Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum, kebelakangan ni saya sangat² stress, tertekan. Kadang tetiba rasa nak menangis. Mudah emosi
Saya seorang perempuan. Kakak dan abang saya baru sahaja berkahwin. Selepas mereka berkahwin. Kakak dan suaminya tinggal bersama keluarga saya.
Sebelum kakak berkahwin, saya tinggal sebilik dengannya. Namun, setelah beliau berkahwin. Keluarga saya menyuruh saya berpindah bilik ke bilik abang saya.
Alasannya, abang saya walaupun dah berkahwin, namun kakak ipar takda batasan dengan saya. Saya boleh masuk biliknya suka hati.
Kalau bilik ada abang ipar saya tak boleh masuk. Okay alasan macam terima logik akal.
Masalahnya saya juga ada adik lelaki. Adik lelaki saya pun share bilik dengan abang. Adik lelaki saya dah universiti, umur dah 20++
Jadi sekarang, saya kena share bilik dengan abang dan adik lelaki. Saya tidur dengan adik lelaki.
Sebagai seorang perempuan, bohongla saya tak malu walaupun adik sendiri, kadang nak amik baju, barangan peribadi dalam almari, adik laki saya ada je. Dia dah besar pun.
Nak keluar bilik pulak saya tak berapa selesa. Setiap masa kena bertudung. Saya rasa dalam neraka di rumah sendiri. Sentiasa bertudung.
Saya rasa macam saya menumpang padahal rumah mak ayah saya, saya belum kahwin dan masih belajar. Sampai kan setiap malam saya google bilik sewa sekitar rumah saya. Saya yang rasa nak pindah.
Bila semua balik, abang dan isterinya balik. Abang marah saya duduk di biliknya. Jadi saya dan adik laki akan letak baju siap2 dalam beg dan keluar bilik.
Mak dan ayah saya suruh tidur dibilik mereka tp umur 20++, dahla kena tidur dengan adik laki. Kena tidur dengan parents lak.
Kadang saya terpaksa. Tp demi Allah saya tak selesa. Dalam islam pun ada masa kita masuk bilik mak ayah, 7 tahun dah pisah bilik laki ngan perempuan adik bradik. Tp.
Jadinya bila semua balik, saya tidur dekat luar. Ruang tamu. Bertudung. Saya terpaksa tunggu semua orang tidur dulu. Takkan nak terbongkang di ruang tamu dengan ada abang ipar dekat rumah kan.
Kalau mengantuk sangat saya tidurla duduk. Dan badan saya s4kit² keesokannya, tidur tak tentu.
Kakak pulak asyik dengan suami dia, sibuk saya tatau sebab apa, jadinya masak selalunya saya dengan mak. Itupun kalau mak larat, kalau tak, sayala masak.
Mak pulak sebelum pergi kerja masuk awal pagi kalau saya takda akan bekejar2 masak. Katanya nanti abang ipar saya nak makan apa. Jadi apa guna kehadiran kakak saya sebagai isteri?
Kadang saya bagi hint dekat mak ayah. Bila kakak dan abang ipar saya takda di rumah, (seronoknya leh bukak tudung), tp selalunya saya dimarah.
Katanya, jangan keluarkan ayat begitu lagim nanti kakak dan abang ipar saya terasa, nak pindah rumah. Diorang dahla susah. Rumah sewa mahal. Duk sini makan free, sewa, bil air 4pi tak yah bayar.
Jujurnya ayat tu buat hati saya disiat. Jadi, hak saya? Dahla saya belajar jauh. Balik 2 bulan sekali. Balik kejap2 takpa bertudung.
Bila cuti sem, 3 bulan rasa seperti menumpang rumah orang. Bukan balik rumah mak ayah sendiri. Bila raya ke kenduri ke semua balik, rasa cam nak lari rumah.
Tp kalau tak balik rumah, nanti mak ayah saya terasa. Sedangkan bila saya kena keluar bilik (kan sebilik dengan kakak sebelum beliau kahwin), saya tak nak.
Mak jerit, tengking saya. Katanya saya anak derhaka, tak reti bertolak ansur dengan adik beradik. Mak baling barang saya keluar dari bilik tu.
Katanya, kalau saya tak keluar dari bilik tu. Terus wat perangai, saya doakan drahnya naik sampai stroke.
Sejak dari tu saya terpaksa terima. Saya takut melawan. Saya tak nak jadi anak derhaka. Tp hati saya sedih, pilu. Kakak saya tanggungjawab siapa sekarang. Kenapa sampai mak ayah kena jaga begitu, saya siapa?
Belum cerita hak, duit bagi dekat saya. Barang keperluan saya beli sendiri, makanan kat uni ke apa, semua tanggungan sendiri.
Ayah cuma bagi duit bila saya mintak, tp sanggup ke kita mintak duit? Itu pun mintak RM10 dapat RM10 je. Sampaikan saya habis kelas kerja part time kat uni, balik cuti sem kerja. Cari duit.
Sayakah teruk sebab sedih begini?
Doakan saya berjaya belajar. Doakan saya kerja jauh dan sukar balik rumah nanti. Sebab bila dekat, saya akan selalu nak balik. Tp setiap kali balik hati saya tersksa.
Impian saya cuma, saya nak rumah sendiri. Terima kasih..
Salmi. Cuti Sem .x yah balik.baik awak kerja klu balik pun balik hr or tido hotel murah utk semlm.bila tanya. kata dah kerja.
Aunty doakan awak semoga tabah had4pi dugaan hidup….sabar dgn kereneh keluarga.jaga diri elok²….doa yg baik².yg paling penting .dekatkan diri dgn Allah.kerana..
Allah yg menjaga awak.hug dr Aunty.
Aini. Mak ayah kalau baik tak bertempat..gini lah jadinya. Mak ayah sebetulnya tersepit. Tp itu la..bila tak bertegas dengan anak yang dah kahwin.
Dah ada tanda2 mak ayah jadi hamba anak2 yang kahwin. Tp boleh pulak tak perasan ter aniaya anak2 yang masih bujang.
Gaisss Dah kahwin..bawak2 lah duduk sendiri. Jadi suami biar reti setel bab nafkah tempat tinggal. Tak mampu sewa rumah. Cari lah bilik sewa. Bilik sewa pun tak apa.
Pandai2 lah hidup berdua.Tak pasal2 dah nafikan hak adik2 yang masih bujang.
Adik confessor..Balik rumah sesekali. musim raya.Atau balik sekejap sudah.
Kalau mak ayah tanya. Terus terang sahaja. Tak mampu terus terang berdalih aje cakap kerja. Kesian sungguh ke confessor.
Terpaksa ada masalah sebab dapat kakak laki bini tak ada Common sense.
Semoga adik dimurahkan rezeki..ada kerja, ada bajet untuk sewa bilik.
Danees. Aku nk marah kakak dia boleh?dh tau bakal suami xmampu,hatta nk sewa rumah pun xboleh sibuk jugak nk kahwin..karang aku kata gatal nk kahwin,ada org sentap pulak..
lps kahwin menyusahkan mak bapak,adik beradik sendiri..si kakak tu bkn ringankan beban org lain,bawa lg sekor biawak hidup masuk ada la..aku dulu fikir byk2 kali nk kahwin..
mmg aku xnak duduk sekali dgn parents,sedar la dh besar panjang,nk menyusahkan mak bapak smpi bila?aku pastikan aku sendiri mampu dan suami aku mampu..
xboleh provide rmh asing,i’m not going to marry you fullstop..dh janji sebelum kahwin,lps kahwin mmg aku tuntut.
Erni. Dik klu mcm ni punya gaya, dah tak payah nangis lg, buang masa, sb mak bapak adik jenis penakut, kuatkan semangat, rasanya tak payah balik, cari kerja utk tampung diri sendiri,
lama kelamaan adik akan kuat berdikari sampai dah tak terasa beban lg, cuma kesedihan jelah masih terasa, tp dik inilah hidup.
Sb klu adik berterusan tinggal kat rumah tu, percayalah adik akan turut jadi org gaji tak bergaji kakak mcm mereka buat kat mak n bapak adik.
Sekali sekala klu balik, klu diorang bising, adik ungkitkan hak adik sbg anak, biar mereka tahu.
Pasti bergduh tp harap lama kelamaan mereka sedar, klu tak sedar pun tak pelah, jawablah mereka nanti kat akhirat klu masih tak berubah, teruskan kehidupan dgn suasana yg lebih positif, dgn menjauhi punca elemen negatif.
Jgn rasa bersalah sb ini semua bukan punca drpd adik. Insyallah tuhan bersama dgn org yg bersabar, dan menolong mereka yg teraniaya.