Foto sekadar hiasan.Seorang rakan chat wanita mengadu dan meminta nasihat bagaimana nak sabar dengan ibunya. Kadang2 wujud konflik hubungan di antara ibu dan anak. Terasa hati, marah, hilaang sabar dan sebagainya.
Saya bukanlah baik dan anak solehah sepanjang masa. Pernah berdosa dengan mak. Pernah meluukakan hati mak juga. Mak saya tak penah buat salah, hanya saya sahaja yang tidak memahami emak.
Dalam Islam, membuka aib sendiri sangat dilarang keras. Hanya Allah saje yang tahu keburukan saya. Cuma ada beberapa kesalahan yang saya rasa boleh kongsi sebagai iktibar bersama.
Di akhir2 hayat mak, Allah macam buka pintu hati saya agar tak jadi anak derhaka. Tak buat benda yang akan saya kesal seumur hidup. Setahun dua sebelum mak meninggaal, saya perasan perubahan dia dan berazam menjadi anak yang baik.
Masa sekolah mak pernah terasa dengan saya. Saya lupa faktor apa. Kami tak bercakap dan saya lari ke perpustakaan memujuk diri. Masa nak balik, cuaca tiba2 hujan dengan guruh berdentum.
Saya ketakutan teringat kisah anak derhaka . Bimbang dipanah petir. Saya berdoa bagi saya peluang untuk tebus dosa dan akan jaga mak bila dia tua nanti.
Penah juga saya mengemas bilik mak dan buang barang tak guna yang berhabuk. Mak punya marah sampai tak nak bercakap. Saya taubat tak mahu usik ape2 lagi bimbang jtuh derhaka.
Saya bekerja di negeri lain, tiap kali balik kampung, saya akan balas dend4m dengan tido lepas Subuh sebab saya terlalu penat bekerja dan kurang tidur di perantauan. Katil rumah sendiri je saya nyenyak tido.
Satu hari lepas subuh, saya dengar panggilan mak sayup2, saya buat bodoh je. Nak tido sebab letih sangat dengan memandu long distance.
Tapi suara dia tak berhenti panggil. Rasa tak sedap hati, saya buka pintu bilik, suara mak dari bilik dia.
Terkejut tengok mak sedang menangis, duduk atas lantai. Mak cakap dia tiba2 hilaang keseimbangan dan pandangan berpinar2, tak boleh bangun nak ke tandas.
Sejak ari tu juga saya suruh mak tido kat ruang tamu supaya senang dia nak bergerak dan panggil saya. Saya tido dengan pintu bilik terbuka supaya boleh dengar dengan jelas jika mak panggil.
Saya takut sangat jika mak meninggaal dalam keadaan tak redha pada saya. Saya tak mahu dicampak dalam neraka.
Penah satu malam ni, tengah2 malam, saya dah tido, terdengar bunyi macam lantai ditepuk tap tap. Saya jenis mudah terjaga walaupun tengah tido. Cepat2 bangun tengok keadaan mak.
Rupanya kena hypo (kurang gula) tengah malam. Cepat2 buat air milo bubuh gula dan sua straw ke mulut mak. Mak macam tak sedar tapi dia minum.
Dalam setengah jam baru dia sedar. Dia terpinga2 tengok saya duduk sebelah dia tengah2 malam. Dia langsung tak ingat ape yang berlaku tadi.
Time kena hypo memang dia tak sedar, meracau, mengumam. Penah dia berguling-guling dan terkencing atas lantai. Sebagai anak, basuh saje. Ujian untuk kita sabar.
Kalau baca kisah anak derhaka, saya selalu berdoa semoga Allah pelihara saya. Semoga saya jadi anak yang baik. Semoga saya boleh jaga mak masa saakit dan cuci najisnya.
Allah betul2 makbul. Mungkin nak menguji kata2 saya. Ada sekali time saakit, mak terberak dalam kain. Rasa dekat 10 helai kain terkena najis.
Ikutkan hati, saya ni jenis penggeli dengan najis. Tapi ntah kenapa masa tu saya jadi tak geli. Saya basuh tapi dengan pakai glove. Rasa gembira lulus ujian. Harap2 Allah terima amalan saya.
Mak penah cakap kat saya nape lama tak telefon dia. Saya pelik sebab berbelas kali telefon mak tak angkat. Geram juga nak marah masa tu.
Allah tunjuk kesalahan saya depan mata.
Saya kat dapur tengah masak. Saya panggil mak tapi dia tak dengar walaupun jarak cuma dalam 3 meter. Saya kuatkan suara pun tak dengar.
Saya pegi dekat baru mak saya perasan. Dia cakap tak dengar suara saya. Masa tu saya jadi curious nape dengan mak aku ni? Tak lama kemudian saya dapat jawapan.
Rupanya kesan sampingan pengambilan ubat2an mak ambil menyebabkan deria pendengaran makin lemah. Sedihnya. Rasa berdosa sebab nak marah mak tak angkat telefon berpuluh kali. Rupanya mak sudah semakin uzur.
Di akhir2 hayat dia, setiap petang dia duduk atas sofa, menghadap pintu utama sambil termenung kosong ke arah jalan besar depan rumah kami.
Masa ni saya mula terasa ‘jangan2 umur mak dah tak lama’. Tahun terakhir raya bersama mak, tiba2 saya tenung muka mak kemudian terlintas ‘jangan2 tahun ni raya terakhir dengan mak’.
Rupanya betul apa yang instinct saya rasa. Mujur saya ubah sikap. Bayangkan jika saya buat dia terasa, menyesal seumur hidup sebab tak jaga dia dengan baik.
Sejak beberapa petanda keuzuran dan kesihatan mak merosot, saya jadi alert. Mak panggil, cepat2 menyahut, mak suruh cepat2 buat.
Masakkan menu kegemaran dia.
Jaga nada suara supaya tak kasar. Buat dia happy. Bawa jalan2. Jangan buat dia tersinggung sebab bimbang itulah hari terakhir dia dengan kita.
Emak hanya seorang, tiada galang ganti. Kalau dia boleh bersabar mengandung, melahirkan, menyusu, menjaga dan membesarkan kita.
Sabarlah dengan sedikit permintaan dia. Takut2 kita akan menyesal nanti.
Sudah 5 tahun mak pergi tapi hati masih rindu. Hanya mulut saje tidak bersuara. Hanya sesekali saje buka cerita. Jangan sampai kalian menyesal. Hargai ketika dia masih bersama. Masih ada di depan mata.
Ini antara reaksi netizen.
Hidayah.Saya pun seolah diberi instinct bahawa ayah seperti tak lama lagi, benar benar terjadi. Tapi masih terlalu banyak penyesalan.
Kepada sesiapa yang mempunyai ibu atau bapa dan hubungan mungkin retak atau tak baik, saya doakan dilembutkan hati supaya tidak membuat perkara yg akan disesali andai mereka pergi selamanya.
Ct lily. Mak sy pun bru meninggaal tahun ni. Kdg bila ada sesuatu jdi dlm hidup, rasa sayu sgt x ada mak. Terbayang2 kalau mak ada mesti mak ckp mcm ni. Lagi2 kalau kita capai sesuatu dlm hidup, atau gagal dalam sesuatu.
Skg anak sy 2 tahun tgh mmbesar, masa dia baby dulu mak manjakan sgt. Skg bila anak reach new milestone atau buat perangai comel, trbayang2 mak puji cucu dia.
Mardiah. Mulai hari ( siapa yang da niat xyah) niatkan atas apa2 amalan kita seperti ngaji, sedekah pahalanya hadiahkan pada mak n ayah kita
Izzani. Arw4h ayah sy baru genap setahun takda. Dalam setahun sebelum dia pergi tu sy selalu rasa dan terfikir yg hayat dia dah tak lama.
Setahun sebelum nak meninggaal tu juga la dia start jadi hypo macam ibu tt. Kadang sampai terkencing, meracau2. Bila sedar dia cakap dia tak ingat.
Sy sekali je pernah ada time dia jadi camtu. Memang sedih sangat. Tapi sy jauh dengan arw4h, tak dapat nak jaga dia saat2 akhir dia.
Saat2 akhir dia pun dia banyak sedih, kadang2 anak2 vc dia nangis. Padahal dulu dia ceria, jenis suka berborak. Ada satu malam sebelum tidur sy meleleh air mata sebab rindu dia.
Tiba2 tengah malam tu dapat call dari abang cakap abah sesak nafas. Ada dekat red zone. 6 hari lepas tu dia pergi. Pergi tanpa pesan.
Time tu pkp jadi dia sorang2 struggle dekat h0spital. Takda sapa boleh melawat or jaga dia. Al fatihah abah Abdullah bin Hussain. Al fatihah juga untuk ibu tt, semoga arw4h ibu tt ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman.