Mak mentua hantar abg ipar tinggal di rumah kami tanpa berbincang

Gambar sekadar hiasan :Assalamualaikum… Mhon admin hide profile saya… Saya cuma nk tanya pendapat rakan rakan..ok story dia cmni.. 5-6 bulan lalu mak mertua menghantar abg ipar saya ke rumah saya dgan alasan duduk sementara.. (alasannya duduk di kg nanti tpeng4ruh dgan mat d4d4h sbb abg ipar pun mmg on off ice..) kedatangannya tidak di maklum pun pada kami suami istri mksudnya xda perbincangan dgan pihak kami sebelum hal ini trjadi..Setelah sekian lama.. Abg ipar sy selesa brada di rumah kami..

Dngan situasi xbekerja.. Makan. Tido dan keluar melepak bersama suami.. Saya ada menyuarakan pendapat kpd suami bahwa saya jadi tak selesa bila abg ipar terlalu lama brada di rumah kami.. Dan dia seolah memahami situasi saya.. Lantas menyuarakan pd mertua agar abg ipar mncari bilik sewa tinggal berasingan dr kami..

Tp alasan mrtua mereka tiada duit utk bagi deposit bayr bilik and so on.. So mak mrtua kata tunggu duit pnjaman dia lulus barulah mereka akan mintak abg ipar sy keluar dr umah sy..
So bulan bganti bulan tak juga keluar.. Saya masih bersabar dan saya layan dia mcam tetamu walaupun saya kerja sy pastikan mkn. pagi tengahari dan malam tersedia.. Sebab husband mmg suka mkn di rumah so makanan mmg sntiasa ada..

Pendek kata abg ipar saya adalah seekor biawak komodo yg dibela dgan penuh kasih sayang.. Tiba2 akibat drpd k3s saya bersuara mintak abg ipar tinggal di rumah lain saya di jadikan bahan umpatan mak mertua dan juga kak ipaq sulung.. Mereka mengatakan saya menantu yg tak boleh ditumpang.. Berkira baru duduk 2-3 bulan dah bising dan sebagainya..

Isu ini berulang2 di telinga saya walaupun sekadar cakap belakang benda tak elok akan sampai juga pada kita kan…Sekali lagi saya bagitau suami dngan harapan adalah pembelaan pada pihak saya.. Saya rasa saya dah cukup bersabar malah tidak pernah membalas balik kata2 mertua saya..

Malangnya suami pun surrender dgn familynya.. Ayat simple je ‘b dah cakap banyak kali pun depa duk kata cmtu jugakla’ buat penat ckap je ‘.. Saya rasa tidak ada keadilan bg phak saya dan ayat berkira tu sungguh menyentap hati saya walhal hampir smua tugas dlm rumah saya buat. Jaga mkn pakai minum tetamu yg x diundang tu…

Sedangkan abg ipr yg tak buat ape2 tu dipandang mulia… Saya xboleh bersemuka dgan mak mertua dan kak ipar saya sbb nanti kantoi la infomer yg smpai kan kat saya kan…. Banyk hati juga yg perlu di jaga.. Tp jika berterusan macamni.. Hati saya siapa yg jaga.. Dah la rumah tu rumah saya…

Tp diri sendri tak bebas dlm umah sendri.. Sy mohon jasa baik rakan2 memberi pandangan yg membina.. Dan saya boleh buat panduan..
Sekarang saya rasa suami pun mcm seronok ngan kehadiran abg dia.. Yerla… Ada kawan lepak la katakan.. Blh main scr.. Boleh minum ketum..

Boleh lepak smpai pagi.. Kami tak da masalah suami istri yang kritikal tapi bila abg ipar duk bersama jd la isu sebegini.. Mak mrtua plak skadar menutup mata ngan aktvti2 ank2 dia… Bukan dia tidak tahu sgala kelakuan mereka…

Ape yg patut sya lakukan tuan2 puan2 sya betul2 buntu… Tlgla admin siarkan cerita sy ni.. Tq admin…Saya cuba betulkan setiap ejaan dlm story saya.. Mohon admin boleh siarkan cerita saya ni.. Lambat atau cepat terpulang pd budi bcara admin saya mmg peminat krt ni.. Tq admin

Sememangnya kehadiran ipar duai terutamanya yang berlainan jantina dari kita membuatkan kita tidak selesa. Perkongsian ini mendapat perhatian dari rata rata netizen yang turut rasa ger4m dengan sifat keluarga mentua wanita ini. Ini antara reaksi warga net. KISAH KEDUA DI BAWAH LAGI MEMBUAT RAMAI PAN4S APABILA IBU MENTUA DAN SUAMI MEMAKSA UNTUK MENGANDUNG LAGI WALAUPUN DOKT0R SAHKAN YANG DIA SUDAH TIDAK BOLEH MENGANDUNG KERANA MASALAH K3SIHATAN. 

Nadzirah : Ambk kain baju abg ipar yg x guna tu campak je kat luar rumah….pandai lah dia nk hidup kan……biarlah org nk mengata PON….asal kan sis selesa kat rumah sendiri….kalo husband mrh….suruh dia kuar sekali ikot abg dia yg x guna tu…. Diorg ni saja nk ambk ksempatan pada sis….sis Ada Hak UTK halau tetamu yg tak diundang….tu rumah dia kan… Buat lah pilihan yg bijak sis… semoga dipermudahkan urusan sis…

Ninie : Ayoyo kalau suami pun kaki ketum.. hmmm x blh nk kata apa lah 2x5x2 je lah jawabnya. One more thing asal nk baik hati sgt ya.. kenapa lah org perempuan ni sibuk sgt nk jaga hati org. Pls lah.. no body gonna start loving you or care about you sebelum awak menyayangi dan mencintai diri sendiri. If diri sendiri pun awak x mampu nak respect Jgn harap org lain nak respect diri awak.

Zaman perempuan wajib tunduk duduk dalam ceruk dapur is over.. Islam pun sgt2 menjaga martabat seorg perempuan. Rumah tempat kita seorg isteri bebas buka aurat bukan penjara buat kita. Sila belajar respect diri sendiri dahulu.. voice out hak kamu.. x guna complain kat sini kalau kamu sendiri merelakan diri dijadikan bibik dirumah sendiri.

Ross :Dlm hal ni mertue mmg kurang faham hukum agama… Kalau die tahu die x kan biarkan tumpang di rumah di rumah adik yg dah berkahwin terlalu lama… Die mesti tahu batas2 aurat antara ipar duai

Bile turut mengumpat belakang2 mmg dah tau jenis mertue mcm mana ni Sekrg ni pn sekali lagi bincang elok2 ngn suami dn suami kena tegas…

Tggjawab suami adalah pd ibu kndung dan isteri yg utama bukan abang kndung…kalau x boleh juga minta sedara mara yg di segani menasihati…

Dik perempuan akn terus pendam hati dan teraniaya jikalau terus lemah dan diam diri

Nmpk gaya mertua ni buat baik pun kena semua jadi salah… Kena tegas supaya x pijak kepala… Biar lah tegas pun org x suke juga yg oenting rumahtangga dan hati kite bahagia

Abg ipar bukan budak kecik x tau nk fikir… Dah mmg sikap die yg pemalas mcm tu

Suami tu kena pndai main peranan jgn x tau nk bhagi tggjawab antara ibu isteri dan abang

Adila : Tak perlu nak berlembut lagi..bertindak tegas..list kan segala perbelanjaan dan kena kan sewa keatas abg ipar tu..minta yg mengata tu bayar segala kos kerugian menyara biawak komodo..kalau diaorg tak bayar suruh suami yg bayarkan..sis berhak menghalau dia

KISAH KE 2  : Salam min. Sy nak share. Sy berumur 25 tahun dan suami 35 tahun dan kami dah berkahwin hampir 4 tahun dan dikurniakan 2 orang anak. Sepasang, lelaki dan perempuan.

Baru baru ni doktor sahkan bahawa saya tidak boleh melahirkan anak selepas ni disebabkan masalah ksihatan. Suami saya agak terkilan kerana suami saya pernah beritahu saya pada awal awal perkahwinan kami yang dia teringin nak ada anak yg ramai.

Memandangkan dia juga mempunyai 10 orang adik beradik. Baru baru ni kami ke rumah ibu mertua saya dan disana kebetulan ada ipar duai saya yang lain. Ibu mertua saya tiba tiba bertanya pada suami saya, “tak nak tambah anak lagi ke.

Adik kau semua dah 4 5 orang dah anak. Kau bila pulak “. Sejak kejadian di rumah ibu mertua saya, suami saya kerap bercerita tentang kenalan dia yang mengandung lah, baru bersalin. Jadi apa maksud suami saya ye sedangkan dia tahu masalah ksihatan saya yang menyebabkan saya tak boleh mengandung lagi.

Tolong beri pendapat dan kata kata semangat. Rasa down sangat sangat seolah olah suami sendiri tak faham situasi dan keadaan saya.

Liana : Ajar suami bersyukur dgn amanah yg Tuhan beri. Jaga yg ada dgn baik. Kualiti lebih baik dari kuantiti.
Sy sendiri dr keluarga yg kecil, hanya 3 beradik. Suami 5.Tapi alhamdulillah percapaian semua anak2 dr aspek dunia akhirat insya allah membanggakan mak ayah.

Biar sikit dr banyak tapi ada yg tercicir ada masalah ilmu, adab, akhlak. Sy mmg tak nak keluarga besar. Cukup apa yg ada sbb komitmen masa utk mendidik anak2 yg ramai terbatas.

Norazlina : Berterus terang dgn mertua itu lebih baik drpd memendam rasa…jika masih xboleh terima bawa sekali mertu jumpa doktor bg dia faham..org tua nie bkn xnak faham tp kdg2 diorg xfaham..

buat husband plak suh dia cuba bygkan kalau bersalin then awk xpanjang umor nati mcm mana anak yg awk tu xcukup sifat sanggup x dia nak bela sendiri. kdg2 awk kena psyco dia balik supaya otak dia tu berhubung dgn baik

Mieza : Adik beradik sy 7 org suami 6 org tp Allah rezeki kn sy 2 org anak perempuan yg sihat sempurna xde pulak parents org adik beradik nak persoalkan bila nak tambah lg semuanya atas kehendak dia…

Kalau ada lg adalah xde besarkan yg mana dlu ada skang… Kne azankn kat telinga suami & mak mertua tt tu… Adik beradik ramai x bermaksud akan ada anak ramai tambah lg ekonomi skang ni banyak benda nak dikira dlu sblm ada anak ramai… Ye… Anak pembawa rezeki tp bukan duduk saja duit jatuh Dr langit

Azelin : Bersbar lah puan..abaikan je stiap kali puan rase terkilan dgn suami dan mertua stiap kali bercerita soal anak…ksihatan puan lbh penting.jgn gadaikan nyawa sendiri fkir dan tenung muka anak2 yg ade skrg…

klu puan s4kit hny krn nak puaskan ht suami dan mertua sape yg akan jage anak2 puan nanti?ade beberapa org kwn sekolah dan kwn fb saya yg mniggal dunia ketika mengandung dan bersalin hny krn s4kit drh tinggi..

drh tinggi salah 1 peny4kit kr0n1k tp org anggap peny4kit tu biase saje…nsihat sy pd puan ikut nsihat doc..pnyakit cume asbab kemtian…tp selagi boleh elak..kite elakkan.kite bertanggujwab penuh ke atas ksihatan dr sndiri

BidanNina: kalau masalah ksihatan puan serius ,bg lh izin suami kawin lg..Kehendak dia nk zuriat yg byk..bermakna dia mampu..klu masalah peny4kit puan tk lh serius seperti mengidap kanser rahim,buah pingang atau barah otak blh kku puan cuba lgi memenuhi kehendak suami..

ajal m4ut di tangan Tuhan..jng risau sbb setiap yg berlaku di dunia adalah drama yg Allah dh tetapkn penyudahannya…percaya pd Qada dan Qadar..M4ti bersalin M4ti Syahid..jng risau..sy penghidap SLE Kronik ,2x cuba mengandung sbb bapa mertua perlinsambil lalu je org tak betul pon ada zuriat,org kawin nk anak..

sy cuba,kalau sy m4ti Sy redho sbb mn ada orang faham masalah kita di dunia ni…2x gugur nyawa sy hampir melayang..suami sampai trauma tak kasi sy mengandung sbb dia tak nk ank dr awal kawin sbb dia tahu sy s4kit..ubat sy makan bukan biasa2..

Tapi orang tak kn faham..dan akn jadikan isu ank ni utk s4kitkn hati kita,buat kita merana..Alhamdulillah lepas sy gugur kali ke 2 takde dh ayat perli sambil lalu drpan sy ni lagi…

Zahara : Next time setiap kali suami duk citer pasal anak..Pn kenalah ingatkan balik masalah Pn tu..”mgkin dia lupa kot.”. jangan la pendam2 …

bgth jer xselesa n xsuka bila suami ckp cmtu..dkt keluarga mertuapun ckplaa ada masalah ksihatan..knp nk diam2..n nk pendam rs..mgkin diorg xtahu…klu msih xfhm tu mmg diorg tu ada masalah lerr…masalah otak…

kuantiti xpenting..yg penting kualiti..sibuk nak anak ramai tp terabai buat ape… Anak ramai klu dpt jenis laki yg rajin nk nolong jaga xpe jgk..takut lepas tgn jer..setiap yg berlaku Ada hikmahnya…sabar byk2 yer..