terus label saya sebagai biadap dan kurang ajar.

Kerana sikap suami, saya terasa hati, mrah dan kecewa dengannya, saya menanggung akibatnya. Di benci ibu mentua katanya saya tak hormat dia ketika sampai di rumahnya.

Di hntam teruk di media social oleh ipar duai. Hingga saya terpaksa menutup kesemua media social yang saya ada untuk meredakan tekanan kerana saya hampir melahirkan bayi saya. Anak anak dan keluarga saya adalah kekuatan saya masa tu.

Peliknya, hanya kerana cara saya yang hambar dan muka yang langsung tak senyum hanya dalam beberapa jam setibanya di rumah mertua terus boleh dilabel sebegitu rupa.

Benarlah kata orang, sebaik mana pun keluarga mertua, seorang menantu perempuan tetap dianggap sebagai orang luar. Keadaan berterusan sehinggalah saya melahirkan bayi ke-3.

Alhamdulillah, berteman suami di sisi, anak anak dan keluarga saya sendiri. Kalau pembaca nak tahu, tarikh bayi saya lahir ke dunia adalah sama tarikh keluarga mertua saya bertolak ke luar negara untuk bercuti.

Saya sedikitpun tak rasa rugi. Saya masih beruntung dan bersyukur walaupun perangai suami saya adakalanya terlalu mengikut permintaan ibunya, tetapi dia masih boleh berfikir rasional apabila perlu bertanggungjawab terhadap keadaan isterinya.

Sebenarnya, selepas kelahiran bayi ke-3 ini pun keluarga mertua terus terusan dingin terhadap saya. Selalu diperli dan keluarga saya sendiri turut terkena tempiasnya.

Saya begitulah, dalam tak kisah dan berdiam diri dengan segala hentaman adakalanya menangis juga merintih berdoa kepada Allah S.WT supaya hubungan dengan keluarga mertua pulih seperti sediakala.

Cuma ibu dan ayah saya tempat meluah rasa, mereka sangat memahami. Tak putus putus memberi kata semangat dan nasihat berguna.

Sebagai seorang menantu perempuan, saya juga ada khilafnya kerana saya cuma manusia biasa yang ada personaliti tersendiri.

Di didik dalam keluarga yang amat sederhana. Mungkin cara, didikan dan persekitaran keluarga mertua sedikit berbeza tetapi saya tetap berusaha membiasakan diri apabila bersama mereka.

Saya sedar yang saya tetap orang luar sampai bila bila. Saya terima dengan hati terbuka, biarlah begitu jika dengan cara itu membuatkan hubungan dengan keluarga mertua pulih semula.

Tak perlu berlebihan ketika berada dalam keluarga mertua, tak perlu berusaha keras hingga memudaratkan hati dan cuma jadi diri sendiri.

Semoga confession saya menjadi sebahagian dari 1001 cerita mengenai kisah ibu mentua dan menantu. Kasut kita semua tak sama. Lega hati saya setelah dapat berkongsi cerita yang tak mungkin saya akan lupa sampai bila bila. Sekian…

Apa reaksi warganet

Bahiyah hamid, Puan terlalu banyak tengok drama sehingga membandingkan hidup puan dengan drama..puan ada pasang implan atau ade buat ape2 perancang kehamilan tak..kalau tak rancang ape sememang kehamilan itu memang dirancang..bila tak merancang..lepas tu awak merungut.

Klu anak rapat2 tapi suami supportive dalam urusan rumahtangga setahun 2 orang sehingga 10 orang should be ok..memandangkan suami banyak bekerja ada baiknya puan pergi klinik kesihatan berdekatan dan pasang implan..tunggu ank2 besar branak semula..bagi badan tu berehat dulu..ini cadangan saye.. sebab saye pun surirumah..

Anak jarak jauh2 n suami banyak uruskan bersama pun letih ampun dah rase..ini kan pula anak rapat2 dan suami pn x galas bebanan sama2..triple letih..semoga dipermudahkan urusan awak ye.

Keyla Sukor, Anak tu memang rezeki, tapi merancanglah betul². Sebab tu kena pilih perancang keluarga yang betul² serasi dan berkesan pada kita.

Kalau suami tu jenis memang boleh layan dan tolong kita sepanjang kehamilan, Alhamdulillah. Kalau dapat jenis macam suami confessor ni?

Suami pula, pentingkan isteri dan anak² sebab isteri dan anak² tu la yang ada dengan kita sampai tua, sampai kita saakit dan mungkin ditakdirkan tak boleh berjalan.

Betul. Ibu itu syurga bagi suami kita, tapi suami jangan pentingkan syurga yang itu sampai terabai bidadari sendiri. Isteri dan anak itu amanah. Kena adil dan sama rata.

Bab keluarga mertua tu tak nak komen sebab kita tak boleh ubah perangai orang. Cuma boleh doakan semoga hubungan confessor dan keluarga mertua dia baik semula. Tak seronok hidup bermasam muka ni.

Ku Iris, Hal yg sama berlaku pada saya mentua dan ipar-duai yg perempuan mulut macam puaka tapi tudung labuh meleret,berstokin dan berniqab..bab mengata,memperli 1st class. Sorry to say sis awak ni lembik sangat..kena tegas dan ada pendirian sendiri-kalau tak suka cakap tak suka dan beri sebab2 nya-kalau anak dah saakit tk perlu paksa diri pergi juga ke rumah mil tu

Sy juga TIDAK bermeds0s.dgn.ipar-duai yg mulut puaka ni..meds0s saya bukan utk mereka ini..you got to be strong sis. Kalau tak siapa pun tak akan hormat awak-tapi kalau ambil jalan ini iaitu bertegas what is right is right n what is wrong is wrong be prepared utk dibenci oleh mereka ini..sy dah berbelas tahun berkahwin..tak mti dibenci,saya happy,puashati,and my hubby at last on my side.

Nue Hazwani, Tabahnya hati puan. Baiknya puan. Rugi la mentua dan ipar duai yg asyik bersangka buruk dgn keadaan puan. Sedangkan mereka juga ada family mertua jgk sebelah sana. Sedangkan mertua tu sendiri mungkin ada anak perempuan.Tak terpikir mungkin apa yg mereka buat pda awak,akan jadi juga pada mereka suatu hari nanti.

Hidup ni seperti roda berputar. Teruskan bersangka baik dan beri layanan baik awk. Pada masa yg sama doa jgn pernah putus yaa puan. allah kan ada. Depa nk ckp buruk ke tu biar lah depa jawab di sana.Yg melihat dan mengalami jadikanlah pengajaran supaya suatu hari nanti pjg umur murah rezeki, puan dpt terima menantu perempuan,syg dan layan dgn ikhlas.

Puan fikir psl diri puan dan anak2 yaa buat masa ni skrg. Bsrkan baik2. Tunjukkan anak2 yg baik pon menyantuni ibu bapa pon rezeki yg xternilai. Semoga urusan puan dan ank2 dipermudahkan.

Wan Haslina, Semoga Allah berikan kekuatan buat mu dik. Banyak lagi ranjau di depan. Berdiam bila dihina di layan tak selayaknya bukan bermakna kalah. Tak apa selagi Allah bersama hambanya yg sabar. Tak perlu doa org yg berlaku zaalim pasti akan mendapat balasannya yg setimpal.

Hari ini mak mertua layan adik begini. Esok esok anak perempuannya pula diperlakukan hina dua kali ganda. Jadi berserah sahaja kepada Allah. Doa doa doa. Doa org teraniaya tak ada hijabnya. Harus yakin.

Sumber : Hanya Menantu Biasa (Bukan nama sebenar) via IIUMC/ edisimedia