Mak ayah tiba2 sk0deng aku kat tempat kerja. Luluh hati bila lihat aku pegang penyapu

Gambar sekadar hiasan. Nama manjaku Baby. Aku dilahir dan dibesarkan oleh family yang berada. Sejak kecil aku tak pernah angkat tangan buat kerja rumah sebab semuanya pembantu rumah yang buat. Pertama kali aku pegang penyapu ialah waktu darjah 3. Tu pun sebab kelas aku ada jadual kerja harian. Aku sampai ditertawakan oleh kawan kawan sebab tak tahu nak guna penyapu.

Masuk darjah 6, kebanyakan kawan perempuan tahu masak nasi, cuma aku yang masih terbelakang. Peristiwa pahit bila jadi anak berada ni ialah bila kita buat salah, satu sekolah akan tahu. Satu hari tu kereta mak rosak dan mak terpaksa panggil teksi untuk jemput aku di sekolah.

Zaman tu takda lagi grab ke apa. Dan mak aku sangat malu bila terpaksa naik teksi. Tapi sebab aku lama di tandas, aku pun keluar lambat ke pagar. Sekali sampai dekat mak, “PANG”.

Sebijik penampar padu hinggap kat muka aku. Satu sekolah jadi saksi. Aku pun tercengang “besar sangat ka salah aku pi tandas sampai kena penampar macam ni?”.

Tapi lama lama baru aku terfikir yang mungkin mak marah sebab dia malu kalau orang nampak dia naik teksi. Tu dia lepas kat aku. In the end, tersebar la kisah aku kena pelempang ke seluruh sekolah.

Lagi kisah jadi anak berada ni, biar mak ayah buat anak jangan orang lain buat anak. Aku pernah kena tampar dengan guru disiplin sebab aku dituduh tinggal air basi dalam kelas.

Aku pun bukan jenis anak yang suka mengadu. Aku diamkan isu ni sebab aku taknak besarkan masalah dan waktu tu aku masih kecil lagi.

Entah macam mana mak ayah tahu isu aku kena tampar dan diaorang terus ser4ng pengetua. Lagi sekali aku jadi famous di sekolah. Tersebar cerita mak bapak kaya pantang anak disentuh.

Yang aku plik bila aku nakal kat rumah, elok ja mak ayah tibai aku dengan rotan, tali pinggang bagai. Ni cikgu nak sentuh pun tak bagi.

Semakin aku besar, semakin hidup aku dikawal. Kat mana aku nak sekolah, kat mana aku nak sambung degree, kat mana aku nak bekerja. Sampai mak ayah tak bagi aku rentas negeri sebab tak nak berjauhan dari aku.

Sejak aku masuk IPT, baru aku belajar nak urus baju, nak kemas, nak masak. Ilmu yang susah nak dapat di rumah.

Lepas tamat degree, aku menganggur seminggu sebelum jadi cashier di sebuah premis sebab transkrip degree tak keluar lagi.

Aku jenis yang menitik beratkan soal kebersihan. Kalau takda pelanggan, aku suka mengemas, menyapu. Sampai timbul benjol kat tapak tangan sebab kerap pegang penyapu.

Kebetulan mak ayah aku datang skodeng aku di tempat kerja. Betapa luluhnya hati mak ayah bila anak yang dibesarkan dalam serba kemewahan pegang penyapu. Hatta kat rumah sendiri pun tak pernah menyapu, kat tempat kerja kena buat benda macam ni. Tapi aku okey ja.

Waktu kat u, macam macam kerja aku buat sebab tak nak bergantung pada duit mak ayah. Termasuk la jadi cikgu, cashier, waiter, pembantu pejabat, tutor dan kerani akaun.

Banyak kali dah mak ayah suruh aku berhenti. Satu sebab bagi mereka kerja ni tak setataf level pendidikan aku. Kedua sebab aku kena kerja sampai lewat malam. Ketiga sebab mereka nak aku ambil alih perniagaan mereka.

“Papa, mama dah tua. Sapa lagi nak jadi pewaris syarikat kalau bukan Baby? Takkan nak biar syarikat lingkup?” Aku ingatkan kat drama tv3 ja mak bapak paksa anak ambil alih perniagaan mereka. Rupa rupanya dalam dunia sebenar pun ada.

Tapi aku taknak sebab aku nak dapat duit dengan usaha aku sendiri bukan dengan menumpang harta mak bapak. Kedua sebab impian aku nak jadi ahli akademik bukan ahli perniagaan. Ketiga sebab aku nak keluar dari comfort zone.

Kalau aku ambil alih perniagaan mak ayah, automatik aku kena tinggal dekat dengan mereka sampai la aku kahwin dan beranak pinak. Buktinya mak ayah sendiri suruh aku pilih suami dari daerah yang sama.

Dan perkara yang paling sedih sebab jadi anak berada ni ialah takda lelaki yang berani nak dekat dengan aku. Setiap kali lelaki nak berkenalan dengan aku, mereka akan tanya aku tentang latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan.

Aku pun jujur yang keluarga aku agak senang dan aku plan nak sambung belajar sampai PhD sebab aku nak jadi professor.

Dengar benda ni, terus diaorang lari dengan alasan darjat dan level aku lagi tinggi daripada diaorang. Kebanyakan daripada mereka hanya orang kampung dan berpendidikan diploma. Aku redha aku ditinggalkan.

Aku tertanya, sejauh mana wanita yang terbiasa hidup mewah mampu hidup susah dengan lelaki kampung? Aku takut kisah hidup aku jadi macam Lisa dalam Cari Aku Di Syurga.

Mak ayah selalu pesan biar lelaki lebih dari kita jangan kita lebih dari lelaki. Sebab lelaki ni ada ego dan maruah yang perlu dijaga. Kalau perempuan tu lebih daripada diaorang, diaorang akan rasa tercabar.

Sebab tu mak ayah letak syarat mereka nak menantu yang sekufu dari segi pendapatan dan pendidikan. Aduh.. lagi la susah aku nak cari jodoh. Kalau tak cari nanti mak ayah bising nak cucu.

Aku pernah dengar lecturer kata perempuan sebelum sambung master kena ada tunang dan sebelum sambung PhD kena ada suami otherwise mereka akan jadi anak dara tua.

Nampak macam mengarutkan tapi katanya sebab makin tinggi level pendidikan wanita, makin sedikit lelaki yang boleh dicari sebab kebanyakkan yang sambung master/ PhD dah ada tunang/ istri dan kedua sebab lelaki takut pada wanita yang lebih berpendidikan.

So apa yang aku nak simpulkan dari confession aku ni,

1) Patutkah aku korbankan impian aku untuk jadi ahli akademik dengan menjadi mak turut dan ambil alih perniagaan keluarga?

2) Patutkah aku cari lelaki yang selevel dengan aku untuk memuaskan hati mak ayah? Dan macam mana?

Reaksi warganet

Dina Azizan, Ikut je kehendak parent. Redha mak ayah penting demi kebahagiaan kita.Sy anak tunggal, jd redha mak sgt penting. Sampai cr jodoh pon mak yg pilih. Takpelah janji bahagia sama2. Kalau mak ayah sanggup bersusah payah demi anak. Kenapa tidak kita

Sinariah, Ikut Aje cakap parent..sbb awak beruntung hidup dlm keluarga yg memiliki segalanya..jadi jagalah harta yg ada supaya emak dan ayah awak berbangga kerana harta yg mereka sediakan slm ini dihargai..lagipun awak sudah ada kerjaya yg patut dibanggakan sebagai CEO yg bakal awak warisi..

Sebaiknya jagalah harta itu dgn baik..kerana apa yg awak mahu diluar tu belum tentu dpt menjamin kehidupan awak..zaman sekarang mcm2 boleh terjadi..

Siti Eton, Salam. Untungnye hdup awk. Sume sudah tersedia. D luar sana masih ade yg kais pg mkn pg. Kais ptg mkn ptg. Jgn pk sgt soal jodoh. Allah dh atur sume. Xde Mak Ayah yg nk tgk ank meke hdup susah. Nk cr suami ni bkn semudah ABC dik. Itulh bakal syurga / neraka kita. Truskn sj cita2 nk ade PhD n dlm masa sama terajui company family. In Shaa Allah. Awk pasti boleh. Semoga berjaya.

Izza Azlina, Saya tak rasa ini rekaan.
1. Teruskan cita2 anda, sbb jodoh ditentukan oleh Allah. Ada 1 org nnti yg sesuai dgn anda tp harus redha kekurangan & kelebihannya. Salinglah melengkapi. Menjadi ahli akademik dan pd ms yg sm cuba jg ambil tahu hal2 bkaitan syarikat. Sbb rsnya anda ank tunggal, anda perlu ada rs tggjwb utk bntu pniagaan family. Berniaga kn sunnah.

2. Yaa carilah yg sekufu tp jika xdpt. Hmpir2 pon ok. Plg utama nilai la seseorg kerana pendidikan (ada degree pon dh ok), ilmu agama & keperibadiànnya. Soal harta, blh dikumpul, di cari. Mak ayah kalo byk sgt syarat, redhalah utk hadapi kahwin yg diatur keluarga.

Nurfatihah Huzaimi, 1. buatlah solat istikharah. Tanya pendapat manusia ni leceh. Sebab pelbagai.. tanya Allah. Jawapannya mesti yang terbaik buat kamu. Jawapan tidak semestinya datang dalam bentuk mimpi, mungkin urusan dipermudahkan & sebagainya, yg penting usaha dulu solat istikharah.

2. Berkahwin dengan orang yg sekufu. Tapi semasa sesi perkenalan tu, better jgn cerita dulu latar belakang. Kawan2 je dulu. Sebab kita nak orang tu sayang kita, bukan harta kemewahan kita ada. Ramai ye orang tamakkan harta orang lain zaman sekarang. Pastu kena bijak. Jgn sampai dipergunakan. Nak tulis panjang. Tapi sama juga, sebelum nak pilih jodoh tu, solat istikharah balik. In shaa Allah jwpn sentiasa yg terbaik utk kamu.

Ahmad wan ,Dah lama tak komen dlm ni . Tapi baca luahan hati tuan . Bagi saya tiada komen banyak sangat tapi bagi saya . Kita semua kene keluar dari keselesaan skrg . Dalam susah kita akan lebih sayang pada usaha kita buat dan hargai tiap usaha kita . Ada org bersusah untuk perniagaan . Maka dia sayang dan hargai perniagaan.

Jgn k0rbankan pelajaran tu disebabkan faktor nak sukakan hati org tua . Tuan ada org tua dan tuan jugak ada impian . Org tua takkan selamanya ada disisi sampai kita beranak pinak . Kita yg nak mengurus diri dan keluarga . Salam hormat

Sumber : Baby (Bukan nama sebenar) via IIUMC