Ketika sy bkerja di UK gaji 30K sy di sanjung isteri, bila dh miskin di tuduh bg mkn bangkai kat anak isteri

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Ini kali 3 sy post. Mohon hide nama sy. 7tahun yg lepas sy berkahwin dgn isteri sy. Semasa itu sy bekerje di oversea, pendapatan antara 20k ke 30k. Sy amat dihormati oleh isteri dan keluarga mertua. Setahun selepas kahwin setiap hari sy dapat mesej lelaki yg tidak dikenali didalam fb.

Sy abaikan sahaja, sepanjang berada di UK sy amat menghargai isteri dan kami di kurniakan seorang cahaya mata sekarang berusia 5tahun.

Kami balik setiap tahun, setiap kali balik sy dirai penuh hormat oleh keluarga mertua kekadang ada buat kenduri. 1 tahun lepas sy dan isteri balik ke malaysia sebab bapa mertua sy meningg4l.

Isteri katanya nak jaga ibu mertua sebb isteri anak sulung perempuan tetapi ada dua org abang dan dua orang adik perempuan yg belajar…

Ketika pulang ke malaysia sy cuba pelbagai perniagaan ada sampai satu tahap sy tido didalam kereta selama 3bulan sehingga pernah dibawa ke lokap 2kali dan bermalam di lokap sebab tempat parking kereta sy tu ada k3s pecah rumah sy menjadi suspek.

Hal ini tiada siapa yg tahu termasuk isteri pun tidak tahu sebab sy sayangkan dia, sy taknak dia risau dan setiap kali balik utk melihat anak bini.

Sy tetap pakai pakaian yg kemas dan segak. Msjid menjadi tempat sy bersihkan diri…

Memang pelik mana simpanan sy sepanjang kerja di UK sebenarnya sy ditipu oleh rakan niaga sy dan telah kehilangan hampir RM800k.

Bisnes sy buat semua tak menjadi akan tetapi sy tidak pernah abaikan tanggungjawap walau pun sikit tetap sy bagi.

Allah menguji bersebab sy terima. Sy tahu ada hikmahnya dan sy mampu handle. Sy tak dapat bayangkan kalau sy di uji anak sy menghadapi penykit kronik.

Allahuakbar… sy tak sanggup.Ujian besar mula melanda. Seminggu sebelum puasa isteri keluar rumah dgn exbf dia iaitu lelaki yg selalu mesej sy di facebook yg sy nyatakan sebelum ini.

Selepas membuka facebook isteri rupanya mereka telah berhubung kembali beberapa bulan lamanya Isteri tinggalkan rumah selama 10hari tanpa sy tahu dia pergi kemana.

Selepas balik dia minta sy melepaskan dia sebab sy banyak susahkan dia. Keluarga mertua yg sy minta pertolongan utk membantu turut menikam sy, tidak berpihak pada sy,

dituduh memberi bangkai pada anak dan isteri . Itu kata dari mak mertua dan abang2 isteri sy, itu lah ujian dan cacian sy terima ketika susah.ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR.ALLAHUAKBAR

Allah p3luk sy erat2, tolonglah ya Allah. Ketika ini sy masih menangis, ketika menulis kisah ini sebab sy rindukan anak sy.

Sy tidak diberi peluang melihat anak. Sy call tak angkat hanya pic whatapps sahaja diberikan. Video yg sy record sebagai peneman sy ketika rindu anak.

Sekarang dalam proses pencer4ian sebab isteri kata sy susah tak beri nafkah yg cukup.

Taknak bekerje sedangkan sepanjang sy berniaga sy balik 12malam setiap hari, sy tahu itu hanya alasan hakikatnya isteri dah cur4ng dgn sy dan mengaku pada sy. Dia cintakan lelaki itu.

Sedih sy tak terhingga. Sepanjang sy berada di UK bersama dia. Tidak pernah sy abaikan dia ,bunga setiap minggu pasti sy akan hadiahkan.

Sy suke buka pintu kereta setiap utk isteri walaupun dah bertahun berkahwin itu habits sy sebagai tanda hormat sy dan berterima kasih sy pada dia.

Sy tak pernah lupa tarikh2 penting. Sy bagi kenangan manis bersama sebab lelaki di uji ketika senang, jdi sy nak buktikan pada dia yg sy sayang dan setia ketika sy senang,

jika suatu hari nanti susah dia tahu dan akan kenang kenangan manis bersama tapi apa yg sy jangka tidak sama sekali. Kini ketika sy susah, dia tinggalkan bersama penghinaan.

Wahai isteri diluar sana. Terutamanya didalam group KRT ini, jadi lah isteri yg menerima kekurangan suami ketika susah atau pun senang.

Sayang suami ketika dia susah, p3luklah dia beri lah dia semangat. Kita tak tahu pengorbanan suami yg dia rahsiakan.

Kepada suami dalam group ni, kalau anda senang sekarang. cuba lah uji ksetian isteri korang dgn ksusahan.

Jika dia masih di sisi, peganglah erat isteri anda, jgn sesekali tinggalkan isteri anda sbb dia setia, jgn pandang pda rupa tapi pada hati.Isteri di uji ketika susah… Suami di uji ketika senang…

SAMBUNGAN…Assalamualaikum warga KRT. Saya nak share kisah hidup sy. Kalau sebelum ni sy share macam mane sy ditinggalkan isteri sy ketika sy susah jatuh tersungkur dalam perniagaan dan exwife pergi bersama first love dia…,

sy masih ingat macam mane sy merayu jangan tinggalkan sy melutut merayu jangan tingalkan sy sampai sy sujud dikaki exwife walaupun sy tahu dia dah ada hubungan sul1t beberapa bulan.

walaupun sy tahu sy dah dayus ketika itu dan sy dapat tahu lepas jer tempoh eddah dia telah pun bertunang.

Begitu cepat tanpa memberi sy peluang dan exwife sy telah pun berkahwin bulan lepas bersama first love dia…

Apa yg sy nak share sebenarnye disini lelaki perlu cari seorang bakal isteri ketika dia tidak mempunyai apa2.

Jika ada apa2 dan kaya sekali pun tunjukkan lah diri anda susah agar kite dapat memiliki cinta sebenar.

Berlakon susah pun takpe sehingga hari perkahwinan, kene diingatkan lelaki di uji ketika senang, wanita di uji ketika susah.

Alhamdulillah sy telah pun berjaya sekarang. Kalau sebelum sy pernah tido didalam kereta siap kene soal siasat dgn polis lagi dan masuk lokap sebab jadi suspect jenayah.

Bagi sy kejayaan terbesar akhir 2017 ni sy telah bertemu seorang bakal isteri yg terima sy seadanya, bakal isteri dan bakal mertua sy hanya tahu sy tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Takda payslip…bakal isteri pula seorang yg bekerjaya seorang yg lemah lembut dan seorg yg cantik dan good looking type model, bakal isteri sebaya sy 28.

Mereka semua terima sy seadanya. Walaupun ketika ni sy telah memiliki segalanya dan berjaya dalam perniagaan sy.

Sy telah berjaya memiliki rumah yg harganya hampir RM2 milion dan mempunyai pendapatan bersih sekitar 25k sebulan.

Jangan cakap sy riak, tak terlintas sebab sy rase admin memang akan hide profile sy. Sy menulis hanya utk pengajaran bakal suami diluar sana jika,

ko orang jumpe bakal isteri yg boleh terima ko orang ketika korang susah, pergi lah cecepat pinang…

lepas dah kahwin…jaga elok2, hargai sebaik mungkin, jangan sesekali abai kan dia, jangan mendua kan dia, jadi kan dia isteri dunia dan akhirat.Thanks admin…