Foto sekadar hiasan. Nama aku Yami. Aku terlalu penat pendam ksaakitan ini. Sejak kecil aku merupakan seorang anak yang bodoh dan lembab. Tidak seperti abang dan adikku dilahirkan serba serbi bijak. Aku susah nak faham apa yang cikgu ajar.
Aku tak pernah rasa layanan yang penuh kasih sayang dari ibu bapa. Cara orang tua aku melayan anak-anak kegemaran mereka buat aku rasa terpinggir dan menjauh.
Tamat sahaja PLKN aku terus keluar dari kampung dan tekad untuk cari kebahagian hidup sendiri. Sampailah aku bertemu dengan isteri aku.
Kami berkawan selama hampir sepuluh tahun dan aku dilayan dengan baik oleh keluarganya. Dia terima aku seadanya yang serba serbi bodoh dan lembab.
Dia banyak bagi semangat pada aku utk aku ubah nasib hidup aku ke arah lebih baik.
Sentiasa bagi moral support dari aku bekerja sebagai seorang cleaner sehingga aku berjaya dapatkan pekerjaan yang baik disebuah syarikat gergasi dikenali dunia.
Selepas dia tamatkan pengajian, dia bekerja dan ajak aku berkahwin. Tapi ibu aku tak suka sebab dia bukan dari negeri pantai timur.
Aku tekad untuk berkahwin dengan pilihan aku kerana aku pun sudah jadi penduduk tetap di selatan. Isteri aku juga ajak teruskan perkahwinan, katanya dia akan usaha untuk ambil hati ibuku.
Perkahwinan kami bahagia, aman dan sentosa.
Rumah sewa aku dengan mentua aku satu taman perumahan ni je. Jadi aku sangat rapat dengan emak kerana dia layan aku seperti anak kandung.
Perkahwinan aku sangat mudah, permintaan hantaran sebanyak 7k, tapi semasa hari pernikahan, mentua aku tak minta satu sen pun duit hantaran. Dia suruh aku simpan duit tu. Allah maha baik.
Dia kurniakan aku keluarga mentua yang sangat baik dan mulia. Aku tak pernah rasa layanan sebahagia begini dari keluarga sendiri.
Sehinggalah ketika hari berpantang selepas isteri aku melahirkan anak sulung kami. Sepatutnya mak mentua aku yang jaga isteri aku sebab dia pernah ada pengalaman berpantang emergency czer.
Ketika ini isteri aku berada dalam keadaan kemurungan memandangkan ketika nak bersalin, isteri aku dah positif untuk lahirkan anak secara normal.
Malah bukaan sudah buka 8cm, tapi apakan daya, anak dalam perut mengalami komplikasi fetal distress. Isteri aku rasa down sgt ketika ini.
Tiba-tiba keluarga aku datang dari kampung. Emak dah sediakan tempat berpantang isteri aku di bawah memandangkan isteri aku sukar untuk naik tangga ke bilik atas.
Kehadiran keluarga aku secara mengejut dan tidak diundang menimbulkan ksukaran untuk emak mentua menjaga anak sulungnya berpantang.
Emak terpaksa jalan kaki ulang alik dari rumah dalam 10 minit untuk bawa makanan berpantang setiap hari.
Ibuku menyuruh isteri aku duduk di atas, isteri aku akur.
Luuka czer mula terbuka kerana tiada siapa datang jenguk isteri aku di bilik atas yang mengalami ksukaran untuk duduk dan bangun. Dia hanya terbaring tanpa bayi disisi. Aku pula bekerja shift pagi minggu tu.
Ibu hanya naik ke bilik untuk minta susu yang dah siap di pump. Isteri aku dilayan seperti lembu. Tiada makanan, tiada orang datang tanya khabar. Hanya mengharap emak datang jalan kaki tengah panas hantar makanan.
Rumah mak mentua aku banyak kucing belaan abah. Terpaksa berpantang dirumah sewa sendiri sebab takut bayi ada alahan dengan bulu kucing. Isteri aku semakin kemurungan dan terse ksa.
Nurse datang melawat terkejut melihat jahitan isteri aku mula terbuka sebab tiada aliran drah.
Dia hanya terbaring seharian tanpa ada pergerakan. Bayinya juga tidak dapat disusukan secara direct kerana keluarga aku taksub dengan cucu sulung mereka.
Nurse sempat sound dan tengking ibu bapa aku kerana biarkan menantu di atas kseorangan dan pump susu di awal kelahiran. Sungguh merugikan bonding time si ibu dan anak.
Sejak dari ke s itu semakin banyak kisah yang menyakitkan hati. Saban tahun isteri aku makan hati dengan layanan keluargaku. Tapi dia memilih untuk diam sabar dan senyum dan terus mengambil hati.
Masuk tahun ke empat, isteriku memilih untuk diam dan menjauh dari keluargaku kerana terasa hati yang amat dasyat. Ksihatan men tal dia semakin terjejas.
Aku juga memilih untuk menghilaangkan diri dek kerana sedih dengan kata-kata ibuku dan abangku yang sering masuk campur dalam hal rumahtangga aku.
Tapi pihak mereka sering datang ke rumah sewa kami untuk menyerang dan menyakitkan hati kami suami isteri.
Isteri aku hilaang kawalan, histeria dan menjerit-jerit suruh abang aku pulang dan berhenti dari berkata-kata kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut abang aku penuh dusta dan cukup lidah bercabang putar belit cerita.
Setiap kali dia datang untuk cari pasal dirumah, isteri aku akan stress sehingga mengalami pendrahan. Sekarang isteri aku sedang hamil anak ke dua kami selepas keguguran tiga kali sebelum ni.
Pihak keluarga aku minta kami cerita punca kenapa kami berdua menghilaangkan diri. Block media social dan nombor phone.
Setiap luahan kami, akan dibalas dengan kata-kata penuh tipu dusta. Benar kata orang, cakap dengan orang takde perikemanusiaan ni memang buat kite bertambah saakit hati.
Jalan penyelesaian yang terbaik adalah DIAM dan bawa diri. Teruskan hidup di tempat yang orang hargai kita.
Segala cerita yang diputar belit dan dicanang dikampung tu aku hanya mampu berserah pada Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui.
Ini antara reaksi netizen.
Chah. Masya Allah.. sedihnya baca.. tak dapat bayangkan kalau diri sendiri ada dalam situasi si isteri tu..
Dah lah kena paksa duduk kat bilik atas dengan keadaan baru lepas czer, luuka czer terbuka,
tak dapat bonding dengan anak sendiri yang baru lahir, pastu dilayan macam lembu.. macam kena perah susu pastu tak pedulik makan minum & ksihatan fizikal & men tal
Demi ksihatan men tal isteri encik yang dah sanggup terima segala kekurangan encik, tolonglah buang keluarga toksik encik tu. Diorang memang dari encik kecik lagi dah layan encik macam tak guna kan..?
Kamalia.Jangan risau, ingat Allah ada. Cukup suami isteri memahami dan bahagia, biar Allah je buat mereka sedar suatu hari nanti.
Kalau kita defend diri kita (menjelaskan perkara sebenar), akan memburukkan lagi keadaan.
Lagi buat kita saakit hati. Sebab dah tak suka kan, cakap la apa pon ada je putar belit untuk buktikan mereka betul.
Tindakan yang terbaik adalah menjauhkan diri. Biar mereka dengan perangai toksik mereka.
Jangan ambil tahu sedara mara bercerita ke apa. Kena kuat, Allah hanya beri ujian atas kemampuan kita. Anggap je Allah nak angkat darjat tu. Semoga berbahagia.
Rohana. baca part atas2 aku dah mula menyampah.. dah agak cerita ni nanti wife kena bersabar.. suami bela keluarga sendiri walau keluarga t0xic.
Sib baik teruskan baca. Syabas suami.. anda pertahankan isteri.. dia amanah yg Allah beri untuk awak jaga.
Bukan nak kata isteri lebih mulia ke hape dr mak yg lahirkan kita.. tapi ibu2 juga manusia.. tidak maksum ye. Kalau tak boleh ditegur..
tak boleh nak dibetulkan.. keluarlah.. lari.. betul tindakan suami duduk jauh dan bina kehidupan sendiri.. at da same time jangan lupa doakan keluarga sendiri tu sedar dan berubah.
Norizan. Salam,Betul la tu lari jangan jumpa jumpa dah. Makcik sokong tindakan isteri confessor.
Yang confessor plak, kalau nak berhubung berhubung, tapi jangan bagi datang rumah. Kena rahsiakan rumah baru supaya mereka tak datang terjah.
Jika kita sedar kita bodoh, jangan terus bodoh sampai tua dan senang senang diperbodohkan. Kuatkan diri, dan bela keluarga kecil kita.
Semoga bahagia dan terus kuat.