Klu blk kg diorg tidur kt hotel, ckp rumah nenek aku panas xde aircond rumah kayu bruk xselesa

Foto sekadar hiasan. Nak share jugak pengalaman kenapa sekufu itu penting… Bukan pasal relationship boyfriend-girlfriend, tapi aku dengan cousin aku dua2 different lifestyle dan sangat tidak sekufu…

Kami keluarga B40, orang kampung yang hidup serba sederhana.. manakala cousin aku T20 dan setiap tahun melancong ke luar negara…

Setiap kali jumpa cousin aku ni, cara cakap pun dah berbeza… kami macam biasa la cakap melayu siap dialek negeri… dia pulak cakap english cair macam mat saleh dengan keluarga dia.. nasib pandai cakap melayu tapi melayu dia pun nampak la melayu jenis anak orang kaya haha..

Ok pastu kalau bapak dia (abang ayah aku) bersembang sesama adik-beradik dia sendiri pun kekok tau.. member B40 ni sembang macam biasa lah, ada lah topik p0litik sikit, ekonomi sikit, isu semasa..

Tapi ayah cousin aku ni tak berapa nak masuk & tak click untuk sembang dengan adik-beradik sendiri..

Yelah adik-adik dia mana belajar tinggi.. dia seorang je anak sulung yang masuk universiti luar negara… of course mentaliti dan pemikiran dia jauh ke depan & lagi educated…. adik-adiknya punya pemikiran hanya sekadar level orang kampung je… sangat tak sekufu bab pemikiran.

Pastu berkenaan dengan lifestyle pun beza.. Pakaian, kami keluarga B40 tak bolehlah korang nak expect pakai cantik-cantik… Baju pun baju lama, kadang2 dah lusuh pun masih pakai.. sebab nak beli baju baru tak mampu.. dapat beli setahun sekali pun mujur…

Kadang2 tiga tahun sekali baru boleh beli baju… sementara cousin aku ni baju dia, kau tengok pun kau dah amaze.. orang kaya lah katakan.. sentiasa fashionable.. baju pulak semua nak yang branded… tapi kira baju ni takde lah jadi isu sangat pun..

Yang jadi isu bila kami sama2 keluar shopping bila balik kampung… bila family aku ajak shopping di pasar, kedai runcit biasa… diorang macam buat muka.. nampak tak selesa… sebab diorang dah biasa shopping dalam mall yang ada aircond..

Lepas tu bila nak makan gathering sama2, family B40 ni biasalah lepak restoran atau kedai makan tepi jalan tu… kami memang tak biasa makan dalam mall sebab tau tak mampu… tapi jenis T20 ni mana nak makan kedai tepi jalan.. diorang lagi prefer makan dalam mall..

Kami B40 ni ikut jelah… pastu lepas makan bila nak bayar bill, terkejut tengok harga… kalau diorang yang T20 ni jenis pemurah nak belanja takpelah jugak.. tapi T20 ni kadang2 jenis berkira dan kedekut macam paklong aku.. kaya raya tapi nak belanja adik-adik sendiri pun berkira…

Lepas tu tiap kali raya kami B40 ni biasalah tidur ramai-ramai … yang perempuan tidur dalam bilik ramai-ramai.. yang laki memang tidur kat ruang tamu.. rumah kampung kan kayu.. macam biasalah, siang-siang memang panas..

Malam-malam baru sejuk.. cousin aku orang T20 ni kalau balik kampung takdenye dia nak tidur sekali ramai-ramai.. seumur hidup aku dari kami kecil sampailah dah beranak pinak ni, diorang tak pernah tidur sekali dengan kami….

Kalau balik kampung je diorang lebih memilih untuk tidur di hotel… dah petang atau malam baru lah nak singgah sekejap tunjuk muka.. pastu hilang.. rasa sangat jauh hubungan cousin aku yang kaya ni dengan cousin-cousin lain…

Bapak dia anak sulung, tapi adik-adiknya sendiri rasa hubungan abang dan adik tu sangat jauh.. ayah aku banyak kali terasa hati dengan abangnya sendiri.. dia kata, abang dia selalu pandang rendah kat adik-adiknya…

Yelah dia sorang je belajar tinggi masuk universiti.. adik-adik semua lepasan SPM je.. pastu satu hari ayah aku dan adik-beradiknya yang lain bukak cerita.. dulu keluarga kami susah tapi atuk aku ni ada lah duit simpanan sikit..

Untuk paklong, atuk aku terpaksa k0rbankan semua duit simpanan dia untuk hantar paklong aku sambung belajar dengan harapan bila dia dah berjaya, dia boleh tolong adik-adik dia..

Tapi sangkaan atok aku meleset lagi-lagi selepas atuk dah jadi arwaah… bila paklong berjaya, kahwin pulak dengan keluarga kaya T20 jugak anak datuk, terus dia berubah… dia balik kampung pun cuma pada hari raya je setahun sekali.. kadang2 tak balik langsung dalam 2-3 tahun barulah balik…

Anak2 paklong pun tak kenal sangat cousin belah kami ni.. kalau cousin belah mak dia tu seminggu sekali mesti jumpa kat mall, atau sama2 melancong ke luar negara.. kalau cousin belah ayahnya ni sebelah mata pun tak berapa nak pandang

Yang paling terkilan, ayah aku dan makcik aku ni dapat je tawaran sambung belajar ke universiti.. tapi disebabkan atuk aku dulu takde duit dah, sebab duitnya semua dah spend untuk paklong, maka ayah aku dan makcik aku yang memang pandai ni terpaksa k0rbankan impian untuk sambung belajar…

Last2 kerja kampung je menanam dan menoreh… padahal ayah aku ni dulu best student dalam kelas, lagi bijak dari paklong aku.. tapi apakan daya.. itulah dugaan orang miskin..

Satu lagi perkara yang tak sekufu antara kami ialah soal perkahwinan.. kami ni orang kampung, biasa majlis kenduri memang buat kat rumah je.. tapi kami ni jenis ajak je ramai orang sebab suka nak menjamu orang.. tapi paklong ni macam biasalah,.. kalau kenduri kahwin anak dia je mesti buat kat hotel…

Masalah yang paling menyedihkan, dia ajak je adik-beradik dia yang susah ni tapi dia hadkan kuota berapa orang je boleh datang… adik-beradik dia ni dahlah ramai ada 10 orang.. tapi dia ajak tak sampai 10 orang untuk 1 meja jer.. bapaklah berkira dengan adik-beradik sendiri..

Sedangkan family belah wife dia bermeja-meja dia sediakan untuk family sana.. bapak lah pilih kasih.. kami ni kecik hati sangat.. aku sendiri tak pernah berpeluang nak pergi majlis kenduri anak-anak paklong…

Sebab terpaksa mengalah dengan makcik-makcik yang beriya nak gi majlis dia siap bawak anak dorang.. lagipun, nak gi majlis kat hotel ni kena ikut tema pakaian..

Kalau setiap kali majlis kena pakai ikut tema.. manalah kami mampu nak beli baju ikut tema semata-mata untuk hadir ke majlis resepsi anak dia…

Sekarang kalau jumpa cousin2 aku (anak paklong) ni, semua dah berkahwin dan kerja hebat2.. padahal SPM diorang bodoh2 je..

Taklah bijak sangat berbanding kami anak2 B40 ni ramai yang straight As dan banyak A SPM.. tapi sebab kami ni B40 tapi belajar pun terima course yang dapat dalam IPTA je..

Ramai dapat biasiswa alhamdulillah tp sekadar IPTA dalam negara jelah.. sementara anak2 paklong semuanya belajar overseas sebab pama sponsor… yelah paklong banyak duit.. anak2 spm lulus syarat minimum pun boleh masuk universiti hebat2 kat UK..

Sekarang semua dah jadi engineer, pilot, doctor… sedangkan kami yang excellent spm ni, siap ditaja dengan biasiswa ni semua tak dapat kerja dalam bidang pun hahaha.. last2 kerja mengarut2 je.. tak berkait langsung dengan degree…

sebab yelah, sengit kan nak compete untuk jawatan yang sama, tambah2 pulak ramai yang main kabel sekarang hmmm..

Pastu bab nak cari partner kan.. paklong aku ni sangatlah memilih calon menantu anak dia… semua menantu dia anak datuk, anak tan sri…

Aku pernah dengar dia berleter kat anak dia,

“Janganlah cari perempuan yang tah pape… malu la daddy…. cari la yang semenggah sikit.. yang setaraf dengan kita..”,… semenjak tu aku sedar bahawa benarlah kata orang2 tua…. sekufu itu penting

Mungkin ada T20 yang tak memandang darjat dan harta, tapi aku boleh simpulkan, orang sebegini cuma satu dalam sejuta… diorang nak tidur dekat rumah kayu usang mak sendiri yang panas tu pun tak sanggup, apatah lagi nak bermenantukan menantu yang susah dengan rumah yang tak selesa…

Jiran kampung aku pun sama jugak, sekarang merupakan pengarah di sebuah kementerian dalam kerajaan dengan pangkat Datuk Seri… anak2 dia sendiri tak kenal cousin kat kampung ni… diorang hanya kenal cousin sebelah mak dia je…

Aku rasa lelaki ni kalau kahwin dengan perempuan kaya, memang boleh jadi lupa diri kan.. sampaikan mak kat kampung pun setahun sekali je mampu ziarah, tu pun hari raya je.. itu pun nasib ada hari raya.. kalau takde raya, rasanya bertahun2 pun tak kisah tak balik…

Arwaah nenek aku kan sepanjang hari semasa hidupnya selalu cakap dia rindukan along (paklong)… sebab masa dia saakit tu paklong tak pernah jenguk dia sampailah dia maati.. masa arwaah nenek dah jadi jen4zah, barulah paklong dan anak2nya munculkan diri…

Tu pun tak semua anaknya datang sebab ada yang kerja oversea.. tapi aku sedih la juga terkenangkan betapa nenek aku rindukan anak sulung kesayangannya yang jarang pulang ke kampung..

Dan sampai maati pun rindunya tak tertunai pun untuk tatap wajah anaknya untuk kali terakhir… al-fatihah untuk arwaah nenekku.

Alia.Mcm terkena kejutan budaya je paklong tt tu.

Sebab setakat yg saya kenal, T20 yg sejak lahir ni tak kisah pun makan kat gerai tepi jalan, bila balik ke kampung nenek dia, elok je ke kedai runcit.

Bila kenduri family dia, dia yg kalut layan sedara mara dari kampung, nak make sure semua selesa dan meriah. Ni contoh T20 sejak lahir la.

Danesa. Ingt senang ke nk jadi doktor,engineer etc..paling kurang kena pandai la juga..bukan main duit semata..pki la kabel besar mana pun,kalau xrajin belajar,xpandai then x kemana jugak

Atiqah. Sbb tu kahwin sekufu tu penting. Kalau x sekufu org ckp berlagak. Walhal contoh TT ni bg mmg x selesa la nk tido beramai2. Bkn susahkan duit sapa2 pon org nk tido hotel.

Lg 1, kalau x sekufu, nk jalan sama2 pon susah. Org senang ada tekak dia sendiri, bila berjalan tu nk la merasa mkn sedap sbb dah smpai dari jauh tp kdg2 terpaksa tahan sbb nk jaga hati org lain.

Tu belum lg kena payung yg lain2, pdhal kita simpan tu utk family sendiri. Senang ckp, kalau x sekufu , yg lg senang tu byk mengalah

Iliyi. TT seolah-olah meletakkan kesalahan dekat Pak Long dia atas kegagalan family dia utk berjaya.

Sampaikan tak dapat kerja pun duk salahkan lg.. sbb dia tak ada kabel, tak ada sponsor pama x boleh belajar oversea dll.

Org educated, dia takkan berfikiran begini.

Dia akan cari peluang, cari cara utk maju ke depan.

Sepatutnya awk jadikan Pak Long awk ni sbg batu loncatan utk berjaya.

Kalau awk bfikiran mcm ni.. x mustahil 10-20 tahun akan dtg, ank cucu awk pun akn menyalahkan pak long awk sbb dorg x berjaya.