Lps ni xpyh beranak dh, ambil perancang tu pkai. Dh anak tiga, xkan tak tahu beranak ni saakit

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak ceritakan secebis pengalaman aku bersalin di sebuah hspital kerajaan di utara, yang mana merupakan pengalaman yang paling buruk bagi aku.

Aku sebenarnya lebih memilih untuk bersalin di hspital swasta,

Tetapi memandangkan aku ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) dan juga HB yang low, aku membuat keptusan untuk bersalin sahaja di hspital kerajaan, takut kalau berlakunya komplikasi dan aku dikejarkan ke hspital kerajaan semula.

Pada hari yang ditetapkan, aku pun pergilah ke hspital untuk diinduce, bertemankan suami tercinta. Nervousnya jangan cakaplah, sebab ramai yang cakap induce ni saakit sangat, yalah bersalin secara paksa, mestilah saakit kan.

Aku sampai hspital dan daftar pkul 9 pagi, pkul 1 petang aku dimasukkan ubat induce di private part. Allahu, itu pun dah sakiit sampaikan aku pegang kuat tangan doktor minta belas kasihan.

Lima minit selepas dimasukkan ubat, aku mula merasa sakiit, contraction awallah kot bagi aku. Rasanya memulas seperti perut kita dimesin berpusing pusing, sakiitnya. Makin lama makin kuat, sampai berpeluh aku dan memang mengalir air mata.

Waktu suami melawat petangnya, aku minta dia bacakan Surah Yasin pada aku, anehnya waktu itu semua ksakiitan hilaang begitu sahaja, sampaikan aku boleh tertidur lena sambil Yasin berkumandang di telinga aku. Ajaibnya.

Aku sedar dari tidur bila waktu melawat dah habis dan suami dah perlu keluar dari w4d. Masa tu aku rasa sakiit semula, dan memang sangat sakiit sampaikan aku dah tak lalu nak makan. Malamnya selepas Maghrib aku rasa lapar.

Sambil menahan sakiit, aku pinjam telefon jiran katil sebelah untuk telefon suami hantarkan makanan sebab nurse dah ambil balik tray makanan yang diletak di meja aku tadi, tak sempat pun makan sebab aku tertidur.

Kat sini dah mula peristiwa demi peristiwa yang buat aku rasa, AZABNYA bersalin di sini. Suami datang untuk hantarkan makanan bubur ayam yang aku minta, malangnya tak boleh masuk w4d.

Tak apa aku tak kisah, tetapi guard di ward juga tak mahu tolong hantarkan bubur ayam kepada aku yang tengah menahan sakiit contraction dan lapar yang amat sangat ni, atas alasan apa aku pun tak tahu.

Bukan suami aku minta masuk pun, dia faham itu bukan waktu melawat, tetapi kenapa tak mahu tolong hantarkan bubur ayam tu kepada aku, suami aku mula bengang dengan prosedur yang aneh begini.

Lepas Isyak, aku merasa sakiit yang amat amat sangat. Memang tak dapat aku bayangkan sakiit contraction yang sebegini sakiit, sebab anak pertama dan kedua dulu langsung tidak sakiit yang begini. Biar aku cuba gambarkan ya.

Sakiitnya seperti ada orang cuba pusing dan robek semua isi perut aku, dan sakiitnya bukan datang kadang kadang ya tetapi setiap satu dua minit sehingga aku rasa amat tersksa menahannya.

Aku berkali-kali tahan nurse yang lalu Lalang di tepi katilku untuk meminta sedikit makanan buat alas perut sebab aku takut tak ada tenaga untuk meneran nanti. Nurse menjawab ya ya, sekejap dan kemudian berlalu tanpa datang lagi.

Seingat aku, tiga empat kali juga aku minta makanan sebab lapar sangat tetapi begitulah. Sampai dah tengah malam, aku memang tak boleh menanggung sakiit yang amat sangat sampai aku minta untuk czer sahaja dari doctor sebab tak dapat tahan sakiit dah.

Doctor tak bagi sebab katanya dah 4 cm. Aku juga minta diberikan epidural dari awal lagi, dan dijawab tengoklah macam macam mana nanti.

Klimaks ceritaku di sini, apabila bukaan sudah 5 cm, aku ditolak ke bilik bersalin pada pkul 1 pagi.

Waktu ditolak, aku memang sudah lemah dan semangatku memang tiada sebab aku langsung tiada tenaga sebab aku rasa lapar sangat. Note ya, last aku makan adalah pada pkul 4 petang tadi.

Sakiitnya aku rasa ketika itu, kerana nurse mula mengelilingi aku untuk memasang drip dan membuat itu ini, yang aku pun tak pasti apa yang dibuat kerana terlalu sakiit, aku memang seperti mamai dan hilaang kawalan diri. Di sinilah nurse mula memberi aku tekanan.

Yang aku dengar di telingaku ketika itu, “Kenapa hang ni tak boleh dengar arahan sangat ni? Boleh tak bagi kerjasama?” Jerkahnya ketika meminta aku membuka kakiku, untuk mereka memeriksa bukaan serviks lagi.

Aku yang memang sangat sangat sakiit ketika itu, antara dengar dengar dengan tidak, menerima sahaja apa yang dikatakan sebab aku memang tak larat langsung nak menjawab apa-apa.

“Pakailah mask tu elok elok, tahu tak kena pakai mask waktu bersalin? Dahlah tak buat swab test tadi”

Dijerkahnya aku, terpinga-pinga aku, sebab dalam keadaan sakiit yang amat sangat tu, mask aku senget ke apa ke aku pun tak tahu dan tak sempat nak belek dah. Macam, tak bolehkah cakap elok elok denganku?

“Itulah, dah tahu beranak ni sakiit, taknak bersedia ment4l dan fizikal.”

“Dah anak tiga, takkan tak tahu beranak ni sakiit” Demi Allah, aku memang tidak tahu sakiitnya seperti ini sebab ketika melahirkan anak pertamaku, sakiitnya cuma sejam manakala untuk anak keduaku sakiitnya cuma tiga jam, berbanding kali ini selama berbelas jam aku menahan sakiit.

“Lepas ni tak payah beranak dah, ambik perancang tu pakai”

Dalam ksakiitan yang amat sangat, aku meminta epidural buat ksekian kalinya. Katanya tidak boleh, tak ada siapa nak layan malam buta macam ni sebab katanya tak ada yang nak cucuk epidural tu, lagipun ada ke s lain di bilik bed4h.

Aku minta sebarang jenis ubat tahan sakiit yang ada, dan di akhirnya, aku diberikan ubat tahan sakiit tak tahu jenis apa, mungkin suntikn ataupun secara drip di tangan. Kata nurse yang sama juga, “Ubat ni akan buatkan hang mengantuk dan baby pun mengantuk.”

Setelah beberapa saat, rasa memulas dan sakiit yang amat sangat di bahagian perut mula hilaang dan sakiit itu bertukar pula ke bahagian bawah, di serviks pula.

Aku merasa sakiit yang amat sangat pula di bawah, seperti rasa ingin meneran berkali kali dan seperti ada sesuatu yang besar menolak nolak ingin keluar di bahagian bawah.

Sakiit yang amat sangat aku rasakan sampai berpuluh kali aku berdoa, Ya Allah bagilah aku pengsan supaya aku tak rasa sakiit ni dah. Ya Allah sksanya, tolonglah hentikan sksaan ni Ya Allah, aku tak tahan dah ni, lamanya aku rasa kesakiitan itu.

Demi Allah, tak pernah aku rasakan kesakiitan yang sehebat ini.

Ditambah dengan suara nurse yang menyakitkan hati aku, sedih sangat rasanya aku diperlakukan seperti itu waktu aku di persimpangan antara hidup dan m4ti, sampai aku terfikir, mudah sangatkah nurse ini bersalin, sampai berulang kali dikatanya aku dengan ayat-ayat di atas?

Apalah salahku dengan dia, dia kenal aku pun tidak, tetapi ayat-ayat yang keluar dari mulutnya begitu mengguris hatiku.

Aku fikir, jika aku menghembuskan nafas terakhirku di meja bersalin itu, mungkin (tidak tahu pasti atau tidak, hanya mungkin) aku akan mendapat syahid kerana melahirkan anak,

Tetapi bagaimana dengan nurse yang begitu lantang berkata padaku itu, sempatkan dia meminta maaf padaku kerana kata-katanya itu?

Aku berusaha membuka mata untuk melihat wajahnya, tetapi aku tidak dapat mengecamnya kerana dia memakai mask, dan aku yang memang sedang sakiit yang teramat sangat tidak dapat fokus kepada apa apa pun.

Dalam hatiku, kalau aku dapat mengecamnya, kalau aku dapat namanya sudah cukup, aku akan hantar e-mel kepada KKM dan juga SISPAA, supaya dia tahu aku bukan surirumah yang bodoh yang tak tahu apa-apa walaupun dihina sebegitu rupa.

“Bukalah kaki tu elok-elok. Jangan dok angkat punggunglah. Nak sangat kot kena jahit sampai ke punggung”

Tak habis lagi rupanya nurse ini memerliku sedangkan aku tak sedar dah apa yang aku lakukan, betapa sakiitnya hingga aku hilaang kawalan diriku. Allahu, sksanya pengalaman kali ini.

Aku dijerkah lagi bila sesudah melahirkan anak, dia letak anak di atas dadaku. “Bukalah mata tu tengok anak pegang la elok-elok”

Ya Allah, tadi dia yang cakap aku akan mengantuk bila ubat tu dimasukkan ke badanku, sekarang bila aku mamai dan mengantuk begini, dijerkahnya pula aku. Salah akukah?

Waktu dijahit pun, berkali-kali rahimku diseluk untuk mengeluarkan drah beku, sampai aku memegang tangan doktor meminta dilakukan dengan perlahan sebab aku sakiit sangat, tetapi dijawabnya, jangan pegang tangan saya.

Tak tahu kenapa ujianku begitu besar ketika itu, berhadapan dengan orang-orang yang tidak ada perasaan kemanusiaan dan empati pada orang lain, sedangkan seingat aku, aku bukanlah manusia yang jahat yang berbuat perkara yang sama kepada orang lain di sekelilingku.

Bukanlah aku orang yang baik sangat, tapi tidak tergamak rasanya menuturkan kata-kata yang begitu menyakitkan hati orang lain seperti itu.

Inilah secebis pengalamanku bersalin di hspital kerajaan, yang aku rasa sangat beri kesan besar kepada emosiku selepas itu kerana sungguh aku tak mampu memaafkan kata-katanya, terlalu mengguris hati dan aku berharap Allah tidak memakbulkan doaku yang merasa teraniaya ketika itu.

Masih terngiang semua kata-katanya, segar di dalam ingatan. Aku sedang berpantang hari yang ke 25 pada hari ini.

Buat nurse itu, aku tidak mahu berjumpanya langsung lagi, sama ada di dunia ataupun di Padang Mahsyar nanti kerana terlalu benci ingin berjumpa.

Harap anak perempuannya, atau cucu perempuannya nanti, jika dia ada, tidak dilayani sepertiku ketika bersalin nanti.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ngeeri ni.

Hafiza. Pengalam sy ank ptma berbeza.. Layanan baik.. Ank kdua ni ya Allah.. Dpt doktor yg tahla.. Tggal sy sorg2 dlm labor room smpi ank dh nmpk kpala pn sy tpksa pggil cleaner soh pggl doc..

mintk epidural pn doktor tu buat mcm kita mntak dia gadai tanah pusaka nenek dia.. Dhla marah2..

Dia yg tggl kita. Pstu jahit tak hbs.. Nk kluar w4d kna jahit kali kdua.. Dh dkt 4 tahun igt lg muka dia.. Smua ni rezeki.. Kdg dpt yg baik.. Kdg dpt yg mcm tu.. Insyaallah moga ada hikmah..

Jijah.Dua Kali saya bersalin di hspital kerajaan yang sama…

Anak first.. Alhamdulillah dapat doktor dan nurse (Bidan) yang sangat lemah lembut dan percakapan yang sangat membantu saya untuk bersalin dgn tenang.. terima kasih sangat2 dgn nurse ni .. dia handle Sy bersalin sorang2 ja .ditemani oleh husband Sy time tu .sakiit bersalin dr 5pagi – 9malam…

Anak kedua… Nasib Tak menyebelahi saya.. dapat 2 orang nurse(Bidan) mulut y sangat2 menyakitkan Hati dan Kotor percakapannya…

malahan kasar perbuatannya. Allahhuakbar azab sangat2 Masa ni… Tindakan 2 orang nurse (Bidan) ini juga telah menyebabkan tulang selangka anak Sy patah…

Sama doa saya moga saya xberjumpa dh muka 2 makhluk Allah itu… Walaupon sakiit bersalin Kali ni x lama..tp sakiit n ksannya sangat2 tinggal ksan negatif pd Sy… Sakiit bersalin 9mlm – 3pagi…

Alhamdulillah, Suami dah buat aduan dan perjumpaan dengan pakar2 yang terlibat semasa proses kelahiran telah dibuat. Pihak hspital telah memohon maaf dan berjanji akan ambil tindakan pada staff nurse tersebut.

Sri. Anak 1st sy rs sakiit spt yg tt rasa.. lama sbb kne induce paksa bersalin..sakiitnya mmg trauma smpai ckp p0tong je la perut ni sbb nk baby keluar cpt..

serius mmg kita bila diberi induce rs diluar kawalan sakiitnya.. alhamdulillah anak ke2 n ke 3 tnp induce..beza sgt2 rs saakit tu..utk nurse yg mulut celupar tu jgn lupa die pon perempuan..

moga Allah balas setimpal apa yg die buat kat puan n ibu2 yg lain yg pernah mengalami.. sedey masih ada nurse2 mcmni wujud.. sy pon trauma beranak kat GH..sumpah trauma walaupon kita ni penjawat awam..