Kndungan 5bln aku mimpi aneh, slps bngun aku tgk perut aku dh kempis baby aku hiilang

Foto sekadar hiasan. Untuk pengetahuan korang usia perkahwinan aku sekarang ni hampir memasuki tahun ke-3.. Dalam kisah yang sebelum ini, yang tidak aku ceritakan dimana aku stay dirumah tersebut 2 kali aku disahkan mengandung..Tapi kandungan aku hanya mampu bertahan 2 hingga ke 3 bulan selepas tempoh tersebut aku mengalami turun drh yang sedikit..

Untuk part 1 blh klik link di bawah, baca bahagian pertama dlu ye.

Mak mertua hntar belaan ganggu rumahtngga aku sb xnk aku mgandung zuriat anaknya

Bila aku pergi ke hspital doktor buat pemeriksaan ultra sound mendapati kandungan aku tiada dan doktor sahkan yang kandungan berkemungkinan kandungan aku tidak menjadi…

Tiada ape yang boleh aku lakukan melainkan terima setiap ketentuan dari Allah…Selang beberapa bulan selepas peristiwa tersebut sekali lagi aku disahkan hamil..

Berita tersebut aku sampaikan kepada kedua ibu bapaku…Kebetulan time tu aku stay dirumah orang tuaku buat beberapa bulan dan suami aku tinggal bersama maknye…

Apabila kandungan aku menjakau 4bulan, doktor telah membuat pemeriksaan bagi menentukan due date untuk aku bersalin…

Sewaktu doktor menjalankan pemeriksaan ultra sound doktor mendapati dalam rahim aku mempunyai 2 kandung dan jantung tersebut berdenyut dengan baik…

Selain tu , doktor juga menyatakan berkemungkinan besar bayi tersebut kembar berlainan jantina. Aku dengan excited aku bagitahu dengan suami aku yang aku bukan saja mengandung tetapi kandungan aku tu adalah kembar…

Setelah mengetahui berita tersebut bulan seterusnya suami aku pulang ke kampung untuk berjumpa aku dan melihat keadaan aku.

.Sebelum suami aku sampai, ayah aku dah pesan “ kalau laki kau ajak balik rumah mentua, kau jangan ikut balik”….Aku pun jawap la “ai ai ai BOSS” dalam nada serious…

Kalau korang nak tahu ayah aku tak akan cerita or bagitahu apa yang akan terjadi menurut firasat die, cume die selalu pesan supaya berhati-hati.

Seperti dugaan ayah aku, kepulangan suami aku sekali gus mengajak aku ikut die balik sane…Aku mesti la menolak dan bermacam-macam alasan aku bagi,

dalam masa yang sama aku mengalami alahan yang sememangnye teruk hingga aku perlu follow up dg pakar O&G…Tapi suami aku paksa jugak aku balik…

Ayah aku terpaksa akur lagipun anaknya (aku) da bersuami…Tarikh yang sepatutnye aku pergi jumpa pakar tinggal lagi 4 hari…Jadi 3hari 2malam la aku berada dirumah mentua aku.

Sepanjang berada dirumah mentua, aku tak dilayan seperti ibu-ibu mengandung…Serba serbi kena buat…Bila tak buat atau rest sekejap mula la mak ni tarik muka dan jeling-jeling aku…

Adik ipar pulak still buat tak faham dan buat tak nampak kalau aku tengah buat itu ini…Setiap malam pulak aku selalu mimpi yang aku bersalin…

Bukan bersali dekat hspital tapi bersalin style orang zaman dulu,sedangkan kandungan aku baru 5bulan plus…Aku ingatkan mainan tidur, jadi aku abaikan…

Pada malam sebelum appoiment tu kami suami isteri telah bertolak balik ke kampung halaman aku…Keesokkan harinya aku dapati perut aku kempis dan tiada sebarang denyutan ataupun pergerakkan…

Tanpa berlengah kami bergegas ke hspital dan tunggu giliran dengan sabar dan berdoa mudahan kandungan aku selamat dan tiade ape-ape yang berlaku…

Hampir sejam menunggu akhirnya tiba jugak giliran aku…Nurse yang ada dalam bilik doktor mula la untuk melakukan pemeriksaan jantung baby…

Aku tengok nurse tu tak henti-henti cari kedudukan baby aku sambil aku dengar die berselawat ke atas nabi…Aku hanya mampu nerzikir dan berdoa dalam hati…

Akhirnya nurse tersebut memaklumkan kepada doktor bahawa degupan jantung baby aku gagal diksan…Doktor mengambil keputusan untuk bawak aku pergi ke Labor room untuk melakukan ultra sound secara detail…

Mase doktor dok asyik scan di atas perut mahupun scan melalui jalan bawah aku perasan perubahan wajah doktor tersebut.

.Jadi doktor tersebut bertanya kepada aku “puan ada mengalami pendrahan mahupun turun d***h sama ada banyak atau sedikit dalam masa terdekat?”

Aku pun membalas “saya tiada mengalami sebarang pendrahan apatah lagi turun d***h”…

Doktor tersebut sekali lagi bertanyakan kepada aku “saya minta maaf , saya berharap puan bersabar dengan apa yang saya ingin sampaikan kepada puan…

Yang sebenarnya kandungan puan tiada, puas saya scan tetapi kantung baby memang tiada” Aku pun menangis macam orang hlang akal…

Mau tak hlang akal, 5 bulan lebih aku bawa baby dalam perut ke hulu ke hilir tambah pulak dengan bermacam alahan…

Bukan tu aje masuk ni , ni kandungan aku yang ke-3…Kalau tak betul-betul boleh sewel aku…Doktor pun masukkan speculum (muncung itik) untuk pastikan sama ada terdapat sisa-sisa d***h beku…

Doktor tu sekali lagi memaklumkan pada aku bahawa tiada sebarang d***h beku yang tinggal dan rahim aku berada dalam keadaan yang cukup baik dan kecut seolah belum pernah mengandung,

malah ini merupakan k3s pertaman dan pengalaman baru die sejak bergelar doktor…Jadi doktor tersebut menyarankan supaye aku pergi menjalani rawatan dengan pakar perubatan islam.

Pulangnya aku dari hspital, kedua ibu bapaku bertanyakan bagaimane keadaan kandungan aku…Sambil menangis aku bagitahu mereka dihadapan suami aku

“mak ayah baby ana dah takde lagi hlang macam tu aje”….Mengucap panjang mereka disisi aku sambil cuba tenangkan aku…

Selang beberapa hari kedua orang tuaku membawa aku berubat dengan ustaz S..Tiba dirumah ustaz tersebut, ustaz tu bertanyakan kepada aku sekiranya aku ada mengalami mimpi atau gangguan yang pelik-pelik…

Aku akui “ye ustaz , sepanjang saya mengandung pada awalnye tiade sebarang gangguan…cume gangguan ini bermula bila aku mengikut suamiku untuk pulang ke rumah maknye..

Dalam mase yang sama saya kerap bermimpi bersalin tapi kandungan saya mase tu baru 5bulan lebih..Saya abaikan dan hanya bersangka semua ini mainan tidur”

Selepas mendengai penjelasan dari aku , ustaz S beristighfar panjang sambil menggelengkan kepalanya….Kemudian ustaz tersebut menjelaskan seandainya aku bermimpi seperti tersebut itu bukannya mainan tidur tetapi angkara ilmu hitam.

Ustaz S hanya memberi aku sebotol air yang telah dirukyahkan sebagai minuman untuk memulihkan tenaga dan semangat aku serta beberapa amalan seperti memperbanyakkan baca al-Quran serta amalan sunat…

Sebelum berangkat pulang aku bertanyakan kepada ustaz S “ustaz, sebenarnya siapa punya angkara?” Ustaz “saya tidak berani untuk mendedahkan siapa pelakunya takut perkara ni mengundang fitnah dan perbalahan

jadi lebih baik Ana buat solat sunat taubat, solat sunat hajat dan tahajud mintak petunjuk dan pertolongan dari Allah sebab doa orang teraniaya ni sering didemgar Allah”.

Seminggu pun berlalu dan hampir setiap malam aku lakukan beberapa solat sunat serta memperbanyakkkan baca Quran…Akhirnya suatu malam aku bermimpi

yang belaan mentua aku yang aku nampak merangkak dekat siling bilik tu sedang meratah daging mentah berdrah, tapi aku perasan daging tersebut ada tangan budak kecik…

Tapi aku tetap tak putus asa aku buat lagi amalan tersebut sebab nakkan kebenaran….

Selang beberapa malam aku bermimpi yang mentua aku ni sedang asapkan gambar aku yang dah dilekatkan pada limau purut…

Kemudian mentua aku ambil pis4u lipat tu korek-korek gambar aku sampai biji buah limau tersebut keluar…
Jadi sekarang segala tanda tanya aku telah terjawap…

Aku ambil keputusan untuk diamkan diri dan tidak bagitahu ape-ape kepada suamiku dan juga ibu bapa aku.Bulan berganti bulan, hari berganti hari setahun setengah lun berlalu…

Dalam tempoh tersebut tu jugak aku bercer4i dan rujuk semula dengan suami aku dan sebab musababnye telah aku jelaskan dalam cerita sebelum ni.

Aku bertegas dengan suami aku dihadapan semua ahli keluarga dia dan keluarga aku sendiri…Aku putuskan bahawa aku dengan suami aku nak hidup sendiri ,

kiri pon tidak kanan pon tidak dan jangan gaggu kehidupan kami berdua. Aku buat keputusan tersebut nak bagi adil dan tidak berat sebelah, yela family aku tak bersalah dalam hal ni.

Selepas aku jelaskan keputusan aku depan semua orang, alhamdulillah hidup kami berdua kembali aman bahagia…Selang 3 bulan aku disahkan hamil sekali lagi…

Dan kali ni aku sound suami aku, “kalau abang kalau nak ade zuriat dengan sayang, abang jangan bagitahu keluarga abang” Suami aku bersetuju dengan amaran aku tu…

Kadang-kadang kita ni jadi isteri kena jadi singa jugak..Huhuhuhu Aku jalani kehidupan ibu mengandung macam biasa…

Tak lama kemudian aku hagitahu kepada kedua ibu bapa aku memandangkan ni bayi yang aaku kandungkan ni merupakan cucu sulung bagi meraka…

Bukan main seronok aku tengok wajah mereka , cakap ape saje yang aku nak makan cepat je dapat…Tq mak ayah sebab jaga Ana dengan baik…

Apabila kandungan aku cukup 7bulan, ntah macam mane mentua aku ni boleh tahu .. Bermula la hidup aku berulang alik ke hspital hingga kandungan aku cecah 37minggu (9bulan)..

Mane taknye skit bagai nak rak..Contraction stiap 10minit bile nurse check jalan bukak 3cm…Doktor bagi aku injection dexa (matang paru-paru baby)…

Azab dexa ni lain macam weiii sampai tak boleh bangun…Lepas dexa contraction stiap 5minit ke 2minit skali…Aku panggil nurse dan bagi tahu yang skit makin kerap…

Jadi nurse tarik tirai katil aku nak check jalan, yang pelik lnye dari 3cm terus 0CM takde jalan…Nurse maklumkan pada doktor tentang keadaan aku,

jadi doktor datang malam tu juga bagi aku ubat tahan skit…Lepas kena ubat tu aku dah macam orang hayal dapat d4dah uiii..

30/10/18 aku dimasukkan hspital sebab baby tak gerak dan kerap mengeras…Staff nurse suruh aku masuk dalam tukar baju pakai baju pink tuu sebab nak check jalan..

Jalan baru 3cm, so aku pun meronda la dalam L. Room tu kononnye nak bagi jalan cepat bukak. Doktor bagi induce pil , masuk belun dengan induce by drip jalan cume boleh bukak sampai 6.5cm je…

Time tu sure la aku tak boleh nak bangun sebab perut kena ikat dengan getah CTG (check jantung baby) Aku prasan dalam bilik tu aku tu ade perempuan dengan baju lusuh yang bussuk serta lidahnye panjang sampai ke lantai sedang tengok aku.

Kebetulan fon aku ade dekat sebelah jadi aku call bagitahu ayah aku ape yang aku nampak dalam mase yang same tinggal aku sensorang dalam bilik…

Ayah aku suruh baca ayat kursi banyak kali…Tibe-tibe ctg baby aku jadi abnormal…Jadi aku terpakse emergency czer sebab nak selamatkan nyawa aku dan zuriat aku..

Nurse semua berlari lari siapkan aku dan suruh aku sign beberapa document sekiraanya berkalu komplikasi…Mase nurse tolak aku dari L.Room ke OT (bilik bed4h) Aku nampak ayah aku duduk dikaki lima sambil baca yassin…

Aku hanya mampu menangis…Perempuan lidah panjang tu tetap ikut aku sampai bilik OT kemudian hlang…Selang beberapa jam aku selamat melahiran baby girl yang sihat dan comel…

Selepas semuanya selamat aku dan baby dibenarkan balik..Dalam perjalanan balik aku tanye ayah aku pasal ape yang aku nampak tu depan suami aku…

Ayah aku pun cakap la “ayah rasekau pun tahu sape punya angkara dan tujuan die, die nak kau dengan anak kau PADAM”.Suami aku pun terdiam dengan penjelasan ayah aku.

Aku ketika berpantang..

Bagi memudahkan cerita , aku beri nama anak aku sebagai Hanj…Sepanjang aku berpantang mak ayah aku yang jaga…Ye la cucu sulung..

Ayah aku selalu mandikan Hani je yang lain-lain aku buat sendiri…Tapi dalam seminggu je la ayah aku mandikan Hani..Lepas tu aku handle sendiri ,

ye la anak aku kan kena la belajar macam mana nak uruskan. Ada suatu petang time tu waktu magrib..Mase tu suami aku belum balik kerja..

Ayah aku dalam bilik siap-siap nak pergi masjid..Mak dengan adik aku kerja…Aku kebetualan berdua dengan Hani..Tiba-tiba aku rernampak lembaga perempuan serba hitam yang lidah panjang tengah mengintai aku dukung Hani..

Ayah aku pesan setiap kali waktu magrib jangan biarkan baby terbaring , kena pluk baby sambil bacakan ayat Kursi ataupun surah Annas…Sampai la hari ni aku still amalkan…

Bila aku jerit Allahu Akbar sepantas kilat benda tu hlang..Ayah aku ape lagi kelam kabut la keluar sebab aku menjeritkan…Ayah aku tanye “kau dah kenapa ni, tahu tak da magrib”

Aku pun cakap la yang aku nampak someone duk mengintai aku dengan Hani tapi tak boleh masuk ke rumah…
Untuk pengetahuan korang rumah family aku memang da dipagar..

Sebab tu benda alah tu tak boleh masuk .
Lepas dengar penjelasan dari aku..Ayah terus pergi ke dapur ambil bekas garam kasar (rumah fmly aku jadi aku hafal la setiap bekas dan isinya) bawa ke luar sambil laung azan kuat dan baca ayat kursi sambil tabur garam…

Alhamdulillah lepas tu tiada apa-apa yang jadi dan datang skodeng…
Anak aku..Alhamdulillah hingga ke hari ini anak aku berada dalam keadaan sihat…

Hani ni memang cukup rapat dengan atok rock dia..Satu hari tak dengar suara atom mesti dia menangis…Buah hati atok la katakan…Jeles mama tau..Hehehe…

Hani ni pulak tak boleh dengar pasal opah dia..Kalau dengar mau malam-malam dia meragam dan serba tak kena..

Ada suatu hari tu papa dia tengah video call dengan adik beradik dan mentua (yela ait dicincang tak akan putus), sepanjang tu la Hani ni akan mengamok dan menangis tanpa henti…

Aku pun still tak faham hingga ke hari ni…Tapi aku pesan dengan suami aku “kalau biy nak video call or voice call dengan family biy terutama mak please call time kerja,

jangan dekat rumah..kalau biy degil bila anak meragam biy handle ye, saya nak tidurrr”…Nasib baik la suami aku ni faham…Aku tahu sebabnya, sebabnya dia tak akan mampu pujuk dan handle Hani….

Baru-baru ni suami aku balik ke kampung atas urusan rasmi dia la…Tapi aku dengan Hani tak ikut..

Tiba-tiba suami aku call bagitahu mak ada belikan Hani susu 2 tin…Automatik hati aku terus tak sedap..Aku syak ada something yang tak kena dan perkara tak baik akan terjadi..

Then aku bagitahu family dan sahabay baik aku, diorang suruh aku tukarkan susu tu…Bila suami aku sampai tak tentu arah la aku duk tukarkan susu tu supaya suami aku tak perasan…Alhamdulillah berjaya..

Lepas aku tukarkan susu tu seluruh badan aku skit-skit dan bisa-bisa hingga ke hari ini…Terutama lepas waktu asar memang menjadi-jadi skitnya…

Segala yang terjadi aku ceritakan pada ayah aku..Ayah aku cakap, dia skit hati sebab plan dia nak kenakan Hani tak menjadi tu pasal dia kenakan aku..Mujur aku yabg kena, misal kata anak aku yang kena tak tahu la aku nak cakap apa.

Bila aku ceritakan setiap perkara yang terjadi terhadap diri aku kepada Hani, hani akan menangis hingga keluar air mata..Sedangkan usia dia baru 2 bulan lebih…

Ayah mentua..

Ayah mentua aku seorang yang sangat-sangat baik dan penyayang..Dia memang sayangkan dan sukakan budak-budak…Aku tahu semua ni sebab setiap kali anak-anak buah suami aku balik…

Sepanjang hari tu la dia duduk menyakat dan bergurau senda dengan cucu-cucunya. Ayah aku di usianya dah menjangkau hampir 70an…Tapi still bekerja sebab wife dia suruh kerja walaupun ayah tu memang tak sihat.

Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa ayah langsung tak bagi respond atas setiap perbuatan wife dia…Untuk makluman korang, aku pasti 100% ayah tu sudah ditundukkan oleh mak…

Mana tidaknya, ayah kerja gaji hari..Sebagai contoh satu hari gaji ayah RM100 bila balik dirumah mao akan tanya berapa yang ayah dapat,

kemudian mak akan ambil RM80 dan hanya berikan RM20 kepada ayah sebagai duit belanja…Semua ini terjadi didepan mata aku weiii.

Selain itu, ayah juga seorang yang manja tau…Sweet gitu…hahaha…Ada suatu hari kebetulan aku nak ke dapur buat air untuk suami aku…

Aku nampak ayah aku ketuk pintu bilik air nak ikut wife dia mandi tapi wife dia marah-marah dan cakap “Apalah awak ni mengada-ngada” tapi aku perasan air muka ayah berumah jadi sedih tapi tak dapat diluahkan..

Kadang time tengok tv ayah nak baring beralaskan paha mak.. Tapi mak tolak kepala ayah sambil cakap “Aku panas la , aku rimas la dengan awak ni…Tu hah bantalkan ada”…

Waktu tu aku, suami dengan ipar duai ada sekali…Tapi ye la ipar duai aku ni sememangnya da dihasut supaya bencikan ayah…

Adakalanya ayah tu diorang pinggirkan sebab dengar hasutan dari mak.Aku juga ada dengar mak ni ada call someone untuk minta air tangkal kononnya suami dia banyak buat perangai…Aku tengok ayah tu okay je elok je takde nak buat perangai.

Ipar duai

Abang ipar aku yang pertama ni memang bangkang habisan dengan perbuatan mak ni…Sebelum rumah tangga dia hncur pun disebabkan mak dia juga…

Tak lama kemudian dia nikkah baru..Ditakdirkan Allah biras aku yang sekarang ni mengandung…Bayi yang bakal dilahirkan tu merupakan cucu sulung untuk keluarga mentua aku ni…

Alhamdulillah setelah genap 9bulan 10hari biras aku pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal…

Seperti biasa lepas habis pantang biras aku ni pun bawa la anak dia ni balik kampung mentua kitorang nak kenalkan pada saudara mara dengan kehadiran cucu sulung…

Tapi lain jadinya…Setibanya bayi tu dikampung, tidak lama kemudian bayi tu seolah-olah terkena sawan…Hingga ke hari ini bayi tersebut dah berusia 7tahun masih teruskan hidup dengan bergantung pada ubat,

sekiranya budak kecil tersebut oulang ke rumah mentua pastu ada sesuatu yang tak kena. Kejadian ni terjadi sebelum aku berkahwin dengan suami aku dan kejadian ini diceritakan olah adik beradik mentua aku yang sekepala dengan aku…

Kalau abang ipar aku balik sana pun adakalanta seorang diri itu pun disebabkan dia kenangkan ayah. Ipar duai yang lainnya pula aku aky tak berapa nak ngam…

Macaam mana aku tak ngam, sebab ikut je cakap syurga diorang (mak)..Kalau aku cerita pasal lain mesti diorang akan bagitahu fmdekat mak..Kadang aku cakap lain yang disampainye lain…

Yang perempuan tu pula pantang tengok aku ade beli baju or barang make up dan minyak wangi, mesti dia mintak..Suruh keja tak mau keja…Pastu asik paw suami aku duit la..

Nasib la suami aku tak layan…Bayangkan deadorant aku oun dia nak pakai..Geli aku nak share bende macam tu..Pantang pintu bilik tak berkunci mesti dia main sebat je weii.

Orang kampung..

Kadang-kadang aku pergi kedai ada la 5 ke 6 orang ni bagitahu aku yang mentua aku ni kuat bomoh dan membela…Pastu orang kampung pun ada cakap hal-hal melibatkan mentua jangan sesekali kau cerita depan ipar duai atau suami kau,

nanti diorang akan sampaikan dekat mak diorang…Balik je aku dari kedai tiba-tiba je mak cakap “kau ingat aku tak dengar apa yang orangdah sampaikan dekat kau”..Aku hanya mampu diam dan jalan tinggalkan mak.

Suami aku…

Apa yang aku nak jelaskan disini…Suami aku ni jenis yang betul-betul lurus..Adik-beradik mahupun kawan-kawan suka ambil ksempatan atas diri dia..Sampai aku selalu marah dia pasal bendul sangat..

Tapi nak buat macam mane da itu kelemahan dia mau tak mau aku kena accept segala kekurangan dia.. Da la lurus tahap bendul nak-nak mak dia pulak bagi makan benda kotor makin teruk la jadinya…

Skit jiwa aku dibuatnye..Bila aku membebel dan marah dia..Jawapan dia ni je yang selalu aku dapat “biarlah orang buat kita, lambat laun diorang akan dapat balasan”…

Selain itu juga, mak ni jenis pilih kasih weiii..Kerja yang kotor-kotor semua suami aku kena buat…Kerja yang bersih dan ringan semua buah-buah hati dia akan buat….

Tak cukup dengan itu, bila suami aku putus duit pinjam la dalam RM50-RM100 asyik dia ungkit je…Anak yang lain pinjam beribu elok diam je…

Bila suami aku keluar macam-macam dia buruk-burukkan dan hina suami aku depan aku…Ipar duai yang lain pon sama kutuk kaw-kaw suami aku…

Berdasarkan cerita yang diorang sampaikan dekat aku berbeza dengan apa yang aku tengok..Tapi aku tak cepat melatah weii…

Mak mentua..

Orang yang baru kenal mesti akan cakap dia ni baik …Memang mulut dia manis sampai tahap kalah madu dan gula yang sedia manis ni…Bila orang tu pun balik, time tu la dia kutuk orang tu termasuk la aku…

Depan menantu num 1 dengan menantu num 2 dia akan kutuk menantu num 3…Depan menantu num 3 dia akan kutuk menantu num 1 dan 2 macam tu la seterusnya..

Dalam kata lain melaga-lagakan kami…Tu pun biras aku yang num 1 tu datang melawat aku masa bersalin yang bagitahu apa yang mentua ni burukkan aku depan yang lain…

Selain tu, mak ni obses sangat dengan tok moh bagai..Cakap la kat mana saja yang dia tahu ada bomoh samggup dia pergi meskipun bergolok gadai atau pinjam sana sini…

Mana taknya, skit perut, gastrik, batu karang, skit jangtung dan macam-macam lagi bukan pergi klinik or hspital tapi pergi cari bomoh..Lepas tu cakap la orang tu yang buat orang ni la yang buat…

Lagi satu, kalau pergi rumah saudara mara atau anak menantu, dia sanggup tak makan atau minum…Aku syak dia takut orang buat dia, ye la dia kan suka buat dia…

Macam ayah aku cakkap dah takut dengan bayangan sendiri…Rumah aku ni tak banyak sikit ayah aku dah panggilkan ustaz untuk pagarkan rumah supaya bende tak elok or niat jahat memang susah nak masuk rumah aku….

Suatu hari dia mai rumah aku, rumah aku ni sejuk walaupun tak pakai kipas…Aku da siapkan toto dengan bantal serta selimut nak bagi dia selesa…Tahu tak dia langsung tak pakai toto dengan selimut…

Katanya panas, siap tuala mandi tu dia basahkan buat alas badan dia…Kipas yang ada semua dia pasang dan arahkan ke dia…Lagi pun kalau aku ada dekat rumah 24jam aku akan pasang Rukyah non stop…Aku syak disebabkan tu dia rasa panas..

Pakaian kotor aku termasuk yang dalam pun hlang weiii…Adoi haiiii
Tak cukup dengan tu pernah dia suruh aku curi pakaian kotor mak kandung aku…Memang tak la tu mak aku kan…

Kirim salam la pada niat jahat kau…Bukan tu aje, siap tuduh bapak aku ni ada bela jin la , bela hantu la…Anak-anak aku yang hlang selama ni kono nya ayah aku punya angkara.

Jadi sebab itu la sepanjang aku mengandung kali yang ke-4 sampai la ke hari ni memang ayah aku yang pantau ..Jadi aku bagitahu dekat abang ipar num 1 suami isteri sekarang da terbukti yang ayah aku tak membela syaitan ni semua yang membela ni mak korang…

Sana sini dia burukkan aku suami isteri dengan keluarga aku…Bab dia buat aku suami isteri aku boleh maafkan lagi dan bersabar…Tapi melibatkan nyawa anak-anak aku dan orang tua aku , kirim salam la….

Ayah & mak kandung aku..

Ayah aku ni rock sikit .. Nama je da tua tapi hati muda…Senang cerita aku gelarkan atok rock…Hahahaha..Aku dengan ayah ni geng gduh..

Bila berjauhan rindu, bila bersua muka mula la ada yang tak kena…Tapi aku happy dan selesa dengan keadaan macam tu…

Sepanjang aku ada dekat hspital dan selagi aku tak bersalin mak ayah dengan suami aku 24jam duduk dekat situ tunggu aku.. Yela cucu sulung kan, sebab aku anak sulung diorang dan adik beradik aku tak ramai pun.

Ayah aku ni nampak je rileks macam tiada apa yang berlaku tapi dalam hati dia hanya Allah je yang tahu..Berbeza dengan mak aku, bila dia dapat tahu ada benda dok kacau aku dalam labor room dia tak henti menangis , berdoa, siap minta ayah aku buat sesuatu..

Ayah aku ni mengerti la serba sedikit pasal tu yang mak aku merayau dekat ayah aku…Aku tahu ni pun sebab adik aku yang cerita..

Siap mak aku bernazar sekiranya aku dan cucunya selamat dia nak buat sumbangan sikit….Yang ni betul-betul aku terharu..Bila dah jadi mak-mak ni baru aku dapat rasakan naluri seorang ibu tu macam mana…

Ayah aku pernah sound mentua aku” kalau betul aku ni membela sekarang ni juga bawak aku pergi jumpa bomoh tu dan keluarkan hantu yang aku bela tu”..hahahaha..

Ayah aku ni memang kepala baran…Tahu pulak diam tak menjawap pon..Belakang ayah aku bukan main lagi, kalah tanduk rusa yang sedia ada bercabang-cabang…hehehe…gurau je..buruk-buruk pun mentua aku..

kalau takde dia tak lahir la suami aku tu…Mak aku ni pulak lain sikit..Kalau marah tak bercakap…Sejak dia tahu perbuatan mentua terhhadap aku.. Mak aku cakap “dia nak m**i ke , dia nak tertonggeng ke aku tak mahu tahu…

aku tak pernah nak zalim anak dia…aku terima anak dia seikhlas hati aku dab aku anggap anak dia tu macam d***h daging aku..Tapi tergamak dia aniaya anak aku, d***h daging aku”..

Sekian saja dari aku…Doakan seluruh ahli keluarga aku dilindungi Allah swt Sekian.Terima kasih…sorry sebab panjang sangat cerita aku kali ni