Mak akn merajuk kalau abg beli kak ipar hadiah, stiap kali abg blk dr offshore mak akn ketuk2 blik

Foto sekadar hiasan. Aku 38 tahun. Aku anak bongsu dari 5 beradik. Aku tkt untuk berkahwin melihatkan sikap kedua ibubapaku. Kedua ibubapaku Ketua Jabatan kerajaan. Kaklong ku berceraai, salah satu sebabnya kerana kedua ibu bapaku. Kak Ngah ku pun hampir berceraai kerana kedua ibubapaku. Abg Cik larikan diri terus ke Kuwait kerja carigali minyak di sana. Bawa anak isteri.

Dan tahun lepas rumahtangga Kak Uda pun berantakan disebabkan abahmak. Kenapa ya kadang-kala ibubapa lupa yang anak mereka sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri.

Kenapa ada ibubapa selalu mahu mencampuri urusan anak2 mereka selepas berkahwin.

Aku kasihan melihat situasi KakLong, Kak Ngah, Abang Cik dan Kak Uda. Dari situ aku membuat keputusan yang aku tak akan berkahwin. Nanti aku pula yang makan hati.

Aku amat sayang kedua ibubapaku. Mereka sangat sayangkan anak-anak mereka. Tapi Abah selalu lupa ank perempuan dia sudah bersuami.

Abah suka hati sahaja pergi terjah ke rumah anak2 mereka tanpa beritahu awal-awal. Katanya alah rumah anak sendiri apa pasal nak kena bagitau pulak?

Mak pun sama, langsung tak reti nak hormat rumah anak menantu. Aku yang malu kadang tu. Abahmak selalu aje minum makan tak basuh pinggan mangkuk tinggalkan aje. Kalau singgah sekejap takpe.

Ini diaorang kan pencen, diaorang round semua rumah anak menantu 1-2 minggu sekali duduk.

Aku tak kisah lah kalau aku ada selalu dengan diaorang memang aku basuhkan. Mak pulak pantang kakak-kakak aku ada beli peranot baru atau benda baru untuk rumah mereka, Mak akan mintak Mak nak jugak.

AbangCik aku yang dah faham sangat perangai AbahMak, lepas kahwin tinggal 1 tahun saja kat KL lepas tu terus angkut isteri dia ke Kuwait.

AbahMak memang paksa AbangCik tinggal dengan mereka, lps kahwin pun kadang tu Mak selalu saja pegi ketuk pintu bilik KakCik setiap kali AbangCik baru balik dari off-shore.

Suami dah 2-3 minggu tak jumpa isteri, lagi pulak baru kahwin. Aku tau KakCik banyak kali menangis. Tak faham lah Mak bila AbangCik balik macam dia berebutkan AbangCik tu pulak daripada isteri dia.

Tapi sekarang dah selamat dah mereka berdua (dah dapat anak perempuan umur 5 tahun) di sana Kuwait sana.

Abang Cik dulu masa dia tengok KakLong KakNgah banyak berkorban untuk AbahMak, sampai terpaksa membelakangkan suami dalam banyak hal.

Abang Cik pernah kata kat aku, dia wajib cari jalan untuk keluar dari rumah AbahMak bawak KakCik. Sebab AbahMak sangat – sangat needy dan clingy dengan AbangCik pun naik rimas.

Dia kasihankan isteri dia. Bagus AbangCik aku dia protect isteri dia. Paling aku tak boleh terima Mak masuk bilik AbangCik KakCik kemaskan bilik diaorang mengikut citarasa Mak.

KakCik letak bunga kat katil, Mak alihkan bunga kat meja. Atau KakCik pasang cadar pink, Mak suruh tukar pakai cadar yang Mak belikan, atau yang Mak preferred.

KakLong aku paling kasihan, sebab suaminya kerja biasa2 sahaja. AbahMak pergi rumah KakLong pun sama, buat macam rumah sendiri.