Foto sekadar hiasan. Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya. Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.
Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik.
Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan.
Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?
Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit h0rmon imbalance yang mana h0rmon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa.
tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bhaya sebab dia kata kalau k es teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc.
Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak.
Masih normal dan memang tak ada apa masalah. Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu.
Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.
Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa.
Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana?
Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.
Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent.
Mereka kata kalau bulu banyak sebab h0rmon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi h0rmon tak balance memang takkan hil4ng bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.
Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja.
Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.
Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya.
Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus.
Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?
Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa. Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan int1m mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat.
Dan dengan h0rmon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya tersksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.
Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak ciium saya.
Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia.
Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati..
Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.
Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni.
Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni.
Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hil4ng. Rasa terhina sangat.
Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin.
Tapi bila suami tunjukkan ksungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk.
Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya.
Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.
Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje.
Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia.
Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik.
Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.
Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain.
Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia?
Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.
Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak.
Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.
Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka.
Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga.
Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.
Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain.
Sedih sangat rasanya. Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari?
Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 skit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.
KISAH KE 2. Aku tak pernah sentuh isteri sebab setiap kali aku nak bersama ada sesuatu menakutkan muncul dari badan isteri…..
Assalamualaikum. Nama aku Naqib. Aku baru mendirikan rumahtangga sejak beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah rumahtangga kami bahagia dan saling melengkapi. Cumanya ada satu part yang aku sendiri tak dapat nak rungkai dalam hidup aku. Keluarga aku dan belah isteri orang biasa-biasa je. Bab agama sentiasa dijaga. Takde yang amalkan ilmu-ilmu khurafat sebab semua berpendidikannya terjaga.
Namun sejak aku dah mendirikan rumahtangga, aku rasa seperti ada sesuatu yang marahkan aku. Terutama sekali bila aku bersama dengan isteri aku.
Lumrah dalam kehidupan rumahtangga, kalau suami adalah pakaian bagi si isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami.
Dan bagi seorang lelaki, itu adalah maruah dan jati diri yang perlu dijaga. Ehem2. Termasuk juga aku. Tipu la kalau ada isteri tapi takde nafsu kan. Tetapi lain pula k3s aku.
Setiap kali aku dan isteri cuba untuk bersama, seolah2 ada satu lembaga hitam yang datang dalam bentuk bayangan yang menganggu fikiran dan pandangan aku.
Sampaikan kadang2 bayangan tu berubah di wajah isteriku atau menjelma di sudut2 bilik dan membuatkan aku takut setakut-takutnya. Dan waktu itu juga nfsu jantan ku turun secara drastik.
İsteriku tidak nampak benda-benda seperti itu kerana dia agak berani orangnya. Jadi setiap kali aku cuba terangkan keadaan lembaga yang aku nampak,
dia seolah-olah tidak dapat bayangkan mcmne lembaga tu datang mengacau. Walaupun dia cuba untuk memahami penceritaanku tapi dia memang tak boleh buat apa2.
Pernah satu hari, dia bertanya bagaimana rupa lembaga tersebut. Aku pun memberitahu, lembaga itu berambut panjang yang amat kusut.
Berbaju putih lusuh dan kotor, bermuka sgt buruk dan tua. Boleh dikatakan macam muka ‘cik pntianak’. Dan yang peliknya bayangan tu datang sejak kami mendirikan rumahtangga.
Pernah juga isteriku bertanya, adakah benda tu marah sebab aku telah berkahwin dengannya. Aku pun tak tahu nak jawab macamna sebab bab2 ilmu ghaib ni, aku bukan tahu sangat. Tapi aku jawab, lembaga tu ganggu bukan sebab isteri aku,tapi sebab aku dah berkahwin.
Jadi mana- mana perempuan yang aku kahwini pun,boleh jadi benda tu akan datang juga. Aku terangkan supaya isteri aku tak salahkan diri dia. Biasa la orang perempuan ni sensitif sikit.
Dulu aku pernah dengar kalau ada makhluk yang dah suka dekat kita, dia takkan lepaskan kita pada orang lain. Jadi boleh jadi juga kalau dia marah bila aku dah jadi milik orang. Aku takut ianya hanya ‘hantaran’ orang yang dengki dengan aku dan keluarga aku .
Tapi aku tak berani untuk menfitnah siapa2. Akan tetapi aku tak nak percaya benda-benda ni, takut jadi khurafat. Cumanya bayangan tu menganggu aku bila aku ingin bersama isteriku sahaja.
Sampaikan satu tahap, isteriku pernah merendahkan dirinya sendiri sebab aku tak pernah sentuh dia sejak dari kami berkahwin. İsteriku sampai terfikir yang aku tak ada nafsu dengan dia. Ye la, siapa tak sedih kalau jadi macamtu kan. Bayangkanlah mcmne perasaan dia.
Mesti dia fikir aku tak sayang dia. Sedangkan lumrah suami isteri memang untuk saling membahagiakan. Jadi aku dilema bila nak bersama. Bukan disebabkan isteri aku tapi disebabkan lembaga tu selalu kacau. Sedangkan aku sayang sangat kat isteri aku.
Dan tiap kali lembaga tu ada,aku akan minta isteri aku pluk aku kuat2 dan bacakan ayat2 yang sepatutnya. Kadang kami tidur beralunkan bacaan ayat2 al-quran, baru aku boleh tido dengan lena.
Cumanya ada satu masa,bila benda tu tengah marah dengar ayat al-quran,dia seperti pijak/hempap betis kanan aku.
Waktu tu aku rasa memang lenguh dan kebas. Dan isteri aku juga yang tolong urut dan tenangkan aku. Kadang aku rasa ksian pada isteri aku sebab dia tak tahu apa2 pun pasal benda2 ni
tapi bila suami dia kena kacau, dia tak boleh nak bantu apa2. Nak halau apatah lagi. Cumanya aku bersyukur sebab dapat isteri yang sangat2 pengertian dan memahami.
Dia seorang yang tabah, sabar dan kental.. Dia tak pernah merungut pun. Dia selalu tenangkan aku. Macam Siti Khadijah tenangkan Rasulullah saw waktu dapat wahyu pertama.
Betullah orang kata, pluukan isteri tu sangat menenangkan dan buat kita rasa selamat. Dan setiap kali ada benda yang tak sedap cuba ganggu aku, isteri aku yang akan jaga aku dan tidurkan aku walaupun dia tak dpt tidur lena.
Bila difikir2kan, belum tentu semua wanita mampu untuk buat benda-benda ni untuk aku. Boleh jadi ramai yang tak tahan dan melarikan diri dari aku.
Ksimpulannya, aku masih tak tahu kenapa lembaga tu suka ikut aku. Sedangkan keluarga kami tiada belaan saka atau sekutu dengannya. Ada juga yang nasihatkan aku untuk pergi ber ruqyah.
Ye, aku cuba banyak kali. Dan kebanyakkanya kata ada benda tu dah suka dengan aku, jadi dia ikut je aku. Tapi sejak aku dah kahwin, aku belum ke ruqyah lagi. İnshaaAllah aku cuba untuk pergi waktu terdekat ni.
Apa2 pun, aku harap korang tolong doakan untuk aku dan family ya. Aku harap rumahtangga aku tak hncur hanya semata2 kerana lembaga tu. Sekian.
Ramai terksan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Ridzuan Husni, Amalkan ayat pendinding dan selalu la pasangkn ayat2 ruqyah kt rumah tu. Buat solat hajat mohom Allah temukan dgn perawat yg sesuai yg boleh menyelesaikn masalah ni,
Penat dn buang masa, tenaga dn wang ringgit jika pergi ke tmpt2 yg tak serasi. InsyaAllah bila dh bertemu dgn per4wat yg sesuai, selesai la masalah ni.
Emam Ismail, Aku pernah alami situasi macam ni masa mula2 kahwin dulu. Dekat 10 bulan kahwin juga wife aku kekal dara.
Wife aku pun sedih, sebab takut aku frust. Tapi aku relax je. Aku selalu motivate dia supaya jangan sedih sebab kalau selalu sedih hubungan suami isteri akan jadi hambar. Maka menang la orang yang buat tu.
Zuhara Zahra, dik.. sebelum adik bernikah seboleh2nya syaiitan/j1n akan suh adik berbuat mksiat, berziina, dan segala bentuk yang boleh menjerumuskan adik dan pas4ngan tak halal melakukan perbuatan d0sa.
Bila sah sahaja lafaz ijab dan qabul.. maka berebut2 pula mereka aturkan stratergi mencrai beraikan ikatan perkahwinan adik dan isteri.. pergilah berubat dik.. bw isteri sekali.
Benda ni dia kena buang.. kena berubat.. sbb ada kala kudrat kita xmampu nak hil4ngkan dia.. perluukan bantuan orang yg betul2 mahir perubatan islam.. ini je nasihat akak.
Mahmud Othman, Insallah makhluk jin ni boleh dikeluarkan dengan mudah andainya diislamkan dengan menggunakkan ayat ayat al quran..sebab dia juga makhluk Allah..yang perlu ditunjukkan jalan yang lurus.
Sama ada siihir..saka.. atau apa sahaja semuanya ganguan jin je..yg penting empunya diri kena banyak mengamalkan zikir..tak susah pun yg penting kena istikomah.
Jika ada yg mengalami masalah ganguan boleh pm saya nnt saya beri no guru saya..dia duduk di air hitam batu pahat…jangan risau tentang bayaran kerana jariah seikhlas hati.
Aura Maira, Sila hantar di fiksyen shasha juga ya..minta pendapat. Nanti ramai yang akan suggest nama perawat yang masing3 pernah gunakan khidmatnya.
Di iium ni dulu ada seorang pnh confess, tentang ex housemate yang marah dia buang ulat sampah, dan balas balik bn0h kucing confessor.
Next confession dia hantar ke fiksyen shasha, ex housemate nama nani tu hantar mcm mcm ‘makhluk’ pada dia even akibatkan dia jadi 0KU. Atas suggestion pengomen bagi no per4wat, dia pilih En Zul tak silap atas gerak hati.
Dua tahun lpas tu dia hantar confession lagi yang Ustaz Zul bgtau ex housemate dia dah kmbli pada yang haq.
Cik Nadia, Mungkin ko mmg tak mahu bersama isteri ko… sbb tu ko sanggup confess kat sini drpd pergi beruubat… apa pun, kalau ko betul takde perasaan kat isteri ko, bgtau dia dan dengar apa solusi dia.
Kalau dia mahu bercrai, bercrai kalau dia mahu bertahan dan bagi peluang pd hubungan kamu, then kamu bertahan la. cuba semampu yg ko boleh utk selamatkan rumahtangga ko.
Cik Ros, Pergi jumpa pakar ps1kiatri juga selain pi rukyah. Ksian bini. Dah mcm terbalik pula. Asal ko takut jer dia kena berjaga spnjang mlm plukkan kau sambil baca2 ayat quran smpai pg.
Bkn skali berbulan2 plak tu. Jgn nak samakan tindakan kau dgn nabi yg dpt wahyu pertama ditenangkan Siti Khadijah. Geeli aku dengar. Kau takut hntu. Bkn dpt wahyu dr malaikat.
Izzah Halim, dh rmai suh ko g berubat… aku cma nk pesan, bca al-mathurat sblum ko pergi brubat… bismillah 6 skli.. tu boleh halau dia skejap.. g brubat kalau nk halau bt slmenye.
Nadia Huda, Berubat first. Cary ustaz yng guna ayat suci Al-quran. Dia x suka sbb u brkhwin. acctly ramai pasngan mngalami bnda2 mcm ni.
Ade yg mimpi syaiitan/jin dok sebelah dia and perhatikan dia..bila da sedar..mmg btol ade sebelah dia dan tngah mengilai kt tepi tlinga dia..
I ada number ustaz yng boleh dtng rumah and rawat u. Ade tu bila ustaz otw ke rumah dia rasa panas..gelisah..bila ustaz da sampai rumah dia rasa nak marah dkt ustaz..
Tue adlah salah satu gangguan syitan/jin..berubat la cepat2.sbb lama2 akan bgy ksan pada rumahtangga..Bila berubat bukan sekali ajew dah berksan..kena berkali2..dia amek masa..berusaha untk selesaikan prob.