Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Berfikir panjang juga nak cerita pasal sisi gelap cikgu ni, tapi kita ambik iktibar sahaja lah ya. Harap insan bergelar cikgu boleh belajar sesuatu dari confession ini.
Aku juga seorang cikgu. Aku jadi cikgu sebab aku suka mengajar. Memang passion dan jiwa aku suka untuk mencurahkan ilmu. Aku juga Penyayang dan sukakan budak-budak. Itu sebab aku jadi cikgu.
Dalam kelas, aku suka puji murid-murid mengikut Kelebihan mereka. Walaupun ada pelajar tu dia selalu dapat nombor last dalam darjah, tapi aku tetap puji dia yang dia rajin, ada effort untuk improve cuma mungkin teknik belajar dia salah.
Aku ada juga puji pelajar yang betul-betul lemah dalam akademik dan aku approach pelajar nakal dan berkawan dengan mereka. Tapi sedihnya cikgu-cikgu lain suka sindir aku.
“Ko tak payah nak try hard sangat pun ajar si b0doh tu sebab dia memang lembap.. dah genetik kurang cerdiik… tak ke mana pun budak tu”.. pesan cikgu-cikgu lain bagi mem4tikan semangatku untuk mendidik si dia yang paling lemah dalam pelajaran.
Malah aku juga disindir kerana cuba berkawan dengan pelajar nakal yang bagi cikgu-cikgu lain, pelajar itu tiada masa depan. Bila aku approach pelajar itu, rupanya dia suka belajar dan ada impian untuk berjaya.
Cuma keluarga dia sendiri berantakan,. malah dia sendiri sering dikecam dan dihina guru-guru menyebabkan dia rasa semakin nak memberontak.
Cikgu-cikgu semua pandang serong pada dia hanya kerana beberapa masalah disiplin dia (ponteng sekolah, datang lambat, tak siap kerja sekolah).
Ramai juga cikgu-cikgu yang aku tengok mengajar pun tak minat. Tak ikhlas.
Jadi cikgu pun sebab nak kerja senang katanya sebab boleh balik awal. Gaji pun ok, senang nak buat pinjaman untuk rumah besar. Pastu keje cikgu glamour, dipandang tinggi. Tiap hari guru dapat hadiah.
Itu je ke passion awak untuk jadi cikgu? Sebab tu ramai aku perati cikgu-cikgu ni masuk kelas mengajar macam nak tak nak je.
Anak murid tanya soalan terus dibod0hkan anak murid tu bila tanya soalan yang dia kata macam ‘soalan bod0h’. Bertanya pun salah ke?
Ada juga aku tengok anak murid tanya soalan yang susah, cikgu tu tak boleh jawab sebab di luar knowledge dia, pastu dia nak cover kelemahan dia terus dia marah pelajar tu sebab ganggu pembelajaran dalam kelas dia (bertanya soalan).
Apa jenis cikgu macam ni? Boleh je kan cakap cikgu tak pasti, nanti cikgu check balik
Ramai juga cikgu-cikgu di bilik guru yang suka mengutuk pelajar-pelajar. Kalau pelajar tu miskin, kurang pandai dan hodoh, mesti selalu akan di kecam di bilik guru secara berjemaah.
Kalau pelajar tu anak orang kaya dan ada rupa, mesti jadi anak murid kesayangan guru-guru. Sebab pernah dengar cikgu-cikgu cakap,
“Anak orang kaya ni kita kena buat baik.. mana tahu dia bagi kita hadiah mahal-mahal time hari guru nanti”.. Begini ke perangai cikgu?
Buruknya perangai…
Kesian aku tengok anak orang miskin, bila belajar pun kurang mesti kena kecam dan kena marah selalu.. selalu kena attack..
Kalau anak orang kaya yang kurang menyerlah, aku tengok ada isu pilih kasih kat sini.. anak orang kaya tak kena marah pulak, malah di nasihat elok-elok.. powerful sangat ke bapak budak tu sampai tak berani nak marah jugak?
Pastu cikgu-cikgu ni passion mengajar memang dah kelaut, yang aku tengok cikgu-cikgu ni sibuk berniaga je 24 jam. Masuk je bilik guru lepas punch card terus sembang ajak beli barang dia.
Promote itu promote ini. Aku faham kau berniaga tapi sekarang waktu office hour, kerja kau ada kau buat?
Kerja pun sambil lewa pastu sibuk promote itu promote ini. Takde etika ke cikgu? Sampai ke anak murid kau hasut suruh beli barang kau. Siap promote ke parents pelajar lagi suruh beli barang kau.
Dengan anak murid pun kau nak berniaga, nota kau jual, buku kau jual mahal. Habis semua benda kau nak ambik untung. Kalau kau memang nak kaya, tak payah jadi cikgu lah nasihat aku. Pergi je buat bisnes full time.
Cikgu yang dah kerja lama la aku Perasan, langsung takde effort nak bantu pelajar yang lemah. Cuba lah masa free tu kau analyse setiap progress pelajar kau.
Mana yang lemah kau panggil dan ajar personally ke.. tapi cikgu berkira nak mampu..
Aku selalu balik lambat sebab aku akan ajar dan coaching anak murid yang lemah personally… tapi aku diejek dan dinsindir guru lain pulak..
Cikgu lain cakap,”kau kerja overtime pun bukannya gaji kau dibayar.. buat penat je balik kerja lambat tapi tak dapat gaji pun… tak payah lah try hard sangat nak mengajar budak tak pandai.. dah memang dia tak pandai”..
Aku kecewa sangat dengan stigma dan mentaliti cikgu begini.. salah ke aku ada effort untuk improve kan prestasi anak murid aku?
Jika semua guru berkira pasal kerja lebih masa dan gaji untuk mengajar anak murid, kau bukanlah cikgu yang jadi cikgu kerana passion. Tapi kau hanyalah cikgu kerana kejar kerjaya.
Mungkin kau fikir cikgu ni adalah shortcut untuk kerja senang, tapi realitinya kerja cikgu tak mudah.
Jika kau betul-betul jadi seorang ‘cikgu’, fikiran kau tak kan tenang memikirkan macam mana nak bantu pelajar itu pelajar ini.. sebab otak kau sentiasa fikir untuk bantu pelajar…
Tapi aku tengok sekarang, ramai cikgu hanyalah cikgu di atas kerja sahaja…
Mood mengajar ke laut. Dalam kelas pun banyak sembang. Mengajar tak ikut RPH. Homework bagi nak bertimbun tapi takde effort pun nak evaluate homework pelajar dan improve mana yang perlu.
Harap cikgu-cikgu yang baca ni, boleh dapat sesuatu dari confession aku ni.
Ini antara reaksi netizen.
Amin. Ada ke cikgu mulut mcm ni. Kesiannya anak anak kalau dapat cikhu macam ni
Rossa. Pekerjaan cikgu ni lah paling mulia. Kenapa perlu jadi tamak seperti ini. Ingat balasan Allah pasti.
Alia. Kurang ajar betul cikgu ini. Siapa cikgu ni. Bgth je senang kasi viral.